Hasbi siap untuk ke pejabat, kini dia berjalan turun ke bawah. Belum sempat kakinya menjejak anak tangga yang terakhir kedengaran suara Haseena terlebih dahulu menyapa gegendang telinganya.
“Abang!” nyaring saja suara Haseena memanggilnya dari ruang makan.
“Budak ni. Lama-lama telinga abang yang tak pekak ini terus jadi pekak.” Hasbi mengelengkan kepalanya.
“Amboi abang segaknya! Macam mana lah staff perempuan tak melekat dengan abang..” puji Haseena dengan kedua tangannya mengampu pipinya. Merenung kearah abangnya yang sudah segak mengenakan pakaian ke pejabat.
“Seena! Jangan pandai-pandai bawa mulut benda yang tak betul. Kalau dengar kat orang macam mana? Apa babah dangan abang pikir pula nanti. Tak pasal-pasal nanti timbul gossip liar.. Yang jadi mangsanya abang juga..”
“Nama pun gossip kan.. Manalah betul. Gosip, khabar angin..” potong Haseena.
“Jangan merapu lah Seena..” Hasbi mengusutkan rambut Haseena, sehingga tertutup keseluruhan wajahnya dengan rambutnya yang panjang dan lebat itu.
“Abang ni!” marah Haseena. Sudahlah dia tidak mengikat rambutnya kerana basah, kini rambut yang tersikat rapi tadi sudah berubah serabut.
“Mama mana? Abang dah nak pergi ni..?” tanya Hasbi. Langsung dia tak kisah dengan Haseena yang sedang menguruskan rambutnya yang kusut itu.
“Mama keluarlah, Pergi beli barang dapur dengan Kak Yam. Esok kan Yusrina nak datang..” keluh Haseena.
“Apa! Yusrina? Siapa tu? Ooohh! Anak makcik Naina kan? Betul ke?” tanya Hasbi yang tidak yakin, didalam fikirannya terbayang wajah Yusrina yang masih kanak-kanak dengan rambutnya yang sentiasa di tocangkan tinggi di atas kepalanya.
“Hemm! Ya! Siapa lagi. Rumah ni, mana pernah ada orang lain tinggal selain dari Yusrina. Abang ni buat-buat lupa pula. Bukan dulu abang suka sangat tarik rambut dia? Bukan main lagi abang sakat dia, takkan hilang ingatan pula..” Haseena menunding jarinya kearah abangnya yang sedang menayangkan wajah bersahaja di hadapannya.
Aku ingatlah budak perempuan yang cengeng tu, sikit-sikit menangis.Entah apa-apa saja. Perangai sebijik macam Abang Hamizan. Asal di datang je. Mengalahkan anak raja je mama layan dia. Suka tarik perhatian orang!
“Hmm.. Entah” balas Hasbi mengangkat bahunya keatas. Malas melayan adiknya mengenai gadis bernama Yusrina itu.
“Lah! Tak ingat.. Kejap Seena ambil gambar dia..” Haseena bangun dari kerusinya.
“Oppps! stop! Tak payah. Nanti kalau Seena pergi ambil gambar dia. Abang terus tak lalu nak makan. Patah selera abang tengok muka comot dia tu..” perli Hasbi, lalu menarik kerusinya dan duduk untuk bersarapan.
“What! Apa abang ni. Kalau abang kata Yusrina tu comot, maksudnya Seena pun comot lah ya?” tanya Haseena.
Aduh ! budak ni sehati sejiwa pula dia dengan Yusrina tu. Hasbi yang duduk di kerusinya sekadar diam. Doa sudah dibacanya. Tangan yang memegang sudu menyedok bihun goreng yang ada di dalam pinggannya lalu disuakan kedalam mulutnya. Bila mulutnya mengunyah, kepalanya mengikut rentak kunyahan itu. Menikmati rasa bihun goreng yang cukup rasa ramuannya. Sungguh! Air tangan ibunya memang tak pernah mengecewakan sampai bila-bila. Bibirnya terkunci rapi. Tangannya naik menunjuk ke mulutnya yang sendang mengunyah kepada Haseena. Mata Haseena menjeling keatas membalas kepada abangnya yang seorang itu.
“Adik abang comel, jangan risau..” kata Hasbi, kemudian dia menyuapkan lagi bihun kedalam mulutnya.
Bila Haseena ingin bersuara. Cepat-cepat Hasbi menunjuk kearah mulutnya yang kembali penuh. Terbantut gadis itu dibuatnya. Lebar senyuman Hasbi dapat mengenakan adik perempuannya yang seorang itu.
“Okay abang dah habis. Abang nak ke office..” kata Hasbi setelah selesai sarapannya.
“Abang ni! tak nak kawan dengan abang macam ni!” jerit Haseena.
“Jerit lah. Tak ada siapa di rumah berani lah Seena jerit. Tak nak kawan sudah, abah ni abang Seena.. Tak kawan pun tak apa. Kita ni adik beradik” Hasbi menayang sengihannya kepada Haseena. Sebelum sempat Haseena bangun dari kerusinya dia cepat-cepat angkat kaki berlari keluar dari ruang makan.
“Abang! Seena tak habis cakap lagi ni.. Abang..” Haseena bangun mengejar Hasbi.
“Nak apa. Abang dah lambat ni..” Hasbi duduk di kerusi kayu jati dekat dengan almari kasut yang ada di belakang pintu utama rumah itu.
“Seena dah tanya kan.. boleh temankan Seena..”
“Abang sibuklah hari ni.. Esoklah. Tu pun kalau free..” Kata Hasbi sambil membongkokkan badannya mengikat tali kasutnya.
“Alah.. Susahlah abang ni..”
“Kalau susah, pergi lah dengan mama.. Kan senang.”
“Tak nak pergi dengan mama. Nak pergi dengan abang, ada tempat lain lagi Seena nak singgah..” Haseena mencuit-cuit manja lengan Hasbi.
“Hem! Itu yang betulnya. Sebab tu nak ajak abang sangat-sangat tu..” Hasbi bangun dan mengemaskan pakaiannya yang tersarung pada tubuhnya.
“Alah boleh lah abang.. Please! Kalau tak, mama takkan bagi Seena keluar. Boleh la” rayu Haseena.
“Tengoklah esok macam mana. Dengarkan apa yang Abang Mizan kata tadi. No clash! No cancel appointment..” wajah Hasbi yang tersenyum di hadapan Haseena itu mengangkat kedua-dua keningnya ke atas.
“Yea lah!”
Monyok saja wajah Haseena dengan tangannya naik memeluk tubuhnya sendiri. Tak daya lagi dia nak melawan arahan abang sulungnya itu. Seolah-olah Hamizan lah yang paling berkuasa dalam segala hal urusan mereka adik beradik.
“Sengajakan, buat muka macam tu. Nak bagi abang serba salah.” Hasbi menganggukkan kepalanya beberapa kali. Haseena masih kekal dengan posisinya, masam mencuka melihat kepada Hasbi.
“Okay baik! Esok. Abang temankan. Demi adik kesayangan abang sorang ni.” Hasbi mencubit kedua-dua pipi Haseena dan membawa pipi itu naik membentukkan sebuah senyuman secara paksaan di wajah Haseena. Akhirnya beralah juga Hasbi kepada Haseena.
“Sungguh ni?” tanya Haseena.
“Yelah. Tapi kalau tak nak tak apa. Abang okay aja” Hasbi berlalu pergi.
“Okay! Okay! Esok jadi!” Haseena menganggukkan kepalanya dan berteriak kepada Hasbi yang sedang berjalan pergi kearah kereta putih miliknya. Hasbi yang sedang tersenyum itu langsung tidak barpaling ke belakang lagi. Hanya tangannya saja yang diangkat tinggi melambai kepada Haseena yang masih berdiri di muka pintu. Dia dah mengagak Haseena pastinya sedang melompat suka.
Bertolaklah Hasbi ke pejabat utama Basheera Empire Sdn Bhd. Orang pertama yang dicarinya adalah Femida, setiausaha syarikat yang sangat dipercayai oleh El Amin dan Hamizan.
“Femida.. Ikut saya..” Hasbi mengetuk beberapa kali meja kerja Femida, kerana wanita itu tak perasan akan kehadirannya.
“Maaf tuan Hasbi, saya tak perasan tadi.” Femida yang yang sedang duduk itu terus bangun dari kerusinya. Tersentak seketika bila disapa oleh pemilik suara yang mempunyai tahi lalat pada hujung keningnya itu. Matanya tak lepas dari melihat bulu mata hitam yang melentik dan panjang mengalahkan miliknya sendiri.
“Femida?” panggil Hasbi sekali lagi.
“Ya,saya!” tanpa tersedar Femida mengeluarkan suaranya agak tinggi kepada Hasbi yang sedang menunduk sambil membuka butang baju kotnya.
“Awak marah saya ke Femida?” tanya Hasbi.
“Eh, tak bukan tuan Hasbi. Saya terlupa yang tuan Hasbi masuk office hari ini..” tutur Femida kekok.
“Tak tahu? bukankah Abang saya dah aturkan jadual untuk saya, sepanjang dia tak ada ni?” Berkerut dahi Hasbi menenung wanita kacukan yang nampak sangat gugup di hadapannya itu.
“Hah! Ya, betul. Macam manalah saya boleh lupa.” Femida menggaru dahinya sendiri. Sebenarnya dia bukannya lupa. Itu semua hanyalah alasannya. Dia tak tahu kenapa, bila dia melihat wajah putera kedua Basheera Empire ni. Jantungnya berdebar lain macam. Mungkin kerana Hasbi ni selalu bersikap santai. Tak seperti abangnya Hamizan yang selalu memasang wajah tegang sepanjang berada di pejabat.
“Ada ni..” Femida menarik tab berwarna silver yang sudah tercatat semua butiran di dalamnya.
“Ikut saya, terangkan kepada saya, jadual saya.” Hasbi mengulangi ayat yang sama. Kaki melangkah menuju ke hadapan pintu kayu yang tertulis nama babahnya dan abangnya disitu. Pintu bilik itu di buka luas, kemudian dia menahan. Hasbi berpaling semula ke belakang.
“Femida?” Hairan dia melihat wanita itu masih berada di ruang kerjanya.
Femida terus menganggukkan kepalanya, merah pipinya saat itu. Menunduk saja dia berjalan melintasi Hasbi yang sedang membuka pintu buatnya dari tadi. Dia yang selama ini menjaga etika kerjanya, seorang yang kompeten di mata dua pemilik besar gugup dengan Hasbi. Sampaikan apa yang dia sampaikan di hadapan Hasbi menjadi berterabur semuanya.
“Itu saja untuk hari ini tuan Hasbi.” Femida menarik nafas lega.
“Esok macam mana?” tanya Hasbi. Dia yang tahu wanita itu sedang gugup dihadapannya beralih melihat ke komputer riba yang ada diatas meja. Beberapa fail penting dibukanya dan dibaca isinya.
“Esok?”
“Femida, kenapa? awak takut dengan saya ke? Sebab kerusi yang saya duduk sekarang ni? Tak payah takut dengan saya. Saya tak makan orang. Kita kerja santai saja. Mudahkan urusan kerja saya dan alert perkara penting buat saya. Itu saja. Boleh kan?” tanya Hasbi. Matanya yang melekat melihat paparan skrin computer riba kini beralih melihat Femida yang berbaju kurung di hadapannya.
“Boleh, tuan Hasbi..” Femida menjatuhkan kepalanya mengangguk kepada Hasbi.
“Awak ni buat saya gelak saja pagi-pagi ni Femida..” Hasbi menarik bibirnya tersenyum lebar.
Alamak! Dia senyum-senyum pula! Macam mana lah staff perempuan semuanya tak jatuh hati dengan dia! Adoi malaikat mana yang jatuh dari langit ni.
“Tuan nak kopi.. minum pagi?” tanya Femida cuba membuang angannya yang baru dipasang tadi jauh-jauh.
“Tak apa saya dah sarapan tadi, saya nak tahu jadual untuk esok. Kalau ada free, saya nak keluar sekejap. Ada urusan dengan Haseena..” Tanpa segan-segan Hasbi menyatakan hal itu kepada wanita yang berada di hadapannya itu.
“Esok.. Hmm, saya check dulu untuk tuan. Nanti saya informkan balik. Ada beberapa call yang perlu saya buat sebelum isikan jadual tuan untuk esok. Untuk betul-betul confirm. Tapi secara kasarnya. Tuan free selepas lunch..” kata Femida sambil membelek-belek tab yang ada di tangannya.
“Terima kasih, Femida.” Ucapan itu membuatkan Femida melebarkan senyumannya dan menunduk hormat buat Hasbi. Langkah diatur keluar dari ruang pejabat itu dengan sopan.
Sebaik pintu bilik pejabat itu kembali ditutup. Hasbi bangun dari kerusi hitam yang selesa itu. Kerusi itu dipusing-pusingkan beberapa kali. Satu keluhan dilepaskan dengan mata yang terpejam. Tanpa terus dia terbuai dengan perasaan yang ada. Hasbi membawa dirinya duduk di sofa. Baginya sofa itu lebih layak untuk dia duduki berbanding dengan kerusi yang ada di meja kerja itu. Bukan hanya kerusi yang digambarkan disitu. Tapi merangkumi tanggungjawap, kuasa dan segalanya. Andai siapa berjaya duduk di kerusi itu. Orang itulah yang memonopoli semuanya.
“Tuan” suara halus milik Femida memecah lamunannya.
“Ya, Femida kenapa?” tanya Hasbi meraup rahangnya sendiri.
“Saya cuma nak ingatkan, lima minit lagi ada mesyuarat ya. Di Hibiscus meeting room.. tingkat tiga..” lembut dan sopan saja Femida menyatakan ucapannya kepada Hasbi yang sedang duduk di sofa.
“Ya. Saya dah siap ni. Saya pergi sekarang lah..” balas Hasbi. Bangun dari sofa dan berjalan kearah pintu. Seperti tadi dia membuka pintu bilik itu lebar buat Femida.
“Terima kasih tuan..” ucap Femida sebaik dia melintasi Hasbi. Hanya senyuman yang lebar dan anggukkan kepala yang diberikan oleh Hasbi kepada wanita itu.
Berjalan keluar Hasbi ke ruangan pejabat, lalu masuk kedalam lif menuju ke lantai pilihannya yang ditekan oleh Femida. Sebaik pintu lif terbuka. Hasbi memberi laluannya buat Femida untuk keluar dahulu dari lif tersebut. Kemudian barulah dia keluar dari lif tersebut.
Semasa berjalan di belakang Hasbi, Femida perasan rata-rata pekerja wanita mula mengangkat kepala mereka untuk melihat anak kedua El Amin yang jarang-jarang muncul di pejabat utama itu. Tak kiralah pekerja itu berstatus bujang, berumahtangga mahupun janda. Semuanya tak mahu melepaskan peluang menatap wajah lembut Hasbi yang diiringi oleh Femida. Bukan hanya wanita, yang lelaki pun datang menyapa Hasbi yang mesra bersalaman dengan mereka yang menyapanya.
“Tuan Hasbi gantikan Tuan El Amin ya meeting hari ini?” tanya satu pekerja lelaki yang datang menyambutnya. Bukan mereka tidak tahu perkara itu. Tapi lebih suka berbasa basi dengan Hasbi.
“Ya Encik Yamani. Saya gantikan abang dengan babah sampailah mereka balik dari China. Sementara tu saya minta bimbingan dari Encik Yamani sepanjang tempoh itu, sebelum saya balik uruskan Syarikat yang satu lagi..” Hasbi menyuakan tangannya untuk bersalaman dengan lelaki yang sebaya dengan babahnya itu.
“Iya tak ya juga. Jangan risau. Saya akan pimpin Tuan Hasbi dan pastikan sepanjang tempoh Tuan El Amin tak ada. Semuanya akan berjalan lancar..” Yamani menyambut tangan Hasbi dan bersalaman dengannya.
Mereka berdua melangkah masuk kedalam bilik mesyuarat bersama-sama.
“Assalamualaikum semua.” Hasbi memberi salam kepada mereka yang ada di dalam bilik mesyuarat. Hanya ada beberapa orang saja yang sedang duduk di tempat mereka.
“Waalaikum salam tuan Hasbi..” bangun mereka yang lain menghormati Hasbi yang baru masuk.
“Kita mesyuarat banyak ini saja? Atau ada yang lain..” tanya Hasbi. Berpaling melihat kepada Yamani.
“Ada lagi tuan..” jawap satu suara membalas kepada Hasbi. Dalam masa yang sama ada beberapa pekerja lain melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat itu.
“Maaf tuan, kami terlambat..” menunduk saja beberapa pekerja yang baru masuk itu. Hasbi melihat kearah jam tangan yang ada pada pegelangan tangannya.
“Hmm, saya yang terawal sampai. Jam saya masih tunjuk yang encik-encik semua sampai cukup-cukup masa. Tak terlambat pun encik-encik semua. Duduklah kita mulakan mesyuarat sekarang..” Hasbi menunjuk kearah barisan kerusi kosong yang ada di hadapannya.
“Terima kasih tuan Hasbi..” menunduk kepala mereka tak berani nak mengangkat melihat kepada Hasbi.
“Kemana?” tanya seorang staff itu kepada seorang rakan kerjanya yang baru masuk tadi.
“Aku dari HR department. Ada mesyuarat lain, ni terus sambung mesyuarat yang ini.” Balas lelaki itu dengan membisik kepada sahabatnya.
“Nasib harini tuan Hasbi. Kalau tuan Hamizan.. aku tak tahulah nasib kau..” balas sahabatnya kembali dengan kepala yang tergeleng ke kiri dan kanan.
Yamani berdehem beberapa kali. Membuatkan dua pekerja itu tersentak dan mengunci mulut mereka rapat. Lampu bilik mesyuarat itu dipadamkan apabila LCD projektor mula menyala dan menayangkan tajuk mesyuarat yang bakal mereka bincangkan sekejap lagi. Diam mereka semua menumpukan perhatian bila Yamani sedang menerangkan setiap butiran yang dipersembahkan kepada mereka semua.
Terpesona tak? Nak tgok rupa hasbi.. Jemputlah singgah ke ig dan fb waneyzack ya.. (^-^) Terima kasih kepada pembaca semua yang sudi singgah baca LANTARAN KASIH..
Share this novel