Chapter 56

Romance Completed 35901

“Sofia Amelia binti Dato’Johari” panggil seorang jururawat di Klinik Pakar Wanita.

Sofia Amelia dan Mak Ziah mengatur langkah untuk masuk ke dalam bilik doktor. Jantung berdegup kencang seperti baru sahaja lepas menyertai acara olahraga. Mukanya cuba bereaksi tenang. Tidak mahu orang lain berfikir Sofia Amelia takut ataupun gementar.

“Hi Miss Sofia. Please have your seat.” mempelawa doktor wanita yang beragama hindu.

“Thank you doctor.” jawab Sofia Amelia dan duduk hadapan doktor bernama Vijaya.

“So, how can I help you?” tanya doktor Vijaya. Maklumat yang diperoleh daripada receptionist dibaca oleh doktor dengan penuh tekun.

Sofia Amelia memandang Mak Ziah yang duduk di sebelah. Tangannya mengenggam kuat tangan milik Mak Ziah bagi mendapatkan kekuatan.

“Macam ini doktor, sebelum ini period saya tak pernah lewat. Tapi this time I haven’t had my period. Sebab itu saya datang check dengan doktor.” Sofia Amelia memberitahu masalahnya.

“Sudah berapa hari lewat?”

“Seminggu.”

“Miss sudah kahwin ke?” soal doktor Vijaya lagi.

“Sudah.” jawab Sofia Amelia.

“Sudah berapa tahun?”

“Dah nak masuk tiga bulan doktor.”

“Oh, newly married couple. For sure you and your husband will look forward to a new member right.” ujar doktor Vijaya sambil senyum.

Berubah wajah Sofia Amelia. Apakah patut dia jawab? Kalau ikutkan, suami dan ahli keluarganya menunggu untuk ahli baharu. Tetapi dirinya tidak sedia untuk menjadi seorang ibu.

“Adakah Puan Sofia buat test kat rumah?” gelaran cik ditukar menjadi puan.

“Belum doktor.”

“Tak apa. Kita buat pregnancy test dulu. Kita tengok result dulu.” kata doktor Vijaya.

“Baik doktor.”

“Nurse, tolong bawa Puan Sofia and guide her. Puan Sofia, she will guide you.” doktor Vijaya memberi arahan kepada jururawat. Sofia Amelia mengangguk dan mengikuti jururawat.


************************

Wahidah Tiara duduk di birai katil. Gambar pertunangan ditenung lama. Kenangan menyambut hari jadi tahun lepas bermain di fikirannya.

“Is, I am waiting for your birthday wishes. Awak sudah lupa ke? Kenapa tak wish saya?” air matanya bergenang di tubir mata. Dia sungguh mengharapkan Iskandar Faiz akan mengucapkan selamat hari jadi. Tetapi sehingga kini Iskandar Faiz tidak menghubunginya.

Gambar-gambar yang diambil sebelum putus tunang tengok satu per satu. Dia rindu sangat bekas kekasihnya. Disebabkan kebodohan, dia kehilangan lelaki yang disayang sepenuh hatinya. Kalau lah hari itu Wahidah Tiara memberi peluang kepada Iskandar Faiz untuk memberi penjelasan, sudah pasti dia tidak merana seperti ini. Sekarang dia mesti hidup bahagia dengan Iskandar Faiz. Tetapi, semuanya sudah terlambat.

“I will get you back my dear Iskandar Faiz. Saya tahu awak tak lupa hari jadi saya. Mungkin awak busy sekarang. I am sure that you will call and wish me.” bisik Wahidah Tiara dan memeluk gambar Iskandar Faiz dengan erat.

Tok! Tok! Tok!

Pintu bilik diketuk dari luar. Wahidah Tiara menyimpan gambar Iskandar Faiz ke dalam laci sebelum dia membuka pintu biliknya. Air matanya dikesat sebelum melangkah ke arah pintunya.

Pintunya dikuak. Razim berdiri di luar bilik Wahidah Tiara.

“Akak, along ganggu ke?” tanya Razim.

“Tak along. Ada apa ketuk pintu bilik akak?”

“Malam nanti akak ada pergi mana-mana?” soal Razim bersama dengan senyuman.

“Tak. Kenapa along?”

“Malam nanti kita keluar bersama-sama akak. Kita keluar makan bersama-sama. Sudah lama kita tak makan sekeluarga.” Razim memberitahu rancangan untuk malam itu.

“Nak keluar makan? Ke mana?” Wahidah Tiara tanya lebih lanjut.

“Akak pilih lah nak makan dekat mana. Along belanja. Lepas maghrib kita pergi makan. Boleh?”

“Okay. Nanti akak pilih restaurant.” jawab Wahidah Tiara lembut.

“Along akan inform mak. Suruh mak balik awal.” Razim teruja untuk makan malam bersama keluarganya. Dulu setiap bulan mereka makan bersama.


**********************

“So, Puan Sofia, we see the result of the pregnancy test first.” kata doktor Vijaya dan melihat keputusannya.

“I am sorry to say this Puan Sofia, but it’s negative.” beritahu doktor Vijaya serba-salah. Biasanya pasangannya akan mengharapkan keputusan positif. Tetapi apabila keputusan menunjukkan negatif, pasangannya akan berasa sedih. Tapi bagi Sofia Amelia terbalik pula.

“Oh god! Thank you so much!” gumam Sofia Amelia dalam hati. Dia sangat gembira masa itu. Mak Ziah berasa sedih.

“But, usually pregnancy kit unable to detect if pregnancy is still at an early stage. Can we proceed with scanning?” doktor Vijaya tanya terlebih dahulu. Adakah pesakitnya ingin meneruskan sesi scan perut?

Jantung Sofia Amelia kembali berdebar laju. Ingatkan keputusan pregnancy test muktamad, tetapi apabila doktor berkata penghamilan masa awal tidak dapat mengesan oleh pregnancy kit, dia berasa takut.

“How Puan Sofia?” tanya doktor Vijaya lagi.

“Err… okay. We proceed with the scanning.” kata Sofia Amelia.

“Tolong baring di situ Puan. Nurse tolong uruskan semua. I will come in a while.”

Mak Ziah tunggu dengan penuh sabar di luar bilik membuat scan. Dia juga menginginkan berita gembiranya. Selepas 45 minit, doktor Vijaya dan Sofia Amelia keluar dari biliknya.

“How doctor?” soal Sofia Amelia. Dia tidak dapat bersabar.

“Based on the scan, there is no new life growing inside your womb, Puan Sofia. Jangan putus asa. Don’t be down. Masih awal lagi. You are still young. Masih ada peluang untuk pregnant.” kata doktor Vijaya.

“I am fine doctor.” balas Sofia Amelia tenang.

“Kalau ada apa-apa masalah, boleh datang ke sini. Pasal lewat datang bulan maybe sebab stres atau ketidakseimbangan hormon. Nanti saya bagi ubat. Cuba makan itu.” kata doktor Vijaya sambil senyum.

Dengan hati yang tenang, Sofia Amelia keluar dari bilik doktor Vijaya.

“Mak Ziah, nanti kita singgah farmasi kejap.”

“Farmasi? Kenapa nak pergi farmasi Sofi?” tanya pelik Mak Ziah.

“Nak beli ubat…” belum sempat Sofia Amelia memberitahu, namanya telah dipanggil di kaunter serahan ubat.

Mak Ziah dan Sofia Amelia keluar dari klinik. Wajah Sofia Amelia sangat ceria masa itu. Mak Ziah pula rasa sedih. Walaupun Sofia Amelia anak majikan, dia sudah menganggapkan Sofia Amelia seperti anak sendiri. Sesiapa pun akan berasa gembira apabila mendapat tahu orang yang kenali sedang berbadan dua.

“Mak Ziah, ada farmasi kat situ. Jom, ikut Sofi.” tangan Mak Ziah ditarik dan menuju ke farmasi.

Sofia Amelia terus pergi ke kaunter pertanyaan.

“Hai, boleh saya dapatkan pil pencegahan hamil?”

“Sofi, kenapa nak beli pil itu? Kan awak tak mengandung.” terkejut Mak Ziah.

“Sekarang memanglah Sofi tak pregnant. Tapi macam mana kalau lepas ini termengandung? Tak akan nak gugur pula kan. Nanti kantoi! So, sebelum jadi macam itu, biar Sofi berjaga-jaga. Sediakan payung sebelum hujan.”

“Ya Allah. Kenapa lah dia macam ini?” rintih Mak Ziah dalam hati.


***************************

“Selamat hari jadi,
Selamat hari jadi,
Selamat hari jadi,
Selamat hari jadi.”

Ahli keluarga Wahidah Tiara menyambut hari jadinya di sebuah restaurant yang agak terkenal. Terharu Wahidah Tiara. Rasa sedih mula hilang.

“Selamat hari jadi Tiara. Semoga hidup bahagia. Mak doakan anak mak selalu dilimpahi rezeki.” ucap Linda dan memeluk anak daranya.

Pecah tangisan Wahidah Tiara apabila ibunya memeluk erat. Banyak benda Wahidah Tiara hilang selepas dia berubah menjadi lebih kasar.

“Dah nak. Jangan nangis lagi. Hari ini hari jadi kamu. Jangan nangis.” Linda mengelap air mata anaknya.

“Assalamualaikum Encik Rahman.” Iskandar Faiz memberi salam kepada klien.

“Waalaikumsalam Encik Is.”

“Lama tunggu ke?” Iskandar Faiz mula perbicaraan.

“Tak adalah lama sangat. Baru je sampai.” jawab Rahman.

“Mak, itu abang Is kan.” anak bongsu Linda terlihat Iskandar Faiz yang sedang berbual dengan Rahman.

Secara automatik, semua yang berada di meja itu, Razim, Linda dan Wahidah Tiara melihat ke arah Iskandar Faiz.

“Is.” bisik Wahidah Tiara.

“Ya Allah, baru je kami bahagia.” gumam Razim dalam hati. Dia risau tentang apa yang akan jadi selepas ini.

“Is!” tanpa mempedulikan ahli keluarga, Wahidah Tiara berlari ke arah meja Iskandar Faiz.

“Is.” panggil Wahidah Tiara.

“Tia?” terkedu Iskandar Faiz.

“Awak buat apa kat sini? Awak lupa ke hari ini hari apa?” menyoal Wahidah Tiara dengan penuh sedih.

“Saya jumpa klien sini.” Iskandar Faiz hanya menjawab soalan pertama Wahidah Tiara. Soalan seterusnya itu sengaja diabaikan.

“Is, sihat?” muncul Linda di situ. Tidak mahu berlaku perbalahan di sana.

“Alhamdulilah sihat mak cik. Mak cik sihat?”

“Sihat. Is datang dengan siapa?”

“Is seorang je. Nak jumpa klien.” menjawab Iskandar Faiz dengan sopan.

“Baik lah. Teruskan perbincangan. Mak cik dan Tiara pergi dulu ye. Assalamualaikum.” tanpa menunggu Linda menarik Wahidah Tiara untuk meninggal dari situ.

“Mak, Tiara belum habis cakap dengan Is lagi.” bersuara Wahidah Tiara.

“Tiara sendiri tengok kan, Is tengah jumpa klien. Tak elok kacau dia.” kata Linda perlahan.

Wahidah Tiara hanya berdiam. Betul juga apa yang dikata oleh Linda. Matanya hanya melihat Iskandar Faiz dari jauh.


***********************

Iskandar Faiz masuk ke dalam rumah. Badannya terasa penat sangat.

“Assalamualaikum.” Iskandar Faiz memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah.

“Waalaikumsalam abang.” Sofia Amelia meraih kepulangan suaminya dari kerja.

“Abang, pergi fresh up dulu. Ada surprise untuk abang.” sempat Sofia Amelia mengenyitkan matanya.

“Okay.” tanpa menyoal lanjut Iskandar Faiz naik ke biliknya untuk mandi.

Selepas menunaikan solat isyak, Iskandar Faiz turun ke bawah. Ada apa isterinya nak bagi?

“Sayang? Where are you?” laung Iskandar Faiz.

“Abang.” panggil Sofia Amelia lembut dari arah belakang Iskandar Faiz.

“Abang, I am sorry.” kata Sofia Amelia dan menghampiri suaminya, Iskandar Faiz.

Kek perisa vanila diletak di atas meja. Satu lilin dicucuk di atas kek. Iskandar Faiz hanya diam membisu.

“Kalau abang sudah maafkan sayang, tiup lilin ini.” kata Sofia Amelia perlahan.

“Apa sayang cakap tadi?” soal Iskandar Faiz tiba-tiba.

“Kalau abang…” Iskandar Faiz meletak jari telunjuk di bibir Sofia Amelia.

“How do you address yourself?” tanya Iskandar Faiz sekali lagi.

“Sa...say...sayang”

“Sejak bila tukar panggilan?” Iskandar Faiz menaik keningnya sedikit.

“From now onwards.” balas Sofia Amelia malu.

“Okay.” balas Iskandar Faiz.

“Itu je? Abang tak nak tiupkan lilin ke?”

“Nak abang tiup lilin?”

“Yes.” angguk Sofia Amelia.

“Fine.” Iskandar Faiz mendekatkan mulut ke arah kek. Tetapi Sofia Amelia menghalang.

“Why?”

“Abang tiup lilin kalau betul-betul sudah maafkan sayang.” ulang Sofia Amelia.

Iskandar Faiz tiupkan lilin. Pisau memotong keknya diambil dan potong kek itu ke dalam kepingan kecil.

“Open your mouth.”

“Abang maafkan sayang?” tanya Sofia Amelia.

“Hmm.”

“Thank you abang.” lantas pinggang suaminya dipeluk erat.


************************

“Tahniah! You are pregnant!”

Air mata hangat keluar dari tubir mata. Bibirnya bergetar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience