59

Other Completed 76851

MEREKA mengambil tempat duduk di hujung sekali. Pelayan datang membawa menu. Selesai memesan minuman, pelayan berlalu pergi.

Masing-masing masih mengunci mulut. Mereka seakan buntu untuk memulakan perbualan sementelah hubungan mereka sebelum ini tidak begitu baik.

"Natrah sihat?"

Akhirnya Soraya memulakan topik perbualan. Dia sebenarnya mengambil masa yang agak lama untuk bertemu Natrah dan menjernihkan keadaan di antara mereka sebelum ini. Demi untuk kehidupan yang lebih baik dan melupakan segala kisah lampau, dia tahu dia yang harus memulakan langkah.

"Alhamdulillah sihat walafiat. Awak?" Natrah menjawab dengan senyuman. Peristiwa lalu mulai memenuhi ruang fikiran. Betapa sakit hatinya ketika Soraya meminta ruang untuk bersama dengan Eirfan. Namun kini dia sudah reda akan segala-galanya. Dia ingin melupakan semua kisah lalu.

"Alhamdulillah. Same as you" jawab Soraya. Senyuman Natrah dibalas cukup ikhlas.

Natrah tak menyangka akan bertemu Soraya di saat semuanya hampir sempurna. Namun yang lebih memeranjatkan apabila imej gadis itu juga turut berubah. Meskipun dia belum mengenakan hijab, namun pakaiannya agak tertutup.

"Natrah, saya..." Soraya tarik nafas dalam-dalam. "I'm very sorry for everything. Saya pernah jadi kejam pada awak dan Eirfan. Saya hampir nak memusnahkan rumah tangga awak. Dan bila saya dapat tahu awak berpisah dengan Eirfan, saya sangat happy. Setidaknya saya ada peluang. But I was wrong"

Bicara Soraya terhenti tatkala pelayan datang membawa pesanan mereka.

Natrah tekun mendengar. Kini walau apapun yang dikatakan oleh Soraya, dia akan menerima dan memaafkan semuanya.

Dia ingin hidup tenang. Berdendam hanya akan mengeruhkan keadaan. Dia sudah cukup terseksa selama ini.

"Walau apapun yang saya buat, saya korbankan, Eirfan tetap takkan menoleh pada saya. Cinta dia pada awak tak pernah surut sekalipun. Pada akhirnya saya mengalah. Saya tak sanggup nak terus merayu dan mengemis pada dia"

Ada sebak dalam intonasi suaranya. Air mata yang bertakung diseka perlahan. Sungguh, dia sudah reda akan segala-galanya. Dia tahu, sampai kapan pun Eirfan takkan pernah menjadi miliknya. Untuk apa dia memiliki Eirfan jika hati lelaki itu bukan padanya?

"Saya nak mintak maaf kalau Eirfan buat awak terseksa. Saya sepatutnya tak..."

Tangan Natrah digenggam erat. Senyuman tipis singgah pada wajah Soraya.

"No, you're not sorry! Saya yang sepatutnya mintak maaf. Kalau awak tak muncul dalam kehidupan Eirfan pun, dia takkan pernah pandang saya" celah Soraya sebelum sempat Natrah melanjutkan bicara.

"Awak baik Soraya. Saya tahu, awak akan jumpa seseorang yang ikhlas pada awak"

Soraya mengangguk kepala. Dia percaya pada jodoh. Sudah tertulis bukan jodohnya bersama Eirfan. Pasti ada seseorang sedang menunggunya di luar sana.

"Saya akan doakan semoga awak berjumpa jodoh yang baik" ujar Natrah. Genggaman tangan Soraya dieratkan.

"Well, enough of this feeling!" Soraya seka air matanya. "Saya dengar awak nak kawen dengan Eirfan"

"Iye. In Shaa Allah, hujung minggu ni"

"Wahh, so soon!" Soraya tak menyangka secepat itu majlis mereka diadakan. Meskipun dia kecewa mendengar berita itu, namun dia juga tumpang gembira. Setidak-tidaknya tidak perlulah dia terus menaruh harapan pada lelaki itu.

"Tahniah. Saya doakan semoga awak bahagia dengan Eirfan. Dunia akhirat"

Ucapan Soraya kedengaran tulus. Atas segala dosa yang pernah dia lakukan, itu sajalah cara untuk dia menebusnya.

"Thanks. Nanti datang ye? Ke majlis kami. Itupun kalau awak sudi"

"I will, In Shaa Allah"

"SORAYA cakap apa?" tanya Eirfan. Hatinya membuak-buak ingin tahu mengenai perjumpaan mereka siang hari tadi.

Sebenarnya dia ingin menemani Natrah kerana risau Soraya akan bertindak di luar kawalan. Namun Natrah meyakinkan bahawa semuanya akan baik-baik sahaja.

Bahkan kerisauannya semakin bercambah tatkala sebarang panggilan dan mesejnya tidak dibalas oleh Natrah. Tetapi setelah melihat Natrah kembali kepadanya tanpa sebarang cacat cela, dia menghela nafas lega. Soraya benar-benar mengotakan janjinya.

"Dia mintak maaf pada saya" sahut Natrah. Matanya asyik melihat nun di atas langit akan kerdipan dan sinaran bintang yang cantik pada malam hari.

"Tu je?" Eirfan musykil. Dia risau sekiranya Soraya berkata sesuatu yang bisa merobek hati wanita tersayangnya itu.

"Iye Hubby!! Lepas tu, kita orang borak biasa je"

"Okay then! Saya percaya. Saya bukannya apa. Saya risau kalau Soraya..."

"Dia okeylah! Takde pun dia serang saya atau cakap benda yang bukan-bukan. Awak ni, terlalu berfikiran negatif" omel Natrah.

"Mestilah berfikiran negatif. Dia kan pernah serang awak dulu"

"Itu cerita lama. Kenapa risau sangat ni?"

Nafas berat dihela. Tampak gayanya, Natrah tak memahami kebimbangan yang menyerang hatinya sejak peristiwa di pejabat tempoh hari.

"Risaulah! Saya trauma tengok awak kena serang hari tu"

"Saya tak apa-apa okey? Saya tahu macam mana nak jaga diri saya. Ohh bercakap pasal hal tu. Awak betul-betul ke pecat Ratikah?"

Eirfan mengangguk kepala. Pemecatan berlaku dalam masa 24jam!

"She's done too much terrible things! Saya tak boleh handle dah"

"Camelia?"

"Camelia?" Eirfan ulang soalan.

Natrah angguk.

"Entahlah! Tapi siang tadi dia dah kena penampar mummy!" Geli hati pula Eirfan tatkala mummy bercerita kepadanya. Tetapi dia bersyukur kerana mummy tidak menyebelahi Camelia.

"Serius?"

Ternyata Natrah kaget menerima cerita itu. Dia tak tahu-menahu pun soal itu.

"Yup!! Dia dan mak dia pergi serang mummy kat rumah. Pastu mengadu macam-macam. Tapi sebelum dorang mengadu, saya terlebih dahulu bukak cerita. So that's it!"

"Kenapa mummy tampar dia?"

"Aikk tanya lagi! Tentulah sebab awak!! Dia tak nak menantu kesayangan dia kena palau atau kena kacau dengan sesiapa. Nampak gayanya kan lepas ni, saya dah tak boleh buli awak lagi sebab awak dah ada back up!"

Natrah mengekek. "Padan muka! Kalau awak buli saya, saya mengadu terus pada mummy"

"Amboii!! Ambik kesempatan nampak!"

Tawa keduanya memecah kesunyian malam itu. Bahagia mulai bertandang dan seakan tak mahu pergi. Dan hati keduanya penuh dengan bunga-bunga cinta.

HARI yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Tetamu mulai memenuhi setiap penjuru rumah. Hiasan pelamin dan latar belakangnya sangat cantik.

Datin Jenny dan Datuk Elias sibuk menyambut tetamu yang datang bertandang. Manakala Tuan Kassim pula duduk bersama tetamu yang lain bersama dengan Erman. Seronok mereka berbual dan bergelak tawa.

Azrul dan Nabihah juga sudah ada di situ. Nabihah pamit untuk ketemu dengan Natrah yang sedang bersiap di dalam bilik pengantin.

Ilham dan Hasma datang bersama anak-anak mereka. Hadiah untuk mempelai diletakkan di sudut hadiah. Ternyata sudah banyak hadiah diterima pagi itu.

Azizah turut sama datang bersama Fatin yang sudah tiba dari tadi. Fatin sengaja menyambut kedatangan Azizah. Almaklumlah, mereka kini sudah menjadi bestie! Sama-sama masuk air! Fatin pamit untuk ke bilik. Dia sudah berjanji untuk menjadi pengapit Natrah.

Pekerja dan staf dari Nabil Catering sehingga ke TK Hotel turut sama memeriahkan majlis yang gah itu. Bahkan staf dari Atilia&Son Company turut sama datang sebagai tanda minta maaf ke atas fitnah dan tuduhan yang dilemparkan.

Hasma dan Azizah sekali lagi berjejak kasih. Keduanya berpelukan.

"Weii hang ni kan?! Sejak dah jadi mak-mak ni, hang dah tak nak lepak dengan aku na?"

"Elehh, aku pulak yang dipersalahkan! Kau tu, ada masa free jenguklah aku! Sekarang ni aku kalau nak keluar kena bawak tentera aku sekali" seloroh Hasma dengan tawa riangnya.

"Tentera?" Azizah kurang faham.

"Anak-anak akulah!" gerutu Hasma.

"Yalah. Aku saja ja" gurau Azizah lagi

"Ehh tu pengantin lelaki! Segaknya Eirfan tu" puji Hasma.

Eirfan berjalan menuruni anak tangga dan duduk di salah satu kerusi bagi urusan ijabkabul. Farel di sisi sebagai pengapit.

Tok kadi dan beberapa orang saksi sudah pun menunggu di situ. Dia yang lengkap berpakaian serba putih tampak tenang sungguh hatinya mulai berlagu kencang.

Kali kedua mengucap akad, namun getarannya jauh lebih terasa. Tak sabar menunggu hari itu sebenarnya. Setiap hari dia menghitung waktu dan detik untuk menghalalkan pujaan hati. Dan ketika waktunya sudah tiba, hatinya berdebar pula.

Para tetamu juga sudah bersedia untuk menyaksikan detik-detik paling bermakna itu. Masing-masing sudah tak sabar menunggu kehadiran pengantin perempuan.

Erman duduk di riba Datin Jenny. Bermacam-macam persoalan yang dia ajukan untuk tokminya itu. Dan dengan tenang Datin Jenny menjawab setiap satu persoalannya.

Datuk Elias dan Tuan Kassim duduk bersebelahan. Dalam kesabaran menunggu kehadiran pengantin perempuan, mereka sempat berborak-borak.

Tak lama menunggu, Natrah muncul dengan lengkap berpakaian putih dan Fatin di samping sebagai pengapitnya. Wajahnya yang tak pernah dirias sebelum ini kelihatan cantik dan berseri-seri saja. Semua terpegun melihat kecantikan Natrah.

Mata Eirfan tak berkedip melihat pengantin perempuan yang akan dinikahinya sebentar lagi. Dadanya seakan ingin meletup tatkala kecantikan Natrah berjaya mencuri perhatiannya.

Natrah sudah duduk di pelamin. Menunggu tiba detik untuk akadnya.

Wajah Fatin merona tatkala Farel menaikkan ibu jarinya ke atas dengan senyuman di wajah. Huhh!! Hangat! Panas! Hatinya penuh debar.

"Fan.." Farel berbisik di telinga Eirfan tatkala sahabatnya itu tak lepas-lepas memandang Natrah.

"Majlis dah nak start"

"Okey" Eirfan tetap tenang di situ.

"Boleh kita mulakan?" tanya Tok Kadi. Eirfan mengangguk.

Beberapa dokumen dan surat diberikan kepada Eirfan untuk ditandatangan. Kemudian, diberikan pula kepada Natrah.

"Dah sedia?"

Eirfan menggangguk kepala. Kemudian, melepaskan nafas perlahan-lahan.

Tok Kadi menghulurkan tangan dan disambut oleh Eirfan. Serentak itu, ucap akad pun bermula.

Sekali lafaz saja, Natrah dan Eirfan kini kembali menjadi suami isteri. Segala perasaan gementar dan berdebar tadi hilang tatkala akad berjaya dilafaz.

Semua tetamu mengucap syukur di atas detik-detik yang mereka saksikan sebentar tadi.

Eirfan pandang wajah Natrah. Keduanya tersenyum. Melafaz cinta dan rindu dalam sinar mata yang hanya mereka mengerti.

Sesi membatalkan air sembahyang kini sudah berlangsung. Usai itu, Eirfan menyarungkan cincin ke jari manis Natrah.

Ketika jari manisnya bertemu dengan cincin permata itu, dia kaget. Cincin yang diberikan Eirfan tempoh hari berbeza dengan cincin tersebut. Dia pandang wajah Eirfan. Dan Eirfan pamer riak selamba.

Usai menyarung cincin, Eirfan kucup dahi Natrah. Air mata yang hampir berguguran ditahan saja.

Giliran Natrah menyarung cincin. Sesudah itu, tangan Eirfan dicium penuh hormat.

Usai sudah majlis menyarung cincin, kini mempelai mengambil gambar. Sudah puas bergambar berdua, Erman datang mendekat. Gambar mereka bertiga pula diambil.

Seterusnya, mereka bergambar bersama keluarga dan sanak saudara. Tak lupa juga dengan kawan-kawan dan para staf.

Sudah puas bergambar, mempelai bergerak ke meja makan untuk bersantap. Pelbagai hidangan disediakan di hadapan mereka.

"Kenapa cincin ni?" tanya Natrah.

"Surprise!'' sahut Eirfan.

"Laaa tak bestlah! Asyik surprise je" omel Natrah lagi.

"Nantilah Hubby cerita. Sekarang masa untuk kita bergembira je"

Tangan Natrah dibawa ke bibir lantas sebuah kucupan singgah di situ.

"Thanks for this moment" ucapnya kepada si isteri.

"Thank you more" sahut Natrah pula.

Klik! Gambar mereka diambil oleh jurugambar. Meledak tawa keduanya. Riak kebahagiaan jelas terpancar pada wajah mereka.

Semoga Allah pelihara hubungan kami selalu! Doa Natrah dalam hati.

nah!! berbunga-bunga tak hati tu ;) happy reading ^,^

Share this novel

Sweetiebaby
2025-01-19 19:21:12 

Alhmdulillah...Selamat Pengantin Baru buat Eirfan dan Ara...

Norzilawati
2025-01-19 12:12:11 

dh kawin.. love utk eirfan n natrah muah3


NovelPlus Premium

The best ads free experience