"Abang tolonglah" merayu alya lagi. Aku yang dengarnya dah menyampah duk abang tolonglah, abang tolonglah, abang tolonglah berapa kali dia nak ulang? seribu kali, sejuta kali? kalau dah orang tu cakap tak nak tak naklah tak faham-faham pulak
"Abang minta maaf alya, abang tak nak dan abang tak boleh terima alya lagi. Alya baliklah kesian encik suami menunggu dirumah tu. Dengar cakap cakap abang, jangan melawan kata-kata suami, jangan tinggi suara dengan suami, dengar kata-kata suami. Manalah tahu dengan cara macam tu dia akan sayangkan alya, dia akan cintakan alya. Alya kena layan dia baik-baik. Jangan bagi dia marah" pesan baihaqi lembut
Apasal lah aku dapat lelaki yang jenis soft spoken ni? lemah aku mendengar cara tegurannya
Alya bangun lalu terus beredar ke arah pintu, aku hanya menghantarnya melalui pandangan mata sahaja
Aku terus memusing dan berpandangan pada baihaqi, aku terkejut apabila wajah aku dengan dia rapat. Aku menjarakkan sedikit jarak kami
"Kenapa awak pandang saya macam tu?"
"Saya nak tanya awak, betul ke apa yang awak cakapkan tadi?"
Aku memandangnya hairan, kenapa dia nak tanya macam tu? kalau aku bohong dia marah tak?
"Saya cakap apa?" buat-buat blur
"Yang awak cakap awak sayangkan saya tu" tanyanya sambil menghampiri aku. Aduhh ni yang jadi masalah bila dia rapat-rapat dengan aku
Aku menjarakkan diri semula "ouhh, emmm pasal tu? emmm................." apa aku nak jawab ni? kalau jawab suka mestilah dia happy. Tapi suami mana je yang tak happy kalau isteri dia sayang dia kann? tapi aku dengan dia kahwin bukan atas dasar cinta, apasal lah awal sangat datang perasaan cinta dan sayang aku dekat dia eh?
"Tak tahu lah awak" jawapan selamat, selamat la sangat bila aku tengok mata dia. Aku rasa jawapan dia macam atas pagar je lah sikit je lagi nak jatuh tu
Lagi aku menjarakkan diri aku dengan dia, lagi rapat dia datang dekat aku. Sehingga ke hujung sofa, aku baru sahaja ingin melarikan diri tiba-tiba dia menarik tangan aku lalu aku terus jatuh terduduk diatas ribanya terkejut aku
Dia terus memeluk aku dengan erat, sehingga aku terdengar degupan jantungnya. Tiba-tiba aku terasa ada hembusan nafas di leher aku. Aku mula rasa seram sejuk dengan keadaan sebegini
"Aww....... awak" panggil aku kepadanya sambil cuba melonggarkan pelukannya
"Iye sayang" jawabnya sambil mencium leher aku
"Awak janganlah macam ni" kata aku sambil mengelak daripada dicium olehnya
"Kenapa tak boleh macam ni? atau nak macam lain?" suaranya sudah berubah kepada suara mengoda begitu
Terus aku rasa nak terkencing bila dengar baihaqi cakap macam tu, aduhhh takutlah. Tiba-tiba aku merasakan tangannya naik bermain dengan butang baju aku. Haaaa sudah apakah ini?
Aku menolak tangannya agar tidak berkelakuan sebegitu, tapi apakan daya. Aku pun terkena dengan godaan dia yang selalu mencium leher aku tanpa henti menyebabkan aku membiarkan sahaja kelakuan dia begitu
Tangannya membuka butang baju aku satu per satu sehingga terbuka semua, tanganya naik membuka baju dalam aku, tanpa aku sedari aku sudah dibaringkan disofa dengan pakaian yang terbuka. Aku melihat baihaqi sudah tercungap-cungap nafasnya
"Sayang be mine please, saya tak tahan tengok macam ni" bisiknya dengan penuh mengoda
"Okay"
Terus dia mencium dahi aku, turun ke mata, pipi, hidung dan terakhir ke bibir aku. Kami berkucup lama sambil menikmatinya. Baihaqi turut mencium leher aku lama sedikit demi sedikit sehingga aku sudah termakan dengan godaannya
Apabila baihaqi ingin mencium dada aku, tiba-tiba ada bunyi panggilan melalui telefonnya. Aku melihat baihaqi berhenti dan memandang telefonnya lalu mengambilnya dan menjawab panggilan itu
Aku terdengar apa yang dibualkan
"Hello apa ada?" suaranya naik senoktaf dengan wajahnya bertukar menjadi kemerahan itu dan nafasnya tercungap-cungap
"Hemm okaylah, lagi satu jam aku sampai. Operasi tu malam nanti kan?"
"Okaylah, bye"
Dia memandang aku semula dan berkata
"Sayang sorry tau, hubby ada tugas malam ni"
"Tapi kita kan tengah..." kata aku sambil menutup dada aku yang terdedah itu
"Yes hubby tahu sayang, but lain kali okay? hubby kena masuk kerja, kena buat sekatan jalan raya pulak malam ni" katanya sambil memakaikan semula pakaian dalam aku dan memasang semula butang baju aku
"Kalau hubby tak pergi tak boleh ke?"
"Tak boleh sayang, kerja hubby dah macam ni kann. Nak buat macam mana?" katanya sambil mengikat kain pelekatnya semula dan mengosok lembut kepala aku
"Pleaseeeeeee" pujuk aku manja
"No lah sayang, next time okay?" katanya sambil mengangkat aku menuju ke bilik
"Hubby ni dah buat setengah jalan, lepastu tinggal. Haritu dah jadi sekali, ni sekali lagi" kata aku sambil membuat mulut muncung itik setelah dia meletakkan aku di atas katil
"Hubby bukan tak nak buat sayang, tapi kerja hubby ni tak tentu. I'm so sorry sayang, nanti hubby ambik cuti. Nanti kita sambung kita buat lama-lama sampai anak kembar 5 okay?"
Aku pandangnya atas bawah atas bawah, sengaja la tu nak kena kan aku. Ishhh apalah dia ni
Aku melihat baihaqi terus menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya, aku mengambil baju unit beruniform jpj dan meletakkannya di atas katil. Selesai itu, aku menolong baihaqi memakai baju. Sambil memakai baju sambil dia mengusik aku, nasib baiklah hensem sejuk je mata memandang
Aku menghantarnya sehingga ke pintu kereta
"Hubby balik makan tak malam ni?" tanya ku sambil memegang erat tangannya tak ingin lepaskan
"Tak sure lah sayang, kalau ada operasi ni sampai 2 3 pagi macam tu. Tak la kott, kalau balik pun pagi esoklah pukul 8 macam tu" katanya sambil mengosok tanganku juga
"Hubby makan dekat mana malam ni?"
"Tak sure lagi"
"Kalau tak, sayang hantarkan makanan nanti" kata aku sambil buat muka comel
"Hemmmm kalau itu mungkin boleh, tapi hubby buat dekat jalan ampang tu. Dekat cheras kalau sayang rajin, sayang tolong hantarkan makanan boleh?"
"Boleh je, tak ada masalah. Hubby nak makan apa?"
"Makan sayang" bisiknya dan mencium pipiku
"Ishhh hubby ni, betul-betul lah" aku menolak mukanya lembut
"Anything janji sayang yang masak, boleh?"
"Boleh"
Dia cium bibirku lama dan melepaskannya
"Okaylah, hubby pergi dulu. Hati-hati duduk rumah tu, kunci semua masak sedap-sedap tau" pesannya lalu masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin kereta honda civic miliknya
"Okay hubby, bye hati-hati" aku bersalam dengannya dan kembali ke depan pintu. Setelah baihaqi berlalu aku pun masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu
Share this novel