Nuha dan Luth berjalan seiringan melangkah keluar sekolah. Nuha sibuk membetulkan tudungnya berulang-kali. Luth mengerling sekilas Nuha di sebelahnya, sempat lagi tangan kanannya menarik hujung tudung Nuha ke belakang. Sengaja hendak kenakan gadis comel itu.
"Woi!"Habislah senget tudung aku!" Jerit Nuha sekuat hati.
"Eleh, dengan aku bukan main kasar ya kau bercakap. Kalau dengan Izzat lembut gigi dari lidah." Luth mendengus kegeraman. Ada nada berbaur cemburu.
"Well, aku memang lemah-lembut, sopan-santun, kau je yang tak tahu." Nuha Alissya tersenyum sipu sambil menutup mulutnya.
"Sengal jugak kau ni ya, puihh. Cakap tak serupa bikin." Nuha menggulingkan matanya, malas nak melayan Luth.
"Weh Nuha, jom kita naik bas kita pergi emart. Jangan risau aku belanja. Kita makan ramen kegemaran kau. Nak tak?" tanya Luth.
Mata Nuha bersinar mendengar perkataan belanja. Siapa tak suka makanan free kan?
"Nak! Patutlah kau nampak hensem sangat hari ni. Ya Allah betullah Izzat cakap, kau dah macam model Calvin Klein!"
Luth berdehem. Dia memeluk tubuhnya. "Nampaknya mata Izzat berfungsi dengan baik dan jelas. Aku pon sokong Izzat. Kehenseman aku ni dah setanding model Calvin Klein." Luth tersenyum herot.
"Mungkin suatu hari nanti aku boleh jadi duta Calvin Klein. Memang kayalah aku" sambung Luth. Nuha cuba menahan loya mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut. Risau berdarah pula telinganya nanti.
Menyesal pulak Nuha memujinya. Tak boleh jadi ni, nanti makin lama makin melarat pulak penyakit perasan mamat ni. Nuha terus mengheret Luth berlari ke pondok bas. Tidak sabar nak pergi ke emart.
"Dah.. Dah jangan nak perasan sangat, nanti terlepas bas."
"Yelah, yelah, kau janganlah heret aku. Nanti orang ingat kita pasangan couple pulak" usik Luth
Nuha buat tidak endah sahaja dengan usikan Luth. Dia tidak kisah pon kalau orang bergosip pasal dirinya dengan Luth. Lagi dia suka adalah. Eh?
Setelah membuat bayaran, Nuha dan Luth membawa segala makanan yang di beli dan mengambil tempat duduk di bahagian belakang.
Mereka membeli semangkuk ramen yang berperisa kimchi, sebekas tteokbokki dan juga beberapa air di dalam tin.
Perlahan-lahan Nuha meniup ramen yang panas itu. Masih panas dan berwap. Dengan lafaz bismillah dia menyua ramen dengan garfu.
"Hmmm. Ya Allah, sedap yang amat. Kalau makan macam ni setiap hari pon boleh" Nuha memejam matanya menikmati ramen.
"Tak bolehlah setiap hari, tak elok untuk kesihatan kau. Kau tu dahlah kecik macam kuman, nanti tak membesar." Luth sedang meniup tteokbokki yang masih panas.
Nuha hanya mengangguk malas. Malas nak berdebat dengan Luth. Nanti dia juga yang kalah.
"Nuha.. Bukak mulut kau aku nak suap tteokbokki ni" tangan Luth menyuakan garfu pada Nuha. Nuha mencebik.
"Err.. Aku boleh suap sendirilah Luth, baru saja Nuha nak mengambil garfu di tangan Luth, tangannya dipukul lembut. Tak bagi rampas garfu.
"Bukan selalu bakal duta Calvien Klein nak suap ni, cepatlah. Say Aaa~ lembut saja suaranya kedengaran di gegendang telinga Nuha. Dadanya tiba-tiba berdebar kencang. Telinganya sendiri mampu mendengar degup jantungnya yang laju.
"Kau.. Kau... Dah ke..kenapa?" soal Nuha gugup. Nervous punya fasal.
Luth tidak menjawab,dia mendekatkan tteokbokki itu ke mulut Nuha. Muka Nuha berubah merah padam, dia membuka mulut menerima suapan Luth.
"You're really cute, you know" ujar Luth.
"Aku tahu lama dah aku comel" Nuha cepat-cepat mengalihkan pandangannya dari Luth.
Nuha cuba berlagak tenang. Jantungnya sudah berubah rentak. Nuha mengunyah tteokbokki di dalam mulutnya, dalam diam Nuha tersenyum. Siapa tak suka kena puji kan?
"Alright Nuha. Now its your turn." Mata Luth menikam anak mata Nuha.
"Maksud kau? Whats turn?" Wajah Luth di pandang keliru.
"Your turn to feed me" Luth membuka mulut dan menunggu suapan dari Nuha.
"Weh!! Kau dah kenapa hari ni? Meremang bulu roma aku ni!" Sumpah dia pelik dengan kelakuan Luth hari ini. "Kau dah kena sampuk ke ni Luth? Risau aku."
Luth tidak hiraukan kata-kata Nuha. Dia masih berdegil membuka mulutnya menunggu suapan dari Nuha. Nuha mengeluh perlahan. Nak tak nak, dia terpaksa melayan mamat pelik ni.
Teragak-agak Nuha menyuap ramen ke dalam mulut Luth. Kecil besar kecil besar je dia memandang Luth. Geram. Mengada sangat Luth hari ini. Luth bersorak meraikan kemenangan dalam hati.
"Kau cuba sebut nama penuh kau sekarang."
Luth ketawa sinis. "Dah kenapa pula nak kena sebut nama bagai?"
"Cepatlah jawab. Sebab kau layan aku, macam aku ni girlfriend kau pulak. Risau je kalau ni bukan Luth."
Luth tersenyum nakal. "If you be my girlfriend, I would want to spend every moment with you. I would treat you like a princess, and I would make sure that you're happy." bisik Luth dan menyebabkan Nuha terus tersedak ramen.
Share this novel