BAB 3

Short Story Completed 93520

Pagi lagi Arjuna sampai di bangunan pejabatnya.Dia memakirkan Maserati miliknya diparkir vvip.

Sut hitam dan bertali leher hitam itu menaikkan auranya sebagai penolong pengurus.

Langkah kakinya menaiki tangga mahu menuju ke lobi terhenti apabila namanya dipanggil dari belakang.

"Arjuna!!!"jerit seseorang yang sudah lama menanti kehadirannya.

Dia berpaling ke arah belakang dan wajahnya berubah sedikit melihat insan yang sudah lama dia tidak jumpa sejak balik dari London.

Apa dia buat dekat sini? Bukan dia ada dekat London ke?

Dia berjalan ke arah Eiyad dengan langkah yang laju.Dia menerpa ke arah Eiyad dan mahu bersalam.

Tapi huluran salamnya disambut dingin oleh Eiyad."Bila kau balik sini?"soalnya pendek.

"Bila aku balik sini tak penting sekarang? Tapi aku nak tanya kau kenapa kau balik sini tinggalkan Ratna sorang-sorang?"soal Eiyad semula.

Wajah Arjuna berubah.

"Kau cakap apa ni Eiyad? Kau tahu aku dengan dia tak ada apa-apa dah?"jawab Arjuna.

Eiyad mengepal tangannya rasa geram dengan jawapan selamba Arjuna.

"Siapa kata kau tak ada apa-apa dengan dia?.Dia masih isteri kau sampai saat ni"jelas Eiyad pada Arjuna.

Arjuna menggelengkan kepalanya.

"Tak aku dah ceraikan dia pun.Talak tu dah jatuh.Kalau kau nak bela sangat dia.Silakan!" ujar Arjuna.

Satu tumbukan tepat ke muka Arjuna.Lelaki itu jatuh ke lantai.Eiyad mula geram dengan perangai kawan baiknya itu.Arjuna memegang mukanya yang sakit.

"Aku tak kisah hilang kawan macam kau ni.Tapi Ratna tu merana sebab kau tahu tak?.Kau ni manusia jenis apa ahh biarkan isteri kau tengah mengandung sorang-sorang"terang Eiyad.

Wajah Arjuna berubah terus.Dia memandang Eiyad dengan seribu tanda tanya.

"Asal kau terkejut?"soal Eiyad.

"Tak mungkin dia mengandung"ujar Arjuna.

"Apa yang tak mungkinnya? Kau dah sedap dengan dia lepastu kau buang macam tu aje.Ehhh Juna kau dengar sini, Aku nak kau tanggungjawab atas Ratna.Itupun kalau kau tak nak benda ni sampai dekat Andika.Mesti kau tahu kan apa Andika boleh buat dengan kau"Eiyad memberi amaran sebelum meninggalkan Arjuna yang masih bingung disitu.

********

Diya membawa Ratna ke klinik berdekatan untuk pemeriksaan lanjut.

"Tahniah puan mengandung.Sekarang kandungan puan berusia 8 minggu.Jadi buat masa ni kurangkan kerja-kerja berat sehingga janin betul-betul kuat"nasihat doktor.

"Terima kasih doktor"ucap Ratna pada Doktor yang bernama Dr Zara.

"Suami puan mana? Mesti dia gembira dengan berita ni?" soal Dr Zara.

"Ahh doktor suami kawan saya dia kerja jauh.Mereka PJJ sekarang"balas Diya memandang Ratna yang senyap bila ditanya.

"Oh yeke.Nanti boleh ambil supplement dekat luar"pesan Dr Zara.

*******

"Afrina!!!" jerit Datin Nelly memanggil anak daranya bangun dari tidur.Matahari dah terpacak atas kepala masing terbongkang tidur mati.

Afrina yang mamai menggosok-gosok matanya berulang kali."Mummy...kenapa tak kejut Afrina.Sekarang dah jam berapa?"soal Afrina.

"Pukul berapa sekarang?.Matahari tinggal nak jatuh atas muka kamu aje"bising Datin Nelly dengan anak daranya.

"Alah Mummy ni.Afrina balik lambat malam tadi"ujarnya.

"Macamana kamu nak kahwin dengan Arjuna kalau perangai tak berubah.Arjuna tu pagi lagi dah pergi pejabat.Kamu tu masih atas katil lagi.Bangun!!! bangun!!!"jerit Datin Nelly.

*********

Arjuna menyilang kakinya duduk kerusi di dalam cafe berdekatan dengan pejabatnya.Dia menunggu Eiyad datang.

Betul ke dia mengandung anak aku?.Arjuna rasa serabut sejak pagi tadi bila Eiyad memaklumkan Ratna mengandung.Dia cuba menelefon Eiyad semula.

Eiyad melangkah masuk ke dalam Cafe dan mencari kelibat Arjuna.Matanya memandang hujung Cafe.Dia berjalan ke arah meja itu.

Arjuna mendongak memandang wajah sahabatnya.Eiyad terus duduk dan berpeluh tubuh.

"Okay kau nak aku buat apa sekarang?"soalnya memulakan kedinginan antara mereka.

Eiyad merenung tepat mata Arjuna."Aku nak tanya kau apa yang buat kau ceraikan Ratna?"soal Eiyad.

"Ada someone cakap Ratna keluar dengan macam-macam lelaki selain aku"terang Arjuna.

Eiyad tersenyum sinis.

"Someone? Adakah kau maksudkan Fakri?"soalnya lagi dengan soalan.

Air muka Arjuna keruh.

"Kau percaya cakap dia.Bro kau business man yang berjaya tapi ada bodohnya juga kau ni percaya cakap Fakri yang tak betul tu"marah Eiyad.

Arjuna mengeluh kecil.

"Aku tak boleh fikir masa tu okay.Aku serabut dan aku marah"ucap Arjuna.

"Marah sampai lafaz cerai pada Ratna.Kau tahu Ratna tu hari-hari menangis.Kau sanggup buat dia macamtu kan.Mana pergi cinta kau pada dia?"soal Eiyad dengan nada marah.

Arjuna menundukkan kepalanya.

"Aku tak minta banyak dekat kau Juna.Aku cuma nak kau jaga Ratna sampai dia bersalin.Dia perlukan sokongan kau sekarang"ujar Eiyad.

Arjuna terdiam.

"Kalau keluarga kau dapat tahu yang kau kahwin senyap-senyap tanpa pengetahuan diaorang.Kau rasa apa akan jadi?.Kau nak biar Ratna tu tanggung benda ni sorang-sorang"ujar Eiyad.

"Jadi kau ugut aku ke sekarang? Kenapa kau nak pertahankan dia?"soal Arjuna dengan wajah berkerut sedikit.

"Juna aku memang tengah ugut kau.Aku nak kau jadi manusia yang bertanggungjawab pada Ratna.Sampai dia bersalin sahaja.Talak jatuh saat dia bersalin.Aku minta tolong sangat dekat kau"Eiyad merayu.

"Dalam hidup ni kita belajar pelbagai perkara.Kita belajar makna kegembiraan.Kita belajar makna kesedihan.Tapi kita lupa belajar menghargai sebelum tibanya kehilangan.

Arjuna menyandarkan tubuhnya di kerusi.Dia cuba menghadam kata-kata Eiyad.Kalau dia tak tanggungjawab atas Ratna akan timbul isu lain nanti.Keluarganya tidak mengajar dirinya menjadi seorang yang menyakiti wanita.

Andika juga turut berpesan selalu.Sekiranya dia mencintai seseorang itu harga dia walaupun dia mempunyai keburukan sekelumit kuman sekalipun.

"Nanti aku fikirkan dulu pasal hal ni.Aku tak boleh lama sebab aku ada temujanji dengan klien dekat tempat lain"ucap Arjuna sebelum berdiri mahu meninggalkan Eiyad.

"Juna...aku tahu dalam hati kau masih ada cinta pada Ratna.Aku harap kau boleh faham apa yang aku maksudkan"ucap Eiyad.Arjuna meneruskan langkahnya yang berat.

********

"Nah ni susu untuk Mummy Ratna" ujar Diya menghulurkan susu berperisa mangga itu.

Ratna menyambut huluran itu dengan pantas."Terima kasih acik Diya buatkan susu untuk baby"ucap Ratna sambil tersengih.

Dia minum susu itu dengan nikmat.Cawan diletakkan dihadapan."Eiyad ada telefon tak?"soal Ratna pada Diya.

"Ada siang tadi.Tapi dia bagitahu yang dia dah ada dekat Malaysia.Insyallah dia akan jumpa dengan kita nanti"ujar Diya.

"Aku betul-betul beruntung ada kau dan Eiyad.Kalau tanpa korang berdua mesti sekarang aku dah hilang arah kan?"ujar Ratna.

"Jangan cakap macam tulah.Kami ni kawan kau akan sentiasa doakan kebahagiaan kau.Mestilah kami nak tengok kawan kami gembira"ucap Diya.

Ratna bersyukur sangat dengan persahabatannya dengan Diya.Dia harap Allah akan beri ganjaran yang terbaik buat sahabatnya itu.


******

Lampu tidurnya dibuka.Arjuna menekan-nekan perutnya yang rasa tak sedap.Dia rasa seperti mahu mengeluarkan semua isi perutnya.

Dia menutup mulutnya dengan tangan supaya tidak memuntahkan isi perutnya.Dia bergegas ke bilik air dan memuntahkan segala-galanya.

Dia membuka paip dan berkumur berulang kali.Bagi menghilangkan rasa payau di tekaknya.

Dia menutup lampu bilik air dan melabuhkan punggung di atas katil.Tangannya mencari-cari minyak didalam laci.

Minyak angin itu diletakkan pada hidungnya.Lega! Kenapa dia muntah-muntah? Setahu tadi balik dari gym dia makan macam biasa aje.Takkan sebab tukar protein shake baru jadi macam ni?.

Atau sebab ini alahan daripada Ratna? Alahan Ratna kena pada aku ke?"soalnya dalam hati cuba menghadam balik kata-kata Eiyad siang tadi.

Patut ke aku jumpa Ratna semula? Kalau alahan ni berterusan mati aku macam ni.

Apa keputusan Arjuna?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience