Bab 1

Action Series 9408

BAB 1

“Aku nikahkan kau Zul Aliff Bin Syukri dengan anak perempuanku Dania Aryanna Binti Muhammad Farid dengan mas kahwinnya 300 ringgit, tunai.”

Ucap ayah sambil tangannya erat mengenggam tangan Aliff. Setelah itu matanya memandang Aliff yang kelihatan gembira dengan perkahwinan ini.
“Aku terima nikahnya Dia..”
“Stop!”
Jerit Anna yang sepatutnya nikah dengan Aliff pada majlis itu. Anna segera bangun tetapi dihalang oleh ibu tirinya.
“Anna, Jangan Malukan ibu dekat sini!”
Bisik ibu tirinya keras. Aliff pula ingin menyambung akadnya. Anna segera merentap pegangan ibunya lalu dengan segera bangun apabila dia melihat Aliff ingin menyambung akadnya.
“Kau sambung akad kau, kau percaya dengan aku, aku akan musnahkan hidup kau!”
Jerit Anna tegas pada Aliff. Ayah Anna memandang Anna dengan wajah tenang. Dia tahu anaknya bagaimana. Perkahwinan yang diatur memang tidak sama sekali dia akan terima dengan rela hati. Cuma isterinya sahaja yang terlalu memaksa.
“Ayah! Semua isteri ayah cakap ayah setuju ya. Langsung tak fikir perasaan Anna!”
Kata Anna berang. Aliff segera bangun cuba menenangkan Anna yang sedang berang.
“Anna, Cuba bertenang dulu. Malu sikit dengan tetamu yang datang.”
Anna tersenyum sinis.
“Tahu pula malu? Paksa anak dara orang kahwin dengan kau, tak malu pula?”
Kata Anna sinis. Ibu cuba menarik Anna tetapi ditepis.
“Hello ? Don’t touch me! Kau bukan mak aku nak tentukan dengan siapa aku kahwin.”
Ibu tiri Anna memandang dia geram. Tujuan dia mengaturkan perkahwinan ini adalah kerana dia inginkan Anna sebagai orang tengah untuk membolot harta keluarga Aliff tetapi dia lupa anak tirinya itu keras kepala.
Tiba-tiba sahaja ibu kepada Aliff menyampuk.

“Eh, Fatimah! Kau kata Dania ni dah setuju nak kahwin dengan Aliff kan ? Kenapa harini lain pula?”
Soal Suraya ibu Aliff.
“Mummy.. Macam ni ceritanya, Dania tiada dekat rumah waktu saya datang melamar. Jadi Ibu Dania dah setujukan untuk pihak Dania.”
Kata Aliff cuba memenangkan ibunya. Wajahnya kemerahan malu mungkin dengan adegan dimajlis nikahnya itu.
“Setuju on behalf aku? Yang nak kahwin siapa? Aku ke mak tiri aku ni? Apa yang aku, tahu bila aku bangun tidur harini aku kena pakai pakaian macam ni. Kau ingat aku tak naik angin bila jadi macam ni?”
Balas Anna sinis sambil merujuk kepada dress nikahnya.
“Aku tak pernah setuju nak kahwin dengan kau. Kenal kau pun aku tidak. Kita pernah jumpa sekali je tahu tak! Sekarang ni kau sendiri yang malukan diri kau. Walau macam mana pun majlis ni tak akan diteruskan!”
Anna memandang ibu Aliff.

“Mak cik, saya minta maaflah terjadinya hal macam ni hari ni. Tapi sumpah demi Allah saya memang tak tahu menahu tentang majlis perkahwinan ni. Tunang? Cincin yang diberi oleh Aliff pun saya tak pernah tengok. Yang saya tahu, saya bangun tidur tadi cincin ni dah ada dekat jari saya.”
Kata Anna sambil menunjukkan cincin emas yang berada dijarinya. Dia segera buka dan memasukkan cincin tersebut pada poket baju melayu Aliff.
“Majlis ni memang tidak akan diteruskan. Untuk meminta bayaran balik yang telah pihak mak cik keluarkan untuk majlis ni, mak cik boleh tuntut dekat mak tiri saya yang memandai buat keputusan macam dia yang nak kahwin.”
Kata Anna sambil memandang ibu tirinya. Lalu dia berjalan pergi naik ke tingkat atas rumah.
“Macam manalah kau orang boleh buat majlis tanpa persetujuan pengantin perempuan?”
Bebel Anna kuat sambil kakinya laju memanjat tangga ke tingkat atas. Dia capai kunci kereta miliknya dan dimasukkan kedalam bag tangannya yang terletak di atas meja kecil ditepi katilnya. Pakaiannya ditukar dan dia segera mencapai beg tangannya Bersama beg pakaian yang tidak sempat dikemas semalam apabila dia pulang ke rumah dan kembali turun ke tingkat bawah.
Dibawah tetamu sudah beransur pulang. Hanya tinggal keluarganya dan keluarga Aliff. Ibu Aliff kelihatan sedang terduduk menangis.
Aliff menghampiri Anna.
“Dania, tolonglah. Jangan buat mummy aku macam ni.”
Rayu Aliff.

“Aku dari tadi terfikir. Macam mana kau orang buat majlis tanpa persetujuan aku and aku baru perasan tok kadi tak ada dekat majlis ni. Cuma ayah aku je yang ada. Ujian HIV pun aku tak pernah ambil and segala persiapan untuk daftar kahwin, isi borang apa semua tu aku tak pernah buat. 6 bulan aku tak balik rumah. Kau buat majlis ni tanpa kebenarankan? Kau tak mohon pada pihak berkuasa agama sebelum ni betul tak?”
Soal Anna mengabaikan pertanyaan Aliff. Aliff terdiam melihat kata-kata Anna. Anna tersenyum.
“Aku bukan jenis perempuan yang akan setuju je bila kena kahwin paksa macam ni. Jangan terkejut dengan personaliti aku. Jadinya kejadian hari ini adalah berpunca dari kau. Kau tak kenal aku siapa. Mesti kau ingat aku akan setuju je kan ? In your dream!”
Kata Anna sinis sebelum berlalu keluar dari rumah.
“Anna! Jangan keluar! Kau jangan nak Malukan ayah kau!”
Jerit ibu tiri Anna secara tiba-tiba. Riak wajah Anna berubah, amat jelas yang dia terhibur dengan kata-kata ibu tirinya.
“Ayah tak kisah. Aku tengok pun dah tahu.”
Kata Anna mengejek. Tangannya menunjukkan ke arah ayahnya yang sedang duduk bersilang kaki sambil tangannya memegang telefon. Matanya ralit melihat skrin telefon dan dia leka ketawa sambil melihat video kelakar di telefonnya.
“Ayah jangan lupa tukar nama rumah dan harta ke nama Anna. Ada manusia gila harta dalam rumah ni sampai nak suruh orang kahwin secara paksa.”
Sindir Anna kuat lalu terus berlalu pergi. Wajah Fatimah berubah merah. Malu mungkin.

XXXXXXXXXX

Anna duduk bersila di atas sofa sambil tangannya memegang secawan kopi dan matanya ralit melihat siaran yang di paparkan dikaca televisyen.
Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Anna melihat nama yang tertera di skrin telefonnya.
“Ayah…”
Dengan segera dia mengangkat telefonnya.
“Halu.. Ayah. Apa khabar?”
Soal Anna gembira.
“Anna duduk mana ni? Ayah baru lepas transfer duit belanja untuk kegunaan Anna. Kalau tak cukup bagitahu ye.”
“Anna duduk dekat rumah ibu. Ayah buat apa bagi duit dekat Anna? Anna bukan tak bekerja.”
“Tak apalah, Anna masih tanggungan ayah. Kewajiban ayah untuk jaga Anna. Keadaan ibu Anna masih tak tahu lagi ke?”
Soal Ayah risau akan keberadaan bekas isterinya. Kerana sikapnya yang leka bermadu kasih dengan wanita simpanannya, dia telah kehilangan isterinya yang amat dicintai.
“Tak ada langsung. Ibu cuma mesej Anna and cakap dia minta Anna jaga-jagakan rumah dia je. Lepas tu setiap bulan ibu masukkan duit dekat bank Anna. Sepanjang Anna duduk sini, tak pernah ibu balik. Anna rasa ibu tak ada dekat sinilah. Dia bawa hati dia ke tempat lain. Ayahlah gatal sangat.”
Selamba Anna mengutuk ayahnya. Ayah ketawa.
“Janganlah buat ayah serba salah lagi. Ayah ingat nak ceraikan Fatimah ni. Tapi mak dia tengah sakit. Siapa nak bayar bil hospital mak dia.”
“Ha! Sebab ayah lembut hati sangatlah dia pijak ayah tahu tak? Cubalah keras sikit. Anna tengok selamba sahaja dia berbelanja duit ayah. Lagipun betul ke mak dia sakit? Ayah pernah jumpa ke mak dia?”
Ayah terdiam mendengar pertanyaan Anna.
“See, tak pernah jumpalah tu. Percaya betul ayah dengan dia. Ayah nak Anna siasat tak?”
“Kalau Anna banyak masa terluang Anna siasatlah.”
Anna tersenyum.
“He he he.. Anna sentiasa banyak masa untuk kerja-kerja macam ni. Lagi pun Anna bukan buat apa pun kat office, setakat jadi admin senang sangat kerja Anna. Ayah ingat sikit. Ayah tu bukan kaya sangat. Setakat PA bos besar. Lama-lama duit simpanan ayah mesti habis. Dah lah tak lama lagi ayah nak bersara.”
Bebel Anna.
“Iyalah. Anna ayah ajak masuk kerja dekat sini Anna tak nak. Dekat sini banyak vacancy. Nak jadi pembantu peribadi pun ada. Semua tak tahan atasan dekat sini cerewet sangat.”
Kata ayah yang mengajak anaknya bekerja di syarikat dia bekerja sekarang.
“Jadi ayah nak Anna yang kerja sana. Sebab Anna dah faham perangai bos dekat sana betul tak?”
Soal Anna selamba. Ayahnya ketawa kecil.
“Mestilah. Bos ayah sendiri suruh ayah pujuk Anna. Dia kata pewaris ayah je mampu layan karenah mereka satu keluarga.”
Anna ketawa tak ikhlas. Dia dari kecil sudah biasa dengan keluarga bos ayahnya. Mereka tidaklah cerewet cuma mereka teliti. Terlalu teliti. Disebabkan itulah ramai pekerja tidak sanggup bekerja dengan mereka.
“Anna fikirkan dululah. Lagi pun kalau Anna kerja dekat sana. Anna ditugaskan pada siapa? Akak Sarah ataupun abang Taufiq?”
Tanya Anna merujuk kepada anak bos ayahnya.
“Mesti dekat Sarah. Mana boleh dekat Taufiq. Taufiq tu buaya darat. Habis dia kacau Anna nanti. Kalau tak dia kacau mesti kawan-kawan dia kacau Anna.”
Kata ayah berseloroh. Anna ketawa kecil.
“Anna yakin abang Taufiq tak kacau Anna. Diakan Abang Anna.”
“Okaylah Anna. Ayah nak gerak dulu. Kejap lagi ada meeting. Jaga diri ya.”
Kata Ayah.
“Okay. Ayah pun jaga diri juga.”
Kata Anna lalu dia terus mematikan talian.
“Ayah telefon ke tadi?”
Soal ibu. Anna tersengih. Ya, ibunya tidak pergi ke mana-mana. Cuma dia menipu ayahnya untuk kebaikkan ibunya. Mak tirinya dahulu kerap menyerang ibunya. Walaupun mereka sudah bercerai. Ibunya pun seorang yang lembut hati orang rampas suaminya pun dia diam je. Disebabkan kesian melihat kedukaan ibu dia, Anna membuat perancangan seperti ibunya sudah menghilangkan diri.
Anna tersengih pada ibunya sambil kepalanya menganggukkan kepala mengiyakan pertanyaan ibunya. Satu hari nanti dia yakin ibunya tidak perlu bersembunyi seperti sekarang. Dia akan pastikan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience