Bab 22

Romance Series 113890

"Tahniah Tuan Aniq, Tuan Syam kerana berjaya memberkas Mat Tinting. Selain dari kes ugutan, Mat Tinting juga terlibat dengan penjualan dadah di sekitar Lembah Klang ni. Sedikit sebanyak kita dapat juga membantu Cawangan Narkotik dengan rampasan yang telah dibuat. Tahniah sekali lagi" Tuan Yunus kemudian bangun dan berjabat tangan dengan Aniq dan Syam tanda tahniah.

"Terima kasih Tuan. Ini semua atas tunjuk ajar dari Tuan juga" balas Aniq.

"Kalau tak ada apa-apa kami keluar dulu Tuan" Syam meminta Izin.

"Baiklah, good job" ucap Tuan Yunus lagi.

"Masin mulut kau kan" kata Syam.

Aniq yang duduk bersandar di sofa dalam pejabatnya terus tegakkan badan memandang Syam yang duduk di sebelahnya.

"Ye la, masin mulut. Kau juga cakap hari tu kalau dapat tangkap Mat Tinting sebelum majlis nikah tu" ujar Syam bagi menerangkan maksud.

Aniq terus tertunduk.

Dah kenapa pulak dia ni.. Soal Syam dalam hati.

"Jadinya kes ugut tu dah settel la kan." soal Aniq macam tak percaya.

"Ye la. Dah tu kenapa? Kau jangan nak buat kerja gila Aniq. Majlis tak lama je lagi. Jangan nak buat benda bukan-bukan. Kau fikir sikit pasal Yus, mama, Amy dengan Pak Long dan paling penting arwah Uncle Syed." Syam ingatkan Aniq.

"Aku kesiankan Afya. Tidak cukup hanya aku yang sayang dan cintakan dia Syam. Lebih baik aku lepaskan dia sebelum dia betul-betul diikat dengan aku. Paling tidak, dia boleh cari jodoh dia sendiri" tutur Aniq lemah dengan wajah yang masih tertunduk.

"Hei, kau tak rasa ke Yus tu memang jodoh kau? Jodoh yang Allah hantar pada kau untuk kau lindungi. Kau pelindung dia Aniq. Fikir betul-betul. Jangan ikutkan hati." nasihat Syam.

"Ntah la, aku serba salah. Kalau aku teruskan macam aku pentingkan diri tapi kalau aku mengalah, aku sayangkan dia selain dari wasiat yang mengikat kaki aku ni" luah Aniq sambil bersandar pada sofa.

"Kau jangan fikir sangat. Sekarang ni kau fokus pada majlis kau. Benda lain tolak ke tepi" ucap Syam.

"Okeylah aku keluar dulu. Apa-apa call je aku. Aku ada di pejabat. Oh, lupa pulak. Isnin sampai rabu depan ada latihan menembak di Lapang Sasar KKB, kau pergi tak?" soal Aniq.

"Pergilah, kan semua pemegang senjata tetap kena datang. Lagipun rugilah kalau aku tak pergi. Sharpshooter kot" ujar Aniq sambil tersenyum senget.

"We will see" ucap Syam dan berlalu keluar.

****

"Macam tak percaya je kau nak kahwin Jumaat ni kan. Cepat betul masa berjalan" ucap Syam sambil mengisi peluru ke dalam megazin. Kejap lagi latihan menembak akan dimulakan. Aniq dan Syam masing-masing mengambil headphone dan megazin lalu menuju ke lapang sasar dan bersedia di tempat masing-masing sambil menunggu arahan dari JL yang bertugas.

"Sasaran hadapan, isi peluru, jalankan tembak" arahan telah diberi dan

Bang bang bang

"Isi peluru dan jalankan tembak"

Bang bang bang

"Kosongkan senjata dan keluar baris" arahan akhir JL berikan.

Senjata dilocok beberapa kali bagi memastikan tiada peluru di dalam chamber. Picu ditarik dan senjata dalam kunci selamat.

Kesemua sepuluh penembak ke hadapan mengambil kertas sasaran termasuk Aniq dan Syam.

"Wow! Berlubang kepala, memang tak sempat mengucap kalau macam ni" ucap Syam.

"Ala, kau pun apa kurangnya, cicir sebutir je pun" Aniq membalas.

Lalu kedua-duanya membawa kertas sasaran bersama megazin kosong ke amri untuk serahan. Senjata api dibersihkan sebelum disisipkan pada hoster masing-masing.

"Hm.. Kalau Tuan Aniq dan Tuan Syam yang tembak sasaran memang berlubanglah kepala jawabnya. Tak pernah tersasar" tegur ASP Ziana atau ASP Zack yang kebetulan baru sampai.

"Eh, Puan Zack. Tak ada lah. Kitaorang biasa-biasa je" balas Syam.

"Hm.. Siapa yang tak kenal dengan dua jejaka hot ni. Sharpshooter la katakan dah la hendsome sado pulak tu" puji Puan Zack.

"Puan ni, segan kitaorang Puan puji tinggi sangat" ucap Aniq sambil tersenyum.

"Nasib baik anak saya kecil lagi, kalau tak memang saya pinang jadi menantu" gurau Puan Zack.

Huh.. Ni dah sampai nak buat menantu memang seram. Yang makin seram, apabila anak-anak Puan Zack semuanya lelaki. Aku dan Syam saling pandang memandang. Tidakk.. Kitaorang bukan kunyit!!

Aniq dan Syam tak habis-habis ketawa pasal Puan Zack nak buat menantu. Seram wei.

"Kau tak nak je jadi menantu Puan Zack?" soal Aniq sambil ketawa tak habis-habis.

"Gila kau, anak dia semua lelaki kot, kau ingat aku kunyit?" ucap Syam lantas ketawa bergabung antara Aniq dan Syam dalam kereta.

Tiba-tiba Aniq senyap. Eleh.. Ingat buah hati dia la tu.. Kata Syam dalam hati.

"Kau dah kenapa tiba-tiba diam? Ingatkan Yus la tu. Dia je yang selalu panggil kau abang kunyit kan" usik Syam sambil mata dikelip-kelipkan.

"Sudah la kau" balas Aniq sambil menumbuk bahu kiri Syam.

I love it when you call me senorita

I wish i could pretend i didn't need ya

But every touch is ooh la la la

It's true la la

Ooh i should be running

Ooh you keep me coming for ya

Bunyi ringging telefon Aniq.

"Eh, Afya call la. Tak pernah call, biasa whatsapp je, itu pun perkara penting" ujar Aniq pelik.

"Rindu la tu. Jawab la cepat" suruh Syam sambil tersengih-sengih.

Laju Aniq meneken butang hijau.

"Afya.. Slow slow, saya tak faham awak cakap apa. Tarik nafas hembus. Sekarang cakap. Okey, sekarang ni awak masuk dalam kereta, hidup enjin dan switch on air-cond. Lock semua pintu kereta, tunggu sampai saya datang dan jangan sesekali keluar dari kereta. Sekarang awak send location." arah Aniq.

"Kenapa?" soal Syam sebaik Aniq mematikan panggilan.

"Kita perlu jumpa Afya sekarang." jawab Aniq.

****

Sampai sahaja, laju Aniq turun dari kereta mendapatkan Yus. Cermin kereta diketuk, Yus pantas membuka pintu kereta dan keluar.

"Afya, apa yang berlaku" pantas Aniq bertanya.

"Tayar kereta saya, empat-empat kena tikam dengan benda tajam sampai pancit. Saya tinggalkan kereta kat sini tak sampai tiga puluh minit. Bila saya datang balik dah jadi macam ni. Awak cakap orang yang ugut saya hari tu dah kena tangkap. Habis siapa pulak yang buat semua ni" hambur Yus, merah-merah mukanya menahan marah dan tangis mungkin.

Sewaktu sampai tadi Aniq sudah nampak keadaan tayar kereta Yus dan Aniq juga terkejut macam mana boleh berlaku.

"Aniq, aku rasa ada orang ekori Yus la. Kalau tak, macam mana boleh tau Yus ada kat sini." terang Syam.

Aniq kemudian memeriksan keempat-empat tayar dan memang tak syak lagi tayar ditebuk dengan benda tajam, ikut pada kelebaran kesannya, mungkin pisau atau lebih tepat pisau rambo atau kata lain pisau spring.

Di atas salah satu tayar Aniq nampak seperti kertas yang diselitkan pada kesan tebukan tersebut. Aniq tarik perlahan-lahan. Dalam kertas tertulis.

'Aku tau kau akan jumpa kertas ni Tuan Aniq'

Bergerak-gerak rahang Aniq menahan geram. Siapa pula kali ini. Jika dia yang menjadi target, kenapa pula Afya yang menjadi mangsa. Arghh!!

"Syam, kau dah call budak-budak?" soal Aniq.

"Dah, tapi kawasan sini tak ada CCTV. CCTV Majlis Bandaran pun tak ada. Aku dah minta Man call towing. Kejap lagi diaorang sampai. Kau balik dulu dengan Yus. Tak pe, kereta aku tunggu. 10 minit lagi Man sampai" terang Syam.

"Mari Afya saya hantar awak balik" ajak Aniq.

Yus kemudian membuka pintu penumpang belakang keretanya lalu mengambil barang-barang dan masuk ke dalam kereta Aniq. Hari ni baru hari pertama Yus masuk pejabat arwah Tuan Syed setelah lama berehat. Sebelum ini hanya Amy yang menguruskan syarikat dengan dibantu Pak Long.

Ingatkan hari ni saja nak melawat syarikat arwah abah, tak sangka pula jadi macam ni.

"Tuan Aniq, saya minta maaf sebab dah susahkan awak. Saya dah call Amy tadi tapi dia ada dengan client di Putrajaya. Saya tak tau nak call siapa dan maaf jugak sebab tinggi suara dengan awak tadi" Yus memohon maaf.

"It's okey, saya dengan Syam baru selesai latihan tembak tadi. Kitaorang pun memang dah on the way balik. Hm.. Awak okey ke?" soal Aniq simpati. Cuma kali ini Aniq dapat rasakan bukan Yus target utamanya.

"Saya tak tau nak cakap okey atau tak. Saya pelik. Bukan ke orang yang ugut arwah abah dan yang buru saya tu dah kena tangkap dan ada di penjara?" soal Yus pelik.

"Ye, lelaki tu digelar Mat Tinting. Dia sekarang berada di penjara Sungai Buloh sementara menunggu untuk dibicarakan" terang Aniq. Serba salah untuk Aniq berterus terang kerana apa yang Aniq lihat suspek yang melakukan perkara ini kenal dirinya. Maaf Afya saya tak tau siapa dan kenapa awak yang menjadi target.

Sunyi seketika suasana dalam kereta.

"Awak dah makan ke belum?" soal Aniq pada gadis disebelah yang dilihat hanya diam dan memandang ke luar.

"Belum lagi. Tak apa lah. Hantar saya balik rumah je, Mak Minah dah masak. Nanti kalau tak makan, membazir pulak makanan tu." ucap Yus.

"Kalau macam tu saya terus ke rumah Afya la" ucap Aniq lalu menambah kelajuan kenderaan.

****

"Assalamualaikum" ucap Aniq dan Yus serentak.

"Waalaikumsalam. Akak, abang Aniq, masuklah. Kak, kau okey ke? Macam mana boleh jadi?" soal Amy.

"Eh abang Aniq, jemput masuk. Boleh kita makan sekali" ajak Amy.

Aniq angguk lalu mengikut dua beradik itu dari belakang ke meja makan.

"Akak pun tak tau la Amy. Siapa lagi la yang tak puas hati dengan akak ni. Diaorang nak apa sebenarnya. Kalau berani sangat datang depan-depan biar akak patahkan tengkuk." ucap Yus. Geram sungguh.

Aniq dan Amy melepaskan tawa.

Eh, diaorang ni. Aku sungguh-sungguh boleh ketawa pulak.

Hai la, garang-garang pun comel. Kata Aniq dalam hati.

****

Setelah membersihkan badan dan memakai pakaian, Aniq berjalan menuju ke Bilik Kerjanya. Telefon dicapai, nombor Syam didail.

"Assalamualaikum. Syam, macam mana dengan kereta Afya?" soal Aniq.

"Waalaikumsalam. Kereta esok baru siap. Tadi dah lewat, bengkel dah nak tutup." terang Syam.

"Ada apa-apa info ke pasal kejadian tadi?"

"Belum ada apa-apa lagi. Kau rasa siapa pulak kali ni?" tanya Syam.

"Aku rasa orang yang buat perkara ni target aku" terang Aniq.

"Kenapa kau cakap macam tu pulak?" soal Syam pelik.

"Esok aku tunjuk pada kau. Okey lah jumpa esok. Assalamualaikum". Aniq akhiri panggilan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience