Tiara sedang duduk tidak berbuat apa-apa di atas kerusi. Dia masih lagi menunggu pembedahan ibunya berakhir.
Matanya mengantuk tetapi ditahan nya mata agar tidak tidur. Ketika itu, dia tiada rasa mahu tidur. Dia juga tiada rasa untuk main telefon pintar nya.
Jadi, dia mengambil keputusan untuk hanya duduk termenung sambil menunggu doktor keluar daripada bilik bedah itu.
Sedang dia termenung, tiba tiba satu notifikasi masuk di telefon pintar nya. Dia membuka telefon nya dan melihat Hadi yang menghantar mesej itu.
Dia menekan mesej itu untuk membaca apa yang dihantar oleh Hadi.
Hadi : Kau sekarang dekat tingkat berapa? Aku dekat lobi dah ni.
Terbeliak mata Tiara membaca mesej Hadi.
"Cepat nya dia ni sampai. Dah tak ada kereta langsung ke dekat jalan raya tu?" kata Tiara perlahan.
Kemudian jarinya menaip untuk membalas mesej Hadi itu.
Tiara : Tingkat 6. Kau naik je, nanti kau nampak aku
Hadi : Okey
Selang 8 minit, Hadi muncul di hadapan pintu lif. Dia sudah berada di tingkat 6.
Dari jauh, dia nampak Tiara sedang duduk di kerusi ruangan menunggu berhadapan dengan bilik bedah.
Tanpa berlengah, Hadi berlari mendapatkan Tiara. Tiara terkejut melihat Hadi yang sudah duduk di sebelahnya.
"Tiara, kau okey tak? Mak kau okey?" tanya Hadi
"Aku okey. Mak aku tak tahu lagi. Kejap, ni aku nak tanya. Berapa lama kau bawak kereta dari rumah kau sampai hospital ni?"
"Erm, dalam 25 minit macam tu. Kenapa? Aku datang lambat ek?"
Tiara tidak percaya dengan apa yang didengar nya. 25 minit?! Tak silap dia, Hospital Besar Melaka ni jauh juga tempat nya dan Hadi hanya mengambil masa hanya 25 minit untuk sampai ke sini. Entah berapa laju agaknya Hadi bawa kereta tadi.
"Hadi, kau bawak elok elok lah kereta tu. Kau kejar apa sampai bawak laju sangat kereta tu?" Tiara risau dengan cara pemanduan Hadi.
Tahu lah dia yang Hadi guna kereta yang mahal, tetapi bawa lah dengan penuh berhemah.
Hadi tersengih macam kerang busuk. Tiara risau dengan dirinya?
"Ye lah, sorry. Aku gelabah sangat tadi. Lagipun, kereta dekat jalan tadi tak ada sangat. Jadi jalan clear lah. Kau sendiri yang cakap kau sorang sorang dekat hospital"
"Ye lah, Hadi" Tiara malas mahu berbahas mengenai perkara itu. Dia bersandar di kerusi itu dan memandang ke arah bilik bedah.
"Dah lama ke mak kau dalam tu?" Hadi bertanya kepada Tiara.
"Lama tak lama jugak lah. Aku harap sangat yang mak aku okey" kata Tiara dengan nada yang sedih.
"Insyaallah, mak kau tak ada apa apa. Kita doa banyak banyak. Kau lapar ke haus ke? Aku boleh belikan dekat kedai bawah tu"
Tiara memandang wajah Hadi dan tersenyum.
"Tak apa, terima kasih. Aku dah kenyang dah. Kalau kau nak beli apa apa, kau pergi la turun"
"Aku pun tak lapar pun. Kalau macam tu, kau tidur lah dulu. Biar aku yang tunggu. Kalau doktor dah keluar aku gerak kau. Aku tengok mata kau ni macam dah mengantuk sangat dah" Memang benar kata Hadi. Mata Tiara sudah mula kuyu tetapi masih ditahan nya.
"Boleh ek aku tidur?" Tiara meminta kepastian.
"Iye, kau tidur lah dulu. Aku boleh main phone, lagipun aku tak mengantuk langsung. Jangan kau baring dekat lantai je" Hadi sempat bergurau.
Tiara tergelak kecil mendengar gurauan Hadi. Kemudian dia meletakkan kepalanya di tempat penyandar kerusi sebelah nya. Tidak sampai 3 minit, dia sudah lena.
Melihat Tiara sudah lena, Hadi mengeluarkan telefon pintar nya. Dia ingin membuat panggilan dengan ibunya.
Dia mendekatkan telefon nya di telinga dan tidak sampai seminit, Puan Balqis sudah menjawab panggilan itu.
"Ikhwan, Ikhwan okey ke tu? Dah sampai dah hospital?" tanya Puan Balqis tidak sabar sabar.
"Dah, Ikhwan dah sampai dah hospital"
"Macam mana dengan mak kawan Ikhwan tu? Semuanya okey ke?"
"Erm, doktor tak cakap apa apa lagi. Mak dia pun dalam bilik bedah ni lagi. Umi tak payah lah tunggu Ikhwan balik ya. Umi tidur je. Ikhwan pun tak tahu balik pukul berapa ni"
Hadi kenal benar dengan perangai Puan Balqis. Sekiranya perkara sebegini berlaku, pasti Puan Balqis akan menunggu sehingga dia balik ke rumah. Dia tidak mahu membuat ibunya menunggu nya.
"Ye lah, Ikhwan jaga diri ya. Umi doakan lah supaya mak kawan Ikhwan tu selamat"
"Amin, insyaallah. Okey lah umi, assalamualaikum"
"Waalaikumussalam"
Puan Balqis baring di atas sofa di ruang tamu. Memang benar firasat Hadi yang Puan Balqis akan menunggu nya.
Bagi Puan Balqis, selagi Hadi tidak balik, dia tidak akan senang duduk. Apatah lagi untuk tidur. Jadi, dia mengambil keputusan untuk baring di sofa ruang tamu.
//
Hadi yang sedang tidur tidur ayam terjaga apabila mendengar bunyi pintu dibuka. Terkebil-kebil matanya cuba melihat apa yang terjadi.
Dia melihat Tiara yang duduk di sebelah nya masih lagi tidur. Hadi memandang ke hadapan dan melihat ada seorang doktor lelaki sedang berdiri.
Lantas, Hadi pun berdiri.
"Tiara, bangun Tiara" Hadi mengejut kan Tiara. Tiara yang mendengar ada orang memanggilnya terjaga. Dia seolah-olah terlupa mengapa dia berada di hospital itu.
Kemudian, matanya tertumpu pada doktor yang berada di hadapannya dan ingatan nya kembali semula.
"Doktor, macam mana dengan ibu saya doktor?" Tiara bertanya dengan suara yang cemas. Rasa kantuk nya ditukar ganti dengan perasaan takut.
Tiara mula tidak sedap hati apabila melihat riak wajah yang ditunjukkan oleh doktor lelaki yang memakai tanda nama Haris itu.
Tidak kurang juga dengan Hadi. Jantung Hadi juga turut sama berdegup kencang menunggu jawapan keluar daripada mulut Doktor Haris.
Doktor Haris mencari kekuatan untuk memberi tahu perkara sebenar kepada Hadi dan Tiara. Dia menarik nafasnya dalam dalam dan mula bersuara.
"Maaf cik, kami dah cuba yang terbaik tapi takdir Allah dah tertulis. Kami tak dapat selamatkan Puan Wardah. Saya harap cik dan encik bawa bersabar ya"
Jantung Tiara umpama tercabut saat mendengar berita itu. Berita yang paling dia tidak mahu dengar.
Dia sudah tidak mampu untuk mendengar apa apa lagi. Tiara terduduk di atas kerusi. Dia merasakan seperti hidup nya sudah berakhir ketika itu.
"Disebabkan hari dah terlalu lewat, cik boleh datang esok untuk selesaikan segala urusan arwah Puan Wardah esok. Saya mintak diri dulu, assalamualaikum" Doktor Haris menundukkan sedikit kepalanya dan berlalu pergi.
Hadi menjawab perlahan salam yang diberikan oleh Doktor Haris. Kemudian dia duduk di sebelah Tiara yang sudah basah pipinya dengan linangan air mata.
"Hadi...." Rintihan Tiara memilukan lagi hati Hadi mendengar nya. Hadi kehilangan kata kata.
Dia menepuk-nepuk perlahan belakang badan Tiara.
"Tiara... Kau kena kuat. Aku tahu kau boleh hadapi semua benda ni" Hadi cuba menenangkan Tiara.
"Hadi, mak aku dah tak ada Hadi. Macam mana lagi aku nak kuat? Aku hilang orang yang aku sayang"
Tangisan Tiara yang semakin kuat membuatkan Hadi bertambah buntu. Dia bukan lah jenis orang yang pandai memujuk orang yang menangis.
Ikutkan hatinya, dia mahu menyandarkan kepala Tiara di bahunya tetapi dia masih berfikiran waras.
"Tiara, kau kena terima qada' dan qadar Allah. Memang kau hilang mak kau, tapi kau ada ramai lagi orang yang sayang kau. Kau ada aku. Allah bagi kau ujian sebab dia sayang kau. Ingat, Allah tak akan membebani seseorang itu lebih daripada yang orang itu mampu. Aku tahu, aku tak ada dekat tempat kau. Kau yang rasa, kau yang hadap. Tapi sebagai orang yang rapat dengan kau, aku tak nak tengok kau sedih sedih macam ni. Aku kenal Tiara Adriana binti Kamarul. Dia seorang yang kuat. Sekarang ni, kita doakan semoga Allah tempatkan mak kau dalam kalangan orang yang beriman"
Sekali Hadi bercakap, semua benda keluar daripada mulutnya. Dia berharap Tiara akan terkesan dengan kata kata nya sebentar tadi. Dia rasa dia sudah katakan semuanya yang patut dia katakan.
Hadi berjaya. Tiara mengangkat wajahnya yang basah dengan juraian air mata.
Matanya yang merah akibat menangis merenung wajah Hadi. Air mata masih lagi mengalir di pipi.
"Thank you Hadi"
Tersentuh hati Hadi mendengar ucapan terima kasih daripada Tiara. Apabila melihat keadaan Tiara seperti itu, dia pula turut rasa ingin menangis.
"Jom lah kita balik. Esok kita berdua datang, kita uruskan semua nya. Dah malam dah ni" Hadi berkata dengan nada suara yang perlahan dan lembut. Dia berdiri dan mengambil beg Tiara.
"Jom" ajak Hadi sekali lagi.
Tiara mengelap air mata nya dengan hujung lengan baju nya dan berdiri. Tanpa sepatah kata, dia berlalu pergi ke arah lif. Hadi berjalan di belakang Tiara.
//
Sepanjang Tiara dan Hadi berada di dalam kereta, tiada sebarang bunyi selain daripada bunyi enjin kereta itu. Hadi tidak tahu sama ada Tiara termenung, menangis atau tidur di sebelahnya.
Malam itu sangat gelap. Hanya lampu jalan dan lampu kereta sahaja yang menerangi jalan raya itu.
Ada sesuatu perkara yang bermain di fikiran Hadi. Runsing kepalanya memikirkan perkara itu.
Tepat pukul 1:27 pagi, kereta Hadi berhenti di hadapan rumah Tiara. Setelah kereta itu berhenti, Hadi mula bersuara.
"Tiara"
Tiara mengalihkan pandangan nya ke arah wajah Hadi. Dia menunjukkan reaksi yang dia bersedia untuk mendengar apa yang Hadi mahu katakan.
"Aku..."
Belum sempat Hadi meneruskan kata kata, Tiara memberi isyarat supaya berhenti bercakap.
"Hadi, kita cakap dekat luar lah. Sekarang ni malam, kita berdua pulak dalam kereta. Tak elok lah"
Hadi mengangguk kepala menandakan faham dengan apa yang Tiara katakan. Kemudian, kedua dua pintu kereta dibuka dan mereka berdua keluar.
"Kau nak cakap apa?"
"Aku dah fikir dah. Aku tahu sekarang ni emosi kau tak stabil. Fikiran kau bercelaru, tambah pulak kau tengah sedih sangat sekarang ni. Jadi, aku fikir yang kau tak sepatutnya duduk rumah sorang-sorang. Apa malam ni kau tidur rumah aku? Mak ayah aku ada, bilik untuk tetamu pun ada. Aku bukan apa cuma aku rasa yang kau tak patut sorang sorang. Macam mana?"
Hadi menghela nafas lega apabila dia berjaya katakan semua yang bermain di fikiran nya sebentar tadi. Dia hanya perlukan jawapan Tiara ketika itu.
Tiara memandang ke arah lain dan berfikir sejenak. Hadi menunggu jawapan Tiara dengan sabar. Setelah seminit dia senyap, dia memandang muka Hadi.
"Mak ayah kau bagi ke?"
"Kau okey tak dengan cadangan aku tu? Kalau kau okey, kau pergi kemas beg kau, bawak baju ke seluar dan apa yang patut dan aku akan call mak aku. Aku rasa mak aku tak tidur lagi ni. Dia tunggu aku balik"
"Okey, aku masuk sekejap. Ambik baju" Tiara membuka pintu pagar rumah nya dan masuk ke dalam rumah.
Melihatkan Tiara sudah masuk, Hadi mengambil telefon nya yang diletakkan di dalam kereta.
Dia mencari nama ibunya dan menekan butang 'telefon'. Tidak perlu menunggu lama, Puan Balqis pantas menjawab panggilan itu.
"Ikhwan, macam mana semua nya? Okey ke mak kawan Ikhwan tu?" Puan Balqis yang tertidur di atas sofa terjaga apabila mendengar bunyi deringan telefon pintar nya.
Pantas dia menjawab apabila melihat nama Hadi di skrin.
"Umi..." Hadi mengetuk-ngetuk tingkap kereta dengan jarinya. Dia tidak sanggup untuk katakan perkara itu.
"Ikhwan, semua okey ke tu?" tanya Puan Balqis sekali lagi.
"Dia dah tak ada umi"
"Allahuakbar. Innalillahiwainnalillahirajiun. Lepas tu, kawan Ikhwan tu macam mana? Kesian betul dia"
"Itu yang Ikhwan nak cakap tu umi. Er, umi. Macam mana nak cakap ya?" Hadi teragak-agak untuk beritahu isi hati nya.
Tambahan pula, kawan yang dimaksudkan oleh dia adalah perempuan. Apa pula kata ibunya nanti. Tapi, dia harus berfikiran positif. Dia cuba beranikan diri untuk bercakap.
"Apa dia? Cakap je, insyaallah umi boleh tolong"
"Umi, kawan Ikhwan tu perempuan umi. Dia tinggal sorang dekat rumah. Ikhwan kesian pulak nak biarkan dia duduk sorang-sorang dekat rumah. Ye lah, dia pun tengah sedih sangat sekarang. Emosi tak stabil. Silap-silap nanti, dia buat benda bukan bukan pulak nanti. Umi faham kan?"
Hadi mengetap bibirnya setelah habis berkata. Jantungnya berdegup kencang menunggu jawapan daripada Puan Balqis.
"Betul lah tu, kesian dia. Tak apa lah, Ikhwan ajak lah dia tidur rumah kita malam ni. Lagipun dah nak pukul 2 pagi dah ni. Betul lah tu apa yang Ikhwan cakap" kata Puan Balqis dengan penuh prihatin. Dia turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Tiara.
"Boleh ke umi? Itu yang Ikhwan call umi tu. Ikhwan takut umi tak bagi. Umi, umi jangan fikir bukan bukan ek? Ikhwan memang nak tolong dia je. Tak lebih daripada tu"
"Umi percaya dekat Ikhwan. Ikhwan nak tolong dia. Ni, bila Ikhwan nak balik ni?"
"Ikhwan dekat depan rumah dia ni. Dia dekat dalam tengah kemas beg" Hadi mendengar bunyi pintu rumah dibuka.
Kelihatan Tiara keluar daripada rumah bersama dengan sebuah beg sandang. Dia mengunci pintu rumah dan berjalan keluar.
"Ouh, apa nama dia Ikhwan? Senang umi nak bercakap dengan dia nanti"
"Tiara" jawab Hadi dan Tiara sudah berdiri di hadapannya. Dia menunggu perbualan antara Hadi dan ibunya tamat.
"Okey lah umi, Tiara dah siap dah. Ikhwan nak balik dah ni. Nanti umi bagitahu papa tau"
"Hah, ye lah. Umi tunggu. Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam"
Hadi menutup telefon pintar nya dan memasukkan nya ke dalam poket seluar.
"Boleh ke? Aku pergi rumah kau" tanya Tiara
"Boleh, mak aku tunggu dekat rumah. Jom"
"Susah kan kau je. Aku boleh je duduk rumah sorang. Tak ada masalah pun"
"Tak ada susah pun. Jom" Hadi berjalan ke arah tempat pemandu dan masuk ke dalam kereta.
Tiara melihat Hadi dan turut masuk ke dalam kereta.
thankyou sebab sudi bace ( ◜‿◝ )♡ sorry atas kekurangan and sorryyyy for late update :`(
Share this novel