1.

Romance Completed 46610

"Kau kena bantu aku Aura. Tolonglah." Auni memujuk kembarnya agar mahu menggantikannya dalam perkahwinan yang dibuat oleh Papa dan Mamanya.

Aura Dan Auni adalah oasangan kembar seiras. Namun Auni lebih cantik dari segi bentuk badan dan dia suka memakai makeup yang boleh dikatakan tebal seinci diwajahnya.

Berbeza dengan Aura adiknya yang memiliki tubuh Chubby dan tak pandai bergaya seperti Auni. Dia lebih suka tampil dengan wajah asli yang dianugerahkan oleh Allah padanya.

Aura lebih bekerjaya kerana dia lebih cepat mesra berbanding Auni yang suka menghabiskan duit orang tuanya.

"Aura tak boleh. Masa pernikahan awak nanti, Aura akan pergi ke London seminggu atas urusan kerja." Kata Aura.

"Pa. Ma. Macam mana ni." Kata Auni.

TanSri Rasyid menapak kearah Aura yang sedang sibuk dengan Laptop didepannya.

"Aura. Bantulah Auni. Kali ni je." Pinta TanSri Rasyid.

TanSri Rasyid dan Puan Sri Rina terlalu sayangkan Auni berbanding Aura yang lebih disayangi oleh Puan Sri Zaiton, Ibu kepada Rasyid.

"Pa. Bukan Aura taknak. Tapi Aura ada perjalanan bisnes ke London." Kata Aura lagi.

"Papa tak kira walau apapun yang jadi Papa nak Aura yang akan bernikah dengan Mateen." Kata TanSri Rasyid.

Auni dan Puan Sri Rina senyum simpul dengan jawapan muktamad TanSri Rasyid.

"Kenapa nak paksa Cucu Bonda untuk menikahi Mateen sedangkan sebelum dia lumpuh dan terbaring Auni yang disayanginya." Kata Puan Sri Zaiton.

"Jangan masuk campur hal Rasyid Bonda." Kata Rasyid yang mula tak senang duduk apabila Bondanya turun menghampiri Aura.

"Kasih sayang kau pada Auni dah melebihi kasih sayang korang pada Aura. Sedangkan Aura anak kamu juga." Kata Zaiton.

"Boleh tak sekali ni jangan libatkan Aura. Biarkan dia dengan kerjayanya." Kata Zaiton lagi.

"Aura aku mohon kau bantu aku." Auni sujud dikaki Aura.

"Kau dah kenapa Auni?" Tempik Zaiton.

"Nenda, Takkan Nenda nak tengok Auni kahwin dengan lelaki cacat tu. Lagipun Auni boleh cari yang lain dengan apa yang Auni ada sekarang." Kata Auni sambil mengekpos badannya depan Zaiton dan Aura.

"Dengar tak apa Papa cakap ni Aura!" Tengking Rasyid apabila Aura buat tak tahu.

"Ye. Aura masih dengar tak pekak lagi." Kata Aura membalas.

"Tengok bila Papa cakap sepatah, Kau jawab sepuluh patah." Kata Rasyid.

Mereka bertiga meninggalkan Aura dan Zaiton duduk diruang tamu.

"Kenapa kamu terima Cu." Kata Zaiton.

"Takpelah Nenda. Aura dah selalu kena macam ni." Kata Aura.

"Sampai Aura sanggup nikah dengan lelaki yang benci Aura hingga ketulang Aura?" Kata Zaiton.

"Takpe. Nenda jangan risau. Sampai masa Mateen sembuh, Aura akan minta lepaskan." Kata Aura.

"Nenda sedih melihat Aura. Dari kecil mereka lebihkan Auni berbanding Aura." Kata Zaiton.

Aura hanya mampu senyum tawar pada Nendanya.

Dia juga tahu sejak dulu hanya Auni akan dapat lebih perhatian berbanding dirinya yang hanya disayangi oleh Nendanya.

Apa yang Auni dapat,Aura akan dapat juga tapi hanya bekas dari Auni. Aura tak pernah dibelikan baju atau gaun yang indah melainkan dari pasar malam dan lepas digunakan oleh Auni.

Namun dia hanya mampu memendam rasa. Hingga satu hari, Mateen anak dari sahabat Papanya bertandang kerumah bersama familynya dan mula rapat dengannya. Hingga pada suatu hari Auni memalukannya didepan Mateen hingga Mateen mula jijik melihatnya.

Sejak itu, Dia mula tahu dia hanya dijadikan bahan ejekan dan cacian Auni dan kedua orang tuanya.

Setiap kali dia bersembunyi dan menangis, Hanya Nenda dan Bik Sumi yang akan memujuknya.

Dan akhirnya hari ni semasa dia mampu hidup diatas kakinya sendiri dan mampu membuktikan kemampuannya dalam pelajaran hingga mampu mendabik dada atas segulung Ijazah yang dibawanya pulang dari London, Auni sekali lagi meminta padanya untuk melakukan perkara yang disaat ni difikirkannya terlalu bodoh.

"Nenda harap apa yang Aura buat sekarang ni adalah berlandaskan hati Aura dan bukan atas landasan paksaan." Kata Zaiton.

"Percayalah Nenda. Kebahagiaan Aura, Jodoh Aura dah ditentukan Allah. Ni adalah jalan hidup yang harus Aura tanggung dan Aura jalani." Kata Aura.

"Tapi Nenda sedih. Disaat Aura nak pergi atas urusan kerja, Aura terpaksa membatalkan semuanya disebabkan Auni." Kata Zaiton.

"Nenda Sabarlah. Ni maksudnya bukan rezeki Aura." Kata Aura lalu memeluk bahu Nendanya.

"Aura Cucu Nenda yang Nenda sayang sangat. Nenda doakan pernikahan ni akan kekal hingga ke jannah." Kata Zaiton.

"Aamin." Balas Aura.

Zaiton berlalu naik ke biliknya. Manakala Aura masuk kebiliknya yang berada didapur sebelah bilik Bik Sumi.

"Non. Ngak mau makan dulu." Kata Bik Sumi.

"Tak Bik. Aura tak lapar." Kata Aura lalu menghilang dibalik pintu biliknya.

Aura membersihkan dirinya untuk menghadap Sang Pencipta. Apabila dia merasa sakit tersakiti, dia hanya mampu menadah tangan kepadaNya dan memohon kekuatan Iman. Agar tak terfikir melakukan perkara dilarang olehNya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience