Perancangan untuk menjenguk Kak Sofia terpaksa dibatalkan. Bukan kerana tidak sabar sabar untuk berbulan madu, tapi kerana Kak Sofia langsung tidak menjawab panggilan. Padahal sebelum ini, apabila ditelefon elok saja dijawabnya.
Hampir terlepas telefon daripada genggaman apabila tiba tiba sepasang tangan dilingkarkan di pinggangku. Aku mendongak ke atas bagi melihat empunya diri yang memelukku. Dia melemparkan senyuman kepadaku sekilas sebelum pandangannya beralih ke dadaku. Leher bajuku yang luas memudahkannya untuk melihat isi di dalam.
Tangan yang dilingkarkan di pinggangku beralih ke dada. Aku memejamkan mata bagi menikmati sensasi yang baru diberikan Hamka; dipeluk daripada belakang sambil buah dada diramas. Tidak semena mena, tubuhku dicempungnya ke katil sebeluh merebahkan aku perlahan lahan.
"Abang, sabarlah dulu. Kalau abang buat sekarang honeymoon kita jadi tak best lah." Aku cuba memujuknya. Bukan kerana aku tidak ingin melayan permintaannya, tapi aku cukup tidak bernafsu sekarang kerana asyik memikirkan perihal Kak Sofia.
"Honeymoon nanti, abang nak rasa yang kat bawah. Sekarang, bagi abang rasa yang kat atas dulu. Okay?"
Belum sempat aku menjawab apa apa, dia terus menyembankan wajahnya ke arah belaham dadaku yang masih berbalut. Nafsuku mula dijentik. Gerakan turun naik dadaku menjadi semakin laju. Mungkin menyedari nafsuku sudah datang, Hamka menyeluk tangannya ke dalam mangkuk braku. Tangannya mula bertindak dengan meramas mahkotaku. Kehangatan tangannya mula menjalar di seluruh urat sarafku, sekaligus meningkatkan nafsu sehingga ke tahap yang lebih tinggi.
Aku mendesah apabila jari jemarinya dimainkan di bahagian areolaku. Lututku terasa longgar apabila disentuh di situ. Bayangkan jika aku berdiri, rasanya sudah lama aku jatuh terduduk atau mungkin rebah di dalam pelukannya. Hamka mendekatkan wajahnya ke arah dadaku.
"Nak buat apa?" Aku memandangnya dengan mata yang hampir tertutup, terlalu berat menampung nafsu.
Hamka bagai dirasuk. Matanya tidak lepas daripada memandang bahagian areolaku. Apabila bibirnya menyentuh di situ, satu desahan keluar dari bibirku. Desahan yang penuh nikmat. Semakin Hamka rakus menghisap dan meramas buah dadaku, semakin rakus bibirku mengeluarkan desahan yang mungkin seperti satu pendorong agar Hamka meneruskan kerjanya.
Badanku kekejangan. Aku terkulai lemah. Tiada lagi desahan yang keluar, hanya nafas kepenatan yang meniti di bibir. Hamka mengangkat wajahnya lalu memandangku.
"Seronok? Ni prolog untuk honeymoon kita tau?" Jelas Hamka sambil mengukir senyuman, manis.
"Prolog? Macam dalam novel je. Ada ada jelah abang ni." Aku menampar lengannya dengan kuat. Dia seperti biasa, langsung tidak mengaduh. Malah tanganku pula yang terasa pedih.
"Kalau dalam novel, agaknya apalah tajuk novel tu kan? Mungkin Adikku, Isteriku. Eh, mana boleh. Kalau macam tu kiranya abang kahwin dengan Zahralah. Tapi ni bukan Zahra, ni Rose." Matanya memandang ke arah siling. Mungkin sedang memikirkan nama novel untuk kisah cinta kami.
"Pelacur. Senang kan? Cerita je jalan hidup sayang. Wow, banyaknya liku kehidupan!" Ujarku bersungguh sungguh. Tiba tiba terasa berminat dengan topik yang dibuka Hamka.
"Ish! Apanya tajuk pelacur. Bagilah nama elok sikit. Macam nama sayang sendiri ke, jadilah tajuk novel tu Rose. Simple kan?" Balas Hamka. Bernas juga ideanya itu. Aku mula berkira kira untuk mula menulis novel suatu hari nanti, mungkin selepas berbulan madu. Mungkin, masih belum pasti.
"Agaknya orang suka tak baca novel kisah hidup sayang? Mesti orang cakap sayang ni bodohkan? Bila dah dikaburi dengan duit, sanggup jual diri. Sadis." Ujarku sayu. Tapi bagus juga kan? Sebab akhirnya dapat jumpa Hamka.
"Mestilah orang suka. Ditambah lagi dengan Hamka yang sado."
"Dan yang pandai memujuk Rose."
Kata kataku mengundang senyuman di bibirnya. Perasanlah tu. Aku menaikkan mata hitamku ke atas, cuba menunjukkan reaksi menyampah.
"Dah dah, jom kemas baju. Lepas asar nak gerak." Ujar Hamka sambil berdiri meninggalkan katil.
Mungkin perasan yang aku masih berbaring, dia berpaling ke belakang. Keningnya diangkat, cuba bertanya kenapa. Jadi sebagai jawapan, aku menghulurkan tangan kepadanya dengan harapan dia akan faham maksud yang aku cuba sampaikan.
Dan nasib baik, dia faham maksudku.
Share this novel