BAB 8

Humor Completed 9296

Jam tangan Iman Soraya kini sudah menunjukkan pukul 6.30 petang tetapi Aidil masih belum memunculkan diri. Selalunya waktu sebegini mereka akan pulang membawa haluan masing-masing tetapi pada hari ini mereka belum pun bersua. Mujurlah Iman Soraya sudah selamat menunaikan fardhu Asar sebelum datang ke sini. Iman Soraya terus setia menunggu walaupun keadaan sudah lengang. Dia berharap agar Aidil akan muncul. Esok bermulanya peperiksaan akhir semester maka dia tidak akan datang ke tempat ini lagi.

Macam-macam perkara bermain di fikirannya kala ini. Apa yang terjadi kepada Aidil? Mungkinkah Aidil sudah pergi buat selama-lamanya. Apakah Aidil pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal kepadanya? Memikirkan kemungkinan itu, hati Iman Soraya menjadi pilu. Ya! Mungkin dia harus menerima hakikat bahawa Aidil telah pergi buat selama-lamanya, tidak akan muncul lagi dalam hidup dia. Mungkin tiada lagi urusan yang perlu Aidil selesaikan di dunia ini.

Iman Soraya tidak dapat menafikan bahawa dia cukup terkesan dengan pemergian Aidil. Belum sempat untuk dia tanyakan kenapa Aidil memanggilnya dengan nama ‘Pearl’ dan belum sempat juga untuk dia menjawab pertanyaan terakhir yang Aidil utarakan pada hari semalam. Belum sempat juga untuk dia ceritakan mengenai Kak Natasha yang banyak memainkan peranan dalam membawanya kembali kepada fitrah. Belum sempat untuk dia sendiri memberi perkhabaran kepada Aidil bahawa hajatnya itu sudah selamat dia tunaikan.

Ya Allah, terima kasih kerana menghadirkan Aidil walaupun seketika dalam hidupku. Melaluinya aku kenal Kak Natasha dan kemudiannya aku kenal kebesaran-Mu. Kau rahmatilah roh Aidil dan tempatkanlah dia bersama orang yang beramal soleh. Aamiin ya rabbal `alamin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience