BAB 2

Humor Completed 7396

Arin dan Sarah berjalan masuk ke dalam sebuah shopping complex yang terkenal di bandar itu. Mereka bercadang untuk menonton wayang dan bermain bowling. Arin melihat Sarah yang sedang beratur untuk membeli popcorn. Penampilan Sarah hari ini dirasakan amat cantik tetapi simple. Itulah identiti Sarah. Simple but gorgeous. Sarah memakai baju berwarna pink dan seluar jeans yang berwarna hitam. Kepalanya pula hanya dlitupi dengan sehelai selendang yang senada dengan bajunya. Kulitnya yang cerah membuatkan penampilannya lebih terserlah.

“Nah, satu untuk kau, satu untuk aku.”Sarah menghulurkan popcorn dan air coke kepada Arin. Arin menyambutnya.

“Terima kasih.”ujar Arin sambil tersenyum.

“Kasih diterima”Mereka ketawa sejurus selepas itu.

“Jom tunggu dekat situ. Lambat lagi ni.”ajak Arin. Sarah hanya menganggukkan kepalanya. Hatinya sering dipaksa bekerja keras apabila bersama Arin. Satu perasaan bahagia mengalir dalam dirinya apabila berada dekat di samping Arin. Cinta? Ah, takkanlah kot. Aku ni kasar manalah sesuai dengan Arin tu. Eh silap, aku bukan kasar. Cuma brutal and rock je. Yeah, yeah!!!

Hendak dijadikan cerita, eh memang tengah cerita pun ni..Hehe. Ada seorang lelaki datang dari arah bertentangan dalam keadaan tergesa-gesa dan melanggar Sarah. Air yang dipegang oleh Sarah tertumpah di bajunya.

“Opss, saya minta maaf cik. Saya tengah terburu-buru ni. Tu yang terlanggar. Sorry”kesal jejaka itu. Sarah memandang bajunya yang basah itu. Dia kemudiannya mengangkat mukanya memandang jejaka itu. Eh, ni mamat badigol yang langgar aku dekat depan kelas Muzik2u. Mamat ni memang nak kena lecture habis-habisan dengan aku ni.

“Eh badigol! Sorry naik Ferrari lah. Kau ni, baik tak payah ada mata lagi bagus. Sumbang je dekat siapa-siapa yang lebih memerlukan. Membazir je tuhan kurniakan kau mata tapi tak digunakan sebaik-baiknya. Meh sini mata kau aku korek. Kambing dekat rumah aku tu, hilang mata satu. Alangkah baiknya kalau mata kau tu aku dermakan dekat dia.”Sarah bertindak menarik baju jejaka itu tetapi sempat dihalang oleh Arin.

“Sarah, dahlah tu. Dia dah minta maaf. Maafkan jelah.”ujar Arin. Sarah merentap tangannya yang dipegang oleh Arin.

“Maaf? Huh, senangnya kau cakap. Kalau kau nak tahu, mamat nilah yang buatkan baju aku hari tu tukar jadi lopak. Dan hari ni, the same things happen.”marah Sarah.

“Aku kata dah, dahlah. Kau ni degillah. Jom kita balik.”suara Arin ditinggikan sedikit. Ditarik tangan Sarah keluar dari panggung.

“Kau ingat eah, samdol. Kalau aku jumpa kau lagi, bukan mata kau je aku korek. Dengan hidung kau sekali aku tanggalkan.”sempat Sarah menjerit sebelum keluar dari panggung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience