SUARA KETAWA PUAS HATI memenuhi ruang pejabat itu sewaktu Tuan Hayes terbahak-bahak suka selepas mendengar berita yang disampaikan oleh menantu perempuannya. Ibarat music in ear, lelaki itu tergeletek hati bila dapat tahu apa yang Astrid lakukan semata hendak memetik suis kesabaran anak lelaki tak gunanya.
"Hahahah....cerdik rupanya kamu ni. Ingatkan kematu otak tu nak berfikir."
Astrid membuat muka sewaktu melihat wajah Tuan Hayes kemerahan kerana terlalu banyak sangat ketawa. Entah apa la yang di gembira kan sangat orang tua ni. Dia hampir bunuh orang, tiada yang menyeronokkan apalagi kelakar pun!
"Ayah yang suruh saya lakukan sesuatu kan."
"Memanglah. Tapi aku suruh kau dadah kan si Zane. Bukan overdose kan Mistress dia."Tuan Hayes membalas dengan sisa tawanya.
Kening Astrid mencerlung.
"Tapi okay la tu. Nanti boleh la kau ugut dia ke apa kan. Sebab kau dah buat sekali, kau boleh gunakan cara yang sama memandangkan Zane sayang dekat Mistress dia tu. Kalau dia taknak bagi kerjasama kau akan sakiti Mistress kesayangan dia tu lagi."Tuan Hayes menggeleng kepala sambil tersenyum.
Jarang dia tengok Zane susah. Elok jugak Astrid dah buatkan kerja dia. Kalau Zane hilang tumpuan dan kredibiliti dalam company nanti, boleh la dia gunakan ia sebagai alasan untuk menghasut ayahnya agar berhenti support budak tak guna tu. Jadi peluang untuk dia menjadi pewaris utama juga tinggi. Tuan Hayes berfikir sendiri dengan senyuman puas di bibir.
"Sebelum tu saya ada jugak warning Zane. Tapi ayah tahu apa dia balas balik dekat saya?"
"Hm? Apa dia cakap?Nak penjarakan kamu? Berani ke dia nak penjarakan isteri sendiri?"
Astrid mencemik geram. Lebih teruk daripada tu. "Zane ugut saya kalau saya berani sentuh mistress dia, Zane akan ceraikan saya."kurang ajar betul punya suami. Bolehnya lelaki tu pilih perempuan simpanan daripada isteri sah sendiri. Memangnya perempuan murahan tu ada apa selain latar belakang yang sama murahan macam diri tu! Dibandingkan dia yang berasal dari keluarga terhormat, berpendidikan dan berkelas sikit pun Zane tak pernah nak pandang!
Ketawa Tuan Hayes meledak lagi. Lelaki tua itu semakin galak.
"For sure la dia akan cakap macam tu... Kamu nak expect apa kalau budak tu dah mabuk bayang akan Mistress sendiri..."
Berketik rahang Astrid bila dengar. Dia pandang Tuan Hayes dengan kening mencerlung geram. Bapa mentua dia ni kan nak sokong ke nak menyakitkan hati dia lagi!? Apahal menyebalkan sangat perangai tu?
"Ayah serius sikit boleh tak? Memangnya saya buat lawak ke?Asyik ketawa aje kenapa?"
"Sorry. Tapi nak buat macam mana dah memang kelakar. "
"Ayah rasa Zane akan ceraikan saya betul-betul ke?"
Tuan Hayes menjungkit bahu. "50-50. Maybe yes. Maybe not. Kamu kenal Zane bagaimana orangnya kan?"
Membuntang mata Astrid.
"Ayah sedar tak apa ayah cakapkan sekarang? Saya boleh diceraikan bila-bila masa. Dan semuanya akan musnah! Ayah dengar ke tak apa saya cakap kan?"
Tuan Hayes mengangguk-angguk. Riaknya jelas kelihatan seperti tidak kisah langsung mengenai kenyataan bahawa Astrid benar-benar akan diceraikan. Semua orang kenal Zane. Jadi apa yang Zane katakan sentiasa akan dilakukan oleh lelaki tu. Termasuk membunuh atau menghapuskan seseorang dari muka bumi ni. Dia tidak terkejut atau hairan mengenainya.
"Ya ayah dengar. Dah kamu nak ayah lakukan apa lagi? Lagipun kamu berkahwin dengan dia sebab ayah mahu kamu kawal dia agar dia boleh dicucuk hidungnya dan supaya ayah dapat mengawal Zane. Tapi kamu gagal lakukannya. Sekiranya kamu diceraikan dengan Zane. Tiada apa-apa lagi yang ayah boleh lakukan mengenainya. Sebab ada kamu atau tidak Zane masih tidak dapat dijadikan boneka apalagi pak turut ayah."
Semakin sakit hati Astrid mendengar ucapan Tuan Hayes. Tapi serius, dia benar-benar gelisah sekarang ini. Bagaimana kalau Zane benar-benar menceraikannya? Nanti, pasti ibu bapanya akan membuang dia dan takkan menganggap dirinya sebagai anak mereka lagi sebab Zane adalah punca kewangan mereka. Jika Zane bercerai dengannya, dia tidak akan dapat memiliki apa-apa.
Kalau dia bawa hal ni ke mahkamah dan buat tuduhan ke atas Zane kerana felony dalam perkahwinan atas alasan curang dengan wanita lain. Seluruh negara sudah tahu bahawa Zane seorang kaki perempuan. Jadi alasan tu dah tak valid lagi untuk dia dapatkan wang dari Zane.
Jadi dalam situasi sekarang dia yang kalah! Bukan Zane.
Memang betul dia boleh hapuskan perempuan murahan tu dari hidup Zane. Tapi apa keuntungan yang dia dapat lepas tu??
Tiada apa-apa!
"Habis tu macam mana ni? Ayah cakap pelan ni boleh buatkan Zane ikut kata-kata saya. Tapi kenapa sebaliknya pulak yang berlaku?" rengek Astrid kegeraman.
"Mana la ayah tahu..."
Haish! Astrid pandang marah-marah ke Tuan Hayes. Bolehnya orang tua ni selamba aje cakap macam tu!
"Ayah perlu lakukan sesuatu untuk saya. Kalau saya diceraikan dengan Zane. Saya akan kehilangan segalanya ayah."rayu Astrid begitu terdesak.
"Kenapa ayah pulak?"
"Kan ayah nak jadi pewaris utama datuk Zane...takkan ayah nak biarkan Zane buat ikut suka dia semata untuk seorang Mistress? Macam mana kalau mistress dia hamil anak Zane ? Tak ke keadaan akan lebih memihak pada Zane?"mula Astrid hendak memancing fikiran Tuan Hayes.
Sekiranya dia diceraikan oleh Zane kelak, sekurang-kurangnya dia dapat membalas dendam ke atas lelaki itu dengan menghasut bapa kandung Zane untuk musnahkan hidup anak kandung sendiri!
Berketik serta merta rahang Tuan Hayes. Kenyataan tersebut umpama simbahan air bercampur ais ke mukanya. Benar-benar buatkan Tuan Hayes tersedar da tersentak kerana hal itu. Bolehnya dia tidak terfikir mengenai hal tu.
"Ayah tahu kan, datuk Zane benar-benar mahukan cucu dari Zane? Kalau Zane sayangkan Mistress dia tu, sudah pasti la Zane mahu mempunyai anak dengan perempuan tu sekali!Ayah nak biarkan aje ke peluang ayah jadi pewaris Samsoong Enterprise ni musnah?" Hasut Astrid lagi dengan renungan gelap penuh maksud. Dia akan pasti hidup Zane takkan tenang sekalipun dia telah berpisah dengan suaminya nanti!
Dan jika dia tidak dapat hapuskan mistress Zane dari hidup lelaki tu, dia akan pastikan hidup perempuan murahan tu tak ada senangnya!
Time reset pukul 10. Jd sebarang update akan di refresh Pada jam tersebut. Untuk tu tinta akan update chapter baru selepas jam 10 pagi untuk rekod history read dari pembaca. TIPS : If Buddies Baca guna PAGING style, you guys dapat format perenggan mcm biasa. . If Buddies baca guna SCROLLING style, baru you guys takkan akan dapat format paragraph by paragraph, mcm biasa.
Share this novel