Lori kecil tentera itu bergerak laju dan kelihatan sebuah kereta sedang memecut laju mengejar. " Kau panggil aku, James. Memandangkan Luke sudah tewas aku akan beritahu bos yang kau telah banyak bantu kami. Sekarang kita akan ke tempat kami untuk hantar budak-budak di belakang." James memberitahu sambil memandu. "Habis siapa boss kalian?" David bertanya sambil memerhati cermin kanan kerana kelihatan sebuah kereta sedang mengejar dari belakang dalam jarak 200 meter. "Kau tak perlu tahu. Selepas semua selesai baru aku akan beritahu." James membalas. " Aku tahu boss kalian ialah Bob tetapi pasti ada ketua yang lebih besar membiayai semua dana bukan?" David meneka. James hanya tersenyum sinis. " Jadi akan ada seorang saintis wanita yang akan lakukan eksperiemen. Tapi kau kata spesimen penting ada dalam kalangan budak-budak di belakang?" James menyoal. " Ye, seperti diberitahu oleh Luke nama budak itu Adam, anak kacukan asia. Menurutnya selepas dia mengigit budak itu perubahan zombinya menjadi sempurna. Jadi aku sarankan budak Adam tu diberi lebih perhatian." David berkata. " Nampaknya kita ada semut yang mengekori. " James memandang pula cermin sisi memandu pada sebelah kiri. David memenuhkan peluru senapangnya dan membuka tingkap lalu melepaskan beberapa das temabakan ke arah kereta belakang. Kereta yang mengekori memandu ke arah berlawanan dengan peluru yang dilepaskan.
"Apa benda ni! Main tembak rambang. Dah lah susah nak bawa kereta belah kiri!" Hakim yang bergelut memusing stereng kereta mengelak tembakan yang dilepaskan daripada hadapan. " Hakim memandu ke bahagian belakang tengah lori bagi mengelak tembakan daripada David. Will segera membuka tingkap dan memanjat keluar ke hadapan bonet dan sambil memegang cermin hadapan kereta bersedia untuk lompat memanjat lori di hadapan itu. " Will hati-hati jatuh pulak habis!" Hakim memberitahu. Lalu dalam kiraan tiga Will melompat dan berjaya berpaut pada batang lori tersebut namum akibat keadaan fizikal lori yang seperti lori simpan ais batu dia memanjat tangga kecil pada tepi lori dan perlahan-lahan merangkak di atas lori menuju ke arah tempat pemandu. Selepas itu, Bennet yang duduk di belakang lompat ke kerusi tempat Will duduk dan mengeluarkan pistol yang dijumpai dalam beg Adam setelah diberitahu oleh Hakim. Berbalik kepada cerita setelah mereka semua berjaya keluar daripada mall dan melepaskan diri daripada letupan bom, Jack dan Jill membawa Lisa yang cedera menaiki jip lengkap machine gun dan berlindung di sebuah rumah usang berdekatan daerah Sole. Hakim yang baru bangun selepas tidur di dalam kereta tercengang melihat sebuah lori dan kelihatan juga David duduk bersama-sama seorang lelaki yang tidak dikenali memecut laju meninggalkan mall. Lalu Will dan Bennet yang berada dalam keadaan lesu dan comot menerpa ke arah Hakim yang baru sahaja hendak melangkah masuk ke dalam mall. Mereka menyuruh Hakim berpatah balik masuk ke dalam kereta dan memandu bagi mengekori lori yang dilihat tadi. Usai itu kereta yang di pandu oleh Hakim terkena tempias letupan bom grenade. "Astaghfirullah hal azim. " Hakim yang terkejut mengurut dadanya dan berasa simpati selepas mendengar perbualan terakhir Will dan Harry melalui walkie-talkie. Selepas 15 minit Bennet menceritakan kejadian malang menimpa mereka dan Hakim mengucapkan takziah kepada Will. Kini mereka bergelut untuk menyelamatkan kanak-kanak yang diculik. " Ok Hack, sekarang bawa kereta ni ke depan sebelah kiri. Aku nak tembak si pemandu. " Bennet berkata. "Okay..." Hakim pun menurut. "Alamak macam dalam movie Hollywood pula." dia bermonolog. David yang perasan akan kehadiran Will di atas atap lori segera bangun dan memanjat keluar daripada tingkap lalu naik ke atas untuk menghalang Will. James baru sahaja hendak mengambil pistolnya dan Bennet terus menembak tangan James menyebabkan lori itu hilang kawalan dan melanggar penghadang jalan. Budak-budak di belakang lori kedengaran mengeluh akibat perlanggaran tersebut. James yang cedera segera mengambil walkie-talkie dan mahu menghubungi rakan sekutunya namun dia telah diacu pistol oleh Bennet. Hakim melihat keadaan Will dan David yang sedang bertumbuk di atas lori. "Bagi aku kunci pintu belakang lori dan aku akan biarkan engkau hidup!" Bennet mengugut sambil meletakan jarinya pada picu pistol. James turun daripada lori sambil menahan luka tembakan pada tangannya dan Bennet merampas walkie-talkie James. Hakim mencabut kunci lori itu dan segera ke belakang lori membuka pintu. Sebaik sahaja dibuka Mia yang berada di berhampiran pintu memeluk Hakim. " Abang Hakim!" kemudian diikuti rasa teruja, Adam dan Danial memeluk juga Hakim. "Alhamdulillah abang selamat. Syukur kalian semua okay." Hakim membalas. Lalu kesemua budak-budak turun daripada lori dan mengikuti Hakim ke arah Bennet. " Abang!" Mia menangis sedu dan memeluk abangnya. Bennet mengusap kepala adik perempuan nya itu dan dia lega melihat Will berjaya menumbangkan David. David yang lebam mukanya turun dan menyertai James manakala Will menyertai Hakim dan lain-lain. "Mana Amelia?" Will menyoal Hakim. " Dia tak mahu ikut kita dan dia menyesal. " Hakim menolehkan mukanya ke arah belakang lori.
"Biarkan si pengkhianat tu merempat dengan mereka ni." Will membalas. Will yang dapat merampas senapang daripada David mengarahkan semua masuk ke dalam kereta. "Ini untuk semua yang kau khianat!" lalu Will menembak David pada kepalanya dan David sempat senyum kepadanya. Kini tiba giliran James. " Engkau tembak aku dan aku janji kalian tak akan selamat di dalam pulau ni." James memberi amaran sambil tersenyum sinis terhadap Will. " Tolol, kau fikir aku takut. Kau hanya tikus si Bob sahaja bukan sesiapa. Jika dia mahu datang silakan. Aku sendiri yang akan ajar dia. " Will membalas dan terus menembak James lalu lelaki itu rebah di samping David. Kanak-kanak di dalam kereta hanya mampu terdiam dan Will menyertai mereka. Amelia yang pucat lesi memandang kereta mereka yang semakin mengecil meninggalkan lori itu di tengah jalan raya. Amelia turun dan melihat mayat James dan David. Tiba-tiba Amelia berasa sesak nafas dan peluh kuning membasahi badannnya. Amelia menarik seluarnya hingga ke paras betis dan hanya tergelak sinis memandang luka gigitan pada betisnya itu. Dia menangis dan jatuh terduduk. "Maaf Lisa, aku sayang kau. Aku sayang kalian semua dan aku tak mampu nak ikut lagi arahan Bob untuk culik budak-budak dari kem yang selamat untuk jadi bahan uji kaji. Cukuplah aku sudah menjadikan ramai budak-budak lain sebagai mangsa sebelum aku berlindung bersama-sama kalian. Maafkan kakak Sofia sebab tak dapat selamatkan kamu daripada Abymel. " Amelia terus bertukar menjadi zombi dan dia melapah mayat David sambil menangis.
Setelah setengah jam memandu dan berjaya menghubungi Jack mereka tiba di hadapan sebuah rumah usang yang terletak di dalam hutan. Rumah usang besar yang mempunyai dua tingkat itu tersorok di belakang beberapa pokok bic atau nama Inggeris ialah Beech dengan akar yang menjalar. Rumah itu berciri gaya eropah terletak berdekatan jalan utama Sole iaitu tempat di mana Hakim dan Adam dikejar oleh konco-konco Bob. Hakim meletakkan keretanya di belakang sebuah pokok bic dan mereka semua pergi ke pintu hadapan rumah usang itu. Will mengetuk pintu dan disambut oleh Jill. "Wah, luar sahaja buruk tapi di dalam sangat cantik." Mia memuji. " Kita akan berlindung sementara di sini kerana aku rasa Bob tak perasan akan kehadiran rumah ni. Yang penting malam Kita kena bergelap sebab pasti Bob akan hantar konco-konco dia mencari kita.
Share this novel