Althaf membaringkan Tuan Amirruddin diatas katil.Dia menyelimutkan lelaki berusia itu.Tuan Amirruddin memegang tangan Althaf.
"Ya Daddy...nak apa-apa?"soal Althaf.
Tuan Amirruddin memandang wajah itu lama.Dia benar-benar rindu dengan Althaf.Arwah isterinya pernah berpesan supaya menjaga satu-satunya zuriat mereka berdua itu.Tapi dia gagal menjadi seorang figura ayah apabila menghalau Althaf keluar sewaktu umurnya baru 10 tahun.Dia tidak ambil peduli sehingga dia jatuh sakit.
"Daddy....kenapa nangis ni?.Ada sakit dekat mana-mana ke?"soal Althaf yang mula risau.
"Jangan ..jangan... tinggalkan Daddy... Daddy tak sesiapa lagi... Althaf sorang je...jangan...marah Daddy..."ucap Tuan Amirruddin.
Althaf duduk disisi.
"Althaf takkan tinggalkan Daddy.... walaupun dulu.. Daddy halau Althaf tapi Althaf faham..Althaf takkan nak jadi anak derhaka...tanpa Daddy Althaf takkan ada dekat sini .."ucap Althaf sambil mengenggam tangan yang sudah berkedut itu.
"Janji...nak..."ucap Tuan Amirruddin.Althaf mengangguk perlahan dan mengusap tangan Tuan Amirruddin.
Selesai menidurkan Tuan Amirruddin, Dia berjalan ke arah dapur.Mak Tuti menyediakan makan malam.Aroma masakan itu yang dia sangat rindu.
"Banyaknya lauk Mak Tuti masak.."ucap Althaf melihat satu persatu hidangan atas meja.
Mak Tuti tersenyum.
"Mak Tuti senang sangat harini..kalau tak Mak Tuti makan sorang je..Tuan Amirruddin dah tidur ke?"soal Mak Tuti.
"Alhamdulilah dah tidur..mungkin penat sangat nangis"ucap Althaf menarik kerusi dan duduk.
"Alhamdulilah...harini pun banyak Tuan Amirruddin makan"ucap Mak Tuti menghidangkan nasi dalam pinggan Althaf.
Althaf meletakkan lauk ke dalam pinggannya.
Mak Tuti duduk didepan Althaf menemankan pemuda itu makan.
"Lepas makan ni tidur sini jelah..bilik kamu tu sentiasa dibersihkan..tak payah balik..lagipun ni rumah kamu.."ucap Mak Tuti.
"Malam ni saya tidur sini...besok saya tak janji sebab ada perkara yang perlu diselesaikan"ucap Althaf.
"Althaf...minta maaflah...Mak Tuti tanya..ni.. Althaf ni dah kahwin ke?"soal Mak Tuti.
Althaf tersenyum.
"Bakal kahwin Mak Tuti... sebenarnya sebelum datang sini Althaf baru je..balik jumpa bakal mentua..alih-alih dekat rumah ni..tu tergerak hati nak singgah.."ucap Althaf.
"Yeke... Alhamdulilah...orang sinilah bakalnya..?"soal Mak Tuti.
Althaf angguk.
"Tapi Althaf belum hantar rombongan lagi.. insyallah minggu depan akan untuk meminang dan bertunang"ucap Althaf.
Mak Tuti tersenyum.
"Kejap...Bakal isteri kamu ni..tahu ke kamu ni ada penyakit DID?"soal Mak Tuti.
"Tahu Mak Tuti...dia yang banyak bagi saya semangat.Satu Karakter dalam badan saya dah hilang..dan Althaf harap sangat tak ada perkara lain yang jadi.."ucap Althaf.
"Amin...Harap-harap... dijauhkanlah..kalau yang baik..tak memudaratkan tak mengapa..tapi kita cuba elak..jelah..banyakkan berdoa.."ucap Mak Tuti.
Althaf mengangguk perlahan.
"Siapa namanya?"soal Mak Tuti.
"Naurah Edlina nama dia.."ucap Althaf.
"Mesti cantik macam namanya.."ucap Mak Tuti.Althaf tersenyum sedikit.
********
Naurah baring baru sedia nak tidur tapi dia mencapai telefon pintarnya dan berteka-teki mahu telefon Althaf atau tidak.
Nada dering telefonnya berbunyi menyebabkan dia hampir mencampak telefonnya.Tertera nama Althaf.
Dia berdeham sedikit sebelum menjawab.
"Asalamualaikum...."
Althaf tersenyum mendengar suara Naurah.
" Walaikumusalam...kenapa tak tidur lagi?"soal Althaf dengan lembut.
"Kalau saya tidur siapa yang jawab telefon awak ni?.Awak ni pun kenapa tak tidur?" soal Naurah.
"Hati saya berdebar...malam ni.."ucap Althaf.
Naurah rasa bahang wajahnya.Dia menumbuk-numbuk bantal peluknya.
"Kenapa hati awak berdebar?"soal Naurah.
"Rindukan seseorang...yang kuat nangis...kuat berleter..."ucap Althaf.
Naurah terkejut.
"Kenapa diam? Betul kan?"soal Althaf.
"Ishh...awak ni...malulah saya..."ucap Naurah yang sudah merah pipinya.
"Saya nak bagitahu awak ni...saya minta maaf sebab terjah rumah awak dan cakap yang saya nak pinang awak...tapi hasrat saya bukan main-main...saya betul ikhlas nak kahwin dengan awak.Saya harap awak boleh terima kekurangan yang ada pada diri saya..."ucap Althaf perlahan.
Naurah faham keadaan Althaf dan dia juga sedia sekiranya masih ada karakter lain yang akan muncul.Tapi dia berjanji dengan dirinya akan sentiasa ada disisi lelaki ini.
"Awak...kita lahir dekat dunia ni semua dah tertulis.Apa yang boleh kita buat terima dan redha dengan ketentuannya.Saya percaya awak pun kena redha...awak ada saya sekarang..awak tak sorang-sorang..."ucap Naurah.
"Terima Kasih sebab pilih saya..."ucap Althaf.
*************
"Wah comelnya adik akak ni..."ucap Noreen yang menjengah ke dalam bilik Naurah.Dia melihat penampilan adiknya yang sudah dihias oleh jurusolek.
"Adik akak ni memang comel..."ucap Naurah sambil tersenyum.
Noreen memegang bahu Naurah.
"Tak sangka adik akak yang sengal ni pun ada orang nak..."ucap Noreen.
Naurah mencebik.
"Kenapa?.Akak ingat adik tak laku ke?"soal Naurah.
"Ehh...laku sampai Sood pun datang pinang kau... mestilah laku...Nasib ada hero malaya datang..selamatkan tuan puteri ni.. sebelum dia terkahwin dengan orang lain.."ucap Noreen memegang dagu Naurah.
"Akak...habislah mekap adik... anyway part paling seronok...kita naik pelamin sama-sama!"ucap mereka berdua serentak.
Puan Tihani masuk dalam bilik.
"Apa ni jerit-jerit?"soal Puan Tihani.Mereka berdua tersenyum.
Puan Tihani duduk dikatil memegang dua kotak berwarna merah.
"Ni Umi tak ada apa nak bagi pada kamu berdua.Jadi Umi hadiahkan ini untuk Noreen dan satu untuk Naurah"ucap Puan Tihani menyerahkan kotak merah itu.
Mereka membuka dan terdapat rantai dan gelang.
"Umi!" serentak mereka berdua memeluk tubuh Puan Tihani.
"Jadi isteri yang baik dan taat pada suami..jangan sesekali tinggikan suara pada suami..."ucap Puan Tihani.
Rombongan Althaf sudah sampai dengan kehadiran Tuan Amirruddin dan Mak Tuti sebagai wakil serta beberapa kenalan Althaf sahaja.
Pakcik Bakar bersalaman dengan Tuan Amirruddin.Mereka berbincang mengenai majlis pernikahan.
"Menurut anak saya... Althaf dia akan menyerahkan mas kahwin dalam bentuk dinar.Mengikut yang diberitahu pengantin perempuan akan dapat 25 dinar emas sebagai mas kahwin"ucap Tuan Amirruddin.
Encik Bakar mengangguk dan bersetuju walaupun dia agak terkejut dengan nilai yang diberikan.
Mak Tuti menyarungkan cincin merisik dan bertunang kepada Naurah menandakan Naurah sudah bertunang dengan Althaf.
Zukie mengambil gambar Naurah disarungkan cincin dan dihantar kepada Althaf.
~ Tahniah bos milik Cik Naurah sekarang~
Althaf yang baru selesai mesyuarat melihat mesej dari pembantu peribadinya itu.
Dia duduk dan melihat satu persatu gambar majlis.Kalau boleh dia nak berada disana tapi saat akhir dia menerima kunjungan dari menteri luar.
Bibirnya mengukir senyuman melihat kejelitaan Naurah bertudung.
Dia mengubah paparan depan telefonnya dengan gambar Naurah.
"Alhamdulilah...."ucap Althaf bangkit dan melakukan sujud syukur.
**********
Beberapa bulan kemudian Althaf menunaikan janji untuk memperisterikan Naurah.
"Aku terima nikah Naurah Edlina Binti Bakar dengan mas kahwin sebanyak 25 dinar emas"ucap Althaf dengan sekali lafaz.
Tok kadi dan saksi mengangguk perlahan dan menadah tangan membaca doa.
Tuan Amirruddin juga turut hadir walaupun pada pagi subuh dia tidak berasa sihat.Dia gembira Althaf sudah besar dan menjadi seorang suami.
Dia tersenyum manis.Mak Tuti memandang ke arah Tuan Amirruddin yang kepalanya terlentok ke bawah.
"Tuan..."panggil Mak Tuti menyapa tubuh itu.Tapi tubuh itu tidak memberi sebarang respon.
Althaf membatalkan air sembahyang dengan menyarungkan cincin dijari Naurah.
"Althaf...."panggil Mak Tuti dengan rasa tidak sedap hati.Althaf yang berada dipelamin terus turun ke arah Tuan Amirruddin diikuti Naurah.
"Daddy...."ucap Althaf memegang pipi Tuan Amirruddin.Dia tidak dapat rasa denyutan nadi lagi.Dia menunduk pada tangan Tuan Amirruddin dan menangis.
Naurah sudah menangis.Encik Bakar memeriksa lagi sekali dan memanggil medik.
"Daddy...."usap Althaf tangan itu.Naurah duduk disebelah Althaf.
"Daddy dah tak ada...."ucap Althaf masih menunduk.Naurah mengosok belakang Althaf.
"Cinta seorang ayah akan selalu tersembunyi di dalam hatinya dan senyumannya."
"Cinta seorang ayah akan selalu tersembunyi di dalam hatinya dan senyumannya."
Share this novel