Chapter 13

Romance Completed 35261

Suasana Aeon Mall dipenuhi dengan orang ramai. Biasa lah hari minggu kan. Mesti mall dikunjungi oleh orang ramai. Rohani dan Christina turut pergi ke Aeon Mall untuk membeli barang keperluan, barang kering dan barang basah.

“Rohani, nak beli sotong, ayam, sayur lah untuk minggu ni. Okay tak? Aku teringin nak makan sotong masak lemak cili padi. Bila sebut je terus meliur ni.” Christina sudah membayangkan sotong masak lemak yang akan dimasak selepas balik ke rumah sewanya.

“Teringin? You mean craving?” menyoal Rohani sambil meletak beras ‘Jati’ sebungkus ke dalam troli.

“Yes. I am craving for squid masak lemak cili padi.” berbalas Christina sambil mengusap perut kempisnya.

“Christina, kau ni. Macam orang mengandung lah.” ketawa terbahak-bahak Rohani.

“Apa pulak ni Rohani? Orang mengandung je akan ada rasa craving ke?” Christina mencebik. Dari hari itu teringin makan sotong masak lemak cili padi. Bila bagitahu hasrat kepada Rohani, diejek pulak. Geram Christina dengan perangai Rohani.

“Ye lah. Ye lah. Jangan lah merajuk. Sofi pun suka sotong masak lemak kan.”

“Ye. Kenapa Sofi tak ikut kita?” baru Christina perasan Sofia Amelia tidak ikut bersama dengan mereka berdua.

“Aku ada call dia pagi tadi. Ajak dia keluar harini. Tapi dia cakap dia penat.” Rohani memberitahu alasan yang diberi oleh Sofia Amelia kepada Christina. Selalunya, mereka bertiga akan keluar bersama. Mereka bertiga kan tidak pernah berpisah.

“Tak pe lah. Mungkin dia penat kot. Lepas kita masak, kita suruh dia datang rumah kita.” kata Christina.

“Okay. Tapi kan kalau Sofi tak nak datang macam mana?” menyoal Rohani. Sofia Amelia selalu akan bertindak ikut mood dia untuk hari itu.

“Kita bungkus dan hantar ke rumah dia. Kan senang.” Christina mengangkat keningnya sebagai cara memuji diri sendiri sebab memberi idea yang luar biasa.

*********************

“Assalamualaikum Is. Dah lama sampai ke?” menyapa Wahidah Tiara. Beg tangan diletak di atas meja.

“Waalaikumsalam. Tak lah lama lah. Dalam 20 minit saya tunggu. Duduk lah. Nah menu book. Order apa awak nak.” Iskandar Faiz menghulurkan menu kepada kekasihnya.

“Lama jugak tu. Sorry awak saya lambat.” tersenggih Wahidah Tiara. Iskandar Faiz tidak biasa marahkan Wahidah Tiara walaupun Iskandar Faiz tunggu lama.

“Awak dah order Is?”

“Belum. Awak orderlah dulu.” kata Iskandar Faiz lalu memberikan satu senyuman manis. Hatinya berasa gembira apabila berjumpa dengan kekasih hatinya. Sudah beberapa hari tidak berjumpa dengan Wahidah Tiara.

“Saya nak mee goreng mamak and milo ais. Add on chips lah. Awak?”

“Saya nak nasi goreng USA dengan nescafe ais.” Iskandar Faiz memberi pesanan kepada Wahidah Tiara. Wahidah Tiara menulis nombor makanan yang tertera dalam buku menu itu dalam kertas order itu.

“Excuse me.” Iskandar Faiz memanggil dan menyerahkan kertas membuat pesanan kepada pelayan itu.

“Razim okay?” Iskandar Faiz bertanya khabar tentang Razim kepada Wahidah Tiara.

“He is okay, Alhamdulillah. Dah balik rumah dah pun.”

Iskandar Faiz hanya mengangguk menandakan dia faham. Air nescafenya dihirup perlahan.

“Is,”

Iskandar Faiz menghentikan minum air nescafe. Memandang muka Wahidah Tiara yang gelabah itu.

“Kenapa ni? Ada apa-apa ke?”

“Saya… erm…”

“Awak?” Iskandar Faiz menunggu sabar untuk mendengar apa yang ingin disampaikan oleh Wahidah Tiara.

“Saya setuju tunang dengan awak.” Wahidah Tiara memberitahu persetujuan untuk pertunangan dengan sekali nafas. Gelabah sangat.

“Are you sure?” Iskandar Faiz menginginkan kepastian.

“Yes.” jawab Wahidah Tiara sepatah.

“Syukur alhamdulillah. Akhirnya awak setuju jugak. Nanti saya akan memberitahu dekat umi dengan abi. Sure they will be happy.”

“And thank you jugak sebab sanggup dermakan darah untuk Razim hari itu. Saya tak sempat mengucap terima kasih kat awak hari itu.”

“It’s okay Tia. Saya ikhlas tolong Razim hari itu.”

“Here is your food, sir madam.” pelayan itu menghidangkan makanan yang dipesan di atas meja.

“Thank you.”

“Welcome.”

“Makan lah.” ajak Iskandar Faiz.

Iskandar Faiz dan Wahidah Tiara bermula menikmati makanan yang dipesan. Tak tahu kenapa, Iskandar Faiz berasa makanan yang makannya sangat sedap.


********************

“Jumlah RM 120.90” kata cashier kepada Rohani dan Christina.

“Kau bayar lah. Aku susun barang dalam troli.” Christina menyusun barang-barang yang dibelinya di dalam troli.

“Jom.” ajak Rohani setelah membayar duit.

“Boleh tolak ke seorang-seorang?” menyoal Rohani saat menengok Christina yang menolak troli bersungguh-sungguh.

“Dah tahu aku susah tolak troli ni. Yang kau tengok je kenapa? Tolonglah aku.” membebel Christina.


********************

“Is, awak tak akan melepaskan saya kan? Awak selalu ada dengan saya kan?” menyoal Wahidah Tiara. Tangan Iskandar Faiz diraih ke dalam genggamannya. Hanya Iskandar Faiz sahaja dapat singgah di ruang hati Wahidah Tiara.

“Yes Tia. Saya tak akan menghampakan awak. Believe me. I Love You” membalas Iskandar Faiz. Dalam hati, Iskandar Faiz mengucapkan ribuaan terima kasih kepada tuhan sebab mencairkan hati Wahidah Tiara dan bersetuju untuk bertunang dengannya.

“Dah. Saya hantar awak balik. Sekali saya lawat Razim.”

Wahidah Tiara dan Iskandar Faiz keluar dari restaurant sambil memegang tangan seperti kekasih lain. Mereka berbual tentang majlis pertunangan nanti, pasal kerja Iskandar Faiz dan mengenai pelajaran. Tiba-tiba Iskandar Faiz terasa ada benda menghentakkan kakinya.

“Sorry encik.” Rohani meminta maaf dengan menahan troli daripada melepasi pegangan.

Rohani menjeling Christina. Disebabkan Christina troli yang berisi barang-barang meluncur laju ke depan dan menghentak kaki Iskandar Faiz. Christina yang menolak troli dengan laju.

“Eh, awak.” Christina terkejut saat matanya bertembung dengan Wahidah Tiara.

“Awak. Mana pulak kawan sombong awak?” menyoal Wahidah Tiara. Matanya mencari kelibat Sofia Amelia.

“Sofi, tak datang.” jawab Rohani. Rohani sedar Wahidah Tiara masih marahkan Sofia Amelia.

Iskandar Faiz yang memerhati ketiga-tiga wanita itu berkerut dahinya. Otaknya berfikir di mana Iskandar Faiz berjumpa Rohani dan Christina. Selepas beberapa minit baru teringat Iskandar Faiz berjumpa dengan mereka berdua di hospital Shah Alam. Muka Sofia Amelia bermain di otaknya.

“Saya minta maaf bagi pihak kawan saya hari itu.” Rohani meminta maaf kepada Wahidah Tiara. Rohani tidak mahu Wahidah Tiara terus memarahi kawan rapatnya.

“Tak pe. Saya dah maafkan dia. Tapi tolong lah nasihatkan dia. Suruh dia ubah sikap dia tu. Tak guna muka sahaja cantik tapi perangai tak senonoh. Saya harap awak faham.”


**********************

“Baik kan Wahidah tu.” berkata Rohani.

“Ye.” Christina mengangguk.

“Tapi kan apa hubungan antara Wahidah dengan lelaki itu eh?” menyoal Rohani.

“Kau tak tahu ke siapa lelaki itu?”

“Tak. Siapa dia?”

“Dia lah Iskandar Faiz. Hot stuff in our university.” Christina memberitahu Rohani.

“Patutlah handsome.”

“Dah lah cepat start kereta. Nak pergi rumah. Nak masak ni. Tak sabar aku.” Christina mendesak Rohani.

“Sabar lah!” mendengus Rohani lalu menghidupkan enjin kereta.


******************************

“Assalamualaikkum.”

“Waalaikumsalam Is.”

“Eh abi. Is ingatkan umi tadi.”

“Bila Is call nak cakap dengan umi je ke? Tak nak cakap dengan abi ke?” soal Ismail dengan nada merajuk.

“Mana ada abi. Abi sihat?”

“Sihat. Is macam mana? Sihat? Kerja dengan pelajaran macam mana?”

“Is sihat abi. Semua baik sahaja.”

“Lagi seminggu je kan? Dah habis belajar kan?” menyoal Ismail lagi.

“Ye abi. Lagi seminggu je. Lepas itu dah habis degree.” bagitahu Iskandar Faiz.

“Abi, Is nak beritahu sesuatu. Wahidah dah setuju untuk tunang dengan Is.” Iskandar Faiz memberitahu berita gembira itu.

“Alhamdulilah. Nanti abi dengan umi pergi Shah Alam. Mungkin bulan depan. Masa itu lah kita bincang pasal majlis pertunangan.”

“Baik abi. Tasha mana? Dah keluar result?”

“Tasha tolong umi di dapur. Results semua okay je Is. Dapat 3.56.”

“Bagus result tu abi.”

“Kalau ada masa, call Tasha tu, Is. Dia merajuk tau sebab awak tak call adik awak tu.”

“Baik abi. Nanti Is call Tasha. Manja lah tu.”

“Baik lah. Abi nak anak-anak abi selalu gembira.”

“Insha Allah abi. Is ada kerja sikit. Nanti Is call lagi ye. Assalamualaikum.”

“Waalaikkumsalam.”

“Ya Allah, semoga mudah segala urusan hambamu ni.” doa Iskandar Faiz dalam hati. Dirinya tidak sabar untuk tunang dengan Wahidah Tiara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience