Peeling Solution

Thriller Series 75

Aira beli satu produk "peeling solution" viral dari TikTok—warna merah pekat, kononnya dari Jepun. Review semua cakap kulit jadi licin dalam 3 hari. Tapi tak ada siapa tunjuk hari keempat.

Kotaknya hitam kosong, cuma ada satu ayat:

"Kulit baru akan timbul. Jangan berhenti walaupun sakit."

---

Hari pertama, kulit Aira rasa panas sikit. Tapi dia suka. "Tanda berkesan," katanya.

Hari kedua, dia nampak kulit lama mengelupas. Tapi… terlalu banyak. Macam kulit muka dia luntur, bukan gugur. Lapisan bawah tu—bukan merah, tapi macam lapisan daging yang licin, lembap… berkilat.

°°°°°

Hari ketiga, dia bangun tidur dan bantal dia penuh dengan cebisan kulit. Tapi bukan kulit muka saja. Kulit telinga, kulit leher, sampai kelopak mata dah mula tanggal sendiri.

Dia cuba berhenti guna, tapi solution tu dah tak boleh dibuang dari rak bilik air. Botol tu makin penuh, macam berdarah dari dalam.

Dan bau dia… macam besi dan formalin.

°°°°°

Malam keempat, dia dengar suara halus dalam cermin:

"Kulit lama tak patut ada. Kami cuma mahu lihat kau yang sebenar-benarnya."

Dia tengok refleksi dirinya pada cermin. Muka dia dah tak ada kulit langsung. Tapi yang paling ngeri… refleksi tu gerak sendiri. Tersenyum sambil pegang botol solution, tuang perlahan ke mata dia sendiri.

Aira menjerit, lari ke dapur, gosok muka dia dengan sabun dan air panas. Tapi kulit tu dah melekat macam plastik cair. Dan solution tu turun ikut salur darah.

°°°°°

Esoknya, jiran lapor bau busuk dari rumah Aira.

Polis jumpa dia duduk dalam bilik air, badan keras, tapi masih tersenyum. Kulit dia disusun elok-elok dalam tray.

Dilabel satu-satu: pipi, dahi, tangan, kaki.

°°°°°

Sejak tu, ramai pengguna TikTok mula dapat DM pelik dari akaun tak bernama—bagi link beli produk yang sama. Bila klik, ada arahan:

“Kecantikan sebenar bukan di luar. Ia bermula dari bawah kulit.”

°°°°°

Jangan takut untuk pakai peeling solution kau pulak. Paling busuk pun tertanggal hidung je.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience