“Sorry aku tanya kau macam tu Fadzil” kata Farhad.
“Eh takde apa Ad. Hati aku ni berbelah bahagi tau. Antara aku sayang dia lagi atau aku bencikan dia. So nanti lah lepas raya aku buat keputusan” kata Fadzil.
“Ouh takperlah kau. Lepas nih, aku harap ada awek lagi yang berkenan dengan kau. Dengan Naz pun boleh laa kau amik dia” kata Farhad sambil ketawa.
“Banyak lah kau. Aku tak nak fikir dulu. Baik aku fikir diri aku nih. Bukan kau ke yang syok dengan Naz tuh” kata Fadzil.
“Mana adalah. Takkan lah dia nak aku. Aku ni kerja pun tak besar gaji” kata Farhad.
“Lek Ad. Habis raya nanti. Kau ambik SPM balik. Nanti aku bincang dengan mama and ayah pasal sekolah swasta. Kau confirm nak amik SPM balik kan?” tanya Fadzil kepada Farhad.
“Ya Fadzil. Aku dah buat keputusan. Aku takkan ubah plan aku. Tolong aku eh Fadzil” kata Farhad.
“Insyaallah Ad. Aku nak tengok kau berjaya lepas nih” kata Fadzil. Farhad tersenyum lebar.
.
Azralina dan Syaa berada di dalam kereta menuju ke pekan mencari barangan untuk sambutan hari raya tidak lama lagi. Syaa masih melilau mencari mana-mana bazar di sekitar pekan tersebut.
“Kau tahu ke bazar raya kat sini ?” tanya Syaa kepada Azralina.
“Dah berapa lama aku tak balik sini. Aku tak ingat pulak bazar tu kat mana. Cuba kau jalan lagi. Aku cari kat google kejap” kata Azralina sambil mencari bazar sekitar pekan Bagan Serai di google.
“Haa okay okay cari lah dulu. Dah jumpa kau bukak waze tau” kata Syaa. Azralina mengangguk.
Beberapa minit kemudian, Azralina mendapat lokasi bazar yang berdekatan. Dia tersenyum lebar.
“Haa macam mana Lina ? Lamanya kau cari” kata Syaa.
“Dah aku baru dapat location. Kau ikut je apa yang aku cakap. Rupanya bazar ni ada lagi ingatkan dah pindah mana-mana” kata Azralina.
“Are you sure kau tahu jalan nak pergi bazar tuh ? Karang sesat satu benda kita tak beli apa-apa” kata Syaa.
“Insyaallah takkan sesat punya. Okay kau ikut je cakap aku eh. Nanti kau straight jumpa traffic light belok kanan” kata Azralina. Syaa mengangguk lalu meneruskan pemanduannya.
.
Selepas solat Isyak, Farhad dan Fadzil sedang memasukkan beras ke dalam ketupat-ketupat yang telah dibuat oleh Faridah, Alisha dan Adirah. Farhad asyik melihat ketupat lembu yang baru dibuat petang tadi.
“Lawa gila ketupat nih. Cepat betul diorang belajar. Kita ni kan Fadzil, mampu buat ketupat bawang jela” kata Farhad.
“Dah tu yang kita boleh buat. Nenek ajar sampai buat test lagi kat diorang. Tu sampai 35 bijik diorang buat. Tapi yang ni siapa yang anyam dengan cantik macam tuh sekali ?” kata Fadzil.
“Tu adik korang lah yang buat. Ida tu cepat belajar. Korang belajar lah dari Ida tuh. Itupun kalau korang expert kan” kata Nek Tipah sambil tersengih.
“Takperla nek. Kitorang buat ketupat biasa okay dah” kata Farhad.
“Ketupat semua dah buat pun. Tinggal masuk beras. Banyak nak buat nih. Nak bagi dekat satu kampung lagi masa malam raya nanti” kata Nek Tipah.
“Uish laju eh. Dalam masa satu hari eh nenek anyam ?” tanya Fadzil kehairanan.
“Bukan nenek yang anyam. Diorang yang anyam sendiri. Tak tidur dari lepas sahur semalam” kata Nek Tipah.
“Power betul. Kalau aku memang tak lah. Tertidur aku buat ketupat hahaha” kata Fadzil.
“Ida,Isha dengan Irah mana nek ?” tanya Farhad.
“Dalam bilik tuh. Diorang tengah tidur penat sangat lah tuh. Dah la korang sambung buat. Aku ada kerja kejap” kata Nek Tipah berlalu ke luar rumah.
“Mama dengan ayah mana Ad ?” tanya Fadzil.
“Diorang pergi terawih. Kejap je 8 rakaat. Balik nanti diorang tolong jugak la” kata Farhad.
“Okay la. Ad. Kau tahu tak, Yusof ada kat sini ?” tanya Fadzil kepada Farhad.
“Pak long ? Serious lah dia ada kat sini ? Macam mana kau boleh tahu ?” tanya Farhad dengan kehairanan.
“Ayah bagitau kat aku. Telinga aku panas bila aku dengar ayah cakap si Yusof ada kat sini. Aku nak je settle dengan dia tapi ayah kau halang aku pulak” kata Fadzil.
“Okay la so macam mana kau nak settle dengan dia ? Esok kau nak pergi bantai si Yusof tu ke ?” kata Farhad.
“Entah lah. Nasib baik lah bulan puasa lagi. Ikutkan hati aku yang panas nih, arwah aku kerjakan dia” kata Fadzil.
“Dah ayah halang kau. Tak payah la buat hal. Kau nak beraya dalam jel ke ? Biar je dia Fadzil” kata Farhad. Fadzil mengeluh sahaja lalu menyambung memasukkan beras ke dalam ketupat….
.
“Settle dah. Beli barang-barang untuk raya nanti. Ada ke yang tak cukup lagi Lina ?” tanya Syaa kepada Azralina.
“Rasanya cukup dah. Lama jugak kita beli barang eh. Nak dekat pukul 12 baru boleh keluar dari bazar tuh. Ramai gila kita tengok tadi kan ?” kata Azralina.
“Normal la nak raya kan. Orang semua nak beli persiapan kan. Kadang-kadang ada sesetengah orang tu datang nak cuci mata. Yelah sekarang kan barang-barang raya boleh beli kat online” kata Syaa.
“Saje je lah diorang datang nak merasa jalan-jalan kat bazar. Aku hampir lemas tadi sebab sesak tadi. Risau jee ada laki-laki kat belakang kita” kata Azralina.
“Nasib baik lah tak jadi apa-apa. Kalau tak nahas la diorang aku kerja kan” kata Syaa sambil tersengih. Azralina ketawa sahaja.
“Kau park kereta punya lah jauh eh. Letih aku berjalan nak ke kereta kau nih Syaa” kata Azralina.
“Dah penuh nak buat macam mana. Jalan aje. Lagi 10 minit sampai lah” kata Syaa.
Dalam beberapa saat, Azralina terdiam. Mukanya kelihatan pucat.
“Kau okay tak Lina. Pucat je muka kau” kata Syaa.
“Entah lah. Aku pening kepala. Tak tahu la kenapa” kata Azralina sambil memicit kepalanya.
“Kalau kau tak larat berjalan. Aku papah kau. Pening sebab kat bazar la tadi. Crowded gila” kata Syaa.
“Tu laa Syaa. Eh Syaa jap jap” kata Azralina sambil berlari ke arah longkang. Dia termuntah di situ juga.
“Ya Allah Lina. Kau muntah ke ? Jap jap jangan bergerak. Kau duduk dulu jangan bergerak” kata Syaa resah lalu membantu Azralina duduk di atas batu di hadapan kedai.
“Minum air nih. Nasib baik lah air aku ni ada lagi. Minum Lina. Ya Allah camne lah kau boleh termuntah nih” kata Syaa. Azralina meminum air tersebut. Syaa menuang air di tangannya lalu menyapu muka Azralina.
“Tahan sikit Lina. Kereta kat depan tu je. Balik makan ubat and tidur tau. Risaunya aku ya Allah…” kata Syaa. Azralina mengangguk.
Syaa membantu Azralina untuk bangun dan memapah rakannya ke kereta yang diparkir dalam beberapa meter sahaja…
Share this novel