Bab 11

Humor Series 9625

Berikan crush anda hadiah!Agar dia mengetahui bahawa diri dia dihargai oleh anda!

***
Aku bergerak menuju ke kelas Firash.Kelas tersebut sunyi tidak berpenghuni.Ramai dah keluar rehat lah kut.

Dengan cepat aku masuk kedalam kelas tersebut dan bergerak menuju ke meja Firash.
Nasib aku pernah terdengar kedudukan meja dia.So,agak senang lah aku nak jalankan misi ni.

Coklat bar yang disertakan kad yang hanya ditulis huruf N diletakkan di bawah meja Firash.Kemudian aku menoleh ke kiri dan ke kanan.Tak ada orang!Cantik lah!Segera aku keluar dari kelas itu.Takut pulak orang nampak.Hish susah aku nanti.

Aku bergerak ke kantin.Kelihatan Natalein sedang makan bersendirian.Kesian dia.
Lalu aku duduk di hadapannya.

"Oi pergi tandas lamanya kak.Sembelit ke apa?"ujarnya.
"Haah.Sakit perut lah weh.Memulas2 nih..Semalam aku makan apa yaaa?"Kepala yang tidak gatal di garu2.

"Hmm ada2 jela kau ni.Banyakkan minum air!Nanti tak delah sembelit aja"ujarnya sambil menghulurkan botol air aku.Botol itu bertukar tangan.

Lantas aku meneguk air itu.Huh lega rasanya.

Jam di tangan dikerling.
"Oh my!cepat jom balik kelas!Dah lambat dah ni"ujar aku menarik tangan Natalein.
"Ha yelah2"Dia mengikut aja ajakan aku tuh.

Dalam perjalanan balik ke kelas,Aku mengheret Natalein mengikut jalan yang lain pula.Ada satu jalan tu kami biasa gunakan sebagai shortcut menuju ke kelas.Masa pun jimat.Tapi harini aku nak gunakan jalan biasa.Jalan ni agak jauh sikit sebab kami akan lalu semua kelas di situ.Dan kelas Firash termasuk di situ.Aku saja nak ikut laluan ni sebab nak tengok reaction dia bila tengok coklat tu.

"Aduh kata dah lambat tadi,kenapa ikut sini?"soal Natalein yang masih mengikut gerakan aku.

"Alahh saja je,asyik lalu sana je.Bosan la"bohong aku.

Satu persatu kelas di lalui.Kemudian kami melalui kelas Firash.Kelihatan dia sedang meraba2 bawah mejanya dan mengeluarkan coklat Cadburry yang aku letakkan sebentar tadi sambil tersenyum.

Kemudian aku terlihat Idlan di sebelahnya memandang aku dengan berkerut.
Alamak lupa yang Idlan deskmates Firash.Lalu aku menarik tangan Natalein lalu segera berjalan ke kelas kami.

***
"Ish kau ni pelik betul la hari ni"ujar Natalein.Menoleh kearah aku.

"What?Mana ada.Biasa je"balas aku.
Muka selamba ditayang.

"Kalau kau buat benda bukan2 kat belakang aku..Jaga eh kau!"Matanya yang besar di kecilkan.

Aku tersedak.
"Aihh mana ada..kau pun tahu kan,kalau aku buat apa2 mesti bagitahu member kot"Aku cuba untuk menyakinkanya.

Natalein memandang kearah aku.Matanya dikecilkan.Boleh percaya keni?

Please percaya please! berulang kali ayat itu diucapkan dalam hati aku.

"Hmm ok fine..Aku percaya"ujar nya.
"Haa..macam tulahh"

Aku menoleh ke sisi.Keluhan dilepaskan.
Fuhh!Nasib baik percaya.

***
Balik dari rumah je,macam biasa aku dan Idlan mesti akan berborak pasal cerita kat sekolah.

"So macam mana cerita kat kelas?Okay ke?Aku nampak kau tengok aku kat luar tadi..ke kau tengok orang kat sebelah aku?"sakat aku.Aku menyiku Idlan sambil tersenyum2.

Idlan ketawa.
"Haah aku tengok dia.Tengok kau apa guna?Bukan cantik pun wekk!"lidah dijelirkan kepada aku.Ish budak ni

Pap!Kepala Idlan aku ketuk.Nah sakit tak bang?

"Aiyooo amma appa!"ujar Idlan sambil mengosok kepalanya dan menunjukkan reaksi sakit.

"Ceh mengada je lebih kau ni"ujar aku.
"Ishh kau ni sikit2 nak pukul orang.Garang lah!Macam ni nanti tak laku kau nanti"

"Aishhh!!"Sekali lagi aku mengangkat tangan mahu memukul kepala Idlan tetapi tidak jadi apabila dia menunjukkan reaksi mahu mengelak.Sakit sangat ke?

"Ishhh.Kau ni"ujar Idlan.
"Haa cer cerita pasal kelas kau pulak.Tadi aku dah ceritakan.Now your turn"ujar aku.

Idlan mengerlingkan matanya keatas.
"Hmm yelah..tadi lepas rehat ada orang bagi coklat dekat Firash"ujarnya.

"Then?"kening aku diangkat.Muka selamba ditayang.Tapi dalam hati berkobar2 nak tahu.

"Coklat tu aku makan!Heeeeee"sengih Idlan menunjukkan gigi putihnya yang teratur.

"What?!"ujar aku terkejut.
"Asal kau makan!"marah aku.

"Lah asal pulak kau marah."ujar Idlan pula.
"Tak delah,orang penat beli khas untuk dia kut..senang2 je dia bagi kat orang lain."ujar aku

"Ish kau ni,memang selalu macam tu lah.Kau bukan tak tahu yang si Firash ni ramai fans.Setiap hari mesti ada je orang letakkan hadiah bawah meja dia.Tapi akhirnya dia bagi kawan2 dia pulak.So apalagi aku ambik jela.Dah rezeki nak buat macam mana en en"Idlan mengangkat keningnya.

Hati aku membara.Ish!plan tak menjadi lah!Sia2 je duit aku masuk dalam perut si Idlan ni pulak.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience