Bab 12 : Bahagia

Adventure Completed 1347

BAB 22 - BAHAGIA

Seusai tetamu beredar, tetamu yang tidak disangkakan tiba di rumah Ahmad Shamsol.

“Assalamualaikum, besan,” bersemangat Dato’ Nik Muhammad Hassan.

“Waalaikummusalam, bakal atuk. Datang ni nak jenguk bakal cucu ke?” seloroh Encik Ahmad Shamsol.

Tanpa berbincang dengan anak dan menantunya, dia telah berkongsi berita gembira kepada besannya semalam. Terus Dato’ Nik Muhammad Hassan bertolak pada keesokkan paginya semata-mata untuk berjumpa dengan menantu dan bakal cucunya.

“Hahaha. Pandai kamu usik saya ye, Shamsol,” geli hati ayah Nik Akhil.

“Saya bergurau saja. Mari jemput masuk Hassan, Rasidah dan Akilah,” pelawa ayah Siti Syazanah.

Tiba di ruang tamu, kelihatan Nik Akhil sedang mengurut kaki isterinya yang lenguh kerana lama berdiri untuk memasak dan mengemas. Tanpa disedari, tubuh gadis itu didekati oleh Nik Akhilah dan Datin Rasidah.

“Eh? Umi, Akilah?” terkejut Nik Akhil apabila diterpa oleh ibu dan adiknya.

Terbuka mata Siti Syazanah apabila terdengar suara suaminya. Melihat wajah mertua dan adik iparnya, bingkas dia bangun dari pembaringan.

“Bila sampai walid, umi, Akilah?” tangan dihulurkan untuk bersalam dengan keluarga Nik Akhil.

“Baru saja, Syaza. Kesian kamu penat. Maaflah kami datang tanpa beritahu,” risau ayah mertuanya.

Selepas diberitahu bahawa Siti Syuzanah baru selesai bertunang, dia berasa bersalah pula kerana datang ke situ tanpa diberitahu. Tubuh menantunya didudukkan di atas sofa.

“Walid, umi dan Akilah dah tahu pasal Syaza ke?” curiga Nik Akhil.

“Ayah yang beritahu mereka semalam,” celah Encik Ahmad Shamsol.

“Ayah!” geram anak bongsunya.

Wajahnya sudah kemerahan.

“Tak perlu malu, Syaza. kami bersyukur kerana akhirnya kami bakal mendapat cucu. Terima kasih Syaza kerana memenuhi permintaan umi dari awal sampai sekarang,” air mata mula bertakung pada tubir mata Datin Rasidah.

Dia teringat di mana dia memujuk menantunya untuk menjaga anak lelakinya. Erti kata lain, dia memujuk Siti Syazanah untuk menikahi Nik Akhil.

Dia juga mempunyai hasrat untuk memiliki cucu namun tidak diluahkan kerana bimbang menantunya akan terasa hati jika gagal memenuhi permintaan. Tetapi, Allah Maha Besar. Doanya termakbul apabila mendengar berita bahawa menantunya sedang mengandung 4 minggu. Betapa gembiranya dia ketika itu.

“Jangan menangis, umi. Syaza buat semua ni dengan kerelaan hati sendiri. Bukan disebabkan paksaan mana-mana pihak,” lembut nada menantunya.

Dia bersyukur kerana dikurniakan menantu sebaik Siti Syazanah. Malah, gadis itu tidak pernah meminta sesuatu daripadanya mahupun membantah kata-katanya.

Di dalam hatinya, dia berdoa agar keluarganya sentiasa bahagia dan dijauhkan daripada anasir-anasir buruk yang boleh merosakkan rumah tangga anaknya.

Ketika kandungan Siti Syazanah mencecah 9 minggu, dia mendapat berita bahawa Shasya Edrina dan Nur Halimah turut hamil 2 minggu. Dia turut tumpang gembira dengan berita tersebut.

Manakala, kandungan Mila hampir mencecah 5 bulan. Kini, Mila dan Shahril sudah tidak kembali ke alam aneh. Kemungkinan besar, alam aneh sudah selamat dan tidak memerlukan bantuan mereka lagi.

Walaupun hanya sekejap pengembaraan mereka berlapan, namun, kenangan dan pengalaman itu akan sentiasa tersemat pada ingatan mereka.

-TAMAT-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience