"KENAPA ni Ara?" Melihatkan keadaan Natrah dan Eirfan seperti hendak 'berperang', Nabihah segera menyelamatkan keadaan. Dari tadi dia mendengar suara dari arah luar biliknya. Fikirnya, itu hanya pertengkaran kecil sahaja. Tetapi dia silap kerana Natrah seperti kerasukan saja. Sedangkan Eirfan tetap kaku dan hanya mampu mengalirkan air mata.
"Ara tak nak tengok muka dia! Ara benci dia. Ara benci semua ni!!"
"Ya Allah Ara!! Mengucap Ara! Mengucap. Dia suami Ara. Kenapa Ara kurang ajar sangat ni?"
Natrah sudah terduduk di atas lantai sambil menangisi nasib diri. Kenapa dia tak pernah mampu nak capai kebahagiaan itu? Dia tak minta banyak. Dia cuma ingin bahagia di samping Eirfan dan keluarganya.
"Ara tak kuat kak! Ara tak mampu nak bahagiakan dia. Ara sedar diri Ara. Ara dah kotor..."
"Dek, tengok akak" Wajah Natrah dipegang. Kedua matanya bertemu dengan anak mata Natrah.
"Takde manusia yang sempurna kat dunia ni. Dan takde jugak manusia yang tak pernah buat silap, tak pernah buat dosa. Semua ni.."
"Dugaan dari Allah. Ara tahu tu. Tapi Ara tak kuat kak. Ara rasa macam nak mati je. Ara tak tahu sampai bila Ara boleh tahan hidup macam ni!"
Natrah membenamkan kepalanya ke lengan Nabihah. Di situ, dia tumpahkan segala kesedihan dan tangisannya. Dia cintakan Eirfan namun dia tahu Eirfan terluka dengan semua ini.
"Kalau macam tu, Ara kena berdamai dengan takdir. Hidup kita ni tak lama mana pun dek. Kenapa kita nak berdendam dengan masa lalu? Takkan bagi apa-apa manfaat pun pada kita"
"Isk isk isk... Semua orang paksa Ara bela budak ni padahal semua orang dah tahu Ara tak sanggup. Ara tak boleh"
"Ye ye. Akak faham. Akak faham sayang. Ya Allah, kesiannya adik aku!" Nabihah mengusap lembut rambut Natrah.
Tak jauh dari situ, Eirfan tetap setia berdiri. Dia tak dah mampu nak kata apa. Segala pengorbanan dan kasih sayangnya seakan dipandang enteng oleh Natrah. Dia puas berkorban untuk semua orang, namun kenapa tidak yang sanggup untuk memahaminya?
Apakah dosanya pada semua orang sehingga dia tak mampu merasa bahagia sedikit pun? Adakah dengan melepaskan Natrah, isterinya bisa bahagia? Dan bagaimana pula dengan hatinya?
"SAYA sukakan awak bukan sebab saya nak mainkan perasaan awak. Saya tahu, awak akan fikir macam tu sebab awak rasa kita tak sepadan"
Ilham tarik nafas dalam-dalam lalu dilepaskan perlahan. Dia pandang wajah Hasma yang ternyata turut sama memandangnya. Haihh gadis manis ini! Selalu bikin hati dia tak keruan!
"Come. Let me tell you some secret"
Ilham ajak Hasma ke ruang tamu. Hasma ikut saja. Kalau Ilham ajak dia ke hujung dunia pun dia sanggup! Sebab sekarang ini dia hanya mengenali Ilham di rumah itu. Jadi ke mana saja lelaki itu pergi, dia akan ikut saja. Huhu
"Nampak gambar-gambar tu?"
Ilham maksudkan gambar yang tergantung di dinding. Kemudian dia gapai sebingkai gambar di atas almari sambil tersenyum. Dalam senyuman itu, dia mengalirkan air mata.
Hasma memerhati saja. Dia tak tahu hujung pangkal cerita. Tak berani nak komen apa-apa.
"Ni..." Ilham tuding jari pada seraut wajah yang berlenggok di bahunya.
"Adik saya"
Hasma perhati wajah keduanya. Ada iras-iras sikit. Cuma bezanya, adik Ilham sedikit berisi, atau dalam erti kata lain, sama saiz dengan dirinya!
"Ilyana Zafirah. My little sister yang sekarang tengah bahagia di alam sana"
Di alam sana? Laju Hasma menoleh ke arah Ilham. Dan saat Ilham menganggukkan kepala, Hasma seakan tak percaya.
"Maafkan saya. Saya tak tahu..."
Hasma tumpang simpati.
"Sebab tu awak kena ambik tahu dari sekarang. Yana, kalau awak boleh tengok, dia sama macam awak. Berbadan besar. Mungkin awak lagi kuat dari dia. Dia sangat lemah. Lemah untuk melawan kata-kata cacian manusia kat luar sana"
"Maksud awak?"
Ilham simpan kembali bingkai foto tadi ke tempat asal. Dia bergerak ke luar rumah. Melabuh punggung di salah satu kerusi di situ. Hasma mengekor dari belakang. Dia melakukan hal yang sama.
"Yana memang gemuk since dia kecik. Bukan sebab gen tapi sebab penyakit. Dia kena on pil selalu. Dan tak boleh skip makan pil. Dan pil tu pulak tak boleh diambik dengan perut kosong. Jadi setiap kali dia nak makan ubat, dia kena makan nasi dulu. Sehari kena makan 4 kali"
Hasma mengangguk kepala, tanda faham akan cerita Ilham.
"Long short story, bila dia meningkat dewasa, dia makin kuat makan. Effect dari ubat tu. And badan dia membesar sampaikan mencecah berat 89 90kg"
"Kami ingatkan dia akan okey dengan keadaan diri dia. Tapi keadaan jadi semakin buruk bila dia masuk sekolah menengah"
Ilham sempat berjeda. Terimbau kenangan lalu seakan menyentik kembali duka lama. Air mata yang mulai bertakung segera diseka.
"Dia kena buli. Body shaming"
Pandangan Ilham jatuh pada wajah Hasma yang seakan terperanjat dengan cerita itu.
"Budak-budak buli dia. Kata dia macam-macam. Kutuk dia. Hina dia. Ada yang sampai kata dia macam gergasi kelaparan. Bukan takat tu je. Budak-budak prank dia. Kenakan dia sampai dia jadi takut nak masuk sekolah"
"Dulu dia happy giler bila masuk sekolah. Sebab dia suka belajar. Tapi sejak kena buli, sebut saja sekolah, dia menangis ketakutan. Bila saya tanya, dia kata kawan-kawan dia buli dia. Saya ingatkan mungkin itu gurauan budak zaman sekolah tapi saya silap bila satu hari..."
Gulp! Hasma telan liur. Dia lihat Ilham menangis. Dia tampak terluka saat mengimbau kenangan tersebut.
"Yana ditemui meninggal dalam tandas perempuan. Dia kena buli dengan teruk oleh sekumpulan budak perempuan di sekolah dia"
Tangisan Ilham pecah juga. Terbayang-bayang di matanya akan jasad Ilyana yang diusung keluar oleh sekumpulan para medik. Dia sudah kehilangan satu-satunya adik perempuannya.
Helaan nafas dihela dengan berat oleh Hasma. Dia tidak menyangka lelaki itu rupa-rupanya mempunyai kisah silam yang duka.
"Saya tumpang simpati Ilham"
Ilham mengangguk-angguk.
"Boleh saya tahu, apa jadi pada budak perempuan yang buli dia tu?"
"Diorang kena hantar kat juvenile. Sekarang mungkin dah bebas. I don't know. Saya tak pernah ambik tahu dah pasal dorang"
"Sekurang-kurangnya, dorang dah dapat balasan di atas apa yang dorang dah buat pada arwah Yana. Dan awak kena redha"
"Iya, saya tahu. Saya dah lama redha. Cuma terkilan setiap kali teringatkan peristiwa tu"
Hasma terdiam. Pelik kerana Ilham menceritakan semua itu kepadanya sedangkan hatinya belum pulih sepenuhnya.
"Tapi kenapa awak bagitau saya semua ni?"
Senyuman manis terlakar pada wajah itu.
"You remind me of Yana"
"HAAA!!" Azizah menyergah Hasma yang termenung dari tadi. Azizah buat bunyi cicak pun si Hasma tak dengar. Entah apa yang fikirkannya!
"Oo mak kau terpelanting!"
Azizah mengekek mendengar Hasma melatah. Dia tekan perut menahan tawa.
"Apoo lerrr.."rungut Hasma seraya membetulkan duduknya.
"Hang buat apa kat sini? Malam-malam hari ni? Teringat kat pakwe ka?"
"Sibuk kau kan?"
"Tak sibuk bukan Azizahlah nama aku!!"
"Haaa jawab jawab!!"
Pipi Azizah dicubit tanda geram. Ada saja dia nak menjawab.
"Weiii sakitlah! Apa hang ni!"
"Haaa tahu pun! Menyibuk lagi padan muka!!"
"Sorrylah! Ala hang ni pun..." Azizah gosok-gosok pipinya dek cubitan Hasma itu. Berangat jugak tangan dia na?!
"Aku tanya ja...hang ni..."
"Yelah yelah! Dah tua bangka pun nak merajuk bagai" Hasma mengalah. Dia tepuk kusyen di sebelahnya ,memberi isyarat untuk Azizah duduk di situ. Nak bergosiplah tu!!
"Awat?!"
"Aku ada cerita"
"Pasai apa?"
"Ilham"
Azizah kerut dahi.
"Alaa, abang kantin kita tu"
"Ohh ya ya.. Aku lupa hat nama dia. Haaa pasaipa dengan dia?"
"Kau tahu tak..."
"Manalah aku nak tahu" cantas Azizah.
"Aku belum habis cakap lagilah!" omel Hasma geram. Eiii!! Hilang mood nak bergosiplah!
Azizah tergelak. Nak usik sikit pun tak bolehlah si Hasma ni!!
"Dia bawak aku pergi rumah dia tadi"
"Haaa? Weiii dia buat apa kat hang? Hang habaq kat aku!"
Wajah Azizah menyeringa. Kata nak ajak bawak makan tapi alih-alih bawak pergi rumah. Apa ni??
"Hishhh kau ni! Bagilah aku habis cerita dulu"
Azizah buat aksi kunci mulut.
"Dia cerita kat aku pasal arwah adik dia, Ilyana. Dia pun dulu gemuk macam aku. Yana kena buli teruk kat sekolah. Lepas tu..."
Azizah diam mendengar cerita Hasma. Dia lihat Hasma seolah mengingati sesuatu.
"Sampai akhirnya Yana meninggal sebab kena buli"
"Haaa? Weii balaunnya yang membuli tu! Kalau kena kat adik aku, aku cincang lumat-lumat!"
"Tapi dorang masuk juvenile dah. Sebab bawah umur, tak dapat masuk penjara"
"Yalah. Sekurangnya ada keadilan buat adik dia"
"Ilham cakap, aku ni buat dia teringat kat arwah adik dia tu"
Kening Azizah bersambung. "Maksudnya dia suka kat hang pasai hang macam adik dia ka?"
"More or less. Tapi sebab dia rasa orang-orang macam aku, macam arwah Yana berhak dapat someone yang boleh hargai kita. Dia suka kat aku sebab dia ikhlas. Dan dia dah janji dengan arwah Yana yang dia akan layan semua orang sama rata. No discrimination at all"
"Laaa yaka? Tak sangkakan, hati Ilham tu baik. Aku ingatkan dia main-mainkan hang. Pasai tu laa aku pi sound dia"
"Haaa?! Kau sound dia?"
Azizah tampar mulut sendiri. Ishhh, pasaipalaa gatai pi habaq kat dia??!
"Haa? Aku habaq apa tadi? Hang salah dengaq tu"
Azizah bangkit dari duduknya lantas melarikan diri dari menjadi mangsa tamparan Hasma. Yang tadi pun tak hilang lagi tau?!
"Azi!!!!"
PAGI ITU, Eirfan mendapatkan Natrah yang duduk di birai katil. Jelas kelihatan wajahnya pucat dan tampak lemah. Setelah pertengkaran semalam, dia dan Natrah tak berbicara langsung sehinggalah ke pagi itu.
Bahkan dia juga tidur di sofa di luar bilik. Natrah seakan membencinya sehinggakan dia segan untuk mendekati isterinya.
"Love..Hubby nak turun kerja ni. Tengah hari nanti kita pi klinik ye? Nak checkup baby tu" Eirfan duduk di sebelah Natrah.
"Tak payahlah! Tak perlu buat checkup pun. Pandai-pandailah dia hidup dalam tu"
Eirfan mengeluh panjang. Natrah tetap dengan kedegilannya. Bagaimana lagi harus dia meleburkan kedegilan itu?
"Janganlah macam ni Love. Kandungan tu kena check setiap bulan. Nak check gula lagi kan? Nanti jadi apa-apa, Love jugak yang susah"
"Awak ni, risau pasal saya ke pasal budak ni?"
"Ya Allah Ara! Saya tak nak gaduh okey? Please.. kita jadi macam ni dari kita kawen lagi. Tak boleh ke kita berdamai dan hidup bahagia macam pasangan lain?"
"Nak hidup bahagia, carilah pasangan lain. Saya tak mampu nak bahagiakan awak"
Ahh sudah!! Eirfan tarik nafas dalam-dalam. Niat dia baik ,tetapi Natrah seringkali menyalahtafsirnya. Dia penat. Benar-benar penat.
"Ara selalu macam ni kan? Lain saya cakap, lain awak tafsirkan. Saya tak tahu nak layan awak macam mana lagi!"
Hujung hati Natrah pilu tatkala Eirfan membahasakan dirinya 'saya awak' . Tampak sangat lelaki itu sedang menahan amarahnya. Agaknya mungkin Eirfan sudah mulai bosan dengan dirinya.
"Saya rasa, kita tak boleh nak teruskan hubungan ni..."
"Natrah!!"
Eirfan sedikit terjerit. Tidak mungkin dia rela melepaskan wanita yang amat dicintainya itu. Dia mampu untuk bertahan dan berjuang sehingga ke tahap ini, namun kenapa pula Natrah begitu senang berputus asa?
geram kan dgn ara? sy pun geram tp nak buat mcm mana ? baca jelahh ?
Share this novel