BAB 7

Romance Series 68161

Danish terbangun dari tidur nya oleh kerana bunyi phonenya , danish memusing kan badannya lalu mencapai dan terus mengangkat panggilan itu...

"Hello"

"B where are you? kenapa you tak datang balik semalam? you kata you nak teman i kan" kata irdina...

"Sayang sorry semalam i mengantuk sangat , okey sekarang i mandi lepastu i belikan makanan kesukaan you okey , tunggu i datang" pujuk danish dan menamatkan panggilan...

"Sofea kau" danish tidak menghabiskan ayat nya bila melihat sofea masih terlena dengan ditutupi oleh selimut sahaja....Danish memerhatikan wajah sofea tidak di nafikan sofea sememang nya mempunyai wajah yang cantik dan natural...

Danish mengalihkan rambut yang menutup mata sofea lalu di selitkan ke belakang telinga , "Kau cantik tapi sayang , kau murah" kata danish

"Aku tahu berbuatan aku semalam menyakitkan kau , tapi itu je cara nak ajar kau , hormat pilihan aku sebab kau tak ada hak nak halang aku sofea" ujar danish lagi...

Sofea terganggu dan mula gerakkan badannya , Danish tersenyum bila melihat kecomelan sofea yang terganggu dengan suaranya tapi senyuman itu hilang bila dia teringat akan irdina di hospital , danish terus bangun dari katil dan menuju ke toilet...

******************************

"Sherry kau tahu tak yang irdina dah balik malaysia? dia dah balik seminggu yang lalu babe" beritahu liya pada sherry...

"Aku yakin dia tahu tentang danish dah berkahwin da aku yakin dia akan cari kita lepas ni" jawah sherry dengan yakin , "Macam mana kalau kontoi? kau tak tkut ke?"

"Kontoi? babe kalau ada bukti yang aku ada sangkut paut dengan kes tu dah lama aku kena tangkap ni senyap je tak ada la tu , so chill je kita tak payah pening pening" kata sherry dengan yakin...

"Kalau jadi apa apa lepas ni kau jangan libat kan aku okey" pesan liya dan sherry menganggukkan kepalanya....

Datin shamsiah dan datuk jamil datang melawan irdina dan bertanya apa yang sebenarnya terjadi , "Apa yang irdina buat kali ni? irdina ganggu isteri danish ke?" soal datuk

"Dad , irdina tak ganggu dia tapi dia yang ganggu irdina dia paksa irdina untuk jauh kan diri dari danish so irdina jawab no sebab irdina sayangkan danish dan dia marah irdina" bohong irdina...

"So dia marah and dia tolak irdina sampai irdina terjatuh , so ini la dapat" irdina tunjuk lukanya di kepala...

"Irdina tak akan tinggalkan danish , kalau dia putus dengan irdina sekali pun irdina tak akan jauh kan diri dari danish dad" tambah irdina dan datuk pun mengeluh perlahan...

"Kalau jadi isteri kedua danish nak?" tanya datin dan laju sahaja irdina mengangguk kepalanya...

"Sayang i , eh uncle auntie bila sampai? sorry danish tak perasaan tadi" ujar danish yang baru tiba di bilik irdina dengan bungkusan makanan..

"Baru je sampai tapi ni auntie dah nak balik dah ada hal sikit dengan kelab bersatuan untie , abang jom kita balik" ajak datin

"Mana isteri? tak bawak?" soal datuk , tapi danish membalas dengan senyuman...

Datin mencuit lengan datuk , "Danish uncle dengan auntie balik dulu ya , ha jaga irdina baik baik" pesan datin dan menarik lengan datuk untuk keluar...

"Abang ni kenapa? biar la itu kan hubungan diorang jangan la campur" marah datin lalu pergi meninggalkan datuk sendiri..

"B you kenapa lambat? you dah bgi hukuman dengan perempuan tu? cuba you cerita apa you buat dengan perempuan tu?" tanya irdina dengan keterujaannya..

"Yang i dah bagi hukuman yang berat dah dekat dia , i malas la nak cerita lebih baik kita makan , i tak nak dengar langsung pasal dia" tolak danish dan buka bungkusan makanana...

"okey fine , yang penting you dah bagi hukuman so i okey je" kata irdina dan menunggu danish menghidangkan makanan untuk nya...

Selesai mengemas bilik sofea turun ke bawah dan cuba sembunyikan luka yang ada di badannya , sofea memandang sekeliling tapi tidak kelihatan kelibat danish...

"Dia keluar jumpa irdina" kata danisya yang baru nak turun dari tangga , "cari dia ke?"

"Tak , cari mak yam"

"Mak yam dapur , ha suruh mak yam buat juice orange sekli lepastu hantar dekt ruang tamu" pesan nya dan terus ke ruang tamu...

Sofea pergi ke dapur dan jumpa dengan mak yam , mak yam mengerutkan dahi bila sofea menutup mulutnya dengan kain kecil , "Kenapa? batuk batuk ke?" soal mak yam..

"Haah , tu sebab sofea bawak kain kecik tu" tipunya dan memberitahu mak yam perkara yang di minta danisya...

"Mak yam tak rasa macam tu , sini" mak yam menarik kain tersebut...

"Ya allah sofea kenapa bibir tu? danish ada buat apa apa ke pada sofea? sofea dahi tu ya allah sini biar mak yam tuam dengan air batu" ucap mak yam dan terus mengeluarkan air batu...

"Mak yam jangan bagitahu sesiapa , sofea tak nak kecohkan hal ni"

"Sofea mak yam memang sayangkan keluarga ni tapi kalau dah jadi macam ni mak yam tak boleh diam" kata mak yam lalu tuam air batu ke dahi sofea..

"Sofea masih boleh bertahan , walauapapun yang terjadi dia tetap suami sofea"

"Ya allah kenapa la danish buat sofea macam ni sekali , tak akan la di sebab kan irdina dia sanggup lukakan sofea sampai macam ni" ujar mak yam lalu air mata mak yam mengalir perlahan..

"Kalau sofea anak mak yam , mak yam akan suruh dia tinggalkan suami dia , cinta macam mana sekali pun tinggalkan lelaki yang panas baran macam ni nanti diri sendiri yang sakit" ucap mak yam...

Sofea terus memeluk mak yam , "Mak yam sofea masih boleh bertahan , mak yam doa banyak banyak supaya hati danish dan datin lembut , terima sofea dengan hati yang terbuka" kata kata sofea membuatkan hati mak yam sebak dan mengeratkan pelukkan itu.....

*************************************

Sebulan kemudian


"Hari ni dah dua bulan perkahwinan aku dengan danish tapi keadaan masih sama , ya allah kuatkan la hati aku" ucap sofea sendiri...

Sofea bangun dari duduknya tetapi entah kenapa rasa ingin muntah sofea terus lari ke bilik air dan memuntahkannya , danish yang baru masuk ke bilik terdengar sofea yang tengh muntah...

"Kau apahal? salah makan ke kau?" soal danish yang terpaksa menjerit kerana sofea masih di dalam tandas...

Tapi tidak di jawab sofea jadi danish terus mencapai phone dan kunc kereta lalu terus ke office , sampai sahaja di office fiona memberitahu ada meeting mendadak diadakan...

"Meeting apa? kenapa tak bagi tahu saya ni fiona?" marah danish dan terus bergegas ke bilik meeting , sampai di bilik meeting danish dapat melihat datuk jamil dan juga papanya yang sudah ada di situ..

"Duduk danish , meeting ni papa yang minta sebab papa ada perkara penting nk bagitahu" kata datuk zul dan danish pun duduk di kerusi bersebelahan taufiq..

"Kenapa tak bagithu aku ada meeting?" danish berbisik pada taufiq

"Meeting mendadak aku pun baru tahu tk sempat nak call kau" jawab taufq dan mereka pun memulakan meeting tersebut...

"Aku tak datang bulan ni , tapi tak kan la aku mengandung pula?" kata sofea yang sedikit hairan , "Ahh yelah time tu aku tengah subuh"

Sofea teringat dimana hari yang dia di lempang dan kepalanya di hentak ke pintu , itu la hari subuhnya jadi tidak hairan la kalau dia tersangkut...Bahu sofea terangkat oleh kerana terkejut dengan ketukkan pintu yang di ketuk oleh mak yam dengan cepat sofea meletakkan kelander ke dalam laci semula...

"Sofea mak yam ni"

"Ye mak yam , kenapa?" soal sofea yang membuka pintu , "Mak yam nak beli barang sikit , sofea nak ikut?"

"Boleh ke mak yam?" , "Boleh sebab ada aku" sampuk danisya lalu terus turun ke bawah...

"Ha boleh kejap sofea nak ambik beg kejap" jawab sofea dan mencapai handbagnya , sofea mengikut mak yam kerana ini je peluang dia untuk membeli pregnancy test.....

Sampai sahaja di kedai , sofea ternampak guardian yang tidak jauh dari situ dan sofea meminta izin pada mak yam untuk ke sana...

"Nak beli apa?" soal danisya , "Nak beli barang sikit" tipu sofea dan terus pergi ke guardian...

"Humm pelik la , dia macam sembunyi sesuatu je tu" bisik danisya , baru sahaja danisya nk ikut jejak sofea dia di tarik oleh mak yam...

"Ikut mak yam cepat , kata nak buat kek kan meh ikut beli bahan bahan cepat" ajak mak yam terpaksala danisya membatalkan niatnya....


Selesai meeting mereka semua beredar kecuali taufiq dan danish yang masih duduk di bilik meeting itu , "Kau kenapa? macam ada benda tak kena je? pasal irdina ke?"

"Bukan , tapi pasal sofea"

"Asal sofea?" soal taufiq , "Dia muntah muntah pagi tadi aku syak dia"

"Mengandung? wah taniah kau akan jadi ayah lepas ni" sampuk taufiq...

"Muntah muntah mengandung ke? tapi aku nak ada anak dengan irdina je" jawab danish lalu taufiq mengelangkan kepalanya...

"Apa kau ni , kalau betul la sofea tu mengandung kau nak suruh gugurkan ke?"

"Eh aku tak ada la nak buat macam tu , aku tahu la benda tu dosa besar" ujar danish sambil membetulkan kedudukannya..

"Tu anak kau , darah daging kau , tuhan dah bagi korang cahaya mata jadi kau terima je la , walauapapun tu tetap anak kau dengan sofea" ucap taufiq dan menepuk bahu danish..

"Tapi"

"Kau sendiri cakap dengan aku kau nak kan anak kan? so doa kau dah termakbul , anak kau dan sofea" kata taufiq...

"sudah la tu , terima je la sofea tu sebagai isteri kau , irdina tu kau jadikan kawan je la bro" kata taufiq dan bangun dari duduknya..

"Kalau betul sofea mengandung aku ucap taniah la pada kau , awal buat kerja ya" usik taufiq dah terus keluar dari bilik meeting itu....

manakala danish masih terdiam disitu memikirkan apa yang dikatakan taufiq , "Mengandung? anak aku dan perempuan kotor tu" bisik danish sendiri....

********************************

Sampai di rumah sofea terus buat ujian kehamilan tu dan keputusan nya ada positif , "Ya allah syukur alhamdulilah" ucap sofea lalu mengusap perutnya...

"Tapi macam mana kalau danish tak terima? kalau dia suruh gugurkan macam mana? tak tak tak , dia tak boleh buat macam tu ini anak aku" kata sofea dan terus sembunyikan pregnancy test itu...

"Dia tak boleh tahu , kalau tak anak aku dalam bahaya" bisik sofea sendiri....


Balik dari office irdina meminta danish bawak ke tasek kesukaan mereka , keadaan waktu petang sangat meriah oleh kerana ramai budak budak yang bermain di situ...

"Sayang tengok tu , comel kan? gebu" puji danish pada seorang baby yang di gendong oleh ibunya...

"I tahu you suka budak budak , tapi bila kita dah kahwin i tak nak ada anak dulu tau sebab i takut i gemuk"

"Apa salahnya? gemuk boleh kurus kot"

"Yeah i know , tapi tak nak la , i tak suka la" jawab irdina , "Auch" aduh irdina bila ada budak yang tidak sengaja melanggarnya dari belakang..

"Maaf akak" kata budak itu , "Buta ke? lari lari eh nal lari dekat sana la bukan dekat sini" marah irdina dan terus di halanh danish..

"Apa you ni" , "Sayang maafkan auntie ya , kejap" danish mengeluarkan duit rm50 dari kocek nya dan dan di hulurkan ke budak kecil itu..

"Nak pergi beli ais krim dengan kawan kawan , hati hati jalan tu ya" pesa danish dan budak tu terus pergi bersama kawannya...

"You tak boleh la macam tu , budak budak bukan tahu apa pun" kata danish kepada irdina..

"You ni kan manja kan budak budak sangat , i tak suka budak macam tu nakal tak bertempat"

"Ini kan tasek biasa la diorng main lari lari" jawab danish , Irdina mula bebelannya tetapi danish tidak mendengarnya kerana teringat kan kata kata taufiq ya mengagak bahawa sofea mengandung...

Danish tersenyum lalu menjaga irdina balik , "Sayang balik jom , papa i mesej kata ada hal penting nk bincang lagipun ni hal office" ajak danish dan terpaksa menipu irdina..

"Alah baru sekejap kot" , danish terus memimpin tangan irdina dan bawak ke kereta , selepas hantar irdina balik danish menyempatkan diri untuk ke farmasi dan membeli pregnancy test....

Dalam perjalanan balik danish tidak henti tersenyum entah kenapa berasa bahagia tu muncul dan rasa berdebar juga turut di rasai oleh danish , Dia juga tak pasti kenapa perasaan tu muncul seperti gementar untuk sambut berita gembira......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience