Bab 46

Short Story Series 55082

Haikal mencapai bajunya yang berada di atas lantai dan disarungkan ke badannya. Dia menoleh ke sisinya melihat Areen yang lena dibuai mimpi. Kepalanya masih terasa sedikit pening akibat terlalu banyak minum minuman keras bersama kawan-kawan mereka beberapa jam yang lepas. Haikal bangun menuju ke beranda rumah untuk mengambil udara segar. Sunyi sepi dirasakan kerana waktu itu adalah waktu dimana kebanyakan orang beristirehat.

Haikal duduk di kerusi sambil wajahnya didongakkan melihat langit yang gelap. Ditutup matanya dengan harapan dia boleh melelapkan mata kembali tetapi apa yang dibayangkan adalah wajah Rina yang menangis akibat baru dipukul oleh dirinya. Dia juga membayangkan jika wajah Rina jika tersenyum tetapi bukan kepada dirinya melainkan kepada Aqil.

Haikal membuka matanya kembali apabila dia terasa ada tangan yang sedang mengejutkan dirinya. Haikal sedikit terkejut kerana dihadapannya ketika itu adalah Rina. Adakah dia sedang bermimpi? Jika benar dia sedang bermimpi dia tidak mahu bangun daripada mimpi itu. Dia begitu hanyut melihat wajah Rina yang cantic tanpa sebarang solekan menghiasi wajahnya. Rambut wanita itu yang tidak terlalu panjang dan juga tidak terlalu pendek kelihatan indah apabila ditiup angina malam.

Mata Haikal beralih pula kepada tubuh badan Rina yang memakai gaun malam yang pendek dan terbelah luas di bahagian dadanya. Haikal mula terhanyut dengan nafsunya sendiri. Disentuh wajah Rina bagi memastikan bahawa itu adalah nyata bukan khayalannya semata-mata. Haikal membawa bibirnya mengucup bibir Rina yang merah semerah buah delima. Kucupan itu semakin menjadi-jadi apabila nafsunya sudah menguasai diri. Tangan menjalar keseluruh tubuh Rina. Mulutnya dibawa ke leher Rina sebelum digigit bagi meninggalkan kesan bahawa Rina adalah kepunyaannya.
“Sakitlah.” Wanita itu menolak tubuh Haikal jauh daripadanya.

“Areen?” Haikal tersedar daripada khayalannya apabila wanita dihadapannya itu menolak dirinya dengan kasar. Wanita itu bukan Rina tetapi Areen. Haikal melihat leher Areen yang merah akibat digigit oleh dirinya sebentar tadi.

“Yelah Areen, habis tu siapa? You fikir perempuan lain ya?” Areen memandang tajam wajah Haikal yang kelihatan serba salah.

“Tak. I sebenarnya… Areen, I balik dulu.” Haikal bangun daripada duduknya dan menuju ke dalam mencari kunci keretanya.

“Tunggu je lah pagi. Kenapa tiba-tiba you nak balik pula?” Areen membuntuti Haikal yang mencari kunci keretanya di setiap ruang tamunya yang bersepah itu.

“I tak cakap dekat papa yang I tak balik rumah. Nanti dia risau pula tunggu I dekat rumah.” Haikal mengambil kunci keretanya yang berada di antara botol minuman keras. Diambil dompetnya sebelum diseluk ke dalam poket.

“Sejak bila pula you fikirkan papa you ni? Selama ini tak ada pula I nampak you telefon papa you bagi tahu you tak balik rumah.” Areen menyindir kerana berasa sakit hati dengan tindakan Haikal yang seperti mahu menghindari dirinya.

“You jangan nak sindir-sindir I.” Haikal memberi amaran kepada Areen yang menjengkelkan dirinya. Areen tidak pernah mengetahui sikap barannya selama ini yang cuba disembunyikan tetapi apabila Areen menyindirnya dia berasa sakit hati.

Haikal meninggalkan Areen sendirian di dalam bilik hotel itu dan memandu keretanya menuju ke rumah Aqilah. Tanpa mereka sedari Haikal mengekori mereka sejak daripada hospital. Haikal mahu mengetahui dimana Aqil menyembunyikan Rina dan Qalifh. Ternyata Aqil menyembunyikan Rina dan Qalifh di rumah sahabat mereka.

Haikal melihat rumah Aqilah yang gelap gelita. Dia keluar daripada keretanya dan menhampiri rumah Aqilah itu. Tangannya dimasukkan dicelah-celah palang pagar untuk mencuba nasib tetapi ternyata pintu pagar itu sudah dimangga. Haikal melepaskan amarahnya dengan carutan apabila dia tidak berjaya untuk masuk ke dalam rumah itu.

Dia sudah tidak boleh menahan dirinya untuk berjumpa dengan Rina. Dengan sekuat hati dia menjerit nama Rina berkali-kali agar wanita itu keluar. Akibat jeritan Haikal yang begitu kuat bukan hanya lampu rumah Aqilah menyala tetapi lampu jiran-jiran disebelah kiri dan kanan Aqilah juga turut menyala. Ada diantara mereka yang sudah keluar daripada rumah untuk melihat gerangan orang yang mengganggu lena mereka di tengah pagi buta itu.

“Rina keluar! Aku tahu kau dekat dalam!” Haikal menjerit lagi tidak peduli dengan orang disekeliling yang melihatnya.

“Rina baik kau keluar sebelum aku yang paksa kau keluar!” Haikal menjerit lagi apabila tiada seorang pun yang keluar daripada rumah Aqilah itu.

“Adik, kenapa ni? Janganlah bising-bising tengah-tengah pagi seperti ini. Cuba telefon dulu atau tunggu siang sikit untuk berbincang.” Lelaki separuh baya cuba menenangkan Haikal yang seperti orang tidak waras itu. Ini pertama kali terjadi seperti ini di kawasan perumahan mereka.

“Kau diam. Ini urusan rumah tangga aku. Kau jangan campur!” Haikal memarahi lelaki separuh baya yang menasihati dirinya. Dia tidak peduli tentang perasaan orang lain apa yang dia mahu Rina keluar daripada rumah Aqilah dan menemuinya ketika itu.

Akibat dimarahi Haikal, lelaki separuh baya itu menggeleng-gelengkan kepala dan masuk semula ke dalam rumahnya. Nampaknya Haikal bukan orang yang senang dibawa berbincang. Lebih baik dia tidak masuk campur urusan rumah tangga orang lain.

“Kau nak apa datang ke rumah aku pagi-pagi buta menjerit macam kera?” Aqilah keluar daripada rumah dengan wajah yang garang merenung Haikal.

“Mana isteri dan anak aku?” Haikal menengking Aqilah yang memanggil dirinya kera.

“Isteri dan anak kau? Siapa isteri dan anak kau? Manalah aku tahu dekat mana mereka. Kau bukan teman lelaki Areen ke tapi kau dah ada isteri rupanya? Dasar lelaki tak guna!” Aqilah memeluk tubuh sambil menyindir Haikal. Tiada langsung riak takut diwajahnya. Jika Haikal mengira dia wanita yang lemah lelaki itu salah orang untuk menggertak. Dia bukan seperti Rina. Dia lebih kuat secara mental dan fizikal berbanding Rina yang hanya diam apabila dihina-hina.

“Kau jangan nak menipu akulah! Rina itu isteri aku. Lebih baik kau serahkan mereka pada aku sebelum aku telefon polis.” Haikal menggertak lagi dengan harapan Aqilah akan mengalah dan memberikan Rina dan Qalifh kepada dirinya.

“Telefonlah. Bagus juga polis datang biar aku bongkar semua kebusukan kau sampai kau meringkuk dalam penjara. Kau jangan ingat aku tak tahu apa yang kau lakukan pada Rina. Sejak bila kau anggap Rina tu isteri kau? Selepas kau seksa dia masih ada hati lagi kau nak aku serahkan dia pada lelaki tak guna macam kau ni? Jangan mimipilah!” Aqilah masuk ke dalam rumah meninggalkan Haikal yang masih menjerit memanggil nama Rina.

Aqilah masuk ke dalam rumah dan melihat Rina yang mengintip disebalik langsir. Aqilah mendekati Rina dan ikut melihat daripada dalam kelakuan Haikal yang memalukan dirinya sendiri. Rina memandang Aqilah lama seperti meminta pengertian daripada sahabatnya itu.

“Buat apa kau nak jumpa dia lagi? Biarkan saja dia seperti itu. Nanti kalau sudah penat dia akan berhenti sendiri.” Aqilah mengeluh melihat sikap Rina yang tidak langsung difahaminya. Mengapa harus Rina menemui Haikal yang sudah jelas menyakiti dirinya.

“Aku tak kisah apa yang dia nak buat kalau tak melibatkan orang lain. Kasihan jiran tetangga kau. Mereka pasti tidak boleh tidur jika Haikal terus menjerit seperti itu. Aku tidak mahu mengambil hak mereka. Biarkan aku berbicara dengan dia. Semoga Allah membuka pintu hatinya selepas ini.” Rina mengusap lengan Aqilah sebelum dia melangkah keluar daripada rumah itu.

Melihat Rina yang sudah keluar daripada rumah Haikal berhenti menjerit. Haikal melihat Rina yang meminta maaf pada jiran yang masih berada di luar untuk melihat kejadian itu sehingga jiran-jiran itu masuk ke dalam rumah masing-masing. Rina berdiri di hadapan Haikal yang dihalangi oleh pagar sebagai pemisah diantara tempatnya berdiri dan tempat Haikal berdiri.

“Ambil Qalifh mari kita balik ke rumah papa semula.” Haikal bercakap dengan nada yang biasa tidak seperti tadi yang penuh dengan jeritan.

“Saya tidak akan pulang ke sana semula.” Rina juga bercakap dengan nada yang tenang.

“Kau jangan lupa yang kau tu masih isteri aku. Kau hamba aku dan selamanya akan menjadi hamba aku. Seorang isteri kena patuh pada arahan suaminya.” Haikal mengingatkan Rina tentang status perempuan itu yang masih bergelar sebagai isterinya. Sengaja dia menggunakan dalil agama kerana dia tahu Rina seorang taat beragama.

“Tidak suami seperti awak, Haikal. Saya sudah menuntut fasakh di mahkamah. Tiada lagi yang perlu kita bincangkan. Baliklah, jangan datang ke sini lagi.” Rina tersenyum kecil disebalik purdah yang menutupi wajahnya apabila mendengar kata-kata Haikal sebentar tadi. Haikal menggunakan dalil agama untuk membawanya pulang ke rumah tetapi Haikal lupa tentang hak seorang isteri yang ada pada dirinya.

“Sampai bila-bila pun aku tak akan ceraikan kau. Kau jangan bermimpi nak lari dengan Aqil. Aku akan buat apa sahaja untuk pastikan kau dengan Aqil tak akan bersama walaupun aku mati. Memang dasar perempuan tak bermaruah. Kau dah hancurkan hidup aku sekarang kau nak hancurkan hidup adik aku. Disebabkan kaulah keluarga kacau bilau. Kau tak layak untuk jadi isteri pada mana-mana jantan pun apatah lagi nak jadi ibu kepada Qalifh. Aku tak akan benarkan Qalifh membesar dengan perempuan sial macam kau ni.” Haikal mengherdik apabila Rina memberitahu tentang tuntutan fasakh yang dilakukan oleh isterinya itu. Habis semua kata-kata makian dilemparkan kepada Rina yang tidak memberikan sebarang reaksi.

“Cakaplah apa pun yang awak nak cakap Haikal. Saya tetap tak akan balik ke rumah itu semula dan Qalifh akan tetap bersama saya.” Rina mengawal emosinya dengan mengingat Allah. Dia berdoa di dalam hatinya agar tidak terpancing emosi walaupun ketika itu hatinya sangat sakit mendengar kata-kata Haikal yang tak bertapis itu.

“Aku tak peduli, aku nak kau ikut aku balik ke rumah sekarang. Kau kau berkeras masih tidak mahu aku akan buat tuntutan hak penjagaan anak. Kau jangan lupa siapa aku dan siapa bapak aku. Aku akan melakukan apa sahaja untuk pastikan hak asuhan Qalifh akan jatuh pada tangan aku. Perempuan miskin dan kampong macam kau ni tak akan dapat buat apa-apa.” Jika diherdik Rina masih berkeras akhirnya Haikal menggunakan Qalifh sebagai ‘senjata’ untuk mengalahkan Rina kerana dia tahu wanita itu sangat mencintai anak mereka.

"Haikal, apa awak sudah lupa apa yang awak katakan kepada saya tempoh hari? Awak suruh saya gugurkan kandungan saya kerana saya tidak layak menjadi ibu untuk zuriat awak dan mana-mana lelaki di dunia ini. Awak tidak mengakui Qalifh anak awak. Sekarang mengapa awak mahukan dia? Di mana awak ketika saya mengandungkannya? Di mana awak ketika saya melahirkannya? Di mana awak ketika saya membesarkannya? Awak tidak ada, Haikal. Awak tidak ada disana untuk menjadikan awak penjaga yang layak untuk menjaga Qalifh." Rina mula tergugat kerana dia tahu Haikal mempunyai harapan yang tinggi untuk memenangi hak penjagaan Qalifh jika lelaki itu membuat tuntutan hak penjagaan anak kerana lelaki itu berharta sedangkan dirinya tiada pendapatan untuk menyara mereka anak beranak. Selama ini dirinya mendapat ihsan daripada Tan Sri Mansur, Aqil dan sekarang Aqilah.
"Biarkanlah kami dengan hidup kami. Jangan seksa kami lagi. Jika awak tidak kasihankan saya sekalipun kasihankan anak itu. Dia tidak berdosa. Dia tidak perlu tahu apa yang terjadi diantara kita. Biarkanlah dia hidup bahagia. Ada wanita lain yang perlukan awak lebih daripada kami ketika ini." Rina datang mendekat pada pagar. Matanya memandang tepat mata Haikal buat pertama kali dalam hidupnya. Dia mahu lelaki itu mengerti bahawa dia benar-benar sudah lelah untuk meneruskan 'permainan' lelaki itu.

"Apa maksud kau?" Haikal mengendurkan suaranya apabila terasa sesuatu yang aneh di dalam hatinya ketika Rina menatap matanya dengan pandangan yang redup. Melihat mata itu dia seakan lupa semua masalah yang terjadi diantara mereka. Ketenangan yang selama ini hilang seperti singgah sebentar di hatinya.

"Adakah awak mencintai Areen?" Rina bertanya soalan yang lari daripada topik perbicaraan mereka.

"Soalan apa yang kau tanya ni?" Haikal mengerutkan keningnya. Kenapa tiba-tiba saja Rina itu bertanya tentang Areen pula.

"Jawab saya Haikal. Adakah awak mencintai Areen?" Rina bertanya sekali lagi.

"Aku cintakan dia dan itu bukan urusan kau." Haikal sebenarnya tidak tahu apakah perasaannya terhadap Areen. Dia selesa dengan wanita itu tetapi dia tidak tahu sama ada itu adalah cinta ataupun nafsu semata-mata. Siapa yang tidak akan jatuh cinta dengan wanita secantik Areen. Malah dia berasa bangga kerana dia dapat memiliki wanita itu sebagai teman wanitannya.

"Areen mengandung, Haikal! Jika benar awak mencintai Areen tutuplah keaibannya. Saya yakin Areen tidak akan serahkan sesuatu yang berharga pada dirinya kepada seseorang yang dia tidak cintai." Rina berkata sangat perlahan yang hanya boleh didengari oleh mereka berdua sahaja. Rina tidak terkejut langsung melihat wajah Haikal yang terkejut dengan kata-katanya itu kerana pasti Areen masih tidak memberitahu lelaki itu lagi.

Rina masih ingat dengan jelas sehelai kertas milik Areen yang jatuh dilantai akibat terlanggar dengan Qalifh di hospital. Kertas itu adalah rekod perubatan Areen yang mengatakan wanita itu positif mengandung. Dia tidak memberitahu sesiapa tentang perkara itu tetapi dia rasa sekurang-kurangnya Haikal harus tahu kerana biar lelaki itu bertanggungjawab diatas apa yang mereka lakukan.

"Macam mana..." Haikal jelas terkejut apabila mendengar berita kehamilan teman wanitanya itu. Semakin terkejut apabila Rina mengetahui perkara itu berbanding dirinya. Tidak mungkin Areen yang memberitahu wanita itu kerana pertama, Areen masih tidak mengetahui sehingga sekarang bahawa dia pernah berkahwin dan isterinya adalah Rina dan kedua dia tahu Areen tidak menyukai Rina jadi tidak mungkin jika Areen berkongsi perkara penting itu dengan orang yang dia tidak sukai.

Bagaimana Rina mengetahuinya? Memang dia dan Areen sudah melampaui batas dengan melakukan hubungan terlarang beberapa kali tanpa ikatan perkahwinan tetapi dia tidak menyangka Areen akan mengandung kerana dia merasakan sudah menggunakan perlindungan yang secukupnya.

"Selamatkan maruah Areen dengan menikahinya. Saya tahu sakitnya dihina saat mengandung tanpa seorang lelaki disisi. Jangan biarkan wanita lain menderita seperti saya disebabkan oleh keegoan awak. Cukup hanya seorang Rina Altafunisa yang sakiti jangan ada Rina yang lain. Saya tak akan menuntut apa-apapun daripada awak cuma lepaskan saya dan Qalifh agar kalbu awak tenang. Saya tidak akan berkata kepada sesiapa mengenai perkara ini. Itu janji saya pada awak." Rina berjanji untuk menjaga aib mereka kerana tiada faedah kepada dirinya juga mahu memberitahu orang tentang hubungan terlarang mereka.

Rina meninggalkan Haikal yang terpempan di situ. Aqilah yang melihat dari dalam rumah tidak sabar mahu mengetahui apa yang sahabatnya itu katakan kepada Haikal sehingga lelaki itu terdiam dan berlalu dengan senyap daripada rumahnya.

"Apa yang kau katakan kepada dia?" Aqilah bertanya sebaik saja Rina masuk ke dalam semula.

"Tiada apa-apa. Aku suruh dia jangan ganggu kita lagi kalau tidak mahu aku telefon polis tangkap dia masuk lokap." Rina memberitahu tentang perkara itu sahaja sebelum naik ke tingkat atas.

Aqilah mengerutkan keningnya. Dia tahu bukan itu yang dikatakan oleh Rina kepada Haikal. Jika tidak pasti lelaki itu sudah berlalu daripada tadi. Hatinya semakin ingin mengetahuinya tetapi dia tidak berani untuk bertanya lagi kepada Rina kerana hal ini berkaitan masalah rumah tangga mereka dan tidak seharusnya dia mengikut campur terlalu dalam. Sudah tiba masanya Rina hidup dengan bahagia. Dia berdoa di dalam hatinya agar Allah permudahkan urusan sahabat baiknya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience