BAB 2

Drama Completed 141020

PERJALANAN dari Kuala Terengganu ke Temerloh sunyi sepi. Keduanya sama-sama melayan perasaan sendiri. Fazlan hanya berhenti di Hentian Gambang untuk solat jamak qasar.

Beberapa jam memandu sampai sahaja ke taman perumahan Fazlan memberhentikan kereta di hadapan pagar rumah Najiha.

" I bagi masa 30 minit. Kemas baju untuk seminggu",

" Saya dah cakap saya tak nak stay rumah doktor kan. Biar je lah saya duduk rumah saya",

" Masuk kemas baju Ji", suara Fazlan bernada arahan.

Najiha keluar dengan malas. Wajahnya mencuka sahaja. Fazlan hanya menunggu di dalam kereta kerana dia tidak mahu masuk ke dalam rumah. Sementelah Najiha juga langsung tidak mengajaknya untuk masuk.

Hampir 40 minit menunggu tiada langsung bayang Najiha keluar daripada rumah. Fazlan yang mula hilang sabar kerana lama menunggu keluar dari kereta dan berjalan masuk ke ruang garaj. Pintu utama cuba ditolak namun berkunci.

" Ji", panggil Fazlan sambil mengetuk daun pintu. Beberapa kali diketuk barulah pintu dibuka.

" Nak apa?, soal Najiha yang berdiri memegang daun pintu.

" Nak apa? Dah siap kemas belum?", serius suara Fazlan.

" Tak kemas pun. Saya dah cakap kan saya tak nak ikut doktor",

Fazlan terus mencelah masuk ke dalam rumah.

" Pergi kemas baju Ji sekarang . Atau Ji nak I yang kemas",

" Saya tak nak",

" Jangan degil boleh tak Ji. I penat ni",

" Doktor penat doktor pergilah balik. Saya tak suruh doktor tunggu pun", Najiha masih mahu melawan. Memang sudah rancangannya. Melawan dan terus melawan supaya Fazlan hilang sabar dan melepaskannya.

" I bagi Ji lagi setengah jam. Suka tak suka. Nak tak nak kena ikut I balik rumah I. Kalau tak nak saya call mak beritahu anak dia melawan suami",

Fazlan bergerak ke sofa dan terus berbaring.

" Hish. Sakitnya hati. Ingat kita ni apa nak kena ikut cakap dia", Najiha membebel. Sengaja suaranya dikuatkan.

" You lupa ke you tu isteri i", laung Fazlan apabila Najiha menghilang naik ke atas.

Sambil menunggu Fazlan membuka televisyen. Bosan! Tiada langsung siaran yang seronok untuk dilayan. Sudahnya dia ketiduran pula. Najiha yang sudah siap mengemas barang mengangkat turun begnya. Dia membawa baju untuk 3 hari sahaja. Malas mahu mengemas. Bukan jauh pun rumahnya dengan rumah Fazlan. Tak cukup baju dia singgahlah. Nanti ada alasan dia nak balik bermalasan di rumah sendiri.

Melihat Fazlan yang sudah ketiduran Najiha melangkah ke dapur. Lapar pula perutnya walaupun sudah makan sebelum bertolak dari Terengganu tadi. Dia keluar dan mengambil keropok yang dibeli tepi jalan tadi dari dalam kereta. Dia tahu lelaki itu bangun nanti pasti akan kelaparan juga.

Sedang leka menggoreng keropok dia ditegur dari belakang.

" Masak apa tu?",terjah Fazlan yang terbangun kerana bau masakan dari dapur.

" Oh sayang", latah Najiha kerana terkejut.

Fazlan ketawa kecil. Comel juga budak ni bila terkejut! Tak tahan melatah Oh sayang? Habis semua orang dia panggil sayang agaknya kalau melatah.

" Hish. Buat terkejut orang je la",marah Najiha. Sungguh dia memang marah bukan main-main.

" You macam tahu-tahu je I bangun tidur lapar kan", tangan dibasuh dan terus mencapai sehiris keropok di dalam pinggan.

" Tak nak cicah sos ke?", soal Najiha. Ops. Tak sengaja buat baik pula mahu melayan.

" I bawa keluar ni you bawa sos", Fazlan membawa pinggan yang berisi keropok lekor menuju ke meja makan. Najiha menurut sahaja. Kemudian dia masuk semula ke dapur mengangkat keropok yang terakhir dari dalam kuali.

Najiha keluar semula dengan membawa satu jug kecil kopi o. Dia menuangkan air dan menyorong ke hadapan Fazlan.

" Doktor",

" Hmm",

" Saya tak ikut balik rumah doktor boleh kan. Saya stay je dekat sini. Boleh ya?", kali ini perlahan suara Najiha memujuk lelaki itu. Wajahnya memandang Fazlan yang ralit menjamu selera.

" Tak boleh. You kena balik ikut I",

" Doktor bolehlah. Ya?, Najiha masih mahu memujuk. Walaupun dia sudah siap mengemas pakaian jika tiba-tiba Fazlan bersetuju dengan permintaannya tentulah dia gembira.

" Kenapa you tak nak ikut I balik?",

" Saya tak nak tinggal dengan doktor. Saya tak nak jadi isteri doktor",

Mata Fazlan terus merenung wajah Najiha saat habis bicara gadis itu sehingga gadis itu tertunduk.

" You ingat I nak jadi suami you?",

" Kita sama-sama tak nak. Kita balik bincang dengan mak dengan abah. Kita cakap elok elok dengan mak dengan abah. Beritahu kita nak berpisah. Ya?", ada keceriaan dalam suara Najiha.

Fazlan pula termangu dengan suara ceria isteri di hadapannya ini. Dia dapat mendengar dengan jelas nada suara Najiha yang seperti sangat mengharapkan perpisahan mereka.

" I dah janji dengan mak abah nak jaga you. You rasa apa abah akan buat kalau I balik dalam masa terdekat ni beritahu kita nak berpisah?",

" Siapa suruh doktor berjanji macam tu. Tak ada orang suruh pun. Pandai-pandai je,",marah Najiha. Geram pulak. Sengaja la tu guna nama mak abah!

" Dahlah. Makanlah. Siap kemas kita balik", Fazlan sengaja menghentikan perbincangan. Dia penat dan kepalanya tidak dapat berfikir dengan baik. Jadi dia tidak mahu membuat keputusan melulu. Jika ikutkan emosi perempuan memanglah! Dia lelaki dia yang perlu memimpin keputusan dalam rumah tangga ini.

MAJLIS sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah berlangsung meriah Ada juga ibu bapa yang hadir kerana mahu melihat anak-anak mereka membuat persembahan. Usai majlis penyampaian hadiah dan jamuan mereka terus mengemas apa yang patut.

" Cikgu Ji", sapa satu suara anak kecil. Cepat Najiha berpaling.

"Lukman. Irwan",

" Selamat pengantin baru. Tahniah Ji", ucap Irwan memandang Najiha yang masih tersenyum.

" Oh. Terima kasih. Mesti Lukman yang beritahu Uncle Irwan cikgu dah kahwin eh", Najiha memandang Lukman di sebelah Johan dengan senyuman di bibirnya.

Cepat sahaja Lukman mengangguk.

" Lukman main dengan kawan sekejap boleh. Uncle nak bercakap dengan Cikgu Ji",

" Wan tak tahu pun Ji nak kahwin. Tiba-tiba dah kahwin", suara Irwan seperti merajuk hati

" Panjang ceritanya Wan", Najiha tersenyum tawae mengawal rasa hati.

Irwan mengeluh. Mereka baru sahaja berkenalan beberapa bulan dan baru sahaja mula mesra. Fikir Irwan mungkin hubungannya bersama Najiha boleh pergi jauh kerana wanita itu seakan memberi respon yang baik sepanjang hubungan mereka. Sudahnya tiba-tiba Najiha sudah berkahwin.

" Apa pun tahniah untuk Ji dan suami",

" Terima kasih", balas Najiha. Wajahnya tidak tahu mahu dipamerkan bagaimana. Dia tahu dia telah melukakan Irwan. Walaupun hubungan mereka baru sahaja bermula dia senang bersama Irwan. Lelaki itu seorang yang sangat memahami orangnya.

" Man. Jom balik", laung Irwan memanggil Lukman.

" Bye cikgu", Lukman melambai tangan dengan teriakan ucapan selamat tinggal. Namun manja nada suara anak kecil itu. Najiha juga membalas lambaian anak itu.

" Kasihan Irwan. Frust menonggenglah. Melepas", tegur Juliana.

" Hmm. Nak buat macam mana. Tak ada jodoh Kak Ju", jawab Najiha tersenyum tawar.

Juliana tahu cerita Najiha dan Irwan. Dia tahu dua orang itu sedang berkenalan. Namun bukan jodoh nak buat macam mana. Mereka meneruskan kerja mengemas apa yang perlu.

NAJIHA masih di dalam kereta. Hari ini dia balik lebih lewat daripada Fazlan kerana urusan di bank dan pejabat tanah. Kemudian sengaja dia meronda bandar mencari barang keperluan diri. Melihat kereta Fazlan yang sudah ada di dalam porch membuatkan Najiha hilang mood untuk masuk ke dalam rumah. Lama juga dia duduk di dalam kereta sehingga pintu utama dibuka dari dalam.

Pintu keretanya diketuk perlahan. " Kenapa tak masuk?,

" Er.. Doktor Saya nak balik rumah saya sekejap ya",

" Kenapa?,

" Nak ambil baju. Baju dah habis pakai ", Najiha mencipta alasan. Sebenarnya dia memang mahu balik dan bermalam di rumahnya.

" Hmm",

" Okay", Najiha terus tersenyum. Dia terus memulakan pemanduan. Sampai sahaja ke rumah direbahkan tubuhnya di sofa.

Oh. Rindunya saya pada awak sofa.

Jika ikutkan mahu sahaja dia terus bermalasan di sofa tetapi jam di dinding sudah hampir 6.30. Dia perlu mandi dan selepas maghrib nanti dia perlu ke rumah Fazlan semula. Hish! Malas betul!

Jam di dinding sudah pukul 10 malam. Najiha sudah ada plan lain. Mesej ditaip dan dihantar kepada Fazlan.

Saya mengantuk tak larat nak drive. So saya tak balik rumah doktor.

Najiha tersenyum. Yeay! Boleh tidur rumah sendiri. Tidak sampai seminit telefonnya berdering.

" Nak I ambil you ke?, soal Fazlan.

" Eh. Tak apa. Jangan susahkan diri doktor. Saya pun dah nak tidur. Good night doktor. Bye", cepat sahaja Najiha menamatkan talian. Najiha ketawa riang.

Seketika bunyi notifikasi mesej masuk.

Jangan tidur lagi. Kejap lagi I sampai.

Membuntang mata Najiha membaca mesej lelaki itu. Apahal dia ni? Geram betullah. Boleh tak jangan buat aku serabut. Najiha tidak membalas. Lelaki ini kan memang jenis luar dugaan betullah tindakan dia!

Tisak sampai setengah jam kereta Fazlan berada hadapan rumah. Dengan malas Najiha turun juga dari katil untuk membuka pintu kerana dia tidak memberi kunci pendua kepada Fazlan.

" You saja kan tak nak balik. You ingat I tak tahu helah you?", tutur Fazlan apabila sudah masuk ke dalam rumah.

" Kalau dah tahu baguslah",selamba sahaja Najiha menjawab. Benar telahan Fazlan untuk apa dia menafikan lagi.

" Selagi you isteri I suka tak suka you kena dengar cakap I Ji. I tahu you sengaja melawan I. Tapi I nak ingatkan you. You tak boleh suka hati nak buat keputusan tanpa bincang dengan I. I nak ajar you apa-apa hal pun you kena beritahu I kena bincang dengan I. Faham? ", keras suara Fazlan.

" Tak faham", sengaja Najiha masih mahu melawan. Memang itu rancangannya Peduli apa dia dengan apa yang Fazlan fikir.

Fazlan mengeluh kasar. Degil betul! Kenapalah aku kena hadap degil perempuan ni! Gerutu Fazlan dalam hati.

" Doktor nak tidur sini ke nak balik ni. Kalau nak balik saya tetap tak nak ikut. Saya nak tidur rumah saya",

" Tidur sini", cepat Fazlan membalas.

Selamba sahaja dia naik dan terus berbaring di katil. Sebenarnya selepas sebulan nikah dan tidur sekatil buat Fazlan sasau mencari Najiha tadi. Sanggup dia memandu ke sini semata-mata mahu tidur sebelah Najiha. Huh. Fazlan. Hampir tersungkur juga kau ya.

Baju tshirt yang dipakainya ditanggalkan dan dicampak ke lantai kerana memang jenis tidur tidak berbaju. Selamba sahaja dia mencapai alat kawalan jauh pendingin hawa dinaikkan ke 24 darjah celcius dan selimut ditarik menutupi tubuhnya.

Najiha yang melihat menggerutu dalam hati. Diambil baju yang dicampak Fazlan dan disidai di kepala kerusi almari solek.

" Esok I ada seminar dekat KL. Tolong kejut I awal. Lepas Subuh I nak gerak", ujar Fazlan memandang Najiha.

" Baju apa nak pakai. Nanti saya ironkan",

Fazlan tersenyum. " Ji You ni sebenarnya baik juga ya", Fazlan bangun mengeluarkan baju dari beg sandang yang dibawanya tadi.

Najiha menjeling. " Doktor ingat saya makan pujian. Kirim salam. Cepatlah. Orang nak tidur dah ni. Dah elok duduk dekat rumah datang sini buat apa entah", bebel Najiha.

Baju yang dihulur Fazlan diambil dan dia bergerak ke bilik sebelah.

Masuk sahaja ke dalam bilik untuk meletakkan pakaian dia lihat Fazlan sudah terlena. Dia keluar semula untuk tidur di bilik sebelah. Malas dia mahu tidur sekatil dengan lelaki itu. Sibuk nak suruh orang nak tidur sekatil dengan dia. Rumah dia terpaksalah aku ikut. Ini rumah aku suka hatilah mahu tidur di mana.

Najiha yang sudah mengantuk cepat sahaja terlena. Namun dia terjaga apabila terasa tubuhnya dihimpit. Berkerut kening Najiha apabila melihat Fazlan berada di sebelahnya. Bila pula dia datang sini! Fazlan ni kan memang spesies tak tahu malu betul!

Melihat tubuh Fazlan yang terdedah membuatkan Najiha kelu. Wajah lena Fazlan ditatap. Tanpa sedar senyum terukir di bibir Najiha. Pipi Fazlan diusap perlahan. Bibir lelaki itu dikucup sekilas.

" Maafkan Ji. Ji akan satukan doktor dengan Kak Suha. InsyaAllah", bisik Najiha perlahan.

PAGI itu Fazlan menunggu Najiha mengemas pakaian. Dipaksanya Najiha mengikutnya ke Kuala Lumpur. Hari ini sabtu jadi Najiha tiada alasan untuk menolak kerana kerja. Apatahlagi apabila Fazlan memberi alasan mahu pulang ke rumah mamanya di Bangi selepas selesai seminar yang dihadirinya

" Doktor ni kan suka betul paksa orang. Macam Hitler. Kuku besi", bebel Najiha. Dalam pada dia melawan dia mengikut juga. Dia faham. Makin melawan makin dia tersepit. Rancangan baru ikut sahaja rentak lelaki ini.

" Kalau you bebel Ji. Lagi lambat you bersiap. I punya seminar 8 pagi. Cepatlah sikit. Nanti I lambat", sebenarnya dia tahu helah Najiha yang sengaja berlambat supaya Fazlan hilang sabar dan pergi tanpanya. Namun dia takkan kalah dengan strategi wanita itu.

Sampai sahaja ke hotel Najiha dibawa ke bilik hotel. Dia pula terus turun ke bilik seminar. Sepatutnya semalam lagi dia check in tetapi kerana ada urusan yang perlu diselesaikan terpaksalah ditangguhkan.

Najiha menjengah ke luar tingkap melihat bandar Kuala Lumpur. Kereta yang menjalar di jalan raya bagai tiada penghujung. Lama dia tidak ke Kuala Lumpur. Mungkin sudah 2 tahun. Kali terakhir kerana mengikut Zafira mencari hantaran dua tahun lepas.

Dia mencapai telefon menghubungi Zafira. Belum pun panggilan disambung ditamatkan segera apabila melihat jam dinding baru jam 8.45 pagi. Pagi-pagi ni orang sibuk uruskan keluarga kau sibuk nak ajak berborak.

Mahu turun berjalan sendirian di kolam Najiha malas pula. Sudahnya dia berbaring di katil sambil melayan rancangan masakan.Suasana sejuk dan nyaman serta suram membuatkan Najiha terasa mengantuk. Akhirnya dia tertidur.
Dia terjaga apabila terdengar pintu dibuka.

" Tidur?", perlahan suara Fazlan menegur.

" Hmm. Tak tahu nak buat apa",

" Dah makan?",

" Dah. Breakfast doktor booking tadi. Seminar doktor dah habis ke?",

" Belum. Rehat sekejap. Nak turun ke? Jom I teman",

" Malaslah",

" Kata tak tahu nak buat apa. Ada gym ada kolam renang kat bawah",

" Nak suruh saya berenang? Tak fasal mati lemas", lurus sahaja jawapan Najiha sambil menarik selimut ke dada. Sejuk walaupun pendingin hawa sudah dinaikkan suhunya.

Fazlan ketawa. Lucu dengan jawapan spontan Najiha. Selamba dia berbaring dan menarik selimut terus merapati tubuhnya dengan tubuh Najiha.

" Hish. Jauhlah sikit. Pergilah turun. Kalau datang nak ponteng seminar baik tak payah datang", perli Najiha,

Fazlan tidak peduli malah makin merapat dan menarik tubuh Najiha dalam dakapannya.

" Doktor. Saya tak sukalah Walaupun saya ni halal untuk doktor . Saya tak suka doktor sentuh saya", Najiha menolak kasar tubuh lelaki itu

" Dah halal. Ji tak suka. I suka", nakal suara Fazlan. Suka mengusik Najiha yang cepat naik angin bila tubuhnya disentuh. Tak suka konon. Tengoklah nanti!

Fazlan tidak sedar kenapa sejak seminggu dua ini dia makin mahu mendekat dengan isterinya. Malam tadi bukti dia tidak boleh jauh dari isterinya kerana sanggup memandu ke rumah isterinya. Yalah mungkin sebab tidak jauh. Najiha ada sesuatu yang buat dia mahu dekat isterinya itu. Perancangannya adalah dia mesti memiliki tubuh isterinya itu. Itu rancangannya. Jika Najiha ada rancangannya. Dia juga ada rancangannya tersendiri.

Bunyi deringan telefon dijawab pantas oleh Fazlan. " Sekejap I turun",

" I turun. Tengah hari nanti I naik. Malam nanti kita keluar",

" Hmm", Najiha menjawab malas melihat Fazlan yang sudah keluar.

Jenuhlah mahu menunggu sehingga malam baru dapat keluar. Mahu turun sendiri dia malas pula. Dia teringatkan Huzaifah abang sepupunya. Segera dihubungi Huzaifah mengajak keluar. Mujur juga Huzaifah lapang dan mahu mengambilnya di sini.

Doktor. Ji nak keluar dengan Abang Huzaifah boleh.

Lama menunggu namun tidak dibalas. Mahu menghubungi nanti mengganggu pula. Mungkin juga lelaki itu sedang memberi seminar. Najiha tetap bangun dan bersiap. Hatinya sudah berlagu riang.

Kenapa dengan Huziafah. Tak ada orang lain ke?

Notifikasi dibaca dan cepat dibalas.

Tak ada. Boleh tak.

Yalah. Boleh. Ingat Ji isteri I bukan isteri Huzaifah

Ingat. Okay. Tq.

Najiha tersenyum. Tak menyangka Fazlan mengizinkannya keluar. Selalunya lelaki itu bersikap diktator perlu mengikut katanya. Bersiap sahaja dia terus turun ke bawah. Melihat kereta Huzaifah yang berhenti di hadapannya Najiha terus masuk.

" Assalamualaikum abang",

" Waalaikumussalam. Lan tak jealous ke kita keluar ni?",

" Tak. Ji dah beritahu la dah minta izin pun. Ji bukan keluar senyap-senyap",

Huzaifah tergelak.

" So? Nak pergi mana ni?",

" Pavi", cepat sahaja Najiha menjawab kerana itulah tempat terakhir dia pergi dua tahun lepas bersama Zafira.

" Okay",

" Ji main-main je la. Kita pergi makan je la. Sambil borak. Ji bukan nak shopping",

" Okay. So macam mana hidup lepas kahwin?",

" Biasa je",

" Lan jaga Ji dengan baik?",

" Okay",

" Ji dengan Suha?",

" Ni la Ji nak cerita dengan abang. Kak Suha langsung tak angkat call Ji. Mesej pun langsung tak jawab. Jom kita pergi Seremban nak jumpa Kak Suha",

" Hah? Sekarang ke? Boleh je. Bukan jauh pun KL Seremban",

Najiha ketawa. " Taklah. Ji saja je",

" Kita biar Suha tenang dulu. Nantilah abang tolong cakapkan dengan Suha",

" Ji kena kahwin paksa dengan abah. Betul kata Lan patutnya Ji yang pergi bukan Kak Suha. Tapi yalah. Masa tu Ji takut tak tahu nak buat apa. Ji tak boleh nak fikir. Kasihan Kak Suha. Kasihan Lan. Mereka berpisah sebab Ji",

" Bukan salah Ji. Apa yang berlaku tu semuanya ketentuan Ilahi. Takdir jodoh Ji dengan Lan",

" Entahlah abang. Dalam kepala Ji ni fikir macam mana cara nak buat Lan lepaskan Ji. Lepas tu pujuk Kak Suha balik rumah. Sejak Ji nikah dengan Lan Kak Suha tak pernah balik. Ji tahu Kak Suha marahkan abah sebab paksa Ji kahwin dengan Lan dan Kak Suha paling marahkan Ji sebab terima Lan,", Najiha megeluh lagi.

" Ji nak berpisah dengan Lan?, Huzaifah agak terkejut dengan kenyataan Najiha

" Hmm",

" Kenapa sampai nak berpisah. Kenapa Ji tak cuba dulu. Kalau memang tak boleh nak teruskan abang tak boleh nak halang. Pilihan di tangan Ji",

" Entahlah abang. Ala. Tukar topiklah. Abang dengan Kak Maya macam mana? Mak cakap Mak Kiah dah bising nak bercucu",

Huzaifah ketawa besar. " Ah. Ibu tu. Cucu dia berderet dah pun. Bukan tak ada cucu",

" Itu cucu anak orang lain. Ni cucu anak abang pula. Mak Kiah tak sabar nak cucu mata biru la tu", Najiha merujuk kepada Maya yang berketurunan inggeris.

" Kena tunggu Maya habis belajar lah. Abang tak nak kacau dia study",

" Ya setuju",

JAM 6 petang barulah Najiha balik semula ke bilik hotel. Ketika dia naik Fazlan sudah ada di dalam bilik. Lelaki itu sedang berbaring menyandar di kepala katil.

" Lamanya keluar. Pergi mana?",

" Makan-makan je?,

" Dari tengah hari sampai petang makan? ",

" Abang Huzaifah bawa Ji pergi jalan-jalan lepas makan",

" Lain kali I tak bagi Ji keluar dengan lelaki selain I",

Berkerut dahi Najiha mendengar penyataan lelaki itu.

" Kenapa pula. Ji bukan buat apa pun. Ji makan dan jalan-jalan je",

Fazlan membisu. Daripada bercakap menyakitkan hati isterinya lebih baik dia diam. Melihat Fazlan yang diam Najiha terus menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Keluar dari bilik air Najiha sedar mata Fazlan tidak lepas memerhatikannya. Najiha sudah mula tidak tentu arah namun cepat sahaja dikawal rasa hatinya. Duduk berdua dalam keadaan berkurung begini tiada tempat untuk dia melarikan diri.

" Lepas jamak maghrib kita keluar", Fazlan bangun dan bergerak ke bilik air. Najiha melepas nafas apabila Fazlan hilang di bilik air.

Haish. Ji. Buat hal la kau. Keluar balik lambat pun dah ketakutan.

Malam itu Najiha dibawa keluar dan paling mengejutkan Najiha adalah apabila melihat Nasuha sedang menunggu.

" Kenapa doktor tak cakap nak jumpa dengan Kak Suha?", langkah Najiha terhenti.

" Kenapa. Takut?",

" Kenapa doktor buat Ji macam ni. Ji tak sedia nak jumpa Kak Suha", siang tadi bukan main dia mengajak Huzaifah mencari Nasuha. Sekarang?

" Kenapa? Takut nak tinggalkan I?", soal Fazlan.

" Ji takut kalau Kak Suha mengamuk nanti. Doktor. Ji nak balik", tangan Fazlan dipaut kuat. Matanya memandang wajah Fazlan meminta belas. " Doktor bagi kunci. Ji tunggu dalam kereta. Doktor cakap je Ji tak datang. Doktor pergilah",

" Bukan ke Ji juga cakap nak jumpa Suha?",

Pantas Najiha menggeleng dan berjalan menjauh. Fazlan mengeluh kasar. Rancangannya membawa Najiha bertemu Nasuha kerana mahu berbincang. Tetapi lain pula jadinya.

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience