Bab 1

Romance Completed 327063

Peristiwa lama kembali menerjah fikiran ku. Jujur sahaja bahawa sekarang aku sedang merindui ibu dan ayahku. Aku menyedut sedikit air yang ku pesan tadi lalu menongkatkan daguku. Terasa ada tangan yang menepuk bahuku lembut membuatku sedikit terkejut. Aku menoleh ke belakang. Segaris senyuman terukir di bibirku.

"Ilya.. Duduklah." Pelawaku sambil menepuk-nepuk kerusi di sebelah ku yang kosong. Ilya lalu melabuhkan punggungnya diatas kerusi di sebelah ku.

Aku memandang sekelilingku tanpa berniat memulakan perbualan. Memang cukup ramai di kantin ini memandangkan sekarang sudah masuk waktunya rehat. Berpusu-pusu orang membeli makanan dan minuman.

"Faz, kau okay tak?"

Mataku beralih memandangnya sebelum mengangguk sekilas. Memang, nama panggilanku di sekolah lain dengan panggilan yang di rumah.

"Kenapa?" Tanyaku sambil merenung wajah cantiknya. Dia menundukkan kepalanya sedari tadi. Aku tahu kalu dia tunduk ni mesti ada yang dia nak.

"Ada apa-apa yang kau nak ke?" Tanyaku lembut. Dia mendongakkan kepalanya memandangku sambil tersengih.

"Aku nak pinjam buku Pengajian Am kau boleh tak? Homework yang Miss Laili bagi tu aku belum siap lagi."

Aku mengerutkan dahiku. Selalu je si Ilya ni tak siap kerja. Entah apa lah yang dia buat semalam. Oh lupa pula! Dia pergi ke kelab malam. Ilya agak sosial sikit tapi baik orangnya. Dia juga seorang yang kaya.

"Tulah kau. Pergi ke tempat tu lagi."

"Kau nak bagi pinjam ke tak?"

Aku tersengih lalu mengangguk kecil.

"Kau pergilah ambik dalam bag aku and yes, baik kau cepat. Waktu rehat dah nak habis."

Dia cuma mengangguk kecil kemudian berlalu pergi. Sedangkan aku duduk sendirian memikirkan masalah keluarga dan nasib keluargaku. Dan waktu lapang, aku mengisi waktuku dengan bekerja di sebuah cafe. Sungguh menyedihkan.

"Hey!" Sapa seseorang membuatku lagi-lagi terkejut. Refleks aku terus mendongakkan kepalaku melihat siapa gerangan yang mengganggu ku. Aku terpana dengan orang yang sekarang berada di hadapanku.

Adam. Satu nama yang terlintas di fikiranku. Dia lelaki yang aku suka sejak dari menengah pertama. Tapi perasaan itu hanya dapat ku pendam dan tidak mampu ku luahkan. Takkanlah 'perigi mencari timba'. Selama aku di sini, baru pertama kali ini dia menegurku.

Aku membalas sapaannya dengan sebuah senyuman kecil. Dia melabuhkan punggungnya di sebelahku.

"Hai awak.."

"Hai." Balasku sepatah. Aku bukan macam orang lain yang aktif bercakap. Aku seorang yang pendiam dan jarang sekali bercakap. Hanya bercakap bila perlu je. Dengan kawan aku si Ilya pun, dia yang aktif bercakap. Aku yang mendengarnya hanya angguk dan geleng je.

"Awak memang jarang bercakap ye, Faz?" Tanyanya membuatku sedikit bingung. Dari mana dia tahu nama aku? Takkan stalker kot?

"Ye." Jawabku sepatah lagi. Air yang berada di depanku, aku sedut sedikit lagi. Beberapa pasang mata memandang ku tajam.

Sunyi seketika. Tidak ada tanda-tanda dia hendak memulakan perbualan.

"Ada apa awak cari saya?" Tanyaku akhirnya bagi menghidupkan suasana kekok diantara kami. Ku sedut lagi jus oren ku sehingga habis.

"Hmm.. Awak..nak jadi girlfriend saya?" Soalan cepu emas terpacul dari mulut Adam. Minuman yang hendak ku telan tadi terus tersembur. Nasib baik kat depan, kalau kat muka handsome dia.. Hish! Tak senonoh betul jadi anak dara.

"Eh awak okay?"

Aku mengangguk sekilas. Dia menghulurkan aku sehelai tisu lalu ku ambil.

"Awak.. Nak ke?" Tanyanya lagi kepada ku. Aku memilih untuk mendiamkan diri membiarkan soalannya begitu sahaja.

Bukan aku tak nak, aku nak sangat. Tapi, bagaimana pula dengan pelajaran aku? Bercinta sambil belajar? Tak, aku tak nak sebab itu boleh mengganggu pelajaranku. Lebih-lebih peperiksaan sudah dekat. Tinggal beberapa bulan lagi.

"Maaf Adam. Saya tak boleh terima.. Sekali lagi maaf." Kataku sambil berura-ura hendak bangun. Namun pergelangan tanganku di tahan menyebabkan langkah ku terhenti.

"Tapi kenapa? Saya suka awak."

Aku tersenyum mendengar pengakuannya. Perutku terasa seperti ada kupu-kupu sedang berterbangan. Tak! Aku perlu sedar dengan status ku! Aku perlu fokus kepada pelajaran.

"Walaupun saya miskin?" Pancingku supaya dia tidak menyukai ku. Tapi sangkaan ku meleset jauh. Dia malahan tersenyum mendengar ayat aku. Lawak ke ayat aku?

"Yes."

"Hmm.. Takpelah. Saya tolak tawaran awak tu," Tolak ku lembut walaupun dalam hati ku meronta-ronta untuk menerimanya sebagai boyfriend ku.

"Tapi kenapa?" Soalnya lagi tidak berputus asa.

Keluhan halus keluar dari mulutku.

"Sebab kita masih belajar. Saya tak nak sia-siakan masa saya untuk cintan-cintun ni," terangku sedikit. Belum sempat dia membalas, lonceng sekolah telah berbunyi menandakan waktu rehat telah pun tamat. Aku tanpa membuang masa berlari anak menuju ke kelasku meninggalkan Adam yang terpinga-pinga memandangku.

Mari aku cerita sedikit tentang Adam. Adam atau panjangnya Muhammad Adam adalah lelaki yang kacàk. Wajahnya putih bersih tanpa jerawat. Alis matanya tebal. Hidungnya mancung dan matanya yang hitam pekat. Semua wanita terkejar-kejar kan dia. Tambahan pula sekolah ini banyak makan jasa dengan keluarga Adam. Siapa yang tak nak dia?

Oh ye, kenalkan aku, nama aku Nur Fazira Nikita Bt Ariff. Aku berumur 18 tahun dan sekarang aku belajar dalam kelas tingkatan 6 rendah di salah sebuah sekolah menengah.

Macam mana rupa aku?

Muka ku lebih mengikut wajah ibu ku. Mataku agak kecoklatan, bulu mata melentik, bibir merah merekah dan hidung sedikit mancung. Sedikit je. Kulitku kuning langsat tak putih sangat. Aku tinggal dengan abang aku, korang kenal kan? Haikal Aiman.

Aku sedih mengenangkan nasib aku dan abang aku. Kami tidak ada sesiapa di sini melainkan ibu tiriku dan keluarga ibu yang sedang menetap di Negara Brunei.

Aku harap suatu hari nanti aku akan pergi ke sana. Huh... Negara yang aman makmur.

***

"Faz, kau nak aku hantar kau ke rumah kau?" Tanya Ilya sebaik sahaja lonceng sekolah berbunyi bagi menandakan waktu sekolah telah tamat. Tanganku lincah memasukkan beberapa buah buku ke dalam beg sandangku.

"Takpe lah Ilya. Abang aku ambik hari ni. Lain kali je lah ye?" Tolak ku secara halus kemudian menyandang beg ku di bahu kananku.

"Betul ni?"

Aku mengangguk cepat.

"Okaylah kalau macam tu. Aku pergi dulu," pamitnya sambil melambaikan tangannya ke arah ku. Aku membalas lambaiannya.

Aku mengeluh. Bodoh betul lah aku ni! Abang mana nak ambik aku? Dia lagi ada meeting. Hish!

Aku berjalan keluar dari kelasku sambil menundukkan wajahku. Kepalaku ligat mencari cara bagaimana hendak pulang. Dah lah aku tak bawa duit lebih. Memang naya lah.

Langkah ku terhenti apabila kelibat seseorang menghalang laluan ku. Aku mendongakkan kepalaku memandang wajah gerangan tersebut.

"Awak nak balik ke?" Tanya Adam.

Aku mengangguk sebagai jawapan.

"Nak saya hantar?"

"Takpe," tolak ku lembut. Aku tak nak menyusahkan dia. Lebih baik aku guna bas daripada menyusahkan orang.

"Takpe jom. Lagipun mana ada bas lewat petang macam ni,"

Mendengar sahaja Adam berkata begitu, lidahku terus kelu. Takkan lah aku nak jalan kaki ke rumah kot? Jauh tu. Mahunya patah kepala lutut aku ni.

"Alaah.. Jangan buang masa. Benarkan saya sekali ni je tolong awak. Please," pujuknya lembut membuat aku cair. Bukan aku je tau, wanita lain pun.

Aku masih teragak-agak menerima ajakannya. Akhirnya mengangguk setuju. Tanpa ku sangka, tanganku di tarik menuju ke parking kereta. Automatik aku rentap tangan aku dari tangannya.

"Maaf. Bukan muhrim," tegurku sambil menahan muka merah dek kerana malu dengan perlakuannya.

"Hahaha. Awak ni lawak lah!" Katanya sambil memegang perutnya yang sakit kerana ketawa berlebih-lebih. Aku mengerutkan dahiku. Apa pula yang lawak?

"Lawak apa?"

"Lawak lah. Awak tahu tak kalau saya pegang girlfriends saya dulu, mana ada dorang tolak " Balasnya dengan sisa tawanya. Lupa pula, satu lagi perangai dia ni PLAYBOY.

"Itu lain. Saya ni lain," kataku datar. Aku melajukan langkahku ingin menghindari dia. Lama-lama meluat juga aku dengan dia ni. Adam yang berada di belakang ku cuba mengejar langkahku.

"Alah sorry awak. Jangan merajuk. Nanti hilang lawa awak," pujuknya. Aku tergelak mendengar pujukannya. Macam ni ke PLAYBOY pujuk kekasih hati dia?

"Takde masa saya nak merajuk dengan awak. Dah lah jom. Mana kereta awak?" Tanyaku sebaik sahaja kami tiba di tempat parking belakang sekolah. Adam menunding jarinya ke sebuah kereta mewah. Terlopong besar mulutku. Wah! Kaya betul Adam.

"Driver saya ambik," terangnya sikit tanpa ku pinta. Aku mengangguk sekilas.

Adam membukakan pintu kereta lalu menyuruhku masuk terlebih dahulu. Nak tunjuk gentle lah tu.

"Di mana rumah awak?" Tanya Adam di sebelahku sebaik sahaja keretanya melucur laju di jalan raya.

"Nanti saya tunjuk," jawabku pendek.

Sepanjang perjalanan kami hanya berbual kosong tetapi itu pun dia je yang banyak cakap. Sedangkan aku hanya mendengarkan sahaja tanpa berniat mencelah atau menyampuk. Kalau dia tanya pun, tu pun aku jawab dengan angguk geleng. Kalau tak, jawab sepatah dua patah je.

***

"Thank you Adam sebab hantar saya. Maaf menyusahkan awak," kataku ketika kami sampai di perkarangan rumahku.

"Small problem. Awak janganlah segan-segan kalau nak minta pertolongan saya."

Aku mengangguk sahaja walaupun dalam hati aku tak nak lah menyusahkan dia. Cukup je sekali kalau boleh.

"Okay lah saya pergi dulu. Bye!"

Aku tersenyum kecil sebelum membalas lambaian tangannya.

Tanganku baru sahaja hendak memulas tombol pintu handset ku berbunyi nyaring. Aku mengambilnya dari poket baju sekolah aku.

Satu pesanan ringkas aku buka.

Kalau kau nak abang kau selamat, kau datang ke sini. Aku dah hantar seseorang untuk ambik kau.- Unknown number.

Handset yang ku pegang terlepas dari tanganku. Bermacam-macam soalan yang bermain di fikiranku. Apa yang dah terjadi? Siapa dia? Abang aku cedera kah?

Share this novel

Mendrianna Chin
2020-01-16 11:36:50 

Great story... Waitg for the ending though...

Mendrianna Chin
2020-01-16 11:36:23 

Great story..... Bdeba

anumsaidi
2020-01-09 21:52:11 

nex


NovelPlus Premium

The best ads free experience