SUAMI UNTUK DITAWAN-3

Romance Series 4230

"Assalamualaikum, mama kat mana bik?" soal Ean kepada orang gaji rumah mamanya sebaik saja kakinya melangkah masuk kedalam rumah orang tuanya yang sekarang didiami oleh mama dan kakak keduanya selepas papanya meninggal dunia beberapa tahun lepas.

"sana encik Ean, kat dalam bilik rehat sana.." jawab orang gaji tersebut takut-takut kerana dia sedang diperhatikan oleh seseorang dari jauh.

"hah, sampai pun kau.. dari tadi mama tunggu kau.. cepatlah masuk.. terhegeh-hegeh, nak datang rumah mama sendiri pun punya kemain liat lagi, bukan jauh sangat pun kalau selalu datang sini.. banyak sangat alasan kau ni Ean, ni mesti bini kau yang hasutlah tu jangan datang rumah mama.." marah kakak keduanya yang senang dipanggil kakngah saja, yang entah keluar dari ceruk mana dengan pandangan tidak puas hatinya pada Ean dan Hana sambil menjeling kearah orang gajinya yang sudah sedikit berundur kebelakang kerana ketakutan dengan pandangan dari anak mata kakngah.

"erm, apa-apalah kakngah.. sayang pergi duduk dulu kejap lagi abang datang.. abang nak jumpa dengan mama kejap.." lembut Ean dengan mengarahkan Hana yang masih berdiri dibelakangnya supaya duduk diruang tamu yang tidak terlalu ramai saudara maranya, sementara kakaknya memandang tepat kearah muka Hana sepertinya dia akan cuba mencari kesalahan Hana isterinya sebentar lagi.

"yelah.." jawab Hana sopan dan berjalan menuju kearah sofa diruang tamu yang mewah dengan barang-barang yang sangat berharga.

"kakngah.." panggil Hana lembut dengan menghulurkan tangannya untuk bersalam.

"salam? tak ingin aku salam dengan kau.. buat kotor tangan aku je.. jijik!" ucap kakngah kasar kepada Hana.

"erm.. yelah.." jawab Hana yang terkelu dengan kata-kata kakak iparnya.

Dan Ean terus mencari mamanya yang sedang rancak bersembang bersama dengan ahli keluarga yang lain didalam bilik ruang rehat yang besar didalam rumah tersebut.

"yelah.. yelah.. itu je yang kau tahu, yang lain kau tak tahu eh? yelah bodoh anak yatim piatu tak ada orang tua yang nak tolong ajarkan adab datang rumah orang.." sinis suara kakak iparnya yang masih berdiri tegak memerhatikannya dengan pandangan meluat terhadapnya tanpa pedulikan pandangan saudara maranya yang lain.

"kakngah.. nak Hana tolong apa-apa ke?" soal Hana laju kepada kakak iparnya yang masih memerhatikan gerak gerinya sepertinya dia pasti akan dipersalahkan atas apa-apa yang berlaku didalam rumah ini selepas ini seperti selalunya.

"tak payah.. nanti tangan kau yang kotor tu sentuh barang dalam rumah aku ni habis semuanya jadi kotor macam kau.. kerja orang gaji pun tak layaklah untuk kaulah perempuan, tu kerusi yang kau duduk tu pun harga dia lagi mahal dari diri kaulah.. tu hadiah untuk mama pun apa je yang kau mampu beli, kau beli kat pasar malam eh? sedih betul hidup kau, macam mana la adik aku yang hensem tu boleh berkahwin dengan kau perempuan tak tahu diri ni.." ejek kakngah lagi kepada Hana kerana sifat cemburunya pada Hana tidak pernah pudar selepas Hana berkahwin dengan adiknya.. lagi pula dia langsung tak terfikirkan yang adiknya sanggup membawa manusia tidak tahu asal usul keluarga sendiri, jadi mereka sekeluarga takut jika maruah keluarga mereka tercemar gara-gara perempuan yang tak tahu diri ini.

Dan Hana hanya mendiamkan dirinya kerana wajahnya sudah cukup dimalukan didepan saudara mara suaminya yang lain.

Kerana selepas Hana berkahwin dan adiknya, Ean Yousoff mula melebihkan Hana dari dirinya si kakak kandungnya.. dan segala keinginan isterinya diikuti sedangkan dulu dialah yang paling dimanjakan oleh adiknya.

Dan juga dia cemburukan Hana kerana kelembutan dan kecantikkan asli Hana walaupun hanya anak yatim piatu yang tidak berduit dan serba kekurangan. Dibandingkan dengan dirinya keluarga yang kaya-raya tapi tetap tidak mampu mempunyai kecantikkan yang dia inginkan, melainkan kakak dan adiknya yang cukup cantik dan hensem.

"erm.. yelah.." jawab Hana setelah lama berdiam diri, lagi pula dia malas ingin bertekak dengan kakak iparnya yang sedikit gila otaknya, dia sendiri tidak tahu apa kesalahan yang pernah dia lakukan sehinggakan mak mertua dan kakak iparnya sangat bencikan dirinya.

"semaklah otak aku ni asyik dengar kau cakap yelah.. yelah.. apa la nasib adik aku dapat perempuan mata duitan macam kau ni yea? kau sebenarnya tak layak pun untuk adik aku yang kaya.. hensem.. baik tu.. kau hanya layak sesama kau je.. anak yatim piatu sama yatim piatu.. kau dengan adik aku tu ibarat langit dan bumi.." sindir kakngah lagi dengan meletakkan kedua-dua tangan dipinggangnya yang sedikit buncit.

"kau kenapa ni kakngah? apa masalah kau dengan Hana ni? sekali pun dia anak yatim piatu apa masalah kau? kau lupa ke yang suami aku ni pun anak yatim piatu? kau jaga sikit yea mulut kau tu, kau tu sepatutnya sedar diri jangan asyik mengata orang je.. cuba-cuba tilik diri sendiri dulu.. dapat suami dan isteri anak yatim piatu macam aku dan adik pun elok je hidup kami bukan macam kau.. janda, sepatutnya kau boleh la fikir mana silap kau tu, sebab apa kau kena cerai dengan suami kaya raya kau tu dulu, sebab inilah mulut kau tu jahat sangat kakngah! bukan tahu cari salah silap orang je, cubalah muhasabah diri tu juga jarang-jarang.." marah kaklong sebaik saja kakinya melangkah masuk kedalam rumah mamanya telinganya terus terdengar sindiran dari adiknya tentang anak yatim piatu, sakit hatinya kerana suaminya juga anak yatim piatu, berdosa ke kalau berkahwin dengan anak yatim piatu? dan pula Hana dihina didepan saudara maranya yang lain yang hanya melihat Hana dengan pandangan kosong dan bukannya ditolong.

"kaklong, tak apa.. Hana okey.." jawab Hana sopan kerana dia tidak mahu kedua-dua kakak iparnya bergaduh kerananya.

"hah! sesuai la kaklong dengan perempuan ni berkawan.. sangat sesuai, habis tu kenapa kaklong nak libatkan hal penceraian aku dalam hal ni? kau ni kaklong, memang dah kena bomoh dengan orang-orang miskin ni semua, sebab tu la tak nampak mana yang elok, mana yang tak elok.. mata kau kaklong hanya nampak laki kau je yang bagus, aku ni adik kau tahu tak?!.." perli kakngah kerana geram bila kakak kandungnya sendiri berani marahkannya didepan orang lain, lagi-lagi didepan Hana, jadi dia harus meninggalkan kakaknya bersama Hana dari hatinya semakin sakit dengan kata-kata yang keluar dari mulut lembut kaklongnya.

"eloklah, dah buat orang lain sakit hati, bukannya nak minta maaf, tapi masih berlagak macam dia pula tersakiti.. kakngah! geram betullah aku.." jerit kaklong yang sudah mula meluat dengan keluarganya sendiri, setiap kali ada acara makan-makan dirumah mamanya mulalah si kakngah tu buat perangai meroyannya seperti mula-mula dia kena cerai dulu, semua orang dia salahkan sehinggakan orang gaji rumah mereka pun terkena sekali makian tak berasasnya.

"kaklong.." panggil Hana lembut, dia cuba menarik tangan kaklong dari cuba mengikut langkah kaki kakngah dari belakang.

"tak Hana, kaklong tak suka bila kakngah suka sakitkan hati orang lain tanpa sebab, suami kaklong pun anak yatim piatu sebelum kami berkahwin sepuluh tahun lepas. Apa hak dia nak cakap macam tu? kaklong semakin risau dengan perangai kakngah.. dah lain sangat perangai dia ni, dulu sebelum kahwin memang mulut dia dah kurang ajar, tapi tak la seteruk macam sekarang, lagi teruk selepas dia bercerai ni, risau kaklong kalau suatu hari nanti mulut tu kena tampar dengan orang yang dia dah sakitkan hati dengan sengaja.." marah kaklong lagi dengan memandang kearah suaminya yang sedang bermain dengan anak kembar mereka Adrean dan Adrea.

"tak apalah, itu mungkin perasaan kaklong je.. dia bukan betul-betul bencikan sesiapa pun yang macam dia ucapkan tadi, Hana tahu dia tertekan dengan penceraian dia tu.. kita bagilah dia masa dulu, Hana tak ambil hati pun dengan kata-kata kakngah tu.." jelas Hana lagi walaupun hatinya sendiri terguris dengan kata-kata kakak iparnya yang bencikan dia tanpa sebab, lagi-lagi dihina didepan orang yang dia kenali.

"jom ikut kaklong pergi dapur, kaklong dahaga ni.. mana Ean?" soal kaklong sebaik saja dia perasan adik lelakinya yang satu-satunya yang dia ada tidak berada bersama dengan adik iparnya Hana.

"oh, abang jumpa mama kat dalam sana tu.." terang Hana lagi dengan menunjukkan jarinya kearah ruang keluarga yang kedengaran meriah dengan suara-suara orang yang dia tidak kenali dengan penuh gelak ketawa.

"la, kenapa Ean tak ajak Hana sekali? buat hal betullah Ean tu.. jom ikut kaklong jumpa mama.." ajak kaklong lagi kerana dia tahu Hana takut berjumpa dengan mamanya kerana sindiran pedas yang selalu Hana dapat dari mulut tua mamanya setiap kali Hana datang kerumah tersebut.

"eh tak apa.. Hana tunggu abang kat sini je.. kaklong masuklah dulu jumpa mama.. nanti bising mama kalau dia tahu kaklong dah sampai tapi tak terus berjumpa dengan dia.." arah Hana lagi, dia bukan takut berjumpa dengan mak mertuanya tapi hatinya tidak kuat bila setiap kali dia berjumpa untuk acara keluarga setiap kali itulah juga dia akan disindir tentang kerja.. tentang anak.. tentang keinginan hati tuanya untuk memberi Ean isteri kedua.. dan macam-macam lagi.. dan akhirnya mereka anak beranak akan bergaduh selepas suaminya Ean membela dirinya dari memihak mamanya sendiri.

"erm.. tak apalah. Kalau Hana dahaga nanti, Hana pergi sana ambil makanan dan minuman tu sendiri, jangan takut.. rumah ni pun rumah Hana juga, kaklong nak jumpa dengan mama kejap.." ucap kaklong dan berjalan meninggalkan Hana yang melabuhkan kembali punggungnya diatas sofa yang cukup empuk dipunggungnya.

"sayang jom makan.. abang dah lapar ni.. tapi jom jumpa mama dulu kita bagi hadiah yang sayang belikan untuk mama tu.." panggil Ean selepas dia berjumpa dengan mamanya dan dia harus menjaga air muka isterinya juga dari dikutuk oleh keluarga kayanya dengan memberikan hadiah untuk hari lahir mamanya.

"erm.. tapi kat dalam tu ramai sangat saudara abang.. seganlah Hana nanti.. abang jelah bagi pada mama, Hana tunggu abang kat sini je.. lepas abang keluar kita makan sama-sama okey?" pujuk Hana kerana seboleh-bolehnya dia tak ingin berjumpa dengan mak mertuanya dihadapan keluarga yang lain.

"tak apa, abang temankan, tukan hadiah Hana yang belikan, Hana kena bagi sendiri la barulah nampak usaha menantu dia untuk berbaik dengan mak mertua dia.. betul tak abang cakap? dah jom, Hana jangan takut, abang ada.. pegang tangan abang, kalau mama marahkan Hana, abang ada untuk marahkan mama balik.." pujuk Ean dengan gurauannya, lagi pun dia tak ingin Hana mengalah sebelum mencuba, jika Hana mengelak dari berjumpa dengan mamanya, maka hubungan antara mereka sebagai mak mertua dan menantu semakin teruk.

Dan sampai bila-bila pun hubungan tersebut akan buruk dan akan menjadi alasan untuk mereka berdua tidak berbaik.

Kaklong Dan Kakngah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience