BAB 20

Romance Completed 3910

Nurul resah,dari tadi formula yang cuba dihafalnya tidak berjaya dilaksanakan. Dia beralih pula untuk membuat kerja sekolah yang lain pula,namun otaknya tetap tak dapat nak fokus pada kerjanya. Dia asyik tersilap menulis perkataan. Otaknya sangat serabut dengan pelbagai persoalan. Nurul menghentakkan kepalanya di meja belajar. Ah! stress sangat! Entah apa yang menghuni pemikirannya sekarang? Baru tiga hari Amirul pulang ke Kuala Lumpur, Nurul pula disahkan mengandung. Sekarang jiwa Nurul tertekan untuk menghadapi kesulitan ini. Pernikahan mereka hanya diketahui adik beradik dan jiran terdekat. Kawan-kawan sekolah,hatta guru-guru sekolah pun,tak tahu apa-apa. Bagaimana Nurul nak berdepan dengan kawan-kawannya saat perutnya sudah memboyot nanti?

Amirul pula selepas pulang ke Kuala Lumpur tidak pernah menghubungi Nurul. Tiga hari tanpa Amirul, Nurul rasakan terlalu lama. Kini baru Nurul sedar dia sudah terlalu sayangkan Amirul dan dia terlalu rindukan usikan-usikan nakal Amirul. Nurul tidak boleh terlalu lama mendendami Amirul. Walau apa pun yang Amirul sudah lakukan kepadanya,dia tak boleh nak menafikan bahawa Amirul sudah menjadi suaminya.

''Hang dok buat apa la ni? Betoi ka hang dah sayangkan aku? Awat hang tak call aku pun? Jangan-jangan,hang kelentong aku ja ghitu sebab hang nak ambik kesempatan nak peluk aku?'' Nurul bercakap dengan dirinya sendiri. Rasa menyesal kerana percayakan Amirul. Kalaulah dia tahu Amirul akan lupakan dia macam ni,mesti dia akan berkeras hari tu. Kenapa Amirul nak seksa aku macam ni? Aku dah serahkan hati aku ni untuk dia,awat dia tergamak nak tikam sampai lumat hati aku ni? Nurul bermonolog di dalam hati pula.

Sedang Nurul berperang dengan perasaannya telefon bimbit Nurul berbunyi. Nurul segera mencapai telefonnya dan melihat nama yang tertera di skrin telefon. Nurul terus menekan warna hijau untuk menerima panggilan.

''Assalamualaikum ummi! Ummi sihat?'' selepas memberi salam Nurul terus bertanya khabar. Harapnya ummi telefon untuk bawa khabar baik hendaknya.

''Waalaikummusalam! Nurul,.ummi dan walid sihat saja,yang tak sihatnya suami Nurul ni ha! Dah tiga hari masuk hospital. Ummi masak semua dia tak boleh makan,nak jugak masakan Nurul. Ummi pun tak tau nak buat macam mana dah! Mirul dah lembik. Bila makan,muntah,makan,muntah,.Nurul nak datang sini tak? Kalau nak datang,nanti ummi boleh suruh Pak Hamid ambilkan Nurul di sana,.'' terdengar suara Hajjah Mastura di hujung talian. Nurul dah sebak mendengar cerita Hajjah Mastura. Dia terasa berdosa kerana syak yang bukan-bukan mengenai Amirul tadi.

''Ummi,.abang Mirul ada? Nurul nak cakap dengan dia!'' soalan Hajjah Mastura belum dijawab,Nurul bertanyakan pula keberadaan Amirul.

''Ummi ada di rumah ni Nurul.Petang nanti baru ummi pergi melawat Mirul tu.''Nurul kecewa,dia teringin sangat nak mendengar suara Amirul. Air matanya sudah bergenang,tunggu masa saja nak tumpah dan mengalir laju.

''Nurul datang sini ya? Esok sekolah mula cuti semesterkan?'' Nurul mengeleng,bila tersedar Hajjah Mastura tak nampak gelengannya baru dia menjawab.

''Taklah ummi,esok cuti dua hari ja. Macam biasa,jumaat dan sabtu. Minggu depan baru mula cuti semester,dua minggu. Betul ka Pak Hamid nak mai ambik ummi. Tak menyusahkan ka? Jauh tu!'' Nurul berpura-pura ceria untuk mengelakkan air matanya banjir. Hatinya dah semakin sebak bila dia membayangkan keadaan Amirul yang sedang terlantar lemah.

''Nurul nak datang ke??'' Hajjah Mastura bertanya sekali lagi.

''Err,.Nurul pergi sendirilah ummi,nanti Nurul ajak Habil atau Nabil temankan. Nadia pun ada ni,lagi pun kesian Pak Hamid nak mai ambik jauh-jauh ni,.'' Nurul tak mahu menyusahkan Pak Hamid. Jauh juga nak memandu balik ke Kedah ni.

''Ummi tanya Nurul ni sebab Pak Hamid memang nak balik ke Kedah pagi esok. Petang Pak Hamid nak bertolak balik KL semula,nanti Nurul boleh ikut Pak Hamid ke sini,.'' Nurul berfikir semula. Kalau bertolak petang,sampai ke Kuala Lumpur tentunya malam. Tak habis lelah,kena balik semula ke Kedah sebab hari ahad dah nak sekolah. Payah juga nak buat keputusan,lagi pun banyak pula kerja sekolah yang cikgu beri minggu ni.

''Ummi,.kalau petang esok,ghasanya Nurul tak boleh pi. Nurul banyak gheja sekolah nak kena buat. Minggu depanlah Nurul ajak Nadia pi,boleh dok lama sikit,''Nurul bercakap hal yang sebenarnya,kalau ikutkan Nurul,sekarang juga dia nak terbang pergi ke Kuala Lumpur tapi Nurul masih waras lagi untuk mengikut kata hati. Bersabarlah Nurul,biar lama sikit,barulah teruji kasih sayang tu. Nurul memujuk hati sendiri.

''Oh!,.tak apalah kalau macam tu,kalau Nurul jadi datang bagitau ummi dulu ya?''

''In sya Allah ummi,nanti ummi kighim salam pada semua na!'' sebaik panggilan ditamatkan Nurul bermenung lagi. Air matanya sudah berjuraian laju. Dia tak tahu kenapa dia perlu emosional sebegini. Amirul tu dah banyak hari sakit,dia tak kesian sikit pun bila ada depan mata. Seronok lagi ada la tengok keadaan Amirul,rasa lucu sangat dengan gelagat dia yang nak makan macam-macam tu. Walau pun apa yang dia makan selalunya dimuntahkan kembali. Nurul rasa besar hati bila Amirul hanya boleh makan masakannya saja walau tak sedap mana. Kalau makan mee segera dia nak Nurul yang masakkan. Kalau ibu atau Nadia yang masak dari jauh lagi Amirul dah muntah-muntah. Begitu juga kalau nak buat sup,bagi Nurul sup yang ibunya masak lagi sedap tapi Amirul tak makan sup yang ibu masak. Amirul tetap nak makan yang Nurul masak. Mungkin juga pembalasan dari Allah kerana sebelum ini Amirul tak mahu makan masakan Nurul. Macam-macam dia kutuk Nurul. Masakan Nurul bukan taste dia dan sebagainya.

Inilah yang dinamakan hukum karma, Allah menguji hamba-hambanya yang disayangi. Salah Amirul kerana dia terlalu ego sebelum ini dengan Nurul. Dia pandang rendah kepada Nurul yang sudah menjadi isterinya. Ketika mula datang ke kampung ni, Amirul banyak merungut disebabkan kampung mereka jauh di pendalaman. Rumah mereka di kelilingi pokok getah dan jarak rumah mereka dengan jiran yang lain terlalu jauh. Masuk minggu kedua baru Amirul berubah sedikit,dia sudah mula selesa tinggal di sini. Amirul baru nak mula ramah dengan semua orang. Bila dia mula bekerja sebagai tukang kebun,sikap dia semakin berubah cuma dia sering kutuk makanan orang-orang kampung.

Amirul alah dengan makanan busuk,dia selalu cakap buah durian busuk,petai,jering dan belacan itu tak elok dimakan. Bila dia muntah-muntah,benda-benda busuk tulah yang dia minta. Boleh dikatakan makanan yang Amirul alah dan kutuk sebelum ini,makanan itulah pembuka seleranya selepas dia jatuh sakit. Nurul tersenyum dalam tangis,dalam rindu,ada kenangan lucu yang bertamu di ingatannya.

Nurul teringat bila Pak Ngah Mohsin menghantar buah durian ke rumah mereka. Amirul sanggup tidur di luar rumah pada malamnya walau dipujuk berkali-kali oleh ibu supaya masuk ke rumah. Keesokan harinya wajah Amirul penuh dengan bintik-bintik merah akibat kena gigit nyamuk. Selepas itu ibu tak berani lagi membawa balik durian ke rumah ini. Nasib baik sebulan saja Amirul tinggal di rumah ini,kalau tak memang kempunanlah semua penghuni di rumah ini,tak dapat makan durian gara-gara Amirul.

Bila Amirul muntah-muntah,hari-hari dia nak makan sambal belacan. Pernah satu hari tiba-tiba dia cakap nak makan buah durian. Seluruh rumah terlopong mendengar permintaan Amirul. Ibu beli tiga biji durian kahwin dengan ulasnya yang besar dan enak. Sebiji untuk Nurul dan Amirul,lagi dua biji untuk dibuat pulut durian. Nurul belum sempat menjamah,Amirul sudah habis tiga ulas. Sedap katanya,walau selepas itu dia muntah sampai lembik. Lega dari muntah,dia makan lagi. Yang paling kelakar Amirul cakap,dia tak pernah makan durian sesedap itu.

''Sedaplah ibu! Inilah kali pertama Mirul makan durian sedap macam ni!'' Amirul cakap sambil terus menyuap ulasan demi ulasan durian ke dalam mulutnya.

''Oh!,.Mirul penah makan dhughian sebelum ni ka?'' Amirul mengeleng pantas. Nurul dan adik-adiknya sudah berlambak gelak. Ibu Nurul hanya mempamerkan senyum.

''Otak gelong! Macam ni pun ada ka? Dah tak penah makan memang tak tau sedap ka dak? Lain kali jangan nak menghina sebarangan!'' Nurul menghentam suami sendiri. Amirul tak peduli pun dengan kata-kata Nurul tu,dia terus makan seolah tak pernah jumpa makanan bertahun-tahun.

Nurul tersenyum lagi,bila bibir mengukir senyum,tangan pula pantas menyeka air mata yang mengalir. Sebulan setengah bersama Amirul di rumah ini dengan gelagatnya yang pelbagai,walau yang lebih banyaknya menyakitkan hati tapi Nurul sendiri tidak mengerti dengan perasaannya hari ini. Tiga hari tidak melihat kelibat Amirul di depan mata bagaikan sudah tiga bulan berlalu.Agaknya cinta yang disemai,sudah bercambah di dalam hati dan sudah memenuhi relung hatinya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience