BAB 2

Drama Completed 1228

Tina menghantar Azura pulang ke rumah. Tina memegang lengan Azura yang membisu dan bingung seperti orang terkena pukau. Tina memicit lonceng

"Assalamuailaikum," teriak Tina.

"Muailaikumsalam." Azlina membuka pintu.

"Eh, Azura, Tina, masuk, masuk." Azlina kelihatan gelisah melihat muka Azura yang pucat lesi.

"Cik, Saya hantar Azura balik. Dia sakit,"jelas Tina.

"Dia sakit. Tolong bawa dia ke bilik dia." Azlina memegang tangan Azura.

Mereka berjalan ke bilik, lalu Azura terus rebah di atas katil.Tina menguit tangan Azlina memberi isyarat mengesa Azlina keluar.

"Doktor kata, Azura mesti rehat," bisik Tina.

" Ya, ya. Azura mesti rehat" Azlina mengangguk.

Mereka duduk di ruang tamu. Azlina menyediakan air teh.

"Kenapa dengan anak makcik itu?" tanya Azlina.

"Di kerja tadi dia terus mengamuk dan buang semua benda di atas meja, lalu dia pengsan."

"Pengsan?"


"Ya, cik. Kami panggil doktor Chin. Setelah check up, doktor kata dia tiada penyakit, mungkin kerana kerja. Tapi kerja opis manalah susah, lagipun dia sudah lama bekerja."

"Doktor tak ada kata lain ke? Azura tak kata apa-apa?" tanya Azlina semakin risau.

"Tak, dia diam aje. Doktor ada beri ubat, Ini ubatnya. Saya tengok ini Panadol aje. Yang hairan, kenapa dia pengsan. Mungkin cik kena hantar dia jumpa pakar specialist."

"Pakar specialist?" Azlina terpinga-pinga.

"Hairan betul cik, Selalu Azura ini periang, banyak bercakap," jelas Tina.

"Cik tahu, tapi dah dua hari ini dia begini, dia diam di rumah, jarang keluar bilik."

"Cik tahu kenapa?"

"Mungkin ada selisih faham dengan tunangnya Karim," jelas Azlina.

"Mungkin juga. Di opis hari Jumaat lalu , dia ada kata bahawa dia tiada lagi hubungan dengan tunangnya, tapi tak jelas. Semakin hari dia nampak muram."

"Mesti ada sesuatu berlaku. Dia tidak beritahu dia ada masalah dengan tunangnya. Dia hanya terperap di bilik. Barangkali dia putus hubungan dengan tunangnya? "

"Itu yang saya katakan tadi. Makcik saya minta diri dahulu. Kalau ada apa-apa makcik hubungi saya.Doktor kasi Azura dua hari MC."

"Baiklah Tina. Kalau ada apa-apa makvik hubungi Tina."

"Maaf cik, cuba hantar dia ke klinik atau rumah sakit," sapa Tina, takut salah cakap nanti dia pula bertanggung jawab segala yang berlaku.

"Ok, ok hantar dia ke klinik."
Tina bersalaman dengan Azlina lalu keluar dari rumah.

Share this novel

Yupunya
2021-01-02 15:45:44 

specialist is pakar.


NovelPlus Premium

The best ads free experience