12

Romance Series 93217

Ramona tersedar dari tidurnya saat dia merasakan seperti ada tangan yang hangat sedang memeluknya. Dia menoleh bagi melihat siapakah gerangan lelaki itu. Saat terpandangkan wajah Yasir, Ramona bingkas bangun. Mulutnya melopong. Yasir yang baru sahaja ingin melelapkan mata turut terkejut melihat reaksi Ramona itu.

“Sayang!!! When are you coming back? Kenapa tak bagitahu I yang you nak balik?" Soal Ramona teruja.

Yasir tersenyum kecil melihat reaksi kekasih gelapnya itu. Ramona langsung ditarik ke dalam dakapannya lalu tubuh langsing itu dipeluk seerat - eratnya. Dilepaskan segala rasa rindu yang membungkam di hatinya. Betapa dia sangat merindui wanita itu.

Saja I nak buat surprised dekat you. I baru je sampai KLIA pagi tadi then I terus ke sini. Sayang I ni sihat tak? Rindu I tak?" Soal Yasir bertalu - talu.

“How come I tak rindu you? Mestilah I rindu. If not, takde lah I nak teruja sampai macam ni sekali bila nampak you tadi." Balas Ramona jujur.

Sungguh dia sangat merindui lelaki itu. Walaupun hubungan yang terjalin di antara mereka hanya sekadar hubungan sulit, namun kerinduannya terhadap Yasir lebih menebal berbanding Ezmal.

“Thank you, sweetheart. To be honest I miss you more. That's why I terus datang sini once touched down tadi." Bisik Yasir penuh romantis.

Yasir menarik tubuh langsing Ramona ke dalam dakapannya. Leher jinjang Ramona dicium penuh romantis. Betapa dia sangat merindui belaian dari gadis itu.
Ramona tersenyum nakal. Sejujurnya dia tahu apa yang diinginkan Yasir saat ini. Namun Ramona masih cuba untuk bermain tarik tali. Dia menjarakkan sedikit tubuhnya dari pelukan Yasir lalu wajah tampan lelaki itu ditatap dengan penuh menggoda.

“Sayang, you balik sini abang you tak ikut balik sekali kan?" Soal Ramona risau.

Yasir tertawa. Dia tahu Ramona bimbang kalau - kalau Ezmal akan ikut serta bersamanya pulang ke Malaysia. Namun itu semua tidak mungkin terjadi. Ezmal terlalu sibuk menguruskan syarikat mereka di Rusia. Malah semenjak dia memegang jawatan tertinggi di ZE Corporation, Ezmal sudah jarang meluangkan masa bersama keluarga serta tunangnya itu. Jadi dengan peluang yang ada ini, akan Yasir gunakan masa itu dengan sebaik - baik mungkin.

“Don't worry sayang. Ezmal too busy to handle you. He is still in Russia. So you are mine, now." Balas Yasir juga menggoda.

Ramona tersenyum sinis. Sejujurnya dia terasa sakit hati mendengar kenyataan itu. Namun di dalam masa yang sama, dia turut berasa lega. Sekurang - kurangnya jika dia bersama Yasir, tiada ada apa yang perlu dibimbangkan. Ya. Sejak Ezmal mengambil alih sepenuhnya syarikat ZE Corporation, lelaki itu sudah mula menjauh darinya. Setiap hari, jadualnya hanya dipenuhi dengan kerja, kerja dan kerja. Pernah sekali terjadi pada ketika itu Ramona merasakan dirinya kurang sihat lalu dia menghubungi Ezmal dan meminta lelaki itu menemaninya ke klinik. Malangnya jawapan yang diberikan Ezmal terlalu menyakitkan. Katanya dia terlalu busy untuk handle perkara seremeh itu. Sebaliknya dia hanya menghantar Yasir bagi pihaknya untuk menemani Ramona ke klinik. Maka sejak dari itulah hubungan diantara Ramona dan Yasir terjalin secara diam - diam. Sungguh Ramona tidak menyangka bahawa dalam diam - diam Yasir juga menaruh hati kepadanya dan sejak dari itulah mereka sering berhubung dan bertemu secara rahsia apabila Ezmal tiada di sini.

Jika mahu dibandingkan di antara Ezmal dan Yasir, ternyata sikap dua beradik ini jauh berbeza. Bagai langit dan bumi. Ezmal seorang yang sangat serius dan tidak gemar menghabiskan masa dengan perkara - perkara yang tidak mendatangkan faedah baginya. Malah dia juga bukan terdiri daripada lelaki yang berjiwa romantis. Orangnya sangat dingin. Berbeza pula sikapnya dengan Yasir. Yasir seorang lelaki yang cool, soft - spoken dan romantis. Dia tahu bagaimana cara untuk melayani seorang perempuan. Setiap kali bersama Yasir, Ramona terasa dunianya begitu indah sekali. Lelaki itu begitu bijak memanjakan dirinya dengan kemewahan dan kasih sayang yang yidak berbelah bagi. Justeru itu Ramona bertekad bahawa dia sanggup melakukan apa sahaja yang diinginkan oleh Yasir asalkan dirinya mendapat layanan istimewa dari lelaki itu.

Yasir kembali menarik Ramona ke dalam dakapannya. Kali ini dia tidak mahu bertangguh lagi. Sudah lama dia menginginkan saat - saat indah sebegini. Lagi pula sudah lama Ramona tidak melayan kehendak batinnya. Jadi peluang yang ada sebegini tidak mungkin akan dibiarkan berlalu begitu sahaja. Akhirnya kedua - dua mereka hanyut dibuai nafsu.

***************************************

Jam sudah menunjukkan pukul 2 petang. Yasir tersedar dari tidurnya apabila perutnya mula berkeroncong. Manakan tidak. Sejak dari pagi tadi lagi dia menjamah sebarang makanan. Semuanya gara - gara rindunya terhadap Ramona yang terlalu menebal sehingga dia tidak sabar untuk menemui gadis itu.

Yasir menoleh ke sisi. Kelihatan Ramona masih enak dibuai mimpi. Yasir tersenyum sendiri. Pasti Ramona keletihan dek kerana melayannya di ranjang sebentar tadi. Yasir bingkas bangun dari katil lalu dicapai semua pakaiannya yang bersepah di lantai. Dahi Ramona dicium lembut sebelum dia menghilang di sebalik pintu. Dia perlu segera pulang ke rumah sebelum keluarganya mencari. Manakan tidak. Kedua ibu bapanya sudah sedia maklum tentang kepulangannya hari ini.

Perjalanan dari rumah Ramona ke rumah keluarganya tidaklah terlalu jauh. Hanya 30 minit perjalanan, akhirnya Yasir tiba di hadapan rumah agam itu. Kelihatan Puan Sri Elise sudah sedia menanti ketibaannya di hadapan muka pintu. Dari jauh Yasir sudah dapat melihat senyuman yang cukup dirinduinya itu.

“Assalamualaikum, mom!” Ucap Yasir lalu tubuh wanita separuh usia itu dipeluk erat.

“Wa’alaikumussalam, sayang. Ya Allah, ke mana aje anak mom ni pergi ni? Bukan sepatutnya Yasir dah sampai awal pagi tadi ke?” Soal Puan Sri Elise sambil memeluk erat anak bongsu kesayangannya itu.

“Err... Sorry, mom. Yasir pergi jumpa kawan kejap tadi. Ada barang yang dia kirim. Yasir malas nak simpan lama - lama.” Yasir memberi helah.

“Yela, kawan lagi penting dari mom kan? Sampai tak sempat nak balik rumah dulu jumpa mom dan dad.” Puan Sri Elise pura - pura berkecil hati.

“Alaaaa, mom janganlah cakap macam tu. Siapa cakap mom tak penting? Mom kan ratu hati Yasir. Takde sape pun yang boleh ganti tempat mom di hati Yasir ni tau.” Pujuk Yasir bermulut manis.

Puan Sri Elise tersenyum senang. Berbunga hatinya mendengar pujukan anak bujangnya itu.

“Dah jom masuk. Mom dah masak special untuk anak kesayangan mom ni. Mesti Yasir belum makan kan?” Puan Sri Elise mengajak Yasir masuk ke dalam sambil membantu membawa bagasi anaknya.

“Thank you, mom. Mom ni macam tahu - tahu je yang Yasir tengah lapar sekarang ni kan? Ni yang buat Yasir makin bertambah sayang dekat mom ni.” Ujar Yasir sambil memeluk bahu Puan Sri Elise erat.
Puan Sri Elise tersenyum riang. Sungguh dia bahagia dengan kemanjaan yang ditunjukkan oleh anak - anaknya walaupun usia mereka sudah meningkat dewasa. Doa Puan Elise biarlah kasih sayang antara mereka akan terus berkekalan hingga ke akhir usia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience