Bab 13

Romance Completed 21373

Iris duduk di beranda. Menghadap umi dan ibu. Bagai mahu menangis dia. Dia pun tidak tahu kenapa dia berasa takut. "Dya tak payahlah buat muka sedih sangat. Umi bukan nak marah. Saja nak borak dengan anak umi ni." Hajah Laila tersenyum.
Begitu juga Puan Sri Hadina. "Ibu minta maaf ya? Sepatutnya, kami sekeluarga bertanggungjawab jaga Dya. Maafkan kami, ya?" menitis air mata Puan Sri Hadina. Dia kesal kerana tidak menjaga menantunya dengan baik.
"Tak apalah, ibu. Dya ok. Kan sihat je ni. Izhan tu pun takde lah selalu meragam. Masa dia lapar sahaja dia merengek." ujar Iris cuba menghilangkan rasa bersalah dalam hati ibunya.

"Ibu pula yang emosi sangat. Hehehe... Tengok si Rayyan tu, takde kerja dibawa budak itu keluar rumah. Kan sejuk tu." bebel Puan Sri Hadina. Mata Hajah Laila dan Iris melekat pada Rayyan yang berada dimuka pintu. Gembira dilihat lelaki itu bermain dengan Izhan.

"Jomlah kita masuk. Sejuk pula duduk diluar ini."
*****************
"Umi semua tidur hotel ea?" Iris menyalam ibu bapa dan mertuanya. Naila disebelah turut menyalam.
"Ha ah. Rayyan nak tidur sini ke? Takut Naila tak selesa pula." Hajah Laila merenung menantunya. Naila tersenyum sambil menggeleng. "Saya ok je aunty. Lagipun Iris ada." Bukan dia sengaja ingin menggatal, cuma ingin merapatkan jurang di antara Iris dan Rayyan. Pasangan itu nampak kekok setelah lama tidak berjumpa.
Iris risau. 'Aduuhhh.. nampaknya dia tidur bilik akulah? Haish..' Izhan sudah lena dipangkuan papanya. Dah menyusu, tentulah berasa mengantuk apabila sudah kenyang.
"Kalau macam tu. Kami balik dululah, ya? Assalamualaikum." Mereka keluar dari rumah itu. Serentak Iris, Rayyan dan Naila menjawabnya.

"Wei beb, aku masuk dululah. Nak tidur." Naila meluru masuk ke dalam bilik. Iris tersenyum sinis. 'Macamlah aku tak tahu kau nak biar aku berdua-duaan dengan mamat poyo ni.' bisik hati kecil Iris.

Keadaan mereka hanya senyap. Bunyi cengkerik pun boleh dengar agaknya. Setelah lama berdiam diri, Rayyan akhirnya bersuara. "Iris, nak letak Izhan mana? Dia dah tidur ni." Rayyan mengendong Izhan.
Wanita itu mahu mengambil Izhan tetapi dilarang Rayyan. Diberinya isyarat yang dia akan menghantar Izhan ke bilik. Iris terpaksa akur lalu ditunjukkan biliknya. Terdapat sebuah katil bayi disebelah katil.
Izhan diletakkan di situ.
"Eerrr... awak dengan Tania macam mana?" tanya Iris dengan teragak-agak. Lebih gelabah jadinya apabila Rayyan memandangnya tanpa berkelip. "Pelik ke my question tadi?" tanya Iris lagi.

Rayyan berdiri dihadapan Iris. "Yep. It's so weird. Kenapa awak asyik tanya pasal Tania? Saya sedar yang Tania hanya cinta monyet saya. Come onlah. Kita dah ada anak dah pun. Kenapa awak nak ungkit pasal benda lepas?" Rayyan bertanya dengan sayu.

Tersentak Iris. "Takpelah kalau macam tu. Saya pun nak tidur." Iris merebahkan badannya ke katil. Begitu juga Rayyan. Inilah saat paling bahagia dalam diri lelaki itu. Tidur sebilik dengan isteri dan anaknya. Takkan dia lupakan saat ini, dan dia akan cuba mengekalkan rumah tangganya dalam keadaan bahagia. In sha Allah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience