Bab 42

Romance Completed 207871

Selesa rasa badan bila dapat mandi walaupun tak seluruh badan. Jadi lah daripada lap-lap macam tu, rasa tak puas.

Intan selesakan diri duduk di atas katil. Sementara Caden pula selepas hantar Intan ke katil, dia ke bilik air semula untuk mengemas.

Tidak lama, Caden keluar dari bilik air. Basah bajunya kena air.

Intan punya pasal la ni. Main percik-percik air, macam budak-budak.

"Selesa?" soal Caden pada intan.

Intan mengangguk.

"Thanks abang" senyuman Intan berikan.

"Sayang nak apa-apa tak? Abang ingat nak ke cafe bawah ni." kata Caden sambil membetulkan kaki seluar yang ditarik ke atas tadi.

"Boleh juga. Kalau ada goreng-goreng macam mee ke bihun ke okey juga" pinta Intan.

"Okey. Abang turun sekejap. Ada apa-apa call abang" pesan Caden lalu dicium sekilas bibir Intan.

Sebaik Caden menghilang di balik pintu, Intan mengeluarkan semula gambar yang diterima tadi.

Satu-satu wajah diperhatikan tapi satu pun tidak dapat beri apa-apa clue.

Apa yang pengirim gambar ni mahu. Kenapa baru sekarang muncul. Bertalu-talu soalan menyerbu di fikiran. Satu pun tak ada jawapan.

Buat sakit kepala ada la. Akhirnya gambar itu disimpan kembali.

Tiba-tiba pintu ditolak dari luar dan muncul jururawat membawa sejambak bunga.

Walaupun Intan bukanlah penggemar bunga tapi cantik.

"Puan, ni ada kiriman bunga untuk Puan" kata jururawat tersebut lalu menyerahkan jambangan bunga pada Intan.

Takut-takut juga Intan mahu menerimanya.

"Siapa yang bagi?" soal Intan sambil memandang wajah jururawat itu.

"Tak pasti la Puan tapi mungkin ada kad terselit" kata jururawat itu lagi.

Intan membelek jambangan bunga dan jumpa.

"Oh, ada." kata Intan sebaik menjumpai kad tersebut.

"Kalau macam tu, saya keluar dulu ye" ucap jururawat dan terus keluar.

"Terima kasih" ucap Intan pula.

Kad diambil dan dibuka.

'See you soon Adinda'

Terlepas kad dari tangan. Sudah lama Intan tidak mendengar nama itu.

Hanya mereka dari masa lampaunya sahaja tahu mengenai nama itu yang sudah lama tidak didengar.

"Sayang" panggil Caden yang baru balik dari membeli makanan.

Dilihat Intan sudah pucat wajahnya. Kalut Caden meletakkan makanan di meja dan Intan dihampiri.

"Sayang, hey sayang. Kenapa ni?" soal Caden sambil memegang kedua-dua pipi Intan.

"Hah! Apa?" soal Intan kembali.

"Sayang kenapa, apa yang tak kena?" soal Caden lagi.

Caden lihat ada sekeping kad pada tangan Intan bersama sejambak bunga.

Bunga dan kad diambil.

"Siapa yang beri?" walaupun Caden percaya Intan juga tidak tahu pengirimnya, Caden tetap bertanya.

Intan hanya menggelengkan kepala.

"Sayang tak tahu. Tadi jururawat yang hantar" terang Intan.

Caden mengambil kad dan membacanya.

"Siapa Adinda?" soal Caden hairan.

Mengeluh perlahan Intan.

"Abang ingat tak Abang Harun yang sayang ceritakan tu?" soal Intan pada Caden yang sudah pun mengambil tempat di kerusi bersebelahan Intan.

"Abang Harun yang suka layan sayang bermain tu kan. Kenapa dengan dia?" soal Caden sambil membuka bekas makanan yang dibeli tadi.

"Abang Harun yang mula panggil sayang Adinda. Sayang pun tak tau macam mana nama tu boleh timbul"

"Sejak dari tu, semua panggil sayang dengan nama Adinda sampailah sayang dijual pula ke sendiket peminta sedekah"

"Tapi lepas dari ayah ambil sayang jadi anak angkat, sayang dah lama tak dengar nama tu" terang Intan.

"Tapi kenapa pula sekarang boleh timbul semula nama tu?" soal Caden.

"Sayang pun faham." kuat Intan mengeluh.

"Sayang tak sedap hati la abang" luah Intan.

"Sayang jangan bimbang. Nanti abang bincang dengan Carlos macam mana. Sekarang ni, sayang makan. Abang suapkan" kata Caden lalu menyerahkan air minuman pada Intan untuk basahkan tekak. Kemudian disuap pula mee goreng.

Habis sebungkus mee goreng, kenyang Intan.

"Abang tak makan ke?" soal Intan. Bertuah dia mempunyai suami seperti Caden.

"Baru nak makan. Kenapa, lapar lagi?" soal Caden sambil bekas makanan dibuka.

"Eh tak. Dah kenyang. Sayang risau abang pula lapar" ucap Intan.

Dielus lembut rambut Caden yang berada di tepinya sambil tersenyum nipis.

"Kenapa ni..?" tanya Caden. Tidak jadi dia hendak makan apabila Intan berkelakuan begitu.

"Lah.. Kenapa tak makan?" tanya Intan pelik.

"Sayang abang ni kenapa?" tanya Caden kembali.

"Tak ada apa-apa, sayang cuma rindu abang. Abang makan la" kata Intan tapi tanggannya masih mengelus rambut Caden.

Adui la sayang.. Macam mana abang nak makan kalau sayang asyik buat macam tu. Dah la abang nak 'makan' sayang tak boleh. Merah-merah telinga Caden menahan rasa.

Laju tangan menyuap nasi goreng ke mulut, jangan silap suap ke hidung sudah.

Malam itu Caden sekali lagi menemani Intan di wad. Mujur ada sofa, di situlah Caden melepaskan penat badan.

Kasihan Carlos terpaksa membawa dokumen ke hospital untuk kelulusan Caden.

Intan yang sudah pun nyenyak diperhati. Pipi masih ada kesan lebam di situ. Lengan pula masih memakai anduh.

Kenapa la sayang suka kerja yang lasak macam ni..

Wajah Intan diusap lembut. Caden kemudian menundukkan wajah lalu melabuhkan cium di dahi.

Saya takkan benarkan apa-apa lagi berlaku pada awak, sayang.

Telefon dicapai, nombor Carlos di dail.

"Hello, mungkin petang esok Afrina akan discharge, kau datang sini dan minta Fahmi stay di rumah aku" arah Caden.

Panggilan dimatikan. Dia perlu berhati-hati.

Caden tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku. Caden tahu Cleine masih lagi bebas tetapi tidak tahu di mana dia berada sekarang.

Nyawa Intan dalam bahaya kerana Caden pasti Cleine sudah pun tahu identiti Intan sebenarnya.

Jika leka, tak mustahil perkara buruk boleh berlaku.

Pada papa juga sudah dimaklumkan berkaitan serbuan di hotel.

Mujurlah tidak kecoh semasa serbuan dibuat, jika tidak pasti menjejaskan imej hotel yang selama ini mempunyai rekod baik.

Papa akhirnya menarik nafas lega kerana aktiviti Cleine di hotel tersebut dapat juga dihentikan.

Cuma menjadi masalah sekarang, Cleine masih lagi bebas.

Cleine hanya menunggu masa yang sesuai untuk melakukan sesuatu dan yang paling membimbangkan jika Intan yang menjadi sasaran.

Caden telahpun mengerahkan anak buahnya untuk mengesan Cleine tapi masih belum ada berita.

Caden kembali ke sofa dan melabuhkan duduknya. Dengan keadaan sekarang, mata cukup payah mahu lelap.

Tubuh Intan di atas katil direnung penuh kasih.

Selepas semuanya selesai, Caden mahu memperkenalkan pada semua bahawa Intan Afrina adalah isterinya.

+++

"Assalamualaikum Intan, Qi. Intan pagi ni macam mana?" soal Doktor Dani yang datang membuat pemeriksaan rutin.

"Alhamdulillah.. Dah semakin baik. Rasa denyut pada tempat luka pun dah kurang" terang Intan.

"Hm.. Intan nak balik ke atau masih suka tinggal di sini?" soal Doktor Dani.

Sengaja bertanya walaupun tahu, pasti jawapannya nak balik. Tau sangat peel pesakit. Mana ada yang suka tinggal di hospital.

"Nak balik la.. Boleh ke?" soal Intan ceria.

"Kau tengok, dengar pasal balik laju je" kata Doktor Dani pada Caden yang berada di sebelah Intan.

"Boleh. Tak ada masalah, petang sikit dalam pukul dua macam tu" kata Doktor Dani sambil menulis sesuatu pada fail di tangannya.

"Alhamdulillah.. Lega dengar. Thanks Doktor" ucap Intan dengan senyum lebar.

"Thanks Dani" ucap Caden pula.

"Lepas settel bil, ambil ubat dan dah boleh balik" kata Doktor Dani lagi.

Intan dan Caden hanya mengangguk.

"Kalau macam tu saya keluar dulu" ucap Doktor Dani lalu melangkah keluar.

"Suka la tu dapat balik" usik Caden.

"Mesti lah.. Tak sabar" kata Intan sambil tersenyum.

Caden hanya menggeleng kepala dengan telatah Intan. Tak padan dengan sakit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience