Rate

6

Romance Series 2170

Ian dan Ben selamba mengambil tempat duduk di meja bulat itu. Ben sempat senyum pada gadis yang duduk di sebelah kanannya.

Jj membalas dengan senyuman kelat setelah perasan akan riak muka Sofia berubah melihat Ian.

Sudu dan garfu diletakkan di atas pinggan. Dia baru sahaja ingin bangun daripada duduk nya apabila tangannya dipegang. Wajah manusia yang membantutkan langkah nya dijeling sekilas.

"Fia.."

Serentak Ben dan Jj memanggil.

"Apa hal? Aku nak buat air untuk korang berdua ni. Tak nak air ker?" Sahut Sofia kasar.

Ian melepaskan pegangan nya. Malu weh...ingat kan dia nak lari tadi...

"Ian...Ben ada bagitau aku pasal apa yang jadi..."

"Sokay...I dont wanna talk about it..."pintas Ian sebelum Jj menghabiskan ayatnya.

Sofia datang bersama dulang di tangannya. Dua gelas besar dan tinggi diletakkan di depan Ben serta Ian.

"Korang berdua makan nasi atau mee?"soal Sofia persis pelayan.

"Makan nasi jer lah." Ben menjawab.

Sofia hanya mengangguk sebelum dia berlalu lagi ke dapur.

"Sejak bila Fia kerja sini?" Ian tertanya-tanya.

Jj tergamam,tidak menyangka Ian akan menyoal soalan sebegitu. Namun,dia berjaya menyembunyikan riak wajahnya.

"Ha'ah...Saya pun nak tahu juga ni". Ben juga menyampuk.

Hai lah Ben..yang kau pun menyibuk juga nak tahu ni asal?????

"Ermm...."Jj memikirkan ayat atau lebih tepat lagi,temberang yang akan dia keluarkan. Tiba² matanya melihat kelibat Sofia keluar daripada dapur dengan menatang dua pinggan nasi di tangan nya.

Ting! Sebiji mentol menyala di kepala Jj.

"Lebih baik korang tanya dia sendiri...."ayat melepaskan diri si Jj.

Sofia yang baru sampai,duduk setelah meletakkan dua pinggan nasi di hadapan dua orang lelaki itu.

"Fia...bila kau kerja sini?"Ben..memang orang yang straight forward terus menyoal.

Sofia menjungkitkan keningnya.

"Asal tanya?"

"Nak tahu jer..."

Sofia menghembuskan nafas.

"Sejak dari dulu lagi..."jawab Sofia tanpa perasaan.

Ian merenung tajam ke arah Sofia. Tak puas hati dengan jawapan yang diberikan.

"Ni..yang kau tetiba nak tahu pasal apa?" Soalan Sofia menyebabkan Ben melihat ke atas.

Berfikirlah tu...nak bagi jawapan apa...

Sofia mencebik.

"Aku yang suruh dia tanya.." Ian menjawab..back up Ben.

"Asal tak tanya sendiri?"provok Sofia. Sudu yang baru diangkat tadi,diletakkan semula. Dia tak mainlah..cakap sambil makan. Kang terpelanting keluar makanan...

"Kalau aku yang tanya,kau akan jawab ke?"balas Ian.

"Kau tak tanya mana kau tahu?"Sofia memandang tepat ke mata Ian.

"I know you.." Ian masih tidak mau kalah.

"Try me..." Begitu juga dengan Sofia.

"Sejak bila kau kerja sini?" Akhirnya,Ian menyoal.

"Sejak aku 20 years old.."Sofia menjawab selamba.

"Family kau tak tanggung kau lagi ker?" Masih tidak berpuas hati.

"They do...tapi aku saja..nak juga merasa makan duit sendiri.." Sofia menjawab dengan tenang.

"Baguslah..ingatkan makan hati selama ni.."sindir Ian. Sofia tersengih sinis.

"Buat apa nak makan hati? What a waste.."

Naik turun dada Ian mendengar...

"Perempuan kan? Boleh makan hati tetiba..without any reason..."

"Kau jangan nak mula!"bentak Sofia.

"...kalau tahu sebab pun,tak nak bagitau..rela lagi.."

"Ian!"Ben memberi amaran.

"...makan hati sendiri.."Ian menghabiskan ayat nya tanpa pedulikan amaran Ben.

Sofia mengetap gigi nya. Ikutkan hati,dia lenyek² mamat yang menyindir nya itu.

"So..kau yang tak makan hati tu,bagus lah? Bullied others..?"Sofia tak nak dianggap lemah. Atleast,not twice!

Giliran Ian pula yang mengetap gigi nya.

"Guys..stop it! We are in public. You should ashame of yourself!"marah Jj.

Sofia menghembuskan nafas geram nya. Dia melihat sekeliling..baru dia perasan mata staf² di situ daripada tadi memandang ke arah bos kecik mereka ni. Tak ketinggalan dengan pelanggan yang ada disitu. Live band yang ada, seperti nya,tidak menarik perhatian mereka kala ini. Typical type of some people,busybody with others business!

Sofia bangun...tidak tahan lagi dia menghadap perangai provokasion mamat di depan nya...

"Fia...sit!" Arah Jj. Sofia tidak peduli..Dia berlalu ke bahagian belakang restoran itu. Jj hanya mengeluh melihat kedegilan sahabat nya. Ben hanya memberikan pujukan pada Jj melalui mulut. Tapi tanpa suara..

"Dont worry..."

Ian hanya memandang kosong pemergian Sofia...kemudian,dia ketawa sinis.

"Sofia..Sofia..Sofia...masih macam dulu. Selalu lari daripada masalah!" Ian membentak di hujung ayat nya.

Dia stress...kalau begini lah reaksi Sofia..semasa dia masih mengawal amarah nya,tak mengapa...tak mengapa..

We have a long days to go,Sofia!

~~~~~~~~

Sofia pantas melangkah sebaik sahaja keluar daripada lif. Password rumah nya ditekan laju. Sebaik sahaja bunyi tit kedengaran,Sofia menolak pintu ke dalam. Kasut dilempar begitu sahaja. Plastik bag yang mengandungi barang Jj diletakkan di atas sofa. Marah,marah juga. Tapi,takkan nak biarkan sahabat nya yang kecik tu angkat semua barang. Kang bukan barang jer berterabur,dengan tuan punya barang turut berterabur.

Jj yang membuntuti langkah Sofia hanya menggeleng. Tahu sangat dengan perangai gadis itu. Nampak jer keras di luar,di dalam tu...huh..

Ibarat kaktus. Di luar nya nampak keras,berduri...namun di dalam,dipenuhi dengan air ..

Jj menghempaskan diri di atas sofa. Sudah satu tahun dia dan Sofia duduk di apartment ini. Sofia lah yang memaksanya duduk bersama di sini. Takut kata nya duduk sendiri.

Lagipula,dia dan Sofia sudah lama berkawan. Semenjak kecil lagi. Malah,ibu bapa kedua nya pun bersahabat baik. Sebab itu lah daddy nya membenarkan nya duduk di sini.

Jj memandang pintu bilik Sofia. Dia tahu rakannya itu merajuk. Tapi tak kan lama...

Walau bagai mana pun...dia tetap mahu memujuk.

Hot choolate dibancuh. Gelas dia yang tertulis Jj serta gelas Sofia yang tertulis Fiaaaa diambil. Hot chocolate tadi dituangkan ke dalam dua gelas itu.

Pintu Sofia yang tergantung nama pemiliknya itu diketuk.

Tiada jawapan. Jj terjah masuk sahaja. Bilik sahabat nya itu tersusun kemas.

Hanya lampu malam daripada kepala katil berwarna biru gelap yang menerangi bilik itu. Bunyi di bilik itu pula dipenuhi dengan lagu instrumental piano.

Katil bersaiz queen berada di tengah². Terdapat meja kecil atau lebih dikenali sebagai meja lampu berada di sebelah kanan katil biru langit itu. Di atas kepala katil merupakan frame gambar ukuran maxi keluarga Sofia. Meja study pula menghadap dinding putih yang dipenuhi stick note berwarna warni. Di atas meja study itu terdapat tempat letak alat tulis serta lampu sahaja. Di sebelah meja study itu merupakan rak buku 4 tingkat.

Di dalam bilik itu terdapat dua pintu. Satu pintu bilik mandi manakala satu lagi pintu wardrobe Sofia. Di hadapan balkoni,terdapat sofa kecil serta kerusi berbentuk tangan dimana di tengah dua kerusi itu merupakan satu meja kecil segi empat.

Bilik Sofia yang telah di ubah suai ini hanya menggunakan dua tema warna iaitu biru dan putih. Begitu juga dengan perabot disini. Katil berwarna biru begitu juga dengan perabot lain. Lantai mozek juga turut bertemakan biru. Hanya dinding yang berwarna putih...Siling pula berwarna biru langit.

Jj berlalu ke balkoni.. menghirup langit malam. Mereka lewat sampai rumah...kira² pukul 11:36 pm.

"Apahal?" Sofia yang keluar daripada bilik mandi dengan menggunakan jubah mandi itu dapat menangkap figura seseorang di balkoni yang hanya dibataskan dengan tirai biru gelap itu. Siapa lagi,kalau bukan Jj..Dia kemudian berlalu ke wardrobe nya.

Jj mengikuti langkah sahabat nya itu.

Wardrobe yang besar dan lebar ruang nya itu tidak dihiraukan oleh Jj... Eh..dia tak hairan dengan semua ni.

"Kau...merajuk eh?" Soal Jj takut².

Sofia hanya menjeling nya sekilas. Tangan nya mencapai pijama warna biru. Dia tidak mempedulikan kehadiran Jj.

"Fia..please. "rayu Jj..harap sangat sahabat nya membalas.

"Ye..aku merajuk ni.."ucap Sofia.

Jj tersenyum sambil mengecilkan mata nya.

"Mana da orang merajuk mengaku dia merajuk?"usik Jj.

Sofia tidak menjawab.

"Kau tak nak keluar ke? Aku nak pakai baju ni"halau Sofia.

"Eleh..pakai jer lah. Tak yah nak mengada. Kita dua punya sama jer kay"selamba Jj berkata begitu dengan aksi gedik nya.

Sofia membulat kan mata nya. Ehh minah ni...

"Ehhh...sama ke,tak sama ke..my asset is belong to my future husband!"

Jj mencebik.

"Ye lah..ye lah..your asset is belong to future husband only,kan? Tuhan pun tak da hak kan???"perli Jj.

Sofia mengecilkan mata nya.

"Aku tengok kau ni kan...kecikkkk jer"Sofia memberi amaran.

"Aku memang kecik punnn" ujar Jj sambil menjelirkan lidah nya..dia laju berlari ke luar wardrobe itu.

Mereka berdua diam sambil menikmati minuman panas itu.
Sofia duduk di sofa manakala Jj duduk di kerusi tangan.

"So...?" Sofia mula bersuara.

Lama Jj memandang wajah sahabat nya itu.

Kening yang lebat,mata yang bulat,hidung tak mancung tak juga penyek..sederhana lah..tapi kecik. Comel jer. Bibir yang sederhana besar. Tak merah,tak juga hitam. Ada lesung pipi di kedua belah pipi. Pipi pauuu...

Sahabat nya ini boleh dikata kan cantik. Cuma tak secantik model² terkenal. Jika di make up kan,huh...persis wajah pelakon Filipin si Marian Rivera. Cuma bahu si klon Marian Rivera ni agak lebar..mungkin disebabkan dia suka berenang.

"Kau pehal tenung aku?"tidak selesa dia direnung lama oleh Jj. Kang aku cakap kau les..kau tak nak...

"Kenapa kau tak tanya dia?"soalan tergantung.

"Siapa?" Sofia layan kan je.

"Ian.."

Sofia menggigit isi pipi nya.

"You know you can ask..then decide,whether he is lying or telling the truth. "tenang Jj berkata.

Sofia tidak menjawab. Dia merenung ke luar balkoni.

"Fiaa.."panggil Jj. Takut fikiran sahabatnya itu melayang. Dah lah dia nak buat serious talk ni.

"You know the word...ego?"

Jj mengerutkan kening nya.

"Aku ego,Jj. Dalam masa yang sama,aku takut aku lebih terluka andai dia mengakui nya. Tapi kalau sebalik nya,aku tak mahu perasaan bersalah menghantui aku sebab percaya fitnah. Dan tak lupa..perasaan malu kerana percaya bulat² kata orang.."Sofia mengeluh.

Jj menarik nafas sedalam-dalam nya.

"I know some of the story..not everything..and Im guarantee you'll hurt when you knew it.."Jj menggigit bibir bawah nya.

"...but atleast you are not being fool by the intruders if you knew". Sambung Jj.

"I'll think about it..tidur lah..dah lewat ni..". Sofia menguap.

"Humm..besok ada kelas pagi...malas nyerrr.."rungut Jj.

Mereka berdua memang jenis yang...berperangai poker..

Gaduh lah sebesar mana pun..berbaik juga akhirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience