KEPALA Izara terasa macam disambar kilat.
Sekali lagi semua sel-sel dalam otaknya berselirat dan membuatkan kepala dia terasa ibarat terkena gegaran. Tapi semuanya bukan disebabkan dia gembira lelaki yang akan dijodohkan dengannya adalah Leo. Bukan itu. Tapi soalan yang patut dia tanya sekarang adalah, dalam banyak-banyak lelaki dalam dunia ni, kenapa lelaki yang dia kena kahwin mesti bos dia yang garang tu?!
"Zara?" Suara Araya menyentak Izara dari lamunannya.
"Hah? Oh, erm, uh... Ya, mama?"
Leo menyampuk dengan senyum nipis. “Rasanya tak perlu untuk kita berkenalan lagi. Kita pun memang kenal dengan satu sama lain, kan? Awak Izara Hanani, staff dari marketing department Osama Corporations, betul?”
Lah, dia ingat rupanya!
‘Tch, mestilah dia ingat. Aku ni mangsa buli favorite dia dalam company tu,’ desis hati Izara.
Izara yang tadi tertunduk diam, kini mencuri-curi pandang ke arah lelaki yang berada di depannya. Dan Lep pula menatapnya dengan tajam tapi dengan tenang dan jujur. Pandangan itu membuat jiwa Izara mula terasa gelisah. Sejak bila Leo ada aura ‘suami penyayang’ macam ni? Di pejabat, lelaki ini tak ubah macam seekor orca yang tumbuh sepasang kaki dan keluar dari laut untuk memburu makhluk-makhluk lemah di muka bumi ini.
“Erm... betul, Tuan." jawab Izara yang tiba-tiba tergagap sedikit.
Dia berpaling memandang Araya. Pandangannya tajam dan menyimpan mesej tersirat. Kenapalah ibunya tak beritahu dia yang lelaki itu adalah bos dia sendiri?
Tapi Araya hanya tersenyum kecil. Senyuman misterinya jelas menunjukkan yang dia gembira melihat reaksi terkejut yang ditunjukkan oleh puterinya itu.
Walaupun begitu begitu, dalam hati Izara, dia mula rasa sedikit lega. Sekurang-kurangnya, dia dijodohkan dengan orang yang dia kenal. Bukan orang asing. Tapi seriuslah dengan Leo? Sanggup ke Leo nak dikahwinkan dengan dia?
"Err… Tuan Leo. Boleh tak kalau saya nak tanya sikiiit?"
"Zara, Leo ni bakal suami kamu, bukannya bakal liutenan kamu," Araya menegur.
"Habis tu nak panggil apa? Dekat office pun semua orang panggil ‘Tuan Leo’."
"Abanglah." Araya selamba menjawab.
‘OH NO, NO, no fricking way!’ rungut Izara dalam hati.
Tiba-tiba Leo tergelak kecil. Izara terus mengerling ke arah lelaki itu.
‘Hah? B... biar betul ni Tuan Leo yang aku kenal? No way, ni mesti kembar dia. Kalau bukan kembar dia, mesti dia ni qarin Tuan Leo. Apesal dia jadi ramah lain macam pulak ni?!’
“Tak kisah. Panggillah ikut keselesaan awak. Awak nak tanya apa tadi?”
Izara tahu kalau dia tanya soalan tu depan Idris dan Araya, konfirm dia kena leter. Jadi dia minta izin untuk bercakap dengan Leo bersendirian di tingkat bawah restoran itu.
Sampai saja di sana, Izara terus tanya, “Tuan… Eh... Ah, kenapa Tuan setuju diuntuk dikahwinkan dengan saya?”
Leo mengangkat bahu. Barulah Leo kembali menjadi Leo yang dia kenal; tenang, tegas, dan misteri.
"Yang awak pula? Awak setuju dah kenapa?" kini soalan itu dikembalikan semula kepadanya.
Izara menyilangkan tangan ke dada, cemberut. “Bukannya saya beriya nak. Tapi sebab saya terpaksa. Ini amanah terakhir daripada arwah atuk saya sebelum dia meninggal.”
“Betul awak nak tahu kenapa saya setuju?”
“Ya, cepatlah cakap!”
“Sebenarnya… saya bukannya nak pun.” Leo berterus terang.
Dia kemudian memandang Izara dari atas ke bawah. Jelas dengan riak wajah lelaki itu, dia memandang Izara lebih kepada budak yang baru nak melangkah masuk ke dalam alam dewasa, bukannya sebagai calon isteri.
“Habis tu?!” Izara berkerut.
“Kalau fikirkan logik dengan apa yang keluarga saya cakap, macam okay je saya dengar pasal calon isteri saya. Tapi lepas dapat tahu awak calon isteri saya, saya… hesitate sikit.”
“Hah?! Apa maksud Tuan?!”
Tangan Leo terus menekup mulut Izara.
Berbeza dengan tingkat atas yang mereka dah sewa khas, tingkat bawah restoran tu penuh dengan pelanggan awam. Dan Izara ada tabiat menjerit bila terkejut, automatik menarik perhatian semua orang yang ada di ruangan tingkat bawah itu.
“Tak payahlah menjerit!” bisik Leo dengan nada memberi amaran, tapak tangannya masih melekat di mulut Izara.
Izara gigit tangan Leo tanpa teragak-agak.
“Arghh!” Leo mengerang. Matanya memandang tajam wanita itu. “Awak ni anjing ke nak gigit-gigit?!”
“Kalau Tuan tak nak, tolak jelah! Saya pun tak nak!”
“Saya dah terima pun. Sekali saya buat keputusan, saya takkan tarik balik.”
Izara mendengus. Tapi tiba-tiba, satu idea melintas dalam benaknya.
“Macam ni jelah… kita kahwin kontrak je. Setahun. Lepas tu kita cerai.”
Dahi Izara terus dijentik sedetik selepas dia habis bercakap.
“Berapa banyak drama yang awak dah suntik dalam kepala otak awak ni? Patutlah setiap kali saya tanya apa-apa, jawabnya pun tah apa-apa. Izara Hanani, kahwin ni bukan benda untuk dibuat main. Saya nak kahwin sekali seumur hidup.”
Izara menggosok dahi, merenung kosong. “Kesiannya dekat Tuan, kena panggil perempuan macam saya sebagai isteri.” Ujar Izara, bermelodrama.
Leo selamba mengangguk. “Itulah,”
Eh, biadab betul!
“Kalau macam tu, batalkan jelah pertunangan ni!”
“Bukan awak cakap ini permintaan terakhir arwah atuk awak? Orang tu dah tak ada. Sanggup ke awak kecewakan dia lagi?” Leo menyentuh dadanya sendiri, bermelodrama untuk melawan perangai Izara.
Ha, terus terdiam dua-dua.
Lepas beberapa saat dalam kesepian, Leo bersuara semula. “Macam nilah. Kita teruskan je dulu dengan perkahwinann ni. Kalau kita memang tak sesuai, sama ada awak tak tahan dengan saya, atau saya yang tak tahan dengan perangai awak, kita berpisah. Senang.”
“Just for reference, Tuan tak tahan dengan saya sebab…?”
Leo sekali lagi menjentik dahi Izara. “Kahwin pun belum!”
LEPAS makan malam itu, Izara sangka yang mereka akan diberi masa untuk saling kenal-mengenali satu sama lain, tapi tidak. Sebulan lepas tu, akad nikah dijadualkan.
Izara dah mula panik. Tapi Leo? Dia anggap macam sama sahaja dengan hari-hari biasa. Izara terus menghantar mesej kepada Leo.
Izara: “Tuan... Tuan dah tahu ke yang kita akan kahwin bulan depan…?”
Leo: “Izara Hanani, awak tak tahu ke unspoken rule untuk jangan mesej orang lepas jam dua belas malam?”
Izara: “Sorry, saya terlalu curious... Saya tak boleh tidur.”
Leo: “Tahu.”
Izara: “H… hah? Habis tu... Tuan tak terkejut ke?”
Izara: “Tuan tak rasa macam terlalu awal ke?”
Izara: “Tuan tak nak bantah apa-apa ke?”
Leo: “Izara. Dah malam. Pergi tidur.”
IZARA suka berkongsi semua benda dengan kawan baiknya, Maya. Dari benda penting sampai benda mengarut, semuanya dia cerita.
Sebenarnya Leo dah pesan awal-awal, jangan bagitahu siapa-siapa pasal perkahwinan ni. Tapi satu petang, ketika mereka berdua sedang melepak di Zus Coffee, Izara... terlepas cakap.
“Eh, Zara, makin hensem kan Tuan Leo sekarang. Apa la agaknya yang dia buat?” komen Maya sambil menyedut amerikano yang dipesannya.
“Hmm... Pakai skincare la tu agaknya,” jawab Izara malas. Matanya melilau memandang orang yang lalu lalang.
“Tapi lain macam. Aura dia macam orang dah nak kahwin aku tengok.”
Izara terus tersedak. Maya cepat-cepat menghulurkan tisu kepada kawannya. “Dah kenapa kau ni?” soal Maya, pelik.
Izara tunduk dekat-dekat dan berbisik perlahan. “Janji dengan aku jangan bagitahu siapa-siapa.”
“Amendeeee?”
“Aku... aku akan kahwin dengan Tuan Leo. Kitorang kahwin bulan depan.”
Maya memandang kosong, terkebil. Sesaat kemudian, tawanya berderai sehinggakan air matanya mula meleleh ke pipi.
“Zara… Zara! Ya Allah, lain macam delulu kau ni. Dulu cakap nak kahwin dengan S. Coups! Sekarang dengan Tuan Leo!”
“Aku serius ni!”
Bila tengok muka Izara langsung tak ketawa, Maya terdiam. “Eh, kau serius ke ni? Ilmu hitam apa yang kau guna? Minyak dagu? Tangkal kaki beruk?”
“Argh, shit!”
“Betul tak apa aku cakap sebelum ni? Jangan benci sangat dengan dia. Tengoklah apa jadi sekarang; betul berjodoh!”
Izara mengeluh panjang. “Ni rahsia, Maya. Kalau terlepas, orang pertama yang aku cari; KAU.”
PADA hari pernikahan, Leo datang seorang diri. Dia tak datang dengan ibu bapanya.
Rupanya, ibu Leo dah lama meninggal. Ayahnya pula hilang entah ke mana. Keluarganya yang datang cuma datuk, pakcik makcik, dan sepupu belah arwah ibunya sahaja.
“Aku terima nikahnya Izara Hanani binti Idris A’afi… dengan mas kahwin tersebut dibayar tunai.”
“Sah?”
“Sah!”
Izara tersentak. Dia sambut tangan Leo untuk bersalam. dan dahinya kemudian dikucup lembut.
Idris dan Araya nampak terlalu sebak. Tapi Izara? Jiwanya seolah hancur lebur.
Dia dah bergelar sebagai suami orang. Bukan suami siapa-siapa, tapi suami kepada Leo Ezhar Osama.
Dia menjeling ke arah Leo yang duduk dengan tenang di sebelahnya.
Kacak. Lelaki itu terlalu kacak pada hari ini. Tapi Izara tak mampu padamkan rasa geram yang dia rasakan dalam hati.
Kalaulah Leo tolak pertunangan mereka dulu, mereka takkan berkahwin. Tak adalah dia kena tanggung rasa bersalah dengan arwah datuknya. Tapi disebabkan Leo terima, Izara dah tak ada tempat lain untuk larikan diri.
“Kenapa pandang-pandang macam tu?” Leo menegur perlahan.
Izara tersentak, cepat-cepat mengalihkan pandangan. “T... tak ada apape.”
Share this novel