Chapter : 11

Action Completed 47669

Shira dan Razin turun ke bawah untuk bersarapan. Mereka berdua melihat Dato'Sharin dan Datin sharlina sedang berborak di meja makan

"Good morning papa, mama"sapa Shira dengan wajah yang ceria

"Happy nampak"usik Darin Sharlina

"Nanti kita orang berdua nak balik kampung jumpa tok wan" kata Shira sambil mencedok mee goreng ke dalam pinggannya dan Suaminya

"Raz,belum dapat tangkap lagi ke si Zack tu?"

"Belum lagi pa, Raz tak tahu dia tinggal di mana dia tu licik orangnya susah nak cari dia."balas Razin

"Takpe lah, biarkan dulu,dia belum kacau keluarga kita"

"Ye lah pa"

"Papa dengan mama akan pergi outstation lusa,takde orang nak jaga rumah boleh tak Razin mintak tolong kawan kawan Razin jaga?"

"Oh, boleh je pa,nanti Raz bagi tahu diorang. Berapa hari papa pergi ?"

"Satu minggu, banyak kerja kene buat"

"Awak cepat lah dah nak pukul 9 ni,nanti lambat pulak sampai"sampuk Shira, dia betul betul tidak sabar untuk pulang ke kampung,yelah tok wannya berpesan jika dia tidak kawin dia tidak dibenarkan balik kampung

"Haih,Shira bagi lah suami makan habis dulu makanan tu"tegur Datin Sharlina. Ada ada aja budak Shira ni. Laki dia dah lah suka ikut cakap orang

"Takpe lah saya dah siap makan,jom naik atas kita kemas baju"Razin dan Shira ke dapur untuk membasuh pinggan dan gelas yang digunakan tadi kemudian mereka naik ke bilik

Mereka mengemas baju baju dan di letakkan di dalam bagasi

"Awak nanti kita singgah agensi saya dulu ok?"

"Ok"

Mereka turun dan menyalami tangan Dato'Sharin dan Datin Sharlina. Razin memandu kereta menuju ke agensinya untuk memaklumkan supaya mereka mengawasi rumah Dato'Sharin. Selepas itu,dia menuju ke agensi Shira.

Mereka masuk ke dalam ,kelihatan anak buahnya sedang membuat kerja.Shira tahu mereka pasti akan membalas apa yang telah Adelia buat. Mereka sangat percayakan Adelia dahulu kerana kesungguhan yang wanita itu miliki ,tetapi kini mereka seperti menyimpan dendam terhadap Adelia

"Ok guys i want to talked something to you"sapa Shira dengan senyuman yang menawan di wajah

"Ye boss"sahut anak buahnya

"I nak you bahagikan beberapa kumpulan"anak buahnya segera bergerak membentuk kumpulan selepas mendengar arahan Shira

"Ok ada 5 kumpulan right now, sekarang i nak bahagikan kerja. Kumpulan satu,dua dan tiga jaga markas , kumpulan empat perhatikan gerak geri ahli kumpulan yang lain and last ,kumpulan lima ikut i dari jauh. I nak balik kampung so you kumpulan lima ikut i jangan bagi sesiapa perasan. I rasa akan jadi sesuatu masa perjalanan dan i nak you alls perhatikan jangan rapat sangat dengan kereta kumpulan nanti diorang akan perasan dan tak jadi buat apa apa dan mereka akan terlepas begitahu sahaja. Faham?"arah Shira dengan tegas

"FAHAM BOSS!!"sahut anak buahnya dengan bersemangat. Sudah lama mereka tidak melakukan misi seperti ini.

"Bersemangat betul kamu semua ye"kata Razin sambil tersenyum ke arah anak buah isterinya

"Mestilah,kami nak balas atas apa yang cik Adelia buat pada kami. Kami tak kan lepaskan dia dengan mudah. Bertahun tahun dia kerja bawah agensi ni ,senang senang je khianati. Dia tak pernah kenang budi tak macam boss Adeline"kata salah seorang anak buah Shira, sempat jugak dia memuji Shira

Shira tahu pasti Hakim yang ceritakan pada mereka semua. Di harap Adelia sedar akan kesalahan yang telah dia buat selama ini. Adelia seorang yang cekap menembak dan pandai mengodam komputer

Shira juga cekap menembak dan pandai bahagikan strategi apabila di serang musuh. Setakat ini semasa mereka menjalani misi belum ada yang mati, misi mereka juga tidak pernah gagal. Tapi kali ni Shira tak berapa yakin sebab musuhnya adalah kawan baiknya yang sangat pandai tentang senjata dan juga tahu tentang strategi Shira.

"Ok semua buat kerja"arah Shira. Razin dan Shira berlalu ke arah kereta untuk pulang ke kampung

Setakat ini semasa perjalan masih belum ada yang meragukan. Shira mengeluarkan laptop dan melihat pergerakan keretanya dan kereta anak buahnya. Masih belum ada apa apa yang meragukan. Shira masih fokus ke arah laptop dan tiba tiba kereta anak buahnya di tembak,mereka sempat mengelak.

Shira mengzoom kan camera dan melihat nombor plat. Dia menghantat video itu pada anak buahnya yang berada di markas untuk siasat.

Sekarang ini lebuh raya sangat renggang. Senang untuk mereka menembak pihak musuh. Sehingga sejam berlalu Shira mengeluarkan bom asap dan membaling berdekatan dengan kereta musuh. Shira juga sempat membaling alat pendengar suara. Alat ini melekat dia kereta musuh dan dapat mendengar apa yang di bual. Apabila musuh tidak nampak kelibat mereka akibat bom asap itu,mereka memecut dengan laju.

"Huh,penatnya lama tak beraksi"kata Shira sambil mengelap peluh yang keluar di dahinya

"Saya yang bodyguard ni dah macam tunggul"kata Razin dengan tawa kecil

"Saya akan jalankan misi ni je, sebab dia melibatkan kawan yang khianati saya. Lepasni saya dah tak nak jalankan misi"kata Shira dengan keluhan

"Boleh saya tahu siapa Adelia tu?"tanya Razin,sudah lama dia mahu bertanya tentang hal ini tapi dia tidak mahu merosakkan mood isterinya itu

"Awak tak perlu tahu sekarang,suatu hari nanti awak akan tahu bila saya dah jumpa dia"Shira tidak mahu sesiapa tahu tentang perihal Adelia. Sebenarnya Razin sangat kenal Adelia tapi dia tidak perasan akan hal itu

"Takpe lah kalau macam tu,awak berehat dulu tau"kata Razin sambil mengusap kepala isterinya. Baru sahaja Shira mahu melelapkan mata,tiba tiba terdengar panggilan kecemasan yang di hantar dari kumpulan lima

TIT"Boss kami ternampak kereta cik Adelia bersama dengan Zack ada kereta lain dari belakang ekori mereka"

"Itu kereta dari agensi Razin,takpe awak suruh ahli lain perhatikan je kemana mereka pergi ahli dalam kereta awak terus ekori saya"arah Shira dengan tenang,dia dah biasa dengan kejadian sebergini

Shira memandang ke arah sebelah dan terlihat kereta Adelia, walaupun tidak nampak muka tapi dia tahu tu kereta Adelia. Dia memakai baju kalis peluru begitu juga dengan Razin. Mereka bersiap sedia jika ada apa apa yang berlaku.

Shira membuka sedikit tingkap dan melepaskan alat pendengaran tanpa Adelia perasan. Adelia tidak tahu itu adalah keretanya keranah tingkap kereta kalis peluru dan mempunyai tinted.

"Tak guna punya perempuan,Razin hak aku bukan perempuan tu"Shira mendengar Adelia mengamuk dari kereta itu

"Takpe kau sabar, kita cari dulu kereta dia. Nanti dapat kereta tu Adel akan jadi milik aku,Raz milik kau"kata Zack

"Huh,aku bukan milik kau lah jantan"keras suara Shira

"Apa awak ni?"tanya Razin pelik

"Saya tengah dengar apa yang Zack dan Adelia bual kan"kata Shira dengan geram

"Oh,mesti Zack cakap awak milik dia kan?"

Razin memperlahankan kereta yang di pandu.
Tidak ada apa apa tindakan. Seperti yang Shira kata Adelia tidak tahu kereta itu miliknya jadi dia tidak melepaskan sebarang tembakan

Akhirnya mereka tiba di kampung. Penat betul,dah lah tengah rindukan tok wan.Shira berlari menuju ke arah Puan Shafa lalu menyalami tangan tua itu

Razin juga menyalami Puan Shafa,dia mengangkat beg baju dan masukkan ke dalam bilik tidurnya,dia mahu Shira tidur di dalam bilik itu

Puan Shafa gembira melihat cucu cucunya pulang. Dia tidak dapat hadiri majlis perkahwinan cucu cucunya kerana demam

Shira menuju ke dapur. Selepas itu dia menyediakan air di ruang tamu. Razin keluar dari bilik dan duduk di sebelah Shira

"Tok wan, hari tu tok wan beria nak tengok Ira kawin dengan Raz, tapi tok wan tak datang pon"rajuk Shira

"Alahai,tok wan demam lah ira sayang oii"kata Puan Shafa lalu mencubit pipi gebu cucunya

"Aduii,sakitlah tok wan"rungut Shira sambil menggosok pipinya

Mereka berbual kosong sambil begelak tawa. Riuh rumah itu dengan kehadiran Shira dan Razin. Selepas satu jam berbual mereka sudah penat dan mengantuk. Shira dan Razin meminta diri untuk masuk ke bilik. Shira di tarik masuk ke biliknya.

"Ermmm...ngantuknya..huwaaaa"

Razin berbaring di sebelah Shira dan memeluk isterinya. Dia tahu Shira penat,dengan kejadian tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience