“ARE you sure?”
“Yes! Just do it! Cepat dia dah sampai tu...”
Si dia ambil sesuatu dari dalam tas tangannya, sesuatu itu bertukar tangan dan di masukkan ke dalam sebiji gelas berisi air minuman. Saat yang sama, mata Teja menangkap kelibat seseorang. Pantas, lengan Damien dilelar, menarik lelaki itu dekat padanya.
“Hai Damien...”
“Teja?” Damien jelas terkejut sehingga tidak sempat menolak. Spontan mata melilau mencari bayang seseorang. Bimbang jika perbuatan Teja disalah ertikan si dia.
“Air?”
“Sure... Thanks. Sorang aje?”
“Partner I, somewhere here. I pun tak tahu dia pergi mana... You? Sorang?”
“I datang dengan Camie. Dia pergi ladies sekejap.”
“Oh... Minumlah.” Teja tolak gelas air ke bibir Damien.
“Tuan!”
“Ada pun. Aku ingat kau sesat dah tadi. Lama betul... Besar pelaburan?”
“Tuan!” menderam Camie dibuatnya dek usikan Damien. Harapnya mereka disitu tidak dengarlah ocehan Tuan Damien. Memalukan sungguh!
“Nah... minum ni.”
“TUAN...”
Berpusing 180 darjah kepala Damien mendengar rengekan penuh kemanjaan Camie di sebelah. Tak pernah-pernah gadis itu bertingkah manja sebegitu dengannya.
“Camie? Kenapa ni?”
“Abang? Camie nampak abang.” Camie mula tertawa girang. Ke dua belah pipi Damien ditekap kuat.
“Abang...” rengekan Camie semakin menjadi-jadi. Tak cukup merengek. Tangan Camie juga mula tak duduk diam. Bebas meliar melatari wajah Damien. Setiap lekuk setiap ceruk tidak terlepas dari sentuhan sensual Camie. Damien telan liur menahan gelojak nafsu yang mula bangkit.
Suasana majlis yang masih dipenuhi tetamu langsung tidak membantu dalam meredakan rasa yang mula menjalar dalam diri Damien sendiri. Ah, salah dia sendiri. Berani bermain dengan api.
“Camie!” Naik setakuk suara Damien saat jemari Camie mula bermain dengan butang baju blousenya. Di tarik jemari halus itu menjauh dari tubuh tuannya sendiri. Damien buntu, tidak tahu harus bagaimana lagi.
“Panas...” Jemari yang tadinya kemas dalam genggaman telah selamat Camie bebaskan dan kembali semula ke butang di dada. Selamat satu butang dilepaskan kancingnya. Damien semakin cemas. Bagai nak gugur jantung melihat tingkah manja Camie merelaikan butang baju. Nafas yang diatur semakin canggung tingkahnya. Jika sahaja dia watak di dalam komik, pasti sudah berdarah hidung dek kerenah Camie.
“Cukup!” Sosok Camie terus dipeluk kejap. Menghalang jemari nakal Camie dari terus membogelkan diri sendiri.
Sangka Damien, pelukannya mampu menghentikan tetapi tidak dia duga tingkahnya itu sekadar mencambahkan lagi keinginan si gadis. Camie tanpa segan silu memeluk erat leher Damien dan melekap elok di sisi leher lelaki itu. Menghidu menghembus dan memainkan bibirnya di situ.
Tanpa segan tiada silu.
“Gosh! Camie!” Damien berusaha sehabis daya menolak kepala Camie. Di tolak ke sisi, Camie serang pula bahu Damien. Di cium dan di gigit! Tetapi yang sakit bukan bahu sebaliknya hati. Arghh! Camie benar-benar menduga nafsunya. Tidakkah perempuan ini tahu nafsu lelaki itu satu cuma? Dan satu itulah yang paling sukar dikendali. Arghhh, Camie!
“Camie nak...” Leher Damien kembali di paut dan bibir nakalnya kembali menghujani ceruk leher Damien dengan ciuman bertali arus.
“Camie, stop it!” Damien mati akal. Tidak tahu lagi bagaimana mahu mengendalikan Camie yang sudah mula hilang kawalan. Tidak pernah dia menjangka yang Camie akan seliar ini. Entah dadah apa yang telah merasuk si gadis.
“Abang... Camie rindu...” Camie tarik pula butang baju Damien. Pantas, Damien cekup jemari nakal itu dan di bawa ke bibir sendiri. Dia sendiri hampir hilang kendali dek godaan bertali arus Camie.
“Rindu? Sejak bila kau pandai rindu aku pula ni Camie oi?”
“Abang...”
“Yes, kita balik dulu, okey honey?”
“Lepas tu boleh dapat?” rengek Camie dalam dakapan hangat Damien.
“Yes, honey. Im all yours...” Jika melawan tidak mendatangkan hasil, lebih baik dia turutkan sahaja. Lagipun, bukan dia yang memulakan. Dia juga adalah mangsa keadaan. Tubuh Camie dicempung keluar, meninggalkan majlis yang masih berlangsung.
Ambik berkat mlm jemahat... Happy reading. xoxo.
Share this novel