SATU

Other Series 3280

Usai saja solat asar, dia berteleku di atas sejadah sambil meratapi nasib diri yang serba kekurangan. Jiwanya sering diduga. Dia tiada kelebihan dari segi apa saja. Rupa, harta mahupun kepandaian.

Jiwanya meratap hiba. Kadang kala dia terasa lemahnya iman bila diuji dan diduga.

"Aku mesti kuat! Sentiasa kuat!" jerit hati Iman Daniela.
"Ya Allah, berikan aku kekuatan dan ketenangan agar aku sentiasa redha dan lebih tabah menghadapi hari-hari yang mendatang. Aaminn.."

Itulah doanya setiap kali. Bukan senang baginya menempuh hidup tatkala keadaan ekonomi semakin membimbangkan. Semua perkara perlukan duit, dan dia tiada punca. Pilihan yang ada sekarang adalah menjalani kursus selama setahun tanpa gaji.

Namun, Iman tahu ini jalan takdirnya. Dia bertekad akan menghabiskan kursus ini dengan jayanya. Itu harapan dan doanya.

Niatnya untuk mengelakkan diri daripada berhutang kadang-kadang sering tersasar. Namun, dia tetap bersyukur kerana masih ada insan yang mahu membantunya tatkala dia dalam kesusahan.

Apabila bersendiri begini, Iman akan sentiasa ingat pada seseorang. Insan yang tetap dalam hati dan jiwanya. Bukan miliknya atau mungkin bukan ditakdirkan untuknya.

Tapi apakan daya. Terlajak hati mencinta, sukarnya nak melepaskan. Tak mengapa. Selagi hayat dikandung badan, dia redha dengan pilihan jiwanya.

Baginya, biarlah dia bersendiri sementara menunggu cinta sejati yang diharapkan.

Hairi Adlan. Insan yang entah keberapa menjadi pilihan hati Iman. Iman tahu semua berpunca daripada dirinya sendiri. Perasan. Sentiasa rasa disukai seseorang sedang kenyataanya hanya Allah yang tahu. Akan tetapi jiwanya tenang dengan rasa itu. Sebab itulah dia bertekad untuk redha. Moga Allah permudahkan juga urusan hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience