bacdh 'Kecewa'

Drama Series 55610

"Yus..."

Sepatah haram Yusoff masih tidak bersuara. Monyok mukanya masih sama seperti semalam ketika dia mengheret lengan Yusoff supaya naik membonceng motorsikalnya.

"Janganlah macam ni Yus."
"Kau jugak yang cakap kalau Dida tak nak tak pe, sekurang-kurangnya kau dah cuba..."
"Ni... kau buat muka, buat perangai macam ni pulak."

Yusoff mendaftar di sebuah universiti tempatan sebagai kelas persediaan sebelum ke Perancis.

Baru sahaja sudah urusan mendaftar, sekarang Yunus mahu menghantar Yusoff ke kolej kediaman yang disediakan pihak universiti.

Yunus tahu Yusoff sangat kecewa dengan layanan Khaleeda semalam. Dia tahu Yusoff tidak sangka begitu jadinya kerana Yusoff fikir dengan ketiadaan ibu bapa Khaleeda, adik iparnya itu tidak akan ada halangan lagi untuk bersama Yusoff.

Yusoff kata dia yakin Khaleeda juga cintakan dia, perpisahan terjadi hanya sebab budak cantik itu takut dengan pasangan orang kaya itu.

Yunus seram juga dengan cerita semalam. Kalaulah Yusoff tahu dia sudah menghubungi Khaleeda hari sebelumnya merayu dengan amaran supaya Khaleeda menjauhi Yusoff pasti dia adik beradik akan berperang.

Ketika pasangan orang kaya memisahkan Yusoff dari Khaleeda adiknya sakit teruk. Dari situ sahaja sudah tahu bagaimana sayangnya Yusoff kepada gadis cantik manis itu.

Yunus terpaksa. Dia mahu melihat Yusoff berjaya dalam pelajaran selepas sudah banyak kali adiknya itu beralah dan beralah untuk kebaikan keluarga ketika dia langsung tidak memainkan peranan sebagai abang.

Kali ini dia mahu jawatannya sebagai abang ada fungsi untuk kebaikan masa depan Yusoff. Supaya arwah Mama, arwah Baba tidak marahkan dia di akhirat nanti.

Tapi...
Tak bolehlah salahkan dia seratus peratus dalam hal kecewa Yusoff. Yusoff sendiri nampak bapa pada kandungan budak cantik itu ada bersama. Maknanya memang Yusoff kena beralah dan sedar diri.

Janji tetap janji. Dari mula sudah tahu tujuan pernikahan. Yusoff sendiri yang cari penyakit. Tugas Yusoff sudah selesai di situ, seperti perjanjian!.

@@@@@@@

"Anak dia ke?".

Khaleeda angguk dua tiga kali. Wajahnya murung kerana satu lagi masalah masuk ke dalam pinggannya.

"Hmmm... Di nak Abang tolong bagitau dia ke?".

Khaleeda geleng laju-laju. Air mata yang mengalir terpelanting ikut pergerakan kepalanya. Dia sudah ada perjanjian dengan Yunus.

"Abang datang ni cuma nak pulangkan beg Di. Maaf la semalam Abang tak tunggu sampai Di sedar sebab tengah kerja kan."

"Terima kasih." lemah dan perlahan.

"Sama-sama."

Mereka sama-sama terdiam. Sekarang waktu melawat tengah hari. Khairul datang melawatnya atau lebih tepat seperti kata lelaki itu tadi untuk memulangkan beg Khaleeda yang lelaki itu tolong pegangkan ketika dia pengsan semalam.

Dia berterima kasih kerana Khairul menghantar dia ke hospital kerajaan berdekatan. Dia demam, stress, keletihan, dehidrasi, tekanan darah rendah dan mengandung!.

"Kalau Abang cakap ni boleh tak Di terima sebagai nasihat?".

Khaleeda angkat wajah dan merenung sepasang mata sepupunya.

"Di jaga diri Di aje. Tak payah kisahkan hal Mama dan Papa Di".

Kenapa?. Khairul nak tolong uruskan semua ke?.

"Zalim tak bunyinya?." soal Khairul

Oh! baru Khaleeda faham. Dia kembali murung.
Sehabis berkata Khairul tarik bangku dan duduk menghadap Khaleeda yang duduk menyandar di atas katil hospital.

"Abang ni manusia Di. Ada sisi buruk sisi baik."
"Abang tau Di datang jumpa Abang untuk apa."
"Ayah Abang dah cakap dulu. Encik Salim pun dah bagitau."
"Masa pihak polis bagi kebenaran Papa Di buat panggilan... dia dah call ayah Abang."
"Tapi tak ada siapa nak datang kan."

Khairul yang duduk menyandar di kerusi santai bercerita sambil merenung mukanya yang menunduk.

"Di tau tak sebab apa?".

Harus ke dia jawab tahu. Khaleeda pilih berdiam dan membiarkan Khairul teruskan bercerita.

"Orang kena hina ni Di dia punya kecik hati next level tau."

Rasanya Khaleeda tahu serba sedikit cerita dulu. Zaman Papa dan Mamanya mula senang dan mengutuk keluarga yang meminta bantuan.

"Tak taulah Di tau ke tak".
"Abang nak masuk SBP masa tu. Duit tak cukup. Ayah Abang kena buang kerja. Mak baru bersalin adik yang kecik."

Khairul geleng-geleng kepala ketika bercerita dengan pandangan mata tembus ke hujung sana dinding wad.

"Kaw-kaw Papa Di hina kami."

Khairul terdiam lagi.

"Tapi itulah... ayah Abang pun satu hal jugak. Macam tak tau serik. Maklumlah hidup orang susah, orang terdesak. Masa Abang nak masuk U sekali lagi dia tebalkan muka nak meminjam lagi."
"Di mesti boleh agak kan apa jadi."

Khaleeda tahu cerita meminjam untuk masuk universiti itu. Papa bertelefon di hadapan dia yang ketika itu di sekolah rendah, mengejek-ejek dan menghina Pak Long Hamsan.

"Dan sekarang... Di datang kat Abang nak minta tolong untuk wakil Papa Di."
"Maaf cakap, Abang belum ada hati sesuci murni dan sebaik tu lagi."
"Sebab tu Abang cakap tak payah kisahkan Papa dan Mama Di."
"Jaga diri Di aje. Kami tak mungkin tolong Di".
"Tolong Di umpama kami tolong si sombong tu."
"Sakitnya hati ni! sebab si sombong tu bukan buat kat ayah Abang aje. Semua adik beradik dia kena."
"Maafkan kami Di."
"Di anggaplah apa pun pada kami, tapi buat masa sekarang memang tak mungkin kami tolong. Walaupun cuma tolong Di sorang."

Khairul bangun dari duduk di kerusi kemudian duduk mendekat di tebing katil. Khaleeda semakin menyandar ke belakang, Khairul mula cakap berbisik.

"Papa Di offer Di pada Abang... sebagai bayaran kalau Abang tolong dia."
"Dia yang cerita Di dah gugur dan dalam proses cerai dengan Pak Sanggup tu."
"Bapa jenis apa dia tu?. Perangai mementingkan diri dia tetap tak berubah."
"Orang macam tu Di nak Abang tolong?"
"Abang beritau Di supaya Di tak payah nak ada rasa bersalah biarkan dia mereput kat dalam sana."

Bulat mata Khaleeda dengan apa yang disampaikan Khairul. Tak mungkin! Khairul sengaja cakap macam tu supaya dia benci Papa!.

Sedang hati Khaleeda merusuh Khairul sudah bangun dari duduk bertenggek di tebing katilnya.

"Abang tak akan tolong Di dalam apa bentuk cara sekalipun."
"Di baliklah pada suami Di. Dari mata dia semalam nampak sangat dia sayang Di."
"Tak ramai lelaki yang boleh terima perempuan yang dah rosak macam Di."
"Di dah cukup beruntung."
"Jangan jadi sombong sangat hidup macam Papa dan Mama Di."
"Tak untung pun."
"Abang balik dulu. Assalamualaikum."

Khairul letak semula bangku yang dia duduk sebentar tadi ke tempat asal. Memandang wajah Khaleeda seketika kemudian berpaling dan tinggalkan Khaleeda berperang dengan fikiran sendiri.

@@@@@@@

"Eh! Kau ingat kau siapa ah bodoh!?"
"Mama!"
"Ambik Baby Boo tu!".

Wati rasa kepalanya mahu meletup di situ juga. Dia diperdaya bersiap di pagi hari ketika sedang sedap tidur.

Dia fikir Yunus mahu membawanya keluar bersarapan kemudian mengambil Baby Boo di rumah mamanya kerana semalam Yunus berkerja shift malam hingga ke pagi.

Mana dia tahu rupanya Yunus membawanya ke pejabat agama untuk ditalakkan!.

Sial! Yunus fikir dia apa!?.

Ibu bapanya berada di luar kamar hakim ketika dia keluar dari pintu kayu itu. Terus sahaja Yunus ambil Baby Boo dari dukungan Mama. Bersalam dengan Abah dan Mama dan terus berpaling begitu sahaja mahu melangkah pergi.

Wati tarik beg Baby Boo yang Yunus sangkut di bahu sehingga berterabur ke lantai beberapa barang dari kocek beg yang tidak berzip.

Wati tampar pipi Yunus sekali sekuat hati walau dia terpaksa menjengkit kerana ketinggian Yunus.

Baby Boo menjerit menangis kerana terkena sedikit kepalanya tamparan Wati yang terlepas. Keadaan benar-benar kecoh dan bingit kerana jeritannya dan tangisan kesakitan Baby Boo.

Argh! dia tidak peduli. Ini satu penghinaan! Berani sungguh Yunus!.

Sudahlah pokai, bodoh pula!.
Yunus lupakah dia siapa?. Tiada siapa boleh malukan dia macam ini. Bagaimana kalau kenalan di tempat kerja lama dia dan Yunus tahu dia diceraikan kerana Yunus sudah tidak sanggup melayan sikap buruknya seperti Yunus katakan di hadapan hakim sebentar tadi.

Perangai buruk apa!?.
Sudahlah selama empat tahun ini dia beralah hidup susah, miskin hina dengan Yunus. Boleh pula suami bendul itu kata dia bersikap buruk!.

Jantan tak guna!.

"Mama! ambik la Baby Boo ni!."

Sekali lagi Wati jerit memberi arahan kepada ibunya yang cuba menenangkan Baby Boo dalam dukungan Yunus yang sedang memeriksa kepala anaknya.

Wati sedaya upaya menarik tangan Yunus. Tidak dapat dia palingkan tubuh besar Yunus menghadapnya dia debik-debik tubuh besar berotot itu di belakang badan.

Dia tidak peduli walau bunyinya kedengaran menyakitkan ketika dia mengompang belakang badan Yunus.

Tiba-tiba lengannya ditarik dari belakang sehingga dia terpaling dan... Pang!!!.

Wati pekup pipinya yang terasa pijar menjalar dan telinganya rasa berdengung. Matanya kabur dan berkaca kerana bergenang air mata dek terlalu sakit.

Abah!.

"Patutlah Yunus ceraikan kau!".
"Patutlah Yunus mengalah dah tak sanggup nak bela kau!".

Wati rasa terbakar...

"Orang tak peduli la dia nak ceraikan orang!".
"Abah ingat orang kisah!".
"Dah la bodoh!, pokai.!"
"Orang nak anak orang aje. Dia boleh pergi mampus sana!".

"Siapa nak bela Baby Boo!?".

Mama ke hadapan Wati berdiri di sebelah Abah. Mencerlung marah dengan sikap buruk Wati di bangunan kerajaan itu.

"Orang la bela!"
"Anak orang kan!".

"Kau!?".
"Kau nak bela?".
"Selama ni kau ke bela anak!?".
"Kalau tak sebab laki kau tu Yunus... entah apa jadi dengan Baby Boo!".
"Kalau kau yang dapat hak jaga... memang aku dengan Abah jadi kuli kau la semua perkara!".

"Argh!!!".
"Orang tak kira!".
"Orang nak juga anak orang!".

Wati jerit kuat-kuat. Dua orang pengawal, seorang lelaki dan seorang perempuan sudah datang mendekat meminta Wati beredar sebelum mereka mengambil tindakan.

Abah cuit lengan Mama.
Mama pergi ke bangku berdekatan mengambil beg tangannya dan bergerak mengikut langkah Abah.

Wati berpaling ke belakang dan baru dia perasan Yunus dan Baby Boo sudah tiada. Wati terus berkejar ke tangga berdekatan tidak mahu menunggu lift bimbang terlambat.

Sampai lantai bawah Wati berlari ke kawasan Yunus memakir kereta pagi tadi.

Tiada!
Kereta, Yunus dan Baby Boo sudah tiada.

Arghhhhhhh!!!
Wati jerit sekuat hati.

Adan Uke Wati. Biase lg dia!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience