Bab 11

Crime Series 28566

Hari ni aku rasa sangat bersemangat. Jadi chef di dapur.

"Anna."

"Nah. Aku da beli semua barang basah."

Qarl meletakkan kesemuanya di dapur.

"Dan, ini untuk kau."

Dia menyerahkan sesuatu kepadaku.

Beg kertas berwarna merah. Di dalamnya ada sebuah kotak.

Dan aku membukanya... Jeng jeng jeng...

Qarl Lee pandai buat surprise pulak.

"Apa ni?"

Kaget. Eh, ada seutas rantai.

Cantiknya.

Qarl Lee membuat muka selamba. Sepertinya cuba menyembunyikan senyuman.

"Ini untuk apa?"

Aku bertanya. Pelik. Qarl ni dah kenapa?

"Buat-buat tak tahu pulak?"

"Untuk saya?"

Dia mengangguk. Lambat-lambat.

Ohmygod. Oh man. Seriously, Qarl Lee.

Aku taktau nak buat reaksi yang bagaimana. Mahu rasa happy? Atau mahu rasa senyum yang berpanjangan? Atau mahu menangis terharu?

Qarl Lee ni seorang yang sweet dan kejam. Seems like he has multiple personality.

"For you, Anna."

Seriau dengan Qarl Lee.

"Yes. Tapi untuk apa?"

"Saja. Sebagai tanda terima kasih nak stay dengan aku."

Hah?

Bukan aku yang nak stay. Aku diculik.

Mamat ni mabuk ketum ke apa? Sah, dia kekurangan kasih sayang.

"Hmmm."

"Hmmm je?"

"Thanks but no thanks. Saya tak perlukan semua ni. Awak boleh ambil semula."

Aku mahu berlalu ke pintu. Tapi, ditahan olehnya.

"Anna. Aku rasa sunyi."

Oh. Okay.

"Pakai la. Meh aku pakaikan."

Aku terkedu. Dia ni da kenapa?

Main paksa-paksa pulak. Wajah dia seperti mengharap. Sayu.

"Takpe. Saya pakai sendiri."

Aku mengambil rantai itu dari tangan dia. Lalu, memakainya.

Qarl Lee tersenyum. Nampak happy.

"Puas hati? Suka?"

Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tiada gaya seorang mafia pun bila dia begini. Tapi, bila dia bertindak ganas, aku jadi ketakutan.

"Thanks, Anna."

Aku cuma mengangguk. Tidak mempedulikan dia.

Sesuatu yang berada di minda. Aku usir segera. Tidak mahu ada rasa sesuatu yang bertandang.

"So, harini chef Anna nak masak apa?"

Aku tersenyum.

"Awak beli tak apa yang saya suruh?"

Qarl mengangguk.

"Awak nak western ke nak masakan kampung?"

Dia seperti berfikir sekejap.

"Masakan kampung la. Da lama tak rasa."

Okay.

"Baiklah. Kalau macam tu, saya nak masak Kailan Belacan, Lemak Cili Api, Rendang Ayam dan Ikan Pekasam."

Kecur air liur aku. Fuh, banyaknya aku nak masak.

"Nak aku tolong?"

Aku menggeledah beg plastik. Menyusun sebahagian barang di dalam peti ais.

"Awak reti masak ke?"

Sengaja mahu menduga Qarl Lee.

"Eh, kau tengok aku macam ni, macam taktau pape ke?"

Dia menarik muka.

Aku tergelak.

"Gurau jela. Janganlah marah."

"Kau tak tengok lagi chef Qarl masak."

Nak menang jugak tu mamat mafia ni.

"Okay. Okay. Takpe. Awak duduk je kat depan. Saya boleh masak sorang. Saya dah biasa."

Qarl menjongketkan bahu tanda tak kisah. Dia berlalu pergi.

Dan aku... Mula menyediakan bahan-bahan. Campak-campak bahan ke dalam kuali.

Akhirnya siap. Fuh. Sedapnya. Perut sudah berkeriuk minta diisi.

"Qarl."

Aku memanggil dia. Senyap.

Tadi dia tonton televisyen.

Aku menjengah ke ruang tamu. Tiada dia. Kat bilik kot. Aku menuju ke bilik dia.

"Qarl..."

Dia tengah tidur. Aku menghampiri dia. Menatap wajahnya.

Qarl Lee, aku tak nampak mana relevannya dia harus jadi mafia. Dia nampak... Baik.

"Qarl..."

Diam tidak berkutik. Tidur mati ke mamat ni?

Aku menggoyangkan badan dia. Tetap tiada respons.

Biarlah dia tidur dulu. Nanti dia lapar, reti la tu bangun sendiri.

Baru je aku mahu melangkah pergi, tiba-tiba tangan aku ditarik.

Tidak dapat menyeimbangkan badan. Lalu, jatuh ke atas ribanya.

"Qarl..."

Dia mendekatkan wajahnya ke arahku. Dan aku, terlalu asyik dengan renungannya.

Aku tersedar yang aku terlalu dekat dengan dia.

Aku menolak tubuh dia. Berdiri membelakangi dia.

"Qarl, makanan sudah terhidang. Saya nak jemput konco awak makan sekali."

"Anna."

Langkah aku terhenti. Debaran kencang di dada.

"Maafkan aku."

Aku mengangguk.

"Anna."

Dia memanggil lagi.

"Layan aku macam raja."

Apa maksud kata-kata dia?

"Maksud aku, aku nak makan dengan kau. Tanpa mereka."

Aku menatap dia.

"Awak nak saya hidangkan makanan kat sini ke?"

Dia mengiyakan.

Aku tak selesa berduaan dalam bilik ni dengan dia. Macam-macam boleh jadi.

"Kita makan di luar la."

"Siapa bos dalam rumah ni? Aku ke kau?"

Nada suara dia mula berlainan. Aku mengeluh. Terpaksa ikutkan.

"Okay. Okay. Kejap, saya hidangkan makanan untuk mereka dulu. Lepastu, kita makan kat sini."

Aku malas mahu bertekak.

Takut bila Qarl Lee mengamuk.

Wajahnya masih tegang seperti tadi.

Aku menuju ke dapur. Menghidangkan makanan di atas meja.

"Shark... Panggil yang lain makan."

"Bos mana?"

"Dia nak makan dalam bilik je."

Shark mengerutkan kening.

"Aik, tak pernah bos nak makan kat bilik. Buang tebiat ke apa?"

"Sshhh... Jangan cakap kuat-kuat. Kejap lagi kalau dia dengar, mati kau."

"Kami dah biasa makan dengan bos kat sini. Kalau dia takde, jadi tak best."

Ketua mafia dengan konco ni sama je. Degil.

"Bos korang tengah tak berapa sihat. Takpe. Korang makan je dulu."

Aku mereka cerita. Matikan isu. Fullstop.

Menarik dua biji pinggan di rak, dua biji gelas. Meletakkan di atas tray.

Lauk pauk juga dihidangkan ke atas pinggan. Jus tembikai juga.

Menolak perlahan tray yang beroda itu ke biliknya.

"Makanan sampai."

Aku tersenyum.

Qarl Lee memandang aku tajam.

Aku menghulurkan pinggan itu kepadanya.

"Suap."

Erk?

"Awak ada tangan kan?"

"Siapa bos? Aku ke kau?"

Alaa dia ni. Mengada betul. Harini Qarl Lee buat perangai pelik.

Nak taknak terpaksa ikutkan. Aku menyuapkan nasi ke mulutnya. Nasib baik pakai sudu. Kalau tak, seperti menyuapkan anak kecil.

Dia senyum puas. Menang barangkali.

"Sedap kau masak. Kalau hari-hari macam ni, makin gemuk aku."

"Biasa je."

Suapan terakhir. Nampak seperti dia sangat berselera.

"Nak tambah nasi lagi?"

Dia menggeleng.

"Takpe, kau pulak makan. Asyik layan kerenah aku je. Kesian kau."

Aku pun dari tadi menahan perut yang lapar.

"Biar aku suap kau pulak."

Aku membulatkan mata. Ishh dia ni. Da kenapa? Mabuk ketum?

"Eh takpe. Saya boleh makan sendiri."

Cepat-cepat aku menyuapkan nasi ke dalam mulut. Takut dia merampas pinggan.

"Anna Adriana."

Dia menyebut nama penuh aku.

Lantas dia mengeluh. Tiada bicara darinya.

Maafkan aku Anna, aku terpaksa kurung kau di sini. Aku rasa sunyi bila kau tiada.

"Are you okay, Qarl?"

Dia mengangguk.

Nampak macam tak okay je.

"Awak rest la. Saya nak kemas dapur."

Sehingga aku keluar dari bilik, dia masih lagi memerhatikan aku.

Seram pulak aku tengok Qarl ni. Perangai dia tiba-tiba berubah, kejap jadi taufan, kejap jadi ombak, kejap jadi singa, kejap jadi manja macam kucing.

Lantak kaulah. Malas aku nak fikir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience