BAB 10

Romance Completed 16902

"Sudah-sudahlah tu. Sini hospital dan bukannya tempat untuk berperang." Tiba-tiba kedengaran satu suara yang muncul antara mereka berdua.

"Aku tak suka ada orang biadap kat tempat aku. Kalau nak datang sini, jaga-jagalah sikit adab tu. Ni tak, dia buat hospital ni macam bapa dia punya." Ujar Hades sambil menyindir Roy dengan sindiran pedasnya.

"Ok fine..aku boleh cari hospital lain dan bila-bila masa je aku boleh jatuhkan hospital ni. Daripada aku menunggu kat sini macam orang bodoh lagi-lagi menghadap muka doktor ni yang takde fungsi langsung baik aku blah jak dari hospital jahanam ni!" Ujar Roy dengan sinis lalu melangkah ke arah katil isterinya dan mencabut wayar di sekelilingnya. Dia mengangkat isterinya lalu beredar dari situ.

Hades dan Ken saling berpandangan. Hades hanya membuat muka menyampah sahaja selepas lega dengan pemergian individu yang membawa onar di tempat kerjanya.

"Kalau diikutkan hati aku, nak saja aku cucuk virus dekat bini dia sampai mati baru dia sedar sikit yang dia tu jantan tak guna." Ujar Hades menahan sabarnya.

"Sabarlah Hades, aku pun pelik juga tengok tingkah laku lelaki tu tadi. Macam nak cari gaduh je gayanya. Tapi apa-apa pun kau kena juga jadi professional supaya takda orang yang akan cam kau nanti." Ujar Ken.

"Kalau aku jumpa orang tu lagi, dah lama aku tikam dia lepastu organ dia aku kasi cincang sampai lumat." Ujar Hades.

Ken hanya menggelengkan kepalanya sahaja mendengar kata-kata rakannya.

****

Aku tersedar dari tidur lamaku. Aku melihat sekelilingku dan mendapati bahawa aku sedang berada di bilikku. Kakiku seperti biasa diikat pada gerigi besi. Tiba-tiba sahaja pintu bilikku dibuka dan kelihatan Roy membawakan semangkuk bubur untukku. Dia melabuhkan punggungnya di sebelahku sambil meletakkan telapak tangannya pada dahiku.

"Nasib baik ada aku doktor peribadi perempuan yang boleh tolong tengokkan engkau tadi. Kalau nak mengharapkan hospital tak guna tu memang sampai sekarang kau tak sedar." Ujar Roy sambil mengeluh kasar. Roy hantar aku kat hospital tadi ke?

"Nah kau makan benda ni. Nanti lepas habis makan ni kau terus makan ubat yang aku letak kat atas meja tadi. Mesti kau terlalu bencikan aku kan sampai kau pengsan dan depression bagai semua ni." Ujar Roy sambil berkata sinis.

"Habistu macamana dengan keluarga saya? Mereka risaukan saya tadi ke?" Ujarku malas mahu berbalah dengannya.

"Kau tak perlu nak balik dekat keluarga jahanam engkau lagi. Aku dah putuskan hubungan kau dengan diorang. Mulai harini kau tak dibenarkan berjumpa dengan diorang lagi sebab aku taknak ada kena mengena dengan mereka." Aku terkejut setelah mendengar kata-kata Roy yang sesenang hati memutuskan hubunganku dengan keluargaku.

"Awak tak boleh buat macamtu Roy!! Mereka keluarga saya dan saya ada hak untuk bersama dengan keluarga saya!!" Kataku dengan tidak berpuas hati. Roy segera mencengkam rambutku dengan kuat sehingga aku merintih kesakitan.

"Kau dengar sini...aku suami kau dan kau patut dengar arahan aku. Esok aku akan bawa kau tempat lain dan kita mulakan hidup baru kat sana. Kalau kau masih berdegil nak jumpa diorang, jangan sampai aku buat cara kejam. Kau pilih sama ada kau nak ikut arahan aku atau tengok mayat keluarga kau dekat depan mata kau sendiri.." Ujarnya sambil berbisik di telingaku hingga membuatku meremang pada bulu romaku.

Aku hanya mampu berdiam diri kerana sudah semestinya aku tidak mahu keluargaku diapa-apakan olehnya. Aku tahu Roy pasti akan berbuat sesuatu di luar jangkaannya.

"Makan Luna..." Ujarnya. Aku mencapai bubur tersebut dan memakannya secara terpaksa walaupun perutku enggan menerimanya.

****

Roy memimpin tanganku sehingga untuk menuju di tempat pelepasan. Kami sekarang berada di lapangan terbang dan bersiap sedia untuk melangkah ke destinasi baruku.
Aku pula terkial-kial mengikuti langkahnya walaupun kakiku lemah untuk menuju lokasi seterusnya.

Aku tidak mahu meninggalkan keluargaku kerana sudah pasti aku akan merindui mereka. Sudahlah perkahwinan adikku baru sahaja berlangsung semalam dan tidak semena-mena itu adalah kali terakhir aku menemui mereka. Aku harus berbuat sesuatu untuk membatalkan niatnya membawaku ke tempat yang jauh. Apa nak jadi lantaklah yang penting rancangan aku berjaya.

Aku berpura-pura menyentuh perutku. Roy mengerutkan dahi melihatku.

"Kau dah kenapa kau ok ke?" Soal Roy.

"Awak..saya sakit perutlah. Boleh tak kalau kita singgah kat tandas sekejap." Aku membuat-buat diri seolah-olah aku betul-betul sakit perut. Roy meraup wajahnya kasar sambil mengerling jam tangannya.

"Hish kau ni..kau tau tak flight kita tak lama lagi? Tak boleh ke kalau kau tunggu sampai kita dekat jet peribadi aku nanti? Dekat sana nanti lantaklah kau nak membuang berapa jam sekalipun." Ujarnya dengan kasar.

"Tapi perut saya betul-betul sakit ni. Saya memang tak larat nak berjalan lagi ni. Kita singgah sekejap je, saya janji saya akan ambil masa dalam beberapa minit sahaja." Ujarku.

"Ok fine!! Kalau kau lambat aku hancurkan pintu tandas kau!! Jom pergi cepat!!" Ujarnya lalu mengheretku untuk menuju ke tandas perempuan. Setelah kami tiba di hadapan tandas perempuan, dia segera melepaskan tanganku lalu mencapai telefonnya untuk menghubungi seseorang.

"Weh, kau tunggu dekat sana kejap. Sekarang ni aku ada hal sikit dekat bini aku.  Nanti dalam beberapa minit aku akan sampai." Ujarnya yang sedang leka menghubungi rakannya. Aku mengambil kesempatan ini untuk lari daripadanya sejauh yang mungkin. Lari Luna lari...lari sampai kau boleh cari kebahagiaan kau sendiri!!

Roy melihat di sisinya mendapati isterinya sudah hilang. Hatinya mula tidak kekeruan dan mula mencari keberadaan isterinya dengan panik.

"Luna!!! Luna mana kau?!!" Roy mula  terjerit-jerit memanggil isterinya dan tidak memperdulikan orang disekelilingnya yang sedang mendengar suara kuatnya. Roy pantas berlari sambil mencari susuk tubuh isterinya. Apabila isterinya gagal dikesan, dia menyepak tong sampah besi itu dengan kuat sekali sambil melepaskan kemarahannya.

"Bodoh!!! Mana kau Luna?!!" Roy amat menyesal dengan sikap lekanya sewaktu membuat panggilan hingga lupa akan isterinya. Dia sepatutnya mengambil langkah berjaga-jaga agar isterinya tidak dapat mengambil kesempatan untuk melarikan diri. Situasi ini yang dia tidak mahu hadapi kerana bila-bila masa sahaja jiwanya akan menjadi kacau bilau.

Roy menghubungi pengawal peribadinya untuk mencari keberadaan isterinya di kawasan lapangan terbang. Dia sesekali tidak akan melepaskan isterinya.

****

Luna menahan teksi yang sudah tersedia di hadapannya. Dia segera memasuki ke dalam kenderaan tersebut agar suaminya tidak dapat melihat susuk tubuhnya.

"Encik, tolong bawa saya dekat xxxxx." Ujarnya dengan resah. Kalau boleh dia mahu segera keluar dari kawasan tersebut. Dia bernasib baik kerana masih ada beberapa jumlah wang yang ada pada dirinya untuk membiayai kos pengangkutannya. Pemandu itu segera mengangguk dan membawanya ke kawasan tersebut.

Sementara dalam perjalanan, Luna termenung sendirian dan memikirkan langkah rancangan yang seterusnya. Dia masih sedikit gusar walaupun dia berjaya lari daripada suaminya sudah pasti Roy akan berbuat sesuatu untuk mendapatkannya tidak kira cara apa sekalipun. Di sebalik cermin hadapan kereta tersebut, dia terkejut melihat kereta hitam yang seolah-olah kereta suaminya. Mereka berdua terkejut apabila terdapat kesan tembakan yang terkena pada bahagian belakang cermin kereta.

Luna menoleh ke belakang dan mendapati Roy sedang menembak ke arah mereka yang turut diiringi oleh pengawalnya. Kereta pengawalnya berupaya untuk menghalang laluan kenderaan yang dinaiki oleh kami. Teksi tersebut hilang keseimbangannya apabila semakin dihimpit oleh dua kenderaan pengawalnya. Aku pula terpaksa berpaut pada pemegang kereta untuk menyeimbangkan badanku. Sehinggalah kereta kami terbabas pada sesuatu tempat akibat hilang kawalan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience