Bab 5

Zombie Series 926

Zul yang sejak tadi tertidur disimbah dengan sebaldi air. Tersentak dirinya terbangun daripada tidur.

"Woi, kau tak boleh kejutkan aku dengan cara yang lagi baik ke?"

Bunga tidak membalas. Sebaliknya dia kembali bertanya "Kau setuju untuk ikut aku?"

"Entahlah. Kalau aku ikut engkau sekalipun macam mana kita nak serbu markas dia? Kita cuma dua orang. Aku ulang. Dua orang."

Bunga menjawab "Aku akan uruskan. Kau cuma perlu ikut aku."

Zul berfikir sejenak. Akhirnya dia bersetuju. "Baiklah, aku setuju.".

Bunga senang hati mendengarnya. Dengan menggunakan sebilah pisau, dia memotong tali yang mengikat tangan Zul.

"Aku ada sediakan sarapan. Jom!" Pelawa Bunga.

"Ok. Aku pun dah tak jamah apa-apa sejak semalam." Kata Zul lalu dia mengikuti Bunga ke dapur.

Sementara itu, di jalanan kelihatan empat belas lelaki bersenjata yang menunggang kuda. Mereka ialah Anggota Briged 10 Para yang diterjunkan ke kota ini. Mereka menelusuri kawasan bandar untuk satu misi utama.

Di tengah-tengah pasukan tentera itu, terdapat seorang tentera yang memakai kain sebagai penutup kepala. Dia adalah Leftenan Kolonel Kevin Chen. Mereka menunggang kuda kerana mengalami masalah dengan kenderaan tentera yang agak sukar untuk dibawa ke kota ini.

Mereka melalui kawasan bangunan-bangunan tinggal yang tidak lagi dihuni.

"Bang!" "Bang!" "Bang!"

"Contact!" "Take Cover!"

Mereka diserang oleh kumpulan Black Cobra yang bersembunyi di dalam bangunan-bangunan kosong. Kuda-kuda mereka meringkik ketakutan. Dengan segera mereka turun dari kuda dan mencari perlindungan. Setelah perlindungan diambil, mereka melepaskan tembakan ke arah musuh.

Keadaan pertempuran semakin memanas. Bunyi-bunyi tembakan memancing zombie-zombie di sekeliling mereka datang. Leftenan Kolonel Kevin Chen segera membahagikan pasukannya kepada dua unit.

Unit pertama diarahkan membasmi para zombie sementara unit kedua menyerbu kedudukan musuh. Leftenan Kolonel Kevin Chen mengarahkan seramai empat orang tentera memberikan tembakan perlindungan sementara tiga orang tentera akan masuk ke dalam bangunan.

Tiga orang tentera itu diketuai oleh Leftenan Muda Shahrul Luqman. Mereka masuk dengan raifal mereka terhunus ke segala arah. Beberapa orang anggota Black Cobra dibunuh dengan begitu mudah oleh mereka yang sememangnya terlatih.

Mereka tiba di tingkat tiga, tempat tembakan dilancarkan. Mereka bersembunyi di sebalik dinding. Selepas mendapat isyarat, mereka bertiga menyerbu masuk ke dalam dan membunuh seramai tiga orang anggota Cobra.

"Clear!"

Setelah mendapat laporan daripada Leftenan Muda Shahrul Luqman, Seluruh pasukan mereka masuk ke dalam. untungnya, tiada anggota mereka yang terkorban atau cedera.

"Alright guys, buat masa ini kita akan bermalam di sini." Kata Leftenan Kolonel Kevin Chen.

"Baik tuan." sahut anggota tentera yang lain.

Mereka mengumpulkan peralatan milik pemberontak yang telah dibunuh. Beberapa laras MP5 dan M16 ditemui tersimpan di stor mereka. Senjata-senjata itu dirampas daripada balai polis dan juga daripada anggota tentera yang mereka bunuh.

Leftenan Muda Shahrul Luqman duduk bersandar pada dinding. Dia mengeluarkan sekeping gambar iaitu gambar kekasihnya yang tinggal di England sekarang ini. Ketika virus ini menyerang Malaysia, gadis itu berada di England hingga dia akhirnya terselamat.

Sementara itu, kelihatan Bunga memasak mi goreng untuk Zul. Zul terpegun melihat mi goreng itu kerana sejak perang ini terjadi, dia hanya menjadikan ubi kayu, kentang, burung merpati, ikan dan ransum tentera sebagai pengalas perut.

"Apa yang kau tengok? Mi tu tak boleh berjalan sendiri."

Zul menyedok mi goreng itu ke atas pinggan. Dia menjamah mi goreng itu dengan begitu lahap. Bunga tersenyum nipis melihat tingkah laku Zul.

"Jadi macam mana kita akan serbu markas mereka?" Tanya Zul.

Bunga menjawab "Aku dah lakarkan markas mereka. Aku akan tunjukkan nanti."

Zul terpandang selaras sniper yang berada di atas almari.

"Mana kau dapat senjata itu?" Tanya Zul.

"Tiga tahun lepas, ketika aku sedang mencari peluru untuk pistol aku di trak tentera, aku jumpa benda tu."

Zul mengangguk. Zul bertanya lagi "Mana kau simpan senjata kau?"

Bunga menjawab "Dua daripada senjata aku berada di bawah meja."

Mendengar itu, Zul memeriksa di bawah meja dan dia melihat dua laras shotgun yang terikat di bawah meja.

"Itu baru sikit." Kata Bunga.

Bunga pergi ke arah almari di belakangnya. Dia membuka almari itu dan dia turut membuka pintu rahsia di belakang almari itu. Terdapat beberapa laras pistol seperti beretta, Glock dan SP1.

"Aku ada simpan banyak lagi senjata. Kuala Lumpur dah jadi gudang senjata. Dimana-mana sahaja tak kira di bangunan atau di jalan, kau boleh jumpa senjata atau peluru. Semuanya tinggalan perang tiga tahun lepas." Kata Bunga lagi. Dia kembali duduk dan menjamah makanan.

"Tentu sahaja apabila ribuan tentera dan polis mati di tempat ini. Tapi ianya disalahgunakan oleh Black Cobra."

Seekor kucing merangkak ke arahnya. Bunga mengangkat haiwan peliharaannya itu dan memeluk kucing itu. Melihat gelagat Bunga itu, Zul teringat akan nama seorang wanita sang pembelah hatinya.

Nurul Huda. Isterinya yang telah diijabkabulkan dengan dirinya. Huda merupakan seorang wanita yang begitu menyukai kucing. Huda sendiri memiliki banyak kucing di rumahnya.

Namun, tahun 2018 menjadi tahun pengakhiran untuk mereka berdua. Mereka berdua bertengkar di dalam kereta. Pertengkaran mereka menyebabkan Zul tidak fokus memandu hingga menyebabkan keretanya masuk ke dalam gaung.

Hanya Zul yang terselamat. Sejak kejadian itu, anak perempuannya yang bernama Hanan Natasha diambil oleh keluarga mertuanya. Sejak hari itu juga dia tidak pernah bertemu dengan anak perempuannya yang sepatutnya berusia 15 tahun sekarang ini.

"Plap!"

Bunga memetik jarinya di wajah Zul yang termenung seperti memikirkan sesuatu.

"Apa yang kau fikir?" Tanya Bunga.

Zul hanya menggeleng. "Tiada apa."

Selesai makan, Bunga menunjukkan sebuah peta yang menunjukkan markas kumpulan The Black Cobra. Ianya merupakan sebuah pusat membeli belah yang dijadikan markas. Bangunan pusat membeli belah itu sudah mengalami kerosakan yang teruk kerana serangan zombie yang terjadi tiga tahun lalu.

"Mereka dah buat bina pertahanan di sekeliling Pusat membeli belah. Setiap kali mereka nak keluar, mereka akan gunakan pintu basement. Pintu utama mereka dah ditutup serapat-rapatnya. Tapi, selain pintu basement, ada satu lagi laluan yang kita boleh guna."

Bunga menunjukkan peta laluan saluran air.

"Aku selalu guna laluan ni waktu aku curi makanan mereka. Kita akan masuk ikut laluan saluran air dan kita akan ikut tangga kecemasan ke atas. Kita akan ikut koridor dan menuju ke pejabat. Itu tempat Azrul. Kita akan sumbat kepala dia dengan timah panas dan selepas itu, kita blah. Sebelum itu, kita pasang bom di beberapa tempat yang aku dah tanda. Kita akan letupkan tempat ini."

Zul bertanya "Mana kau dapat lokasi mereka sebenarnya?" Seingat dirinya, pihak tentera sendiri tidak dapat mengenal pasti lokasi Black Cobra.

"Aku selalu curi masuk untuk dapatkan makanan. Aku juga dah lama rancang semua ni untuk balas dendam." Jawab Bunga.

"Apa yang kau dendam sangat dengan musibat-musibat ni semua? Lagi bagus kau berundur ke Johor macam orang lain." Tanya Zul ingin tahu.

"Hal peribadi." Jawab Bunga.

Di jalanan, sebuah trak pikap yang dinaiki anggota The Black Cobra melalui jalan itu. Beberapa anggota mereka membunuh Zombie-zombie yang menghampiri mereka. Namun, ketika trak itu melalui sebuah jejantas...

"BOOM!"

Trak mereka terbalik setelah terkena periuk api. Letupan itu membunuh beberapa anggota mereka. Seorang anggota yang terselamat merangkak keluar dari trak pikap itu namun dia ditodong dengan pistol oleh seorang tentera dihadapannya.

"Bangun pengkhianat."

Tentera itu ialah Leftenan Kolonel Kevin Chen bersama anak buahnya yang mengepung trak itu. Dua orang tentera menahan lelaki itu. Leftenan Kolonel Kevin Chen berkata "Kau ditahan kerana mengkhianati dan mengisytiharkan perang ke atas Yang Di-pertuan agong."

Mereka menangkap lelaki itu untuk menyoal siasat dirinya mengenai lokasi markas The Black Cobra.

Kembali ke rumah Bunga, terlihat gadis itu terbaring di atas katil. Dia kembali teringat akan memorinya dahulu.

Tiga Tahun Yang Lalu...

Bunga terus berjalan menuju ke rumahnya. Dia terasa amat lemah kerana kepalanya yang berdarah dan kakinya yang sedikit luka. Bunga terus berjalan untuk pulang ke rumahnya bagi mencari ibu dan bapanya.

Bunga akhirnya tiba di apartment ibu ayahnya. Dia menaiki tangga menuju ke rumahnya. Bunga sempat melihat ratusan mayat bergelimpangan.

Namun setelah sampai di hadapan pintu, bunga melihat salinan nota berbunyi "Mak dan ayah ada di terminal bas. Ada tentera bawa kami ke sana. Kerajaan arahkan kita berpindah."

Bunga duduk tersandar di daun pintu. Bunga melihat jam ditangannya. Sudah pukul 9:15 malam.

Bunga terus mendengar bunyi ngauman zombie di luar disusuli bunyi tembakan dan letupan. Bunga menutup telinganya. Air matanya mengalir membasahi wajah jelitanya.

Hatinya dipenuhi rasa takut. Bunga menangis semahu-mahunya mengenang nasibnya yang sekarang. Bunga tidak memiliki pilihan lain, dia harus pergi dari sini.

Bunga akhirnya bangkit dan akan meneruskan perjalanan ke terminal bas dengan tujuan untuk bertemu kembali dengan ibu serta ayahnya dan seterusnya menyelamatkan diri.

"Huh!"

Bunga kembali tersedar dari tidur. Kisah silamnya masih menghantui dirinya. Bunga mengusap wajahnya sambil mengucapkan takbir.

Sementara itu, Zuk melihat ke luar tingkap. Selepas itu, dia mengalihkan pandangan melihat sekeping gambar yang dibawanya.

Gambar itu merupakan gambar anak perempuan Zul iaitu Hanan Natasyah.

"Apalah khabar kau, nak."

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience