BAB 11

Family Completed 7198

Adra diam. Dia pandang mama. Mata mama berkedip sekali, memberi izin. Kemudian, dia paut tubuh mummy erat sambil memandang tepat pada Kax. Kax yang sedang tersenyum tenang menanti jawapan.

Dia pernah pilih jalan selamat kerana takut kecewa dan jatuh lagi. Tapi, rupanya pilihan yang dia ada juga selamat untuk dia lalui. Dan, Kax adalah jalan lurus untuknya terus mencari jejak ke syurga.

Ada senyum dalam tangisan. Adra angguk di bahu mummynya. Dan, senyuman itu dibalas oleh Kax. Tipis tapi cukup memberikan makna yang mendalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience