Bab 2 - Mimpi Buruk

Drama Series 563031

P/S : Sebelum anda memulakan pembacaan, Deeyla nak memperingatkan terlebih dahulu. Karya Deeyla LOVE SCARS kali ini, ada mengandungi unsur-unsur dewasa atau lebih senang disebut 18sx, tetapi tidak keterlaluan. Pun begitu, ianya tetap tidak sesuai untuk bacaan yang berumur di bawah 18 tahun.

Tetapi, kalau anda tetap ingin meneruskan pembacaan, itu adalah tanggungjwab masing-masing.

****

Bab 2 – Mimpi Buruk

Lara menunduk menekur lantai merenung hujung jari kakinya yang mengemut-ngemut lantai. Sementara tangan kanan menggenggam tangan kiri yang kesejukan. Dia tidak berani mengangkat muka ketika ini kerana Lara dapat merasakan dirinya direnung tajam oleh sepasang mata helang.

Hakim Petra mengalihkan pandangannya setelah puas merenung batang tubuh gadis yang dibelinya seminggu yang lalu. Tidak sia-sia dia membeli gadis itu. Sebaliknya, dia merasa sangat beruntung dan bertuah.

Kerana apa?

Kerana dia adalah lelaki pertama yang menyentuh gadis itu. Dia tersenyum sinis di dalam hati.

Sebiji mangkuk Ginger chicken with corn soup yang masih berasap di atas meja makan itu, dia renung seketika. Baunya yang sangat menyelerakan itu mampu membangkit selera makan nya yang telah hilang sejak dua hari yang lalu akibat berhujan semasa membuat pemeriksaan di tapak pembangunan dua hari yang lalu.

Hakim mengetuk-ngetuk hujung jarinya di atas meja membuat Lara semakin resah dan takut. Walaupun baru seminggu dia mengenali lelaki itu, tetapi dia amat yakin jika hujung jari lelaki itu mengetuk meja, pasti ada sesuatu yang sedang bermain dalam fikirannya. Dan , sudah tentu apa yang difikirkan itu pasti melibatkan dirinya.

Lara cuba memberanikan diri melirik sedikit ke atas kerana dia masih menunduk. Terlihat Hakim Petra mencapai sudu di atas meja lalu mula menyeduk sup itu dan meniupnya dengan perlahan.

'Ya Allah... semoga sup yang aku buat tu kena dengan anak tekak dia. Kalau tak, mati lah aku kali ni.' Rayu Lara di dalam hati.

Hakim Petra menyuap hujung sudu ke dalam mulutnya. Lara dapat melihat halkum lelaki itu bergerak menandakan air sup itu mengalir di dalam kerongkong lelaki itu. Lara mengemam bibir sambil memejam mata berdoa tanpa putus-putus.

Hakim Petra mengangguk-angguk kecil seperti lagaknya seorang juri yang sedang menguji masakan para peserta. Dari hujung sudu, kini Hakim Petra menyuap satu sudu penuh ke dalam mulutnya tanpa henti sehingga mangkuk menjadi licin.

Lara menghela nafas lega dalam diam apabila melihat Hakim Petra tersandar kekenyangan di dada kerusi sambil menyeka bibir. Tiba-tiba Lara terkedu lalu cepat-cepat menundukkan anak mata kembali ke lantai apabila Hakim Petra merenungnya kembali.

"Delicious… thanks for this soup." puji Hakim Petra dengan suara dingin dan huskynya. Lara sekali lagi menghela nafas lega di dalam hati. Baru ingin mengukir senyum di bibir, tiba-tiba...

"But..."

'Ah! Sudah!' senyuman Lara terus mati. Dari senyuman kini bertukar dengan menelan air liur.

Gugup.

Jika ada perkataan 'but' keluar dari mulut lelaki itu, pasti ada sesuatu yang tidak kena yang boleh membuatkan lelaki itu tidak berpuas hati.

"Your body are more 'delicious' baby..."

Zap! Lara terkedu. Hampir sahaja dia mengangkat muka, namun ketakutannya menguasai diri ketika ini. Jantungnya semakin berdegup dengan kencang apabila terdengar kaki kerusi terheret ke belakang.

Lara semakin menunduk sehingga lemak di bawah dagunya yang runcing timbul. Hakim Petra mengatur langkah perlahan menghampirinya.

"So, I want to 'eat' you now, baby..." bisiknya menggoda di telinga Lara sehingga Lara terngadah kerana terpempan habis. Dia ingatkan hari ini dia akan terlepas dari diterkam oleh lelaki itu. Tetapi, nampaknya tidak!

Lara lantas menoleh ke sisi. Airmatanya mula bergenang di tubir mata.

"Tuan... tolong lah. Saya... saya tak nak. Saya... saya sanggup buat kerja lain, tapi tolong jangan yang 'itu’. Saya mohon tuan..." rayu Lara mula menangis. Hakim Petra mengerut kening lalu tersenyum sinis. Kedua tangannya terus menyilang memeluk tubuh sehingga ketulan dadanya timbul dibalik kemeja yang sedikit ketat itu.

"Apa je you boleh buat selain dari melayani I? I beli you dengan harga 500 ribu bukan untuk jadikan you sebagai orang gaji di kondo I ni. Tapi, I beli you untuk layan I sampai I rasa puas dengan memberi service yang tip top. Simple as that. I tak minta lebih." ujar Hakim Petra penuh sinis. Semakin deras airmata Lara mengalir di pipi mendengar kata-kata lelaki itu.

Hakim Petra mula mengatur langkah mengelilingi Lara.

"You sepatutnya bersyukur, sebab I yang beli you. Kalau lelaki lain, belum tentu you dapat tinggal di kondo yang sangat mewah ni. Entah-entah lepas mereka puas makan tubuh you dalam satu malam, mereka jual you balik dekat bapak ayam untuk mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda. Think about it..." ujar Hakim Petra yang kini berdiri tepat di depan wajah Lara itu sambil menunduk sedikit bagi menyama ratakan ketinggian mereka berdua.

Lara diam dalam tangisan.

Hakim Petra kembali menegakkan tubuhnya.

"And one more thing, you juga kena ingat, I bukan je setakat menyelamatkan you, I juga membantu membebaskan uncle you. So, you jangan salahkan I dalam hal ni. I cuma tak nak rugi satu sen pun. Salah kan uncle you yang bangsat tu sebab sanggup jual anak saudara dia sendiri demi menyelamatkan diri dari hutang keliling pinggang." Ujar Hakim Petra. Lara memejam matanya rapat membuatkan airmatanya berjurai laju membasahi pipi. Bibirnya menggeletar tika ini menahan rasa pedih yang teramat di dalam hati.

Ya, Borhan. Bapa saudaranya yang dia anggap sebagai ayah setelah dia kehilangan ibu-bapanya akibat terlibat dengan kemalangan jalan raya ketika dia berusia 15 tahun. Dia tidak menyangka Borhan, seorang bapa saudara yang sangat penyayang dan baik itu adalah seorang kaki judi. Setiap malam, Borhan akan pergi ke kasino demi menyampaikan hajatnya untuk berjudi sehingga larut malam tanpa pengetahuan Lara.

Dan kerana Borhan juga lah, punca dia menjadi perempuan simpanan Hakim Petra kini. Atau lebih tepat lagi dipanggil sebagai hamba seks lelaki durjana itu. Dia menjadi mangsa keadaan akibat Borhan yang kalah judi ratusan ribu. Kononya, dia sudah puas mencari cara bagaimana mahu melunaskan hutangnya dalam masa singkat namun dia langsung tidak menemui jalan penyelesaian. Sehingga akhirnya, dia nekad memerangkap dan memperdaya Lara dengan membawanya ke sebuah kelab malam dan akhirnya Lara dijual.

"Now, get ready. Pergi bersihkan diri." Arahan itu menyentakkan Lara dari mengingati Borhan. Pantas dia menggeleng laju dengan juraian airmata.

"Tuan, tolong lah... saya tak nak..." rayunya lagi sambil menyusun sepuluh jari. Wajah Hakim Petra terus berubah tegang. Dia menarik nafas dalam cuba menenangkan dirinya yang ketika ini sedang membara.

"I tak suka penolakan..." keras nada Hakim Petra menutur kata. Dia mengetap rahang sambil merenung tajam mata Lara yang berkaca-kaca itu.

Lara semakin menggigil ketakutan, tetapi dia tetap juga tidak rela lelaki itu menjamah tubuhnya. Cukup lah selama seminggu ini, lelaki itu menjamah tubuhnya setiap malam tanpa belas kasihan. Lelaki itu mengulah dirinya seperti binatang. Usah ditanya berapa kali lelaki itu sudah menabur benih di dalam tubuhnya. Kerana itu juga dia amat khuatir jika, benih itu tumbuh di dalam rahimnya menjadi satu nyawa.

"Tuan!" Lara cuba merentap tangan kanannya dari dicengkam Hakim Petra namun perbuatan itu sia-sia apabila Hakim Petra menarik kuat tangannya membawa masuk ke dalam bilik.

"Tuan, tolong lah. Saya merayu..." Namun rayuannya langsung tidak di endahkan apabila Hakim Petra mencempung tubuhnya lalu di campak di atas katil secara kasar.

"Tuan!" Lara cepat-cepat bangun namun Hakim Petra lebih pantas menarik kakinya sehingga dia terlentang kembali di atas katil. Dia terasa senak apabila Hakim Petra duduk mengangkang di perutnya. Puas Lara menepis tangan Hakim Petra dari membuka bajunya namun akhirnya kejadian pertama kali lelaki itu menyentuh dirinya berulang kembali.

Bajunya dikoyak dengan kasar sehingga dadanya terdedah habis.

"Tuan..." rayu Lara teresak-esak.

"Kalau you tak nak I bertindak kasar dengan you, layan I sekarang..." ujar Hakim Petra keras sambil mencengkam kuat pergelangan tangan Lara yang dihenyaknya di atas katil.

“I janji takkan sia-siakan you. I takkan lepaskan you pada lelaki lain. Cukup dengan I je.”

Lara menggeleng tidak rela sama sekali. Bersama lelaki itu ataupun bersama dengan lelaki lain, tetap sama. Harga dirinya tetap sudah hancur lumat. Tiada yang tertinggal lagi.

Melihat gelengan itu, Hakim Petra semakin naik angin. Dia paling pantang wanita membuat penolakan. Tambahan lagi, wanita yang sudah dibelinya. Dia tidak suka berlaku kasar, kerana itu amat melelahkan tenaganya terpaksa melakukan hubungan seks dengan keadaan memaksa dan kelam-kabut. Dan itu, membuat dia tidak dapat menikmati tubuh Lara dengan rasa tenang dan lama.

"Ana!" Jerkah Hakim Petra keras tepat ke wajah Lara. Bahu Lara terhinjut kerana terkejut nama itu dipanggil.

"Kau pilih... kau nak aku kerjakan kau sampai kau tak boleh bangun esok pagi atau kau nak aku puaskan kau tanpa ada rasa sakit? Kau pilih sekarang!" tegas Hakim Petra dengan menatap mata Lara yang berkaca itu dengan tajam. Lara terus menggeleng laju. Dua pilihan yang diberikan itu bukan jalan untuk dapat menyelamatkan dirinya. Malah, kedua-duanya tetap berakhir dengan menghancurkan dirinya.

Meligat gelengan itu, Hakim Petra terus bangun dan merentap seluar Lara yang menutupi aset yang Hakim Petra tergila-gilakan. Dengan paksaan, Hakim Petra membuka kedua kaki Lara luas lalu membenamkan wajahnya di celah kelangkang Lara.

Lara terjerit kecil. Dia bagai direnjat elektrik. Seluruh tubuhnya kejang dan mengeras menahan rasa geli bercampur nikmat itu. Dia memejamkan mata dengan rapat sekali sambil tangan kanannya mencengkam kuat rambut Hakim Petra yang masih lagi melumat dirinya dengan rakus. Lara sudah tidak tertahan, dia mengetap bibirnya agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi, namun apalah daya....

Hakim Petra memang sangat bijak mencari kelemahan nya. Dia hanyut seketika dengan permainan hangat itu.

"Aaahhh!" Terpacul desahan dari mulut Lara tanpa sedar. Hakim Petra mengangkat mukanya lalu menjilat bibir bawahnya.

"Emmm… Sweet as always..." ujarnya sambil tersenyum licik. Lara menyesal dan menyumpah seranah dirinya sendiri kerana tidak dapat mengawal berahinya sendiri.

"I know, you like it baby..." Hakim Petra berbisik penuh menggoda sambil merapati tubuhnya dengan Lara yang menggeleng tanpa henti, menafikan semua itu.

"Then, why you're so wet?" sekali lagi tubuh Lara bagai terenjat apabila jari-jemari hangat Hakim Petra mengusap mahkotanya yang habis basah itu.

"Itu... itu cuma air liur tuan..." ujar Lara tersekat-sekat.

Hakim Petra terus menjongket kening penuh sinis. "Oh really? Then, let me make you horny as hell!"

Mata Lara terus terbeliak luas apabila Hakim Petra membuka butang baju dan zip seluarnya didepannya.

"Tu... emmph!" tidak sempat Lara mengelak, Hakim Petra sudah mencumbuinya dengan penuh bernafsu.

"Errghh!" Lara meringis kesakitan apabila Hakim Petra menujahnya dengan kasar.

"Hoi! Kau dah kenapa?" tempik Maria apabila melihat Lara mencengkam cadar tilam hingga keronyok dengan wajah berkeriut seperti menahan sakit.

Lara terjaga. Matanya terus membuntang luas. Degup jantungnya yang sedia kencang semakin bergoncang kerana terkejut bahunya ditampar kuat.

"Kau dah kenapa? Ter ergh ergh?" soal Maria hairan. Lara seketika terpinga-pinga dengan mata terkebil-kebil.

"Ha?" Lara tercengang seketika kerana sel-sel otaknya belum bercantum sepenuhnya. Dia perlahan membangunkan diri dari pembaringan lalu menyandar di kepala katil.

"Kau mimpi apa?" soal Maria lalu berjalan menuju ke meja makan. Dia meletakkan dua buah kotak pizza di situ.

"Tak ada apa-apa. Mimpi buruk je." Ujar Lara perlahan, walaupun ketika ini otaknya ligat mengulang tayang mimpinya tadi. Tidak menyangka sama sekali, kerana terlampau sakit hati mengingati peristiwa pertemuan nya dengan Hakim Petra buat pertama kali di bilik persidangan tadi, dia terus terbawa-bawa dalam mimpi.

Sambil memerhati Maria yang sibuk membuka kotak pizza, Lara menyeluk tangan kanannya ke dalam selimut lalu menyusur kebawah ingin memastikan sesuatu.

Gulp!

Lara menelan air liur sendiri. Ingin sahaja dia menepuk dahinya disaat ini. Dia merasakan seluar dalamnya basah!

'Bullshit! Boleh pula aku basah!' getusnya di dalam hati.

"Itu lah kau. Aku kan dah pesan tadi, jangan tidur lepas maghrib. Tak baik. Ni, tak. Baru je aku keluar sekejap, kau dah tidur terkangkang dengan mulut ternganga.” bebel Maria sambil menggeleng kepala. Lara sudah tidak peduli dengan leteran Maria. Dia pantas turun dari katil.

“Aku mandi dulu lah.” ujarnya. Maria yang duduk di kerusi meja makan itu terus menoleh dengan kening berkerut.

“Bukan ke kau dah mandi ke tadi lepas balik dari office? Jangan kata kau mengigau pula kali ni.” ujar Maria. Lara terus terkedu. Ligat otaknya berfikir mencari alasan logik.

“Err… badan aku rasa melekit lah. Panas.” ujar Lara memberi alasan. Maria terus menghela nafas panjang. Ada-ada sahaja alasan.

Dengan cepat-cepat Lara mengatur langkah menuju ke bilik mandi mengelak dari disoal macam-macam oleh Maria.

Selesai sahaja membersihkan diri, Lara mengatur langkah menuju ke meja makan, mengambil sekeping pizza lalu melabuhkan punggung di sofa di ruang tamu. Dia mencapai remote TV lalu menghidupkan TV. Sambil mengunyah pizza, dia menonton youtube dimana menyiarkan temubualnya bersama Roy di sebuah majlis Fan meeting di Belgium baru-baru ini.

“Kau kata mimpi buruk kan? Mimpi apa kali ni? Mimpi kau terbang kena kejar hantu? Ataupun kau mimpi jatuh bangunan?" sergah Maria dari belakang lalu melabuhkan punggung di atas sofa. Lara hanya diam sambil mengunyah. Ya, dulu dia sering bermimpi begitu. Terkadang sambil mengigau jatuh katil kerana terlampau takut dikejar hantu.

"Kau tahu tak, kalau kita selalu mimpi jatuh bangunan ke, dikejar hantu ke, orang kata, ada orang nak santau kita. Jadi, aku sarankan, kau pergi jumpa Darusyifa hujung minggu ni since jadual kau free. Mana lah tahu kan. Kau tu, artis. Makin ramai peminat, makin ramai juga lah haters kau. Benda sihir menyihir ni, walaupun kedengaran konyol atau tak logik tapi memang wujud sejak dari Zaman Nabi Muhammad lagi." Ujar Maria panjang lebar.

Lara hanya mencebik. Okay, dah mula dah ustazah tak di iktiraf itu memberi tazkirah.

"Sedangkan Nabi Muhammad sendiri lagi pernah disihir oleh Labid bin Aksam, orang Yahudi dari Bani Zuraiq. Peristiwa tu berlaku masa Nabi Muhammad balik dari Hudaibah dalam bulan Zulhijjah tahun tujuh Hijrah. Lepas je perang Haibar, ketua-ketua Yahudi terus jumpa ahli sihir tu. Diorang upah seorang budak Yahudi yang juga masa tu khadam Nabi Muhammad untuk mencuri sikat rambut Nabi Muhammad yang terdapat beberapa helai rambut baginda melekat dekat gigi sikat tu.” Maria mula bercerita.

“Jadi, dengan rambut Nabi Muhammad tu, tukang sihir tu membuat patung yang serupa dengan Nabi Muhammad menggunakan lilin. Lepas tu, dia tikam dengan sebelas batang jarum then disimpul dengan sebelas ikatan. Lepas dia siap buat semua tu, patung tu dia campak dalam perigi keluarga Zarwan dimana Nabi Muhammad selalu mandi dekat situ. Lepas je Nabi Muhammad mandi dekat perigi tu, dengan takdir Allah, baginda terkena sihir tu selama 40 hari…”

Lara seakan berminat mendengar kisah itu. Dia terus melirik memandang Maria yang duduk bersandar di lengan kerusi sambil kaki melunjur di atas lengan sofa disebelahnya lagi.

“Haii… aku ingatkan kau tahu lah sangat cerita tu. Rupanya, kau baca dari handphone.” cebik Lara lalu menggeleng kepala apabila melihat Maria sedang menatap telefon bimbit.

“Aku memang ingat cerita ni, cuma aku tak berapa nak ingat nama ahli sihir tu.” nafi Maria.

“Kau bayangkan, hatta Nabi Muhammad sendiri pun, kekasih Allah yang maksum dari melakukan dosa, Allah uji dengan sihir. Apatah lagi, kita ni yang hanya manusia biasa yang tak lari dari membuat dosa dan kesilapan. Kau tahu tak, ilmu santau ni kekal dan masih diamalkan sehingga sekarang dengan cara ditanam. Sebab tu, kalau rambut atau kuku kita, jangan sesekali buang bersepah atau merata-rata, takut-takut nanti diambil oleh orang nak sihirkan kita. Bukan setakat tu je, dari gambar pun orang boleh santau. Kau tengok tu dekat FB, IG apa tu. Gambar dicucuk dengan jarum lepas tu ditanam dalam kubur… grrr.” tubuh Maria terus merinding takut.

“Masalahnya, aku tak sakit lah…” ujar Lara acuh tak acuh. “But, thanks share sedikit ilmu tu.”

“Kau ni… sihir ni ada macam-macam jenis. Ada je jenis sihir yang tak sakit langsung. Contoh dia, guna-guna ataupun tangkal. Sihir ni selalunya orang guna untuk buat seseorang tu tergila-gilakan dia sampai meroyan. Sanggup buat apa je, janji dapat bersama dengan orang yang guna-gunakan dia tu.”

Lara menghela nafas panjang. ‘Masalahnya aku benci dia lah, bongok!’ getus Lara di dalam hati.

“Okay. Masalah kedua aku. Aku tak tergila-gilakan sesiapa sekarang ni, Maria. Jadi, aku tak terkena sihir lah. Aku selalu mimpi buruk sebab aku selalu tengok movie hantu. Sebab tu, aku selalu terbawa-bawa dalam mimpi… haih!” Lara terus bangun dari duduknya lalu mengatur langkah menuju ke meja makan mengambil sekeping lagi pizza lalu disuapkan ke dalam mulut.

“Betul juga kan kata kau tu…” Maira terangguk-angguk sambil menggaru dagunya. Lara kembali melabuhkan punggungnya dia atas sofa.

“Anyway, terlupa pula aku nak bagitahu kau. Mulai hari ni, aku nak kau berhati-hati.” ujar Maria mengubah topiknya. Lara terus mengerut kening.

“Berhati-hati? Maksud kau, apa?” soal Lara dengan suara yang tenggelam dek rongga mulut dipenuhi dengan pizza.

“Masa aku naik tadi, aku ada ternampak beberapa orang deliveryman tengah punggah barang masuk dalam kondo sebelah. Aku tanya lah, dah ada orang sewa ke? Diorang kata, ada. Mungkin dalam minggu depan, owner tu pindah masuk. Jadi sekarang ni, kau dah ada jiran. Selama 3 tahun kau tinggal sini, baru kali ni kau berjiran. Jadi, aku nak pesan awal-awal dekat kau, jangan sesekali bawa masuk lelaki dalam kondo kau, tak kira lah Huzair abang angkat kau yang teristimewa tu..." perli Maria dengan sengaja menekan perkataan 'abang teristimewa' itu.

"... atau Roy ke ataupun Farhan. Takut nanti, jiran sebelah kau tu nampak and then dia tangkap gambar kau expose dekat media. Cukup lah sekali, gossip kau dengan Ammar tahun lepas. Sakit kepala aku nak cover kes tu.” Maria mula membebel lagi.

“Aku tak pernah bawa Ammar masuk kondo aku, okay. Aku tak tahu pun, dia datang sini malam-malam, siap bawa bunga sekali. Takkan aku nak halau. Kau gila ke? Anak Tuan Husaini kot, CEO kita.” ujar Lara lalu mencebik.

“Ye, ye. Aku tahu. Masalahnya, netizen sekarang ni tak boleh nampak artis silap sikit. Yang tak ada, jadi ada. Kau tu perempuan dan belum kahwin. Jadi, bila tengok je lelaki datang ke konda kau malam-malam, ofcourse netizen akan fikir korang tengah melakukan zina.”

Lara terus menelan air liur bila mendengar perkataan ‘zina’.

“Belum lagi, reporter yang suka sangat menjatuhkan maruah artis. Buat tajuk yang boleh mengundang fitnah. Bila artis nak hantar surat saman, tahu pula meminta maaf konon-konon tak ada niat nak menjatuhkan airmuka artis lah. Hakikatnya, diorang dah tak ada modal cerita sensasi. Itu lah, buat onar dengan artis dalam page IG, FB apa semua tu. But still, artis tetap dapat malu walaupun dah meminta maaf secara terbuka.” ujar Maria lagi.

“Okay, okay. Aku akan lebih berhati-hati. Chill lah…” ujar Lara sambil mengangkat sebelah tangan. Sementara tangan kanannya memegang pizza.

Lara mengangkat punggungnya lalu mengatur langkah menuju ke pintu. Dia memulas tombol pintu lalu membukanya sedikit. Dia memincingkan anak matanya ingin mengintai sebelah kondonya. Ada beberapa orang lelaki sedang giat memunggah perabot masuk ke dalam kondo tersebut. Setelah puas mengintai, Lara menutup kembali pintu kondonya.

“Kau tahu tak, siapa jiran aku tu?” soal Lara. Maria terus menjongket kedua bahunya.

“Tak tahu. Deliveryman tu beritahu, lelaki. Tapi apa yang aku pasti, lelaki tu mesti kaya sebab mampu sewa kondo mewah ni dengan harga 20 ribu sebulan.” ujar Maria. Lara terus menghela nafas berat dengan kedua bahunya turut sama mengendur.

Lelaki lah pula…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience