RAFENA berbasikal melalui lorong kecil itu seperti biasa. Dari jauh, kelihatan sebuah motor honda berwarna merah berhenti betul-betul di tengah laluan.
"Siapa pula tu?" Soal Rafena seraya memperlahankan kayuhan dalam keterpaksaan. Sudahlah jalan yang sedang dia lalui itu, berlubang dan berbecak.
Rafena terpaksa mengayuh basikal Chopper miliknya dengan penuh berhati-hati sebelum tiba di hadapan pemuda berkenaan dek jalan yang berlubang sana-sini.
"Kau nak apa lagi?" Tanpa salam Rafena terus menyoal tatkala tiba, tanpa mahu menuruni daripada basikal. Rafael juga tidak turun namun dia menaikkan wiser helmet. Panjang sengihan dia hulurkan buat gadis pujaan hati.
Namun Rafena sekadar memberi senyuman antara ikhlas dengan tidak. Rafena agak rimas dengan pemuda itu sebenarnya.
Mana taknya, tak faham bahasa!
"Fena, kenapa kau ni sombong sangat dengan aku? Dengan Mail, dengan si Leman tak pulak? Apa kurangnya aku ni ?" Soal Rafael sedikit tegas. Dia soal elok-elok tapi dapat jawapan macam apa je.
Sakit jugak hatinya !
"Sebab kau tak pernah nak faham bahasa! Sudahlah aku nak cepat ni!" Gadis manis itu terus menghamburkan luahan yang terpendam.
Dalam masa yang sama, Rafena cuba menyorong basikalnya ke hadapan namun sempat di halang oleh Rafael.
"Ya, memang aku tak faham. Dan takkan pernah faham!" Tukas Rafael makin menekan.
"Aku nak cepat ni, Raf. Boleh ke tepi sedikit tak?" Rafena beralasan dengan percubaan kali kedua, menuntunkan basikal supaya makin ke depan. Ingin saja rasanya dia merempuh tubuh degil Rafael yang enggan berganjak walau selangkah!
"Fena, sabar ok. Aku nak cakap sekejap je.
Takkan, itu pun tak boleh? Tak manis, gadis semanis engkau berkelakuan begini ..." Rafael cuba menyentuh rambut Rafena, dengan pantas Rafena menolaknya kasar.
"Lagi sekali kau cuba berkurang ajar! Aku akan menjerit!" Rafena semakin bertegas. Suara juga sengaja dia lantangkan dengan harapan, ada yang mendengar nak datang membantu.
"Oh… nak menjerit… Hah, menjeritlah! Jeritlah!" Cabar Rafael tersenyum sinis seraya mendepangkan lagi kedua-dua belah tangannya. Dia tahu laluan yang sunyi itu, mustahil ada orang yang lalu-lalang .
Handle basikal semakin erat Rafena genggam hanya menanti masa yang sesuai. Bohonglah jika dia tak takut berduaan begini dengan Rafael apatah lagi, di tempat yang sunyi sebegini. Hari pula makin lewat petang.
"Kau jangan cuba apa-apakan aku!"
"Abang nak buat apa sayang?" Sindir Rafael sengaja ingin mempermainkan lagi perasaan gadis yang semakin pucat tampangnya itu. Sengaja dia cuba menghampiri dan sengaja juga dia cuba memegang handle basikal gadis itu.
"Aku kata jangan dekati aku!" Bentak Rafena semakin sakit hati.
Makin dilayan, makin menjadi perangainya itu. Rafael tersenyum mengejek.
"Fena, janganlah sombong sangat dengan aku… jijik sangat ke aku ni, Fena? Mentang- mentanglah aku ni takde kelulusan macam kau, Tapi… kau kena ingat… aku te....tap ada ' keistimewaan' ..."
Rafena semakin gelisah apatah lagi di ugut begitu. Rafael pula meliarkan renungannya atas dan bawah. Nasiblah Rafena mengenakan baju kurung bukan ketat-ketat seperti gadis lain dalam kampung mereka.
Rafena menghela nafas panjangnya.
"Aku bukan pandang hina pada kau Raf, tapi aku harap kau memahami aku. Aku memang tak bersedia untuk bercinta lagi, apatah berkahwin. Aku memang takde sesiapa lagi dalam hidup aku. Aku minta maaf jika selama ini, aku berkasar pada kau ," ujar Rafena kembali lembut. Dia cuba bermain psikologi sama seperti Rafael.
"Tapi Fena… aku memang serius terhadap kau. Aku janji, aku akan cari kerja elok-elok kalau kau sudi menjadi kekasih aku..." Rafael yakin, masih ada ruang lagi di sudut hati gadis bernama Rafena.
Satu bunyi tembakan bergema dan memeranjatkan pasangan itu. Mungkin pemburu dapat menembak buruan mereka di hutan belakang laluan.
Akibat dari itu, akhirnya Rafena dapat membolosi dirinya dari halangan Rafael yang terlangut-langut memandang arah langit yang penuh dengan kumpulan burung berterbangan.
"Baliklah Raf! Hari makin gelap. Kang tak pasal-pasal terserempak dengan pak belang pulak!" Rafena tersenyum sambil menjerit dengan nada mengejek pabila basikalnya sudah jauh ke depan. Kemudian dia kayuh semula basikal meninggalkan Rafael yang lopong.
"Fena!!!" Rafael memanggil dari jauh namun Rafena melajukan lagi kayuhan. Hari sudah mahu malam dia tidak mahu dimarahi pula jika terlewat balik rumah.
"Sampai hati tinggalkan abang, Fena sayang…" Rafael bersuara lirih dan kecewa kerana gagal lagi. Menghidupkan enjin motornya semula.
"Tak apa. Tak apa. Kali ni kau terlepas! Akan datang, akan aku pastikan… kau takkan terlepas dari aku! " Tekad Rafael tersenyum penuh makna.
Laungan azan bergema. Mengajak para muslimin- muslimat sekalian, mengerjakan fardu maghrib. Beberapa ekor 'penunggu ' pokok yang sedang asyik melihat pasangan tadi, kini bertempiaran lari mencari tempat persembunyian.
"KAU yakin ke Raf?" Soal Reza salah- seorang kawan sekampung Rafael selain Osman. Cangkir kopi yang telah dia cicip di letakkan kembali atas pelapiknya.
"Asal kau tanya aku begitu?" Rafael pula menyoal Reza kembali. Rafael yang mahu meneguk kopi dia pula langsung terbantut dan ingin mendengar jawapan Reza.
"Bukan apa. Kau, terpelajar orangnya tapi percaya pula pada benda-benda karut-marut begitu," jawab Reza cukup tidak mempersetujui rancangan sahabatnya itu.
"Tak salahkan kalau kita mencuba sesuatu yang baru? Mana tahu kali ni, Fena melekat pada aku…" Rafael menyengih sendiri bagaikan di hadapan terpacak batang tubuh gadis pujaannya.
"Syiriklah Rafael. Aku tak sangka kau juga terjebak. Aku… aku tak bersetuju dengan plan kau berdua. Entah ceruk mana Osman bawa kau nanti. Bukan kau tak kenal si Osman tu." Reza cuba provok.
Memang benar rancangan Rafael itu syirik. Kerana kebanyakkan bomoh atau pawang mereka pasti akan menggunakan khidmat jin atau khadam. Dan jika menggunakan ayat Al quran sudah semestinya akan dicampuri mantera.
"Ala bro… tunjuk alim nampak?" Sindir Rafael tersenyum sinis seraya menggelengkan kepalanya. Macamlah dia tak kenal si Reza ni macamana.
2 x 5 je…
"Aku bukan nak tunjuk alim! Ya, aku tahu aku tak sealim mana pun… tapi, sekurang- kurangnya… aku tak mudah ditipu. Bro! Kau kena ingat! Mana ada bomoh real dalam dunia ni yang fake many lah!"
"By the way, papepun terpulanglah kat kau bro! Aku just bagi pendapat je. Kau nak dengar atau tak… it' s up to you k." Reza menyahut lalu terus meneguk sehingga habis kopi kaw nya sebelum dia bingkas bangun.
"Ok lah bro! Aku chow dulu … oh iya malam ni aku nak ke masjid. Aku bukan nak tunjuk alim tapi masjid ada jamuan sekali… ceramah ustaz terkenal kat tv tu. Kalau kau nak lah ya? Ok assalamualaikum."
Bahu Rafael ditepuk lembut oleh Reza sewaktu pemuda itu bangun. Kemudian membuka langkah ke kaunter pembayaran.
"Bro, aku payung kau sekali!"
Rafael terus menyengih tatkala mendengar perkataan 'payung'. Kemudian dia berpaling semula ke meja.
Bibir mencicip cangkir manakala otak pula mencerna kata- kata sahabatnya itu.
"Betul jugak. Boleh percaya ke bomoh si Osman tu nanti? Kang duit aku yang lesap. Menjadi tak jugak!" Bebelnya lalu menundukkan sedikit badan. Bibir biratnya langsung mengenai pinggir cangkir.
Reza sedang melangkah ke arah luar dan hanya mampu menatap belakang tubuh Rafael sahaja.
'Aku harap kau fikir masak-masak…' Hati kecil Reza sempat berkata. Reza kenal hati budi Rafael sebenarnya namun dia juga tahu obsesi lelaki itu pada Rafena.
Share this novel