DUA - 3

Romance Completed 56101

"Dia tipu, Adam. Tak mungkin dia tak kenal aku. Aku tahu dia buat buat tak kenal aku supaya dia boleh lepas dari genggaman aku." Cemuh Ammar.

"Tuan, tuan yakin ke cik Adara yang tuan nampak waktu tu?"

"Kau nak cakap aku ni salah orang ke Adam? Mata aku tak buta lagi dengan apa yang aku nampak. Memang dia waktu malam tu."

"Tapi tuan, dengan apa yang saya nampak, dia tak nampak macam dia tengah menipu tuan."

"Mustahil!" Ammar menghempas penumbuknya ke atas meja. "Aku nak tengok sejauh mana dia boleh berlakon." Sinis senyumannya.

Adam hanya berdiam.

.

"Ami dengar Ammar dah jumpa Adara. Betul ke?" Soal Puan Salima.

Ammar menemukan wajah Puan Salima yang baru melabuhkan punggung di sofa berdekatan duduknya.

"Betul mi. Mana ami tahu?"

"Tak penting pon. Tapi ami nak pesan. Jangan seksa Ada.." Belumpun habis kata-katanya, Ammar pantas memintas.

"Ami.. Boleh tak sesiapa pon jangan masuk campur urusan Ammar? Hal Ammar dengan Adara, biar Ammar saje yang selesaikan. Orang yang tak berkenaan jangan terlibat" Datar suaranya memandang kehadapan.

"Lagi satu, jangan sesiapa pon berani datang ke rumah Ammar untuk berjumpa dengan dia. Ammar tak suka. Kalau ada yang buat macam tu tanpa pengatahuan Ammar. Tahulah apa yang Ammar nak buat pada dia"

Puan Salima terdiam.

Eizlan Aiman yang juga berada disitu hanya mengangkat bahu ketika mata ibunya tepat memandang kearahnya.

Ammar melepaskan nafasnya. Dia lantas menghampiri tubuh separuh abad itu. Dipeluk bahu ibunya kejap. "Ami.. Jangan ambik hati dengan kata-kata Ammar tadi ya. Bukan niat Ammar nak cakap macam tu dengan ami. Cuma.."

"Haih yela. Ami tak ambik hati. Tapi jangan sampai satu hari nanti, apa yang Ammar buat pada dia, makan diri Ammar. Ami taknak Ammar sakit." Puan Salima menepuk peha anak terunanya itu.

"Buat apa Ammar nak sakit? Ami jangan risau okeyy. Adara bukan sesiapa pada Ammar. Dia hanya perempuan yang tak tahu erti serik sahaja." Sesudah dia berkata begitu, terus dia bangkit berdiri untuk keluar dari rumah keluarganya itu.

"Ammar tak makan dulu?"

"Ammar makan dekat rumah Ammar nanti, mi."

"Hati-hati Ammar."

.

Sudah hampir tiga bulan Adara bekerja di banglo milik Ammar. Sepanjang waktu itu, nama Eidlan Ammar seakan telah teguh tersemat didalam hatinya. Walaupun terkadang perbuatan Ammar yang telah melampaui batas antara majikan dan pekerja, tidak dinafikan dia telah jatuh cinta dengan lelaki itu. Dia tahu itu salah, tapi selagi perlakuan itu tidak sampai membawa dia keatas ranjang. Dia tidak menjadi masalah. Apa yang dia pasti, dia terlanjur jatuh cinta dengan Eidlan Ammar.

Ammar mengetuk pintu bilik Adara yang sedia terbuka itu. "Adara." Panggilnya. Kepala terjegul sedikit kedalam untuk mencari wajah gadis itu.

Adara sedikit tersentak. Senyuman manis terukir dibibir mungilnya. "Tuan."

"Masuk bilik kerja aku kejap. Aku nak cakap something." Pinta Ammar lebih kepada arahan.

"Baik tuan."

Ammar terus berlalu dari situ. Bilik kerjanya dituju. Beberapa buah fail diteliti. Terkadang dia menaip dikomputer ribanya.

Beberapa ketika, Adara masuk kebilik itu dengan membawa secawan kopi. Diletakkan diatas meja kerja Ammar dengan berhati-hati. Setelah itu dia hanya berdiri tanpa diberi izin untuk duduk. Dia sedar dia hanya pekerja. Jadi dia tak boleh membuat sesuka hati.
"Tuan panggil saya?"

Ammar mengangguk. Untuk beberapa ketika, dia memberhentikan pekerjaannya. Dia menengadahkan kepala memandang Adara. Senyuman manis dihadiahkan. "Kau nak jadi milik aku Adara?"

"Huh?"

"Kau dengar.."

"Er.."

"Kau dah ada boyfriend?"

"Tak bukan macam tu tuan. Saya.."

"Jadi kau setuju?"

"Maksud tuan?"

"Aku nak jadikan kau isteri aku"

"Tuan. Saya.." Nak sahaja dia jawab 'Ya tuan. Saya setuju. Saya nak memiliki tuan sepenuhnya' Tapi dia sedar siapa diri dia.

"Takpe Adara. Bukannya aku nak jawapan sekarang. Aku bagi kau masa tiga hari untuk fikir. Dan aku harap, the answer that will come out from your mouth is yes."

"Tapi kenapa tuan?"

"Boleh tak aku bagi jawapan yang aku dah terlanjur jatuh cinta dengan kau?"

Adara terkesima. Ammar jatuh cinta dengan dia? Dia mimpi ke? Maksudnya, cinta dia bukan hanya cinta sebelah pihak sahaja?

Dia menyimpan senyum. Tidak mahu Ammar perasan akan ketidak tentu arahnya ketika ini. Kalau boleh nak sahaja dia menjerit bahagia disini. Tapi dia masih punya malu.

"Saya masuk bilik dulu tuan." Pinta Adara.

Ammar menjatuhkan kepalanya. "Tiga hari Adara. Bukan tiga minggu. Lagi bagos kalau kau bagi jawapan pada aku secepatnya. Agar aku boleh persiapkan hari bahagia tu nanti" Lontar Ammar membuatkan Adara yang sudah berlalu pergi terhenti seketika.

Hilang sahaja Adara dari pandangannya, Ammar tersenyum sinis. Digeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali. "Permainan baru bermula Adara"

.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience