"ibu tolong Lia, sakit bu, Lia janji Lia tak akan buat dia marah Lia lagi.. tolong Lia bu.." jerit satu suara nyaring yang sedang merayu untuk diselamatkan dari disakiti.
"abang.. tolong jangan sakitkan anak saya.. dia masih budak.. kalau abang nak marahkan saya.. abang marahkan saya je.. jangan sakitkan anak saya.." menangis Salma dengan mata bengkaknya sambil memeluk anak kecilnya yang sedang meraung ketakutan tanpa faham apa yang sedang berlaku dimatanya saat ini.
"kau diam! kalau kau bunyi sekali lagi, dengan kau sekali aku pukul!" marah Razak dengan memukul-mukul anak tirinya dengan tali pinggangnya.
"abang.." panggil Salma perlahan untuk hentikan suaminya dari memukul anaknya Melia, tapi dia juga takut kerana suaminya Razak akan memukulnya akan lebih teruk dari dia memukul Melia saat ini.
"aku pernah cakap dengan kau kan, jangan pernah kau sentuh anak aku, tengok apa kau dah buat dengan anak aku? kalau kau bodoh buat je cara bodoh.. jangan nak memandai-mandai main dengan anak aku.. sebab kaulah anak aku sakit.. sekarang ni kau nak aku buat apa dengan kau hah budak sial?!" jerit Razak dengan nyaringnya dan kakinya juga semakin rancak menyepak badan kurus Melia yang sudah letih menahan kesakitan.. menangis juga tiada guna saat ini kerana hanya merugikan air matanya saja.
Sunyi tiada sedikit pun suara yang keluar dari mulutnya, jika dia merayu memohon dari ibunya untuk menolongnya, ibunya juga akan menerima nasib yang sama macam dirinya saat ini, ataupun mungkin lebih lagi ibunya akan disakiti.
Cukup hanya dia yang menerima nasib buruk tersebut dan bukan ibunya.
"abang cukuplah.. kesian Lia.. dia baru 18 tahun bang.. saya yang minta dia jagakan Aina tadi.. saya yang salah.." rayu Salma selepas meletakkan anak kecilnya diatas lantai dan berlari kearah Razak yang masih menyepak badan kurus anaknya Melia, dengan tenaga yang lemah dia masih mahu memegang kaki suaminya dari terus menyepak badan kurus Melia yang sudah diamkan dirinya dari menangis, tiada guna jika anaknya terus menangis.. tetap juga akan menjadi mangsa sepakkan suaminya, lagi pula inin bukan kali pertama anaknya dipukul.
"peduli apa aku! kalau dah tahu orang minta tolong tu, buat la betul-betul.. ni sekarang kau tengoklah kepala anak aku dah bengkak sebab budak sial ni yang sengaja tolak anak aku!" jerkah Razak lagi dengan menolak badan Salma dari terus memegang kakinya.
"abang, saya rayu dengan abang.. tolong berhenti.. kesian Lia.. sekali pun abang bencikan dia, dia tetap anak saya.. darah daging saya.." rayu Salma lagi dengan memeluk erat kaki suaminya.
"sebab budak sial ni bukan anak aku la aku bencikan budak ni.. gara-gara ayah dia yang dah mampus tu aku pula kena tanggung hidup budak sial ni.. apa kau ingat aku nak bela percuma ke budak ni? siapa yang nak tanggung duit aku yang rugi? yang aku dah keluarkan selama ni? kau? kau tu hanya perempuan murahan yang hanya boleh buat tempat lepaskan nafsu je.. kau ingat aku nak sangat ke kahwin dengan kau dulu? aku kahwin pun sebab kau tu cantik je, yang lain kau tak ada nilai sesen pun!" bentak Razak dengan menolak badan Salma kali kedua kerana perasaan marahnya masih belum reda setiap kali dia melihat bengkak dikepala anak kecilnya Aina yang berumur 7 bulan.
"abang janganlah cakap macam tu.. apa salah saya pada abang? dulu abang yang rayu saya untuk terima abang, sekarang abang salahkan saya atas semua yang berlaku ni? saya dah buat yang terbaik untuk keluarga kita.. saya tak pernah sekali pun ingkar cakap abang.. tapi abang tetap cari salah saya dan anak saya Lia yang menjadi mangsa baran abang.." luah Salma dengan air mata yang tidak henti-hentinya mengalir laju kepipinya.
"pang!" bunyi yang cukup bisa terdengar ditelinga Salma kerana selama dia berkahwin dengan Razak itu adalah makanan utama yang selalu dia dapat jika Razak mula naik gilanya.
"tu untuk betina macam kau yang tak pandai hormat suami dan tak pandai ajar anak sendiri untuk hormat aku yang dah bagi dia makan.. mana anak aku.. aku tengok muka kau dengan anak kau sama je macam sampah! semua tak boleh diharap! yang kau berdua tahu cuma habiskan makanan dalam rumah ni dan tahu habiskan duit aku je!.." marah Razak selepas tangannya menampar muka Salma yang merayu untuk tidak menyakiti anaknya lagi.
Tapi Salma sudah cukup lali dengan semua yang berlaku seperti saat ini, ini bukan kali pertama dia ditampar, disepak, dipijak, diludah.. sudah berkali-kali dalam usia 5 tahun alam perkahwinan keduanya bersama dengan Razak.
"abang.. jangan bawa Aina.. nanti dia nak susu macam mana? kesian dia, abang jangan libatkan anak kita jika abang ingin marahkan saya, abang lepaskan amarah abang pada saya je.. abang!.." panggil Salma dengan mengejar Razak yang sudah mengambil Aina anak mereka berdua yang berada diatas lantai dengan merentap badan Aina sehingga anaknya terkejut dan meraung kesakitan kesekian kalinya.
"abang sakit tangan Aina.. jangan buat macam tu kesian dia.. abang!.." jerit Salma lagi agar ada sedikit belas ehsan dari Razak terhadap anak mereka Aina.
"tahulah aku nak buat apa nanti.. mak aku lagi bagus jaga darah daging aku dari kau ibu dia sendiri!" jerit Razak dari luar rumahnya dan terus menghidupkan enjin keretanya untuk menuju kearah rumah maknya yang berada dikampung sebelah.
"abang.." panggil Salma sedikit perlahan kerana mulutnya juga kesakitan kerana ditampar sebentar tadi, luka lama juga belum sempat sembuh kerana Razak cukup gila bila saja barannya mula meledak.
Dan tanpa dia sedari ada mata-mata yang melihat kearahnya yang sedang berdiri didepan pintu dengan pakaian yang sudah cukup serabai selepas dia cuba menenangkan suaminya sebentar tadi.
Tapi pandangan mata mereka semua bukan pandangan kesian terhadap dirinya tapi pandangan yang menunjukkan yang mereka cukup merasa jijik dengan keluarganya, bagi mereka keluarga dia hanyalah sebuah hiburan kerana setiap minggu pasti ada adegan pergaduhan antara dia dan Razak, ataupun anaknya Melia dan Razak.
Andai dia ataupun anaknya Melia mati sekali pun, orang kampung tak akan berani menolongnya kerana mereka cukup kenal dengan sifat baran Razak, jadi mereka hanya akan menjadi tiang yang tak bernyawa jika mereka terdengar jeritan dia ataupun anaknya Melia meratap meminta tolong dan simpati.
Derita yang tak pernah habis.
Share this novel