“Ya Allah. Kau nak pakai ni ke Aek pegi masuk minang” mulut Hana Aishah sudah ternganga melihat kea rah Zariq yang baru tiba di kediaman Kapten Azam itu.
“Tak ok ke wei?” pecah tawa Hana Aishah mendengar soalan polos Zarik.
“Ya Allah , baik kau pakai seluar pendek dengan singlet pegi Aek” Hana Aishah membalas lucu. Zarik sedang berdiri menggaru kepalanya.
Hana Aishah menekan perut menahan tawanya saat itu. Zarik yang segak berbaju melayu dan sampin itu dipandangnnya lucu.
“Cha. Jangan la gelak. Aku dah la cuak ni” suara Zarik kedengaran tidak berpuas hati saat itu.
“Ya Allah. Sakit perut aku gelak” Hana Aishah mengesat air matanya yang sudah mengalir laju itu.
“Wei. Hari ni nak nikah ke. Kepala otak korang. Aku pakai sempoi je ni” perhatian Zarik beralih kea rah pagar rumah Kapten Azam saat ada satu lagi suara menegurnya. Mulutnya ternganga melihat geng rakan sekolahnya yang datang segerombolan itu.
“Korang…” kata – kata yang cuba dituturkan itu hanya tergantung sebegitu.
“Aek. Kau nak pegi merisik ke nikah terus ni” Mas yang sedang mendukung seorang bayi di sebelah tangan dan membawa beg plastic besar di sebelah lagi tangannya bertanya terkejut.
“Itu lah pasal. Terkejut aku” Hana Aishah tidak dapat menahan tawanya saat itu.
“Wei.. aah… korang .. kenapa semua ada?” Zarik yang tadi guruh gementar mahu masuk meminang terus bertukar bingung.
“Nak masuk minang si Kina la” mulut Zarik tergamam sebentar.
“Huh? Kenapa?” tidak sampai sesaat dia bertanya kepalanya disekeh dari belakang.
“Aduh. Wei bodoh, sakitlah” Zarik menggosok belakang kepalanya sambil memarahi Lester.
“Memang patut sakit. Mana ada orang masuk pinang sorang – sorang. Haruslah membawa keluarga” Lester membalas geram.
“Ni lagi sekor. Kepala otak kau pinang. Itu pinang amma buat makan sireh” Abu yang baru muncul itu memerli Lester yang dengan yakinnya menyebut perkataan itu.
“Ehh iya ke. Sekejap saya tanya amma dulu” Hana Aishah semakin galak ketawa manakala Zarik masih tercengang.
“Tak payah Les. Kejap lagi sepuluh tahun pun kau tak habis borak dengan Amma” Julia menarik telefon daripada tangan Lester sebelum meluru kearah Hana Aishah.
“OMG. Rindunya dengan kau Cha” Julia terus memeluk Hana Aishah erat.
“I know. I miss my babies too. Sobss” Hana Aishah membalas penuh kerinduan.
“Jap. Jap. Reverse beberapa saat dulu. Ni apa ni. Aku tak faham” Zarik menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
“Kau nak masuk meminang si Kina. Tak kan kau nak pergi sorang. Aku tahu la kau tak anggap kitorang ni family kau tapi kita buat muka tak malu nak join jugak” Zarik menjadi sebak saat mendengar kata – kata Mat.
Satu per satu rakannya dipandang. Saat itu , segala kesedihan yang dia bawa semenjak ibu meninggal dunia dan meninggalkannya sebatang kara hilang dalam sekelip mata.
“Shit head” suara sebak Zarik memarahi mereka sebelum memeluk Mat erat.
“Lain kali jangan lari. Family kau ada dekat sini” Abu membebel , tangannya memaut bahu Zarik erat. Matanya ikut berair.
“Dei. Aku nak peluk jugak” Lester memecahkan suasana suram yang menyelubungi mereka. Hana Aishah tersenyum dalam air matanya melihat Lester yang sudah berisi itu memeluk Zarik dan Mat.
“God! I miss us” jelas kerinduan Hana Aishah saat itu.
Dia menghubungi rakan – rakannya semenjak dari hari mereka merancang untuk meminang Sakinah lagi. Tidak perlu bertanya , terus masing – masing mengosongkan hari mereka.
“Yang” suara Fakhrul mematikan senyuman yang terukir di bibir Hana Aishah dalam sekelip mata.
Isu dia dan Fakhrul. Malasnya mahu berfikir. Hampir seminggu berlalu daripada kejadian di bilik tidur. Hati Hana Aishah dirundung terlalu banyak emosi jadi dia mengambil keputusan untuk tidak memikirkan tentang perkara itu.
“Is his diaper finish. The diaper pack is empty?” Fakhrul bertanya sebelum memunculkan diri di pintu utama rumah Kapten Azam itu.
“There`s a new pack at the top shelf of my wadrobe” Hana Aishah membalas tanpa memandang kea rah Fakhrul.
“Aek. Kau kena tukar baju. Heart attack kejap lagi Mak Cik Zaitun tu haaa” Hana Aishah membebel.
“Mana sempat nak balik rumah wei” Zarik memandang Hana Aishah panik. Hatinya sudahlah dari semalam tidak tenang memikirkan perlu berhadapan dengan ibu bapa Sakinah hari itu.
“Kita postpone je la” Hana Aishah menjeling kea rah Zarik saat dia mendengar ayat Zarik itu.
“Kau jangan sampai aku smack down kau Zarik bin Abdullah” suara Hana Aishah naik satu oktaf.
“Dah la postpone sebab nasib malang aku. We`re doing it today. Dah masuk rumah” Hana Aishah membebel sambil bercekak pinggang.
“Masuk buat apa. Dah lambat ni. Kita singgah mall je la beli wei” Abu memberi cadangan.
“Lagilah lambat kalau dah masuk mall. Kau pakai baju si Alif je la” Hana Aishah memberi cadangan.
“Wei aku ni gemok. Si Alif tu kurus mereheng. Mana muat” wajah Zarik berkerut memikirkan masalah hidupnya.
“Habislah. Confirm mak dia reject” Hana Aishah mengigit bibirnya memikirkan jalan penyelesaian waktu itu.
“You`re my size. Get something from my wadrobe” Hana Aishah terkejut saat itu. Satu kerana suara Fakhrul yang betul – betul di sebelah telinganya, satu lagi kerana penawaran Fakhrul.
“Eh. Erk. Tak pe , tak pe” Zarik menolak laju. Dari saat pertama dia bertemu dengan Fakhrul , aura lelaki itu membuatkan dia kekok dan tidak selesa. Ini pula hendak meminjam barang daripada Fakhrul.
“Kepala kau tak pe. Pergi masuk ambik baju yang sesuai. Ada jugak kena terajang dengan aku ni” Mas yang sedang menenangkan anaknya yang sudah mulai meragam itu membalas geram.
“Cha” Zarik memandang Hana Aishah memohon bantuan. Hana Aishah mengigit bibirnya sedang berkira.
“Kau try baju Alif dulu” Hana Aishah membalas selepas beberapa ketika.
“Tak muatlah sayang. Just pick something from my wardrobe. Its quarter past 2 already” Hana Aishah mengetap bibirnya geram. Pertama kerana tangan Fakhrul yang sudah mendarat di pinggangnya , kedua kerana kebenaran kata – kata lelaki itu.
“Kau tunggu la sini. Aku pegi ambik baju dia. Kau ni pun Aek, kalau dah takt ahu nak pakai apa call la aku. Kalau pasal benda tak penting pandai pulak call” Hana Aishah membalas geram. Bebelannya kedengaran sehinggalah dia sampai ke anak dalam biliknya.
Dia berdiri di hadapan almari bajunya. Bahagian kanan yang dipenuhi baju Fakhrul itu ditelitinya beberapa ketika. Tidak lama kemudian Fakhrul memunculkan diri dengan Adam yang dikendong. Anak bujangnya itu kalau diangkat Fakhrul memang senyum sampai ke telinga.
“Take my khaki pant with a cream colour shirt. It`ll give him a calm look but still stand out among the group going” Hana Aishah mendengar cadangan lelaki itu tetapi dia masih teragak – agak dengan tawaran Fakhrul ini.
“You mana pernah bagi orang pakai barang you. You never share. Ni kenapa tiba – tiba offer. Nak tunjuk baik dekat I ke?” Hana Aishah bertanya jujur. Mulutnya memang sudah tiada lesen apabila berada bersama Fakhrul.
“Because Zarik is family” Hana Aishah tersentak buat kali keduanya. Tubir matanya terasa hangat kerana kejujuran yang lelaki itu lemparkan semakin hari semakin memeningkan kepalanya.
Pandangannya dilarikan sebelum sepasang persalinan yang disarankan Fakhrul di ambilnya. Kakinya melangkah laju keluar daripada bilik tidurnya. Mindanya pusing kerana perasaannya bermain bermacam emosi. Emosi yang mulai menggugat pendiriannya. Hana Aishah dapat mendengar suara hatinya tertawa sinis memerli saat itu.
************************************
“Kamu ni yang tak ada bapak tu kan?” Hana Aishah mengucap panjang saat mendengar kata – kata pertama ibu Sakinah sejurus menghidangkan minuman untuk mereka.
“Kalau tak ada bapak tak adalah dia lahir Ibu. Dalam dunia ni ada sorang je Maryam setahu kakak” Sakinah yang sedang menghidang kek itu membalas pedas tetapi dalam nada bersahaja.
“Sekarang kakak tengah hangat bercinta memang tak nampak pentingnya ada keluarga , penting tahu asal usul keturunan pasangan kita. Nanti dah kawin , baru tahu langit tinggi rendah” Mak Cik Zaiton membalas. Hana Aishah beristighfar saat itu. Adam yang sedang diribanya itu ditarik rapat ketubuhnya mencari ketenangan.
“Kalau mak cik dengan pak cik risau sebab Zarik tak ada keluarga, you don’t need to fret. Kitorang semua keluarga Zarik. Dari darjah satu sampai la sekarang ni” Julia membalas selembut mungkin. Hana Aishah tahu betapa mereka semua sedang menahan perasaan jengkel berhadapan dengan ibu Sakinah saat itu.
Dari dahulu lagi , Mak Cik Zaiton memang terkenal dengan mulut pedasnya. Mak Cik Zaiton ini boleh dikatakan mak cik bawang legend. Kalau ada gosip itu carilah akarnya maka akan bertemulah dengan pencetus segala gosip.
“Sekarang boleh lah cakap. Nanti dah susah bukan dia lari dekat kamu. Dia lari dekat ibu dengan ayah dia” Hana Aishah dapat melihat kerisauan Mak Cik Zaiton saat itu. Disebalik wajah garang seorang mak cik bawang , ada terselit kerisauan seorang ibu.
“Ha kamu ni Aishah, kamu ni patut tahu lebih dari orang lagi. Tengok rumah tangga kamu tu. Tunggang terbalik. Jadi kamu patut faham kenapa Cik Eton tak setuju dengan pilihan Sakinah” pedas mulut Mak Cik Zaiton mengkritik.
“Ibu” suara Sakinah melantun tinggi. Wajah Hana Aishah tenang sewaktu itu. Dia dapat merasakan Fakhrul yang tegang disebelahnya. Bibirnya hanya mampu tersenyum pahit.
“Cik Eton mesti lagi lama merasa asam garam perkahwinan kan. Aishah tahu mesti Cik Eton tahu susahnya perkahwinan lebih dari kami. Siapa yang kawin tak nak bahagia kan tapi kadang – kadang takdir Allah memang nak kita lalu certain kesusahan sebelum dapat bahagia” suara Hana Aishah tersekat sebentar. Kata – kata itu terlalu dekat dengan hatinya.
“Jadi yang paling penting dalam perkahwinan adalah pasangan yang mampu lalu susah senang dengan kita. Yang… yang percaya dekat kita. Sayang tu tak cukup untuk bahagia. Itu Aishah setuju. Tapi sama juga dengan harta , dengan adanya keturunan baik – baik. Yes having that is a plus point but its not a guarantee. Macam Cik Eton cakap. Aishah tak bahagia pun walaupun kawin dengan orang kaya raya” Hana Aishah dapat merasakan tangan Fakhrul mengusap pinggangnya perlahan. Air matanya di tahan daripada mengalir.
“Zarik sayang Kina. Zarik sayang sangat Kina. Aishah tahu. Sebab tu Aishah percaya yang Zarik tak akan aniaya Kina. Aishah tahu … no matter how bad things get he will be fair towards her” gumpalan di tekaknya ditelan kesat. Hana Aishah merenung kea rah Sakinah seketika. Air mata sahabat baiknya bergenang. Sahabat dunia akhirat dia yang layak mendapat segala kebahagiaan di dunia ini dan di sana nanti.
“Cik Enal. Cik Enal nak Kakak happy kan?” Hana Aishah bertanya pula kepada bapa Sakinah yang hanya berdiam diri semenjak tadi. Lelaki itu memang tidak banyak berbicara tetapi kalau sekali Pak Cik Zainal berbicara , memang padu.
“Kakak happy dengan Zarik” Hana Aishah cuba meyakinkan sedaya mungkin saat itu.
“Kakak…” belum sempat Pak Cik Zainal menutur kata laju Mak Cik Zaiton memotong.
“Saya tak setuju” suara Mak Cik Zaiton memotong laju.
“Ok fine. Mak cik bagi 10 sebab kenapa Mak Cik tak setuju” suara Abu kedengaran tidak berpuas hati.
“Ehh. Anak aku suka hati aku la nak bagi kawin ke tak nak” lantunan suara Mak Cik Zaitun bergema ke segenap rumah saat dia membalas persoalan Abu.
“Kakak tak kira. Kakak nak kawin jugak dengan Aek. Ibu tak suka bukan masalah Kakak” Hana Aishah tidak suka melihat ketegangan yang dia tahu bila – bila masa akan Meletus itu. Adam yang tadi melihat teruja perbualan yang berlaku terus memusingkan badannya sebelum wajah anaknya dibenamkan di dadanya.
“Tak apalah. Aek duit hantaran 50 ribu kau tu kau buat downpayment beli rumah je la wei” Lester yang sudah berdiri itu menujukan ayatnya kepada Zarik. Tangannya menarik Zarik berdiri.
“Untung dapat beli sebiji banglo tiga tingkat. Bukan rumah teres macam ni” Lester menyambung. Jelas nada perlian sambil wajah itu mencebik. Zarik yang semenjak tadi berdiam diri sudah terpinga – pinga dengan perubahan topik yang berlaku saat itu.
“Yang korang duduk lagi buat apa. Bangunlah” Mas sudah naik suara. Anaknya yang tadi sedang bermain di permaidani diangkat.
“Tunggu lah putera raja dari kayangan yang mak kau nak tu Kina oii” Mas mencebek sebelum kakinya melangkah keluar.
Hana Aishah memandang kea rah Fakhrul. Lelaki itu kelihatan bingung. Padan muka , siapa suruh menyibuk mahu ikut. Hana Aishah sudah penat mahu mengelak daripada keluar dengan Fakhrul kerana setiap kali itu akan ada suara – suara yang menyokong saranan Fakhrul.
“Susah kalau adik sorang. Dengan Adam tu lagi. Fakhrul nak tolong drive kan je” nasihat Kapten Azam pagi tadi yang menutupkan mulutnya yang mahu membebel sewaktu bersarapan lagi.
“Mimi. Chu” Hana Aishah tersenyum pendek melihat wajah Adam yang ketakutan itu. Kehidupannya yang tenang di London tanpa drama sebegini berlainan dengan kehidupannya semenjak hampir dua bulan ini.
“Its ok Adam. Umi is here right. No one is going to hurt you” Hana Aishah mengucup ubun – ubun Adam lama mencari kekuatan.
“Lets go” Hana Aishah berkata sepatah. Tubuhnya diberdirikan dengan Adam di dalam pelukannya.
“Kitorang mintak maaf ambik masa Cik Eton and Cik Enal” Hana Aishah tersenyum manis saat dia mengucapkan kata – kata itu. Wajah Pak Cik Zainal kelihatan serba salah. Tetapi yang paling berbeza reaksi dan menepati sangkaan Hana Aishah adalah wajah Mak Cik Zaitun.
Zarik memandang Hana Aishah. Wajah terluka lelaki itu jelas kelihatan. Hana Aishah tersenyum manis cuba memberi keyakinan kepada Zarik saat itu. Kasihan Zarik. Dari kecil sahabatnya melalui jalan yang sukar kerana keputusan yang dibuat ibu bapa Zarik. Sebab itu dia takut. Terlalu takut sekiranya keputusan yang dia ambil akan merosakkan masa depan Adam.
“Jom Aek” Hana Aishah mengawal nadanya. Sebaknya sedaya upaya dia tahan saat melihat wajah kecewa Zarik.
“Aku ikut korang” Sakinah memberitahu penuh yakin.
Sakinah yang anggun berbusana berwarna biru itu ikut berdiri. Wajah nekad Sakinah jelas kelihatan saat itu. Hana Aishah menggelengkan kepalanya. Seteruk mana pun ibu Sakinah , Hana Aishah tidak mahu Sakinah menderhaka.
“Tengoklah anak awak. Degil sangat nak kawin dengan Si Zarik tu” bebelan Mak Cik Zaitu kedengaran. Tetapi tidak seperti awal tadi. Tiada nada jelek menyaluti bicara Mak Cik Zaitun. Ahli rumah dua tingkat milik keluarga Sakinah sunyi tidak membalas bebelan ibu Sakinah. Mereka berpandangan sesama sendiri.
“Kalau nak kawin sangat.. aaaaa… kawin jelah” kata – kata yang sayup – sayup kedengaran membuatkan bibir Hana Aishah mahu tersenyum sinis.
“Tak apalah mak cik. Redha mak ayah tu penting kan. Mak cik macam tak redha je nak terima Zarik. Kau jangan risaulah Aek. Berderet perempuan tunggu nak kawin kau. Yang mak ayah dia redha” Abu memaut bahu Zarik yang berdiri di pintu masuk utama rumah teres dua tingkat itu.
“Jadi adik ipar aku je la wei. Si Hafiza tu nak habis diploma dah. Sesuai la dengan kau. Businessman dengan businesswoman. Ambik je dulang – dulang ni bawak pergi rumah aku terus. Kau jangan risau , mak aku tu dia tak banyak songeh. Ada orang masuk minang , jalan terus” Julia menyambung.
“Ok onzz. Jom dei. Sempat lagi sampai sebelum Asar” Lester mula mengambil dulang – dulang hantaran yang mereka bawa dengan teruja.
Hana Aishah dapat melihat daripada pandangan sisinya ibu Sakinah sedang menjeling memberi isyarat kepada Pak Cik Zainal. Wajah Zarik dan Sakinah masih kelihatan terkebil – kebil kerana tidak dapat memahami situasi yang berlaku.
“Awak lah cakap. Awak … awak…. Apasal pulak saya” bisikan Pak Cik Zainal kedengaran. Rengusan Pak Cik Zainal kedengaran saat mereka semua sudah berada di dalam rumah teres itu. Masing – masing sedang memakai kasut apabila sekali lagi suara Pak Cik Zainal kedengaran.
“Emm. Pak Cik mintak maaf bagi pihak mak cik kamu. Mulut dia memang tak ada lesen” Hana Aishah dapat melihat pipi ayah Sakinah yang sudah merah menahan malu saat itu. Sakinah pula semenjak tadi berdiri di pintu masuk utama dengan lelehan air mata merenung kea rah Zarik.
“Drama Hindustan pun kalah” Mas merungut ke telinga Hana Aishah.
“Masuk dulu. Kita bincang elok – elok” Hana Aishah memandang kea rah rakan – rakannya meminta pendapat. Apabila masing – masing menganggukkan kepalanya barulah mereka masuk kembali.
“Dasar mata duitan” Lester berbisik cukup untuk sampai ke telingan mereka sekawan tetapi tidak kuat untuk didengari ibu bapa Sakinah.
****************************************
“Kina. Sorry lah kalau bahasa aku kasar tapi gila duit betul ibu kau” Abu memberi komen pedas sementara mereka menunggu makanan untuk sampai.
Selesai urusan di rumah Sakinah tadi mereka terus menuju ke tempat makanan kegemaran mereka sewaktu sekolah dahulu. Reaksi ibu Sakinah amat berbeza kali kedua mereka masuk ke dalam rumah
“I know. Tapi kau bukan boleh pilih siapa jadi mak kau” Sakinah membalas bersahaja. Dia tidak terasa pun kerana memang itu perangai ibunya.
“Bertabahlah Aek dapat mak mertua mami jarum” pecah tawa Hana Aishah saat itu.
“Bongok la kau Les” Hana Aishah membaling tisu di atas meja kea rah Lester tetapi mengenai Zarik. Lelaki yang sedang mengelamun itu terkejut.
“Yang kau ni kenapa. Dah dapat kawin pun muncung sedepa” Mas yang sedang sibuk menyuap anaknya dengan kentang goreng membebel.
“Gila kau Mas aku tak stress. Wei mana aku nak cari 50 ribu” mereka semua terdiam saat mendengar kerisauan Zarik.
“Kau pun Les nak bagi gempak pun sampai 50k kau bantai. 25K aku boleh terima lagi” Julia mengomel.
“Mana aku nak cari wei. Tunang dah la lagi sebulan” Zarik menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia merenung kea rah Sakinah yang masih selamba menghirup ais kosong itu.
“Kalau korang combine saving agak – agak sampai tak 50k” Abu pula memberi idea.
“30k pun tak sampai. Saving aku baru je cukup – cukup 15 ribu wei” Zarik menyembamkan wajahnya di meja kayu itu.
Hana Aishah semenjak tadi menjadi pendengar setia. Sambil dia menyuap buah betik yang disediakannya pagi tadi ke mulut Adam. Fakhrul pergi ke tandas sebentar jadi dapatlah dia bernafas lega sebentar.
“Kau pinjam duit aku la Aek” Hana Aishah memberi cadangan.
“No” laju Zarik membantah.
“Eeee kau ni. Orang nak bagi tu ambik je lah” Julia menyekeh kepala Zarik.
“Aduh. Wei bodoh. Sakitlah” Zarik menggosok kepalanya.
“Language Aek” Hana Aishah laju memarahi Zarik sambil menutup telinga anaknya yang sedang duduk di ribanya.
“Sorry la. Kau ni tangan macam jantan. Dulu kini dan selamanya. Sakit kepala aku” wajah cemberut Zarik merungut tetapi Julia hanya selamba meneruskan jamahan kentang goreng McD.
“Aku tak nak la hutang – hutang Cha. Kan you” Zarik merenung Sakinah meminta pendapat tetapi bakal tunangnya tengah sibuk menguyah ais sambil diperhatikan Adam. Tawa Adam kedengaran saat mendengar bunyi Sakinah kruk krak mengunyah ais.
“Its funny is it. You like kruk krak sound” Sakinah mengagah anak angkatnya. Lagilah galak Adam tertawa dengan kesan comot makan betik yang penuh di mulut.
“You. I tengah cakap benda serious ni” Zarik menarik muka masam apabila dirinya tidak dilayan.
“Aek. Kau pinjam je. Pastu dah kawin kau pulang lah balik. Ni nak tunjuk ke kau ada 50k. Hantaran tu untuk Kina bukan mak bapak dia” Hana Aishah cuba meyakinkan Zarik dengan cadangannya.
“Wei bukan hantaran tu untuk mak bapak dia ke. Ehh ke tak. Aduh pening la aku” Abu bertanya pening.
“Mas kawin is for your wife. The extra you want to give not a must but it can be a symbol of responsibility and reliability. Depends on the bride parent if they want to use the money for the wedding or not” Fakhrul yang baru kembali ke meja mereka menerangkan. Punggungnya dilabuhkan disebelah Hana Aishah sebelum Adam ditarik ke dalam pangkuannya.
“I can hear your laugh from a kilometer away. Why are you having fun without Babah” Fakhrul membuat raut wajah serius sambil berpura – pura memarahi anaknya. Hilang terus tawa Adam. Hana Aishah terdiam saat melihat air mata anaknya yang bergenang.
“Now you owe me those laugh mister. Come one faster smile for babah” Fakhrul tersenyum lebar saat bibir Adam mengukir senyuman manis. Fakhrul tertawa besar diiringi tawa Adam. Hati Hana Aishah dirundung rasa takut. Dia dapat melihat betapa emosi Fakhrul mempengaruhi emosi Adam saat itu.
Sepanjang minum petang mereka itu , Fakhrul dan Adam melekat seperti magnet. Adam lansung tidak mahu dipegangnya. Segalanya tentang Adam diuruskan Fakhrul. Perasaan yang sedang dia rasai saat itu asing. Cemburu kah dia?
“Tak sedap ke laksa tu cha. Kan favourite kau?” Hana Aishah mengawal reaksi mukanya saat ditegur Lester. Senyuman dilemparkan kepada Lester sebelum laksa yang pernah menjadi kegeramannya itu ditelan.
“Sayang nak tukar dengan abang. The mee sup is nice too” Hana Aishah menggelengkan kepalanya perlahan. Laksa itu disumbat masuk ke dalam mulutnya. Cuba menolak makanan itu masuk sekali dengan emosi yang bergelodak di dalam dirinya.
Fakhrul melayan Adam sambil menyuap buah – buahan yang disediakan Hana Aishah pagi tadi. Rutinnya semenjak dahulu memang Adam hanya diberikan makanan yang dia sediakan daripada rumah. Oleh itu kalau mereka merancang untuk keluar waima ke pusat beli belah pun , Hana Aishah akan bangun awal untuk menyediakan bekal untuk anaknya.
Tadi boleh tahan pengelutan Adam saat anaknya melihat anak Mas menikmati kentang goreng McD. Sehinggalah Fakhrul tiba. Sekali sahaja Fakhrul memujuk anaknya, terus anaknya mendengar kata.
“Romantik gila laki kau Cha” Mas memuji sewaktu mereka menuju ke tempat mencuci tangan. Anak Mas yang semenjak tadi tidak mahu duduk diam itu sekarang diam tidak berkutik. Kerana apa? Haruslah kerana gadjet di depan mata.
“Entahlah. Ye kot” Hana Aishah membalas malas. Sudahlah dia memang sudah emosi , Mas seperti menambah petrol dalam api yang membara.
“Si Jali tu jangan kan nak cuci berak anak , nak angkat pun jangan harap” Mas membebel.
“Anak kau berapa orang dah Mas?” Hana Aishah dapat melihat raut penat di wajah Mas saat sahabatnya berbicara. Kali terakhir mereka berjumpa adalah sewaktu majlis perkahwinan Hana Aishah. Itu pun tidak sampai beberapa minit sewaktu bergambar.
“Lima Cha” tenganga mulut Hana Aishah saat mendengar jawapan Mas.
“Kau biar betul. Poor spacing habis. Kau tak rehat lansung ke Mas” Hana Aishah bersandar di tiang kayu sementara menanti mas mencuci botol susu anaknya di singki.
“Habis dah dekat nombor lima tu. Si Danish tu anak bertuah aku. Lucky number 5” wajah Mas kelihatan suram saat bibir Wanita itu tersenyum pahit.
“Mas. Kau ok tak ni?” Hana Aishah bertanya lembut. Tangannya memaut bahu rakannya itu.
Antara mereka , Mas yang paling garang sekali. Garang tetapi paling penyayang. Kalau mereka dikacau sesiapa di sekolah , Mas orang pertama yang akan pergi menyerang punca kesedihan rakan – rakannya.
“Ok je” daripada nada suara itu Hana Aishah tahu , Mas menipu. Suara yang dia sudah kenal benar. Nada yang pernah keluar beberapa kali sahaja sepanjang perkenalan mereka.
“Tipu” bibir Hana Aishah diketap menahan geram apabila Mas masih berdiam diri. Tangan Mas lincah mengeringkan botol susu anaknya. Hana Aishah menggunakan masa itu untuk meneliti Mas.
Baju kurung Pahang berwarna biru itu menyembunyikan tubuh yang kelihatan kurus itu. Mas yang dia ingat sentiasa berisi tetapi Mas yang dia lihat sekarang amat jauh beza. Wajah itu menyembunyikan rasa , bibir itu tidak sepetah dahulu dan tubuh itu. Tubuh yang kelihatan membawa bebanan yang berat.
“Dah jom. Laki kau dah mencari tu” Mas yang mahu melangkah itu ditahan Hana Aishah.
“Kau ok tak ni Mas” Hana Aishah menahan suaranya supaya tidak kedengaran mendesak. Mas tertawa hambar.
“Aku kena ok la. Ada lima orang yang bergayut dekat aku. Kalau tak ok pun , aku kena ok kan” Hana Aishah menelan air liurnya kesat saat mendengar kata – kata jujur daripada bibir Mas.
“Jali buat apa pulak kali ni?” Hana Aishah hampir pasti puncanya adalah Ghazali.
Mas dan Ghazali pasangan merpati dua sejoli daripada sekolah rendah sampailah ke sekolah menengah. Hana Aishah dan rakan – rakannya yang lain tidak suka akan hubungan mereka tetapi Mas tetap dengan pilihannya. Hana Aishah sampai sekarang tidak dapat memahami Wanita itu yang sudah berkali – kali dicurangi tetapi tetap bertahan dengan lelaki itu.
“Macam biasalah. Main perempuan dekat belakang. Tapi kali ni dah up level” Mas tetawa tetapi Hana Aishah dapat merasai kesakitan di setiap bait kata – kata itu.
“Dia kawin lagi satu dah” Hana Aishah menarik Mas rapat ke dalam pelukannya saat andaiannya disahkan Mas.
“Kenapa kau buat macam ni dekat diri kau Mas. You deserve more than this” air mata Hana Aishah mengalir saat dia meluahkan kekesalannya.
“Korang tak akan faham sebab tu aku malas nak cakap” suara Mas masih tenang berbicara dan Hana Aishah tidak tahu bagaimana Mas boleh setenang itu.
“Dah dah la tu Mas. Bina la hidup kau dengan anak – anak kau” Hana Aishah memujuk.
“Aku sayang dia Cha. Aku sayang sangat dia” saat itu Hana Aishah dapat mendengar nada sebak. Hana Aishah merenggangkan pelukannya.
“Tak guna kau bertahan macam ni. Aku tahu kau sayang dia tapi dia tak sayang kau pun Mas. Berapa kali lagi dia nak sakitkan baru kau nak sedar?” suaranya ditahan supaya tidak meninggi saat itu. Kedegilan Mas memang tidak boleh dilenturkan semenjak dahulu lagi.
Mas datang dari keluarga berpecah belah. Ibu bapanya bercerai waktu Mas di sekolah rendah. Kemudian masing – masing berkahwin lain. Mas dan dua adik lelakinya terkontang kanting diantara rumah ibu dan bapa mereka,
“Jali jahat sebab curang. Jali jahat sebab tipu aku berkali – kali. Tapi dia tak akan aniaya anak dia sendiri. Dia tak akan buat… anak – anak perempuan aku … diorang tak akan rasa apa yang aku lalui” semakin erat pelukan Hana Aishah saat itu.
Perjalanan Mas terlalu berliku. Terlaku banyak duri kerana itu dia benci apabila Ghazali berkali – kali melukai lagi hati Mas. Peristiwa hitam yang membuatkan Mas lari membawa adik – adiknya sewaktu dia berumur 14 tahun. Semenjak dia membawa adiknya lari , dialah yang menyara kedua – dua adik lelakinya.
“Mas. Tak kan sebab tu kau nak punish diri kau. Kau mangsa keadaan Mas” Mas tertawa pahit. Mas merenggangkan pelukan mereka. Wajah masing – masing sudah sembap dengan air mata saat itu.
“Aku tahu bukan salah aku. Salah mak aku. Salah bapak aku. Salah diorang tapi mangsa dia aku. Jadi anak – anak aku tak boleh jadi mangsa” Hana Aishah kelu tanpa bicara saat mendengar kata – kata penuh amarah Mas.
“Dia janji dia tak akan buat … buat … buat benda tu dekat anak – anak kitorang. Jadi aku pegang janji dia. Aku telan semua sebab anak – anak aku perlukan bapak” azam di sebalik kelukaan yang bersalut di anak mata hitam Mas jelas terpancar.
“Aku ok Cha. Aku janji aku akan ok. Aku happy sangat tengok kau and Kina dah kawin lelaki elok. Yang boleh jaga korang. Ni tinggal si Julia je. High maintainance betul minah tu. Nak tunggu putera raja mana tah datang pinang” dalam sesaat wajah itu berubah. Kesedihan dan kelukaan yang tadi terpancar hilang dalam sekelip mata.
“Mas…” Mas menggelengkan kepalanya menandakan dia tidak mahu mereka terus berpusing dalam segi tiga Bermuda itu.
“Aku boleh tipu kau cakap alasan aku semata – mata sebab aku tak nak anak – anak aku membesar tanpa bapak macam aku… tapi aku tak boleh tipu diri sendiri…” Mas menggenggam tangan Hana Aishah erat cuba mengumpul kekuatan untuk menyambung bicara. Sepasang mata yang sentiasa merenung tajam tetapi penuh dengan cinta itu dipejam rapat.
“Aku yakin dia akan balik dekat aku” Hana Aishah mengeluh berat sebelum menarik Mas rapat ke dalam pelukan dia.
“Aku sayang kau sangat – sangat. Sorry I wasn’t around. Sorry aku busy dengan hidup sendiri” Mas menggelengkan kepalanya. Wajah Hana Aishah ditenung sebelum kedua – dua belah pipi Hana Aishah dicubit kuat.
“Hana Aishah kau ni dari dulu sampai sekarang sama. Semua sakit orang dia nak sedut macam siput sedut. Ujian tu untuk orang tu macam tu nak buat macam mana. Tak kan semua salah kau. Faham?” bibir Hana Aishah dicebikkan saat dimarahi sebegitu.
“Cebek tu sampai bila – bila tak hilang. Dah jadi mak orang dah pun. Hot mama” Mas mengeyitkan matanya memuji.
“Ish. Suka marah lepas tu puji. Nak marah pun tak jadi” air mata masing – masing di kesat sebelum mereka menuju kembali ke meja.
“Tengok tu laki kau. Macam anak itik hilang mak” Hana Aishah mencubit pinggang Mas apabila diusik sebegitu.
“Sayang ok?” Hana Aishah menganggukkan kepalanya saat Fakhrul bertanya apabila dia melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan dengan Fakhrul. Adam sudah terlentok di riba Fakhrul. Lama sangat agaknya dia pergi sampai terlena anak dia.
Meja makan itu riuh petang itu. Terlalu banyak perkara yang masing – masing sudah ketinggalan. Setiap insan di situ membawa ceritera masing – masing. Hana Aishah menyampuk sesekali sahaja kerana saat itu dia lebih suka mendengar. Suatu masa dahulu dia lah yang paling riuh tetapi saat haknya untuk bersuara di ambil , dia lebih senang membisu.
Kata – katanya yang tidak pernah bermakna untuk lelaki yang sedang memaut tangannya dan mengelus lembut semenjak tadi. Yang semenjak tadi sudah beberapa kali bertanya tentang keadaannya. Yang Mas label sebagai romantik. Yang mereka lihat seperti suami yang mithali.
“Cha. Ok tak?” teguran Sakinah membawa mindanya pergi ke tempat gelap yang penuh memori pahit.
“Ok. Tapi aku nak kena gerak ni. Mak aku tu tak tahu jadi apa dekat rumah” Hana Aishah membalas sambil berdiri. Fakhrul yang semenjak tadi setia menanti merenung kea rah Hana Aishah sebelum ikut berdiri. Adam sudah berdengkur di dalam dukungan Fakhrul.
“Ye la wei. Aku tak perasan masa berlalu. Kesian telinga aku kena dengar bini bebel balik ni” Hana Aishah tersenyum menahan tawa saat melihat Ali yang kelam kabut berdiri mahu pulang.
Selepas sesi berpelukan dan janji yang entah dapat dilangsaikan bila untuk bertemu lagi masing – masing bergerak pulang. Hana Aishah melihat kea rah kenderaan yang membawa rakan – rakannya pergi. Zarik menghantar Sakinah pulang , manakala Mat menghantar Mas dan Julia pulang. Rindunya kembali menyesakkan dada.
************************************************************
Perjalanan mereka pulang itu sunyi. Bibirnya membisu kerana terlalu banyak emosi yang dirasainya hari itu. Suara hati Hana Aishah tertawa sinis memerli kerana hari – harinya di Malaysia memang dipenuhi dengan pelbagai emosi pun. Hidupnya di London amat jauh berbeza daripada Malaysia. Di sana dia tidak merasakan keperluan untuk menelan segala emosinya tetapi semenjak dia kembali ke Malaysia , emosinya kembali ditelan sendiri.
“Sayang kita singgah rumah sekejap boleh. I need to grab something quickly from the office” seperti saat Fakhrul memberitahunya mereka akan menuju ke rumah yang membawa terlalu banyak memori pahit dalam hidupnya , Hana Aishah hanya menganggukkan kepalanya.
“Buruk – buruk Jali tu , dia tetap bapak anak – anak aku. Aku akan bertahan untuk anak – anak aku. Aku tak nak anak – anak aku benci aku sebab aku pentingkan diri sendiri. Aku tak nak anak – anak aku jadi mangsa macam mana aku jadi mangsa Cha. Kau jangan risaukan aku. Aku ok” kata – kata Mas sewaktu dia memeluk Mas sebelum mereka berpisah tadi bermain di mindanya.
Mata Hana Aishah memandang kearah banglo yang tersergam indah itu. Banglo dua tingkat yang menjadi saksi segala kesakitan dia. Banglo yang membawa lebih banyak duka daripada suka. Bersilih ganti bayangan lepas bermain di mindanya. Kereta hadiah sempena kandungannya daripada Fakhrul itu menyusuri masuk ke lama yang luas itu.
“We`re home” suara ceria lelaki itu memberitahu tetapi tuhan sahaja tahu betapa Hana Aishah cuba bertahan untuk tidak terjun melarikan diri daripada kereta saat itu. Memikirkan Adam yang sedang tidur lena dengan dengkuran semenjak di letakkan di dalam kerusi bayi itu, niatnya dibatalkan.
“Its almost maghrib. Can we pray here. Abang nak tukar baju and mandi. Takut terkena Adam`s poop. Boleh sayang?” Hana Aishah menelan air liurnya saat tangan Fakhrul mencapai tangannya. Pertanyaan Fakhrul dengan nada lembut digandingkan dengan tangan lelaki itu yang memaut tangannya membuatkan lidah Hana Aishah kelu seketika.
“Just for awhile. After that kita balik rumah abah terus” Fakhrul memujuk lagi.
Wajah Hana Aishah semenjak tadi memang tidak mahu merenung kea rah Fakhrul. Pandangannya dibuang ke luar semenjak kereta itu bergerak daripada warung kegemaran Hana Aishah dan rakan – rakannya sehinggalah kereta itu berhenti di hadapan banglo Fakhrul.
“Abang tak nak paksa sayang. Kalau sayang tak selesa its ok. Abang tukar baju cepat – cepat and then we find a mosque nearby” suara lelaki itu kedengaran tenang memberitahu apabila Hana Aishah masih berdiam diri.
Hana Aishah masih diam membisu. Hatinya sedang berkocak dengan terlalu banyak emosi saat itu. Fakhrul yang sudah keluar daripada kereta tidak dipandangnya. Matanya masih tertacap pada tempat letak kereta yang dihuni kereta kegemaran suaminya.
Persoalan bermain di mindanya saat pintu kereta ditutup. Untuk melangkah masuk ke dalam rumah yang membawa kesakitan demi kesakitan yang datang tanpa henti , mampukah dia? Satu keluhan berat Hana Aishah lepaskan.
Pandangannya dialih. Tempat duduk Fakhrul yang sudah kosong itu dipandang dengan perasaan yang dia sendiri tidak faham. Hana Aishah tahu Fakhrul makan hati dengannya tetapi dia tidak boleh memaksa dirinya. Kemudian matanya jatuh pada penyelamatnya. Yang menyelamatkan dia daripada terus hanyut dalam emosi gelap.
“Its so hard Adam” sebak Hana Aishah berbisik kea rah anaknya. Air mata yang ditahan semenjak tadi gugur.
******************************************
Fakhrul mengeringkan rambutnya sepantas mungkin saat itu. Matanya memandang kea rah jam dinding yang sudah menunjukkan pukul 7.45 minit malam itu. Tuala berwarna hitam yang sudah lembap itu dicampak di atas lantai sebelum kakinya melangkah laju menuju ke ruangan persalinan. Tangannya Fakhrul lincah mencapai seluar slack hitam dipadankan dengan T-shirt berwarna krim itu.
Kaki Fakhrul bergerak laju menuju kearah tangga sambil menyarungkan bajunya. Rambutnya yang masih lembap itu kusut sekusut mindanya cuba mencongak sama ada meraka akan sempat sambil ke masjid ataupun tidak. Membayangkan kesesakan lalu lintas di malam minggu seperti ini , dia benar – benar berharap Tuhan mudahkan jalan mereka.
Tetapi langkah Fakhrul terhenti saat melihat dua insan yang sedang berdiri di pintu masuk rumahnya. Dadanya berentak irama lain saat melihat suri yang dinantikan sudah kembali. Tubir mata Fakhrul terasa hangat saat melihat kedua – dua cinta hatinya sudah berada di bawah bumbung rumah mereka.
Wajah Hana Aishah kelihatan suram sambil mendukung Adam yang masih terlentok. Kaki isterinya kaku di pintu utama rumah. Fakhrul tidak tahu berapa lama isterinya tercegat di situ tetapi kakinya seperti ditarik magnet. Dia melangkah menuju kea rah Hana Aishah dengan rindu yang sarat.
Fakhrul berdiri betul – betul di hadapan Hana Aishah. Hana Aishah yang tadi merenung ke segenap rumah memandang ke dalam anak mata Fakhrul. Air mata pasangan suami isteri yang ditahan daripada gugur mengalir jua. Sakitnya Tuhan sahaja yang tahu saat itu.
“I hurt you” suara sebak Fakhrul berbicara sebelum Hana Aishah di Tarik ke dalam pelukannya. Perasaan yang dia rasai empat tahun lalu saat Fakhrul kembali daripada kerja dengan azam mahu memulihkan rumah tangganya terasa bagaikan baru semalam dia rasai.
*****************************************************************
Fakhrul melihat jambangan bunga lili yang dibelinya. Seumur hidupnya sekalipun dia tidak pernah membeli bunga untuk sesiapa. Sewaktu dia mengahwini Hana Aishah , dia tidak pernah tergerak hati untuk membeli bunga untuk isterinya.
“Euwww. Flower. What do you expect me to do with this flower? Cubalah beli benda makan. Kenyang aku” Fakhrul tersenyum sendiri saat mengimbas kembali kenangan sewaktu Hana Aishah dimasukkan ke wad kerana diserang bekas teman Wanita Aiman.
Mengingatkan Aiman , hatinya menjadi sebal kembali tetapi cepat – cepat dia beristighfar. Hana Aishah sayang dia. Hana Aishah tidak curang. Ini semua hanyalah fitnah. Semua akan menjadi normal kembali.
“All forgotten and all forgiven” Fakhrul berbisik kepada dirinya. Janji yang dia mahu tunaikan daripada hari ini dan seterusnya.
Dua hari dia dapat menjaga Hana Aishah. Dua hari yang membenarkan dia memikirkan semula segala perbuatannya kepada Hana Aishah. Dua hari yang penuh dengan penyesalan daripadanya. Fakhrul berjanji tidak akan mengulangi segala kesakitan yang dirasai Hana Aishah daripada saat video itu dihantar kepadanya sehinggalah tiga hari lepas.
Hana Aishah sudah mula mahu mendengar kata jadi sepatutnya dia harus bersyukur. Sekaranga fokus mereka adalah untuk memulihkan hubungan mereka. Mengingatkan arwah Adam , hati Fakhrul seperti dihiris sembilu. Niat asalanya yang mahu menuju ke klinik selepas habis pembedahan hari itu dibatalkan. Daripada zohor sehinggalah Asar , Fakhrul duduk bertapa di sebelah tempat anaknya disemadikan.
“I`m sorry Adam. Babah failed you. I failed in protecting you. I failed in taking care of you” air matanya murah petang itu. Air mata yang mula gugur semenjak dia menikahi isterinya.
“I was so egoist. I hurt Umi and you. Can you forgive me?” perbualan yang memberinya satu kelegaan yang tidak dapat dia ungkap petang yang redup itu.
“Adam tarik babah sekali masuk syurga dengan Adam. Don’t leave me again. I want us to be together again and this time around Babah promise I wont hurt you or Umi ever again” permintaan Fakhrul sebelum kakinya berat melangkah meninggalkan Adam.
Senyuman Adam setiap kali dia melawat anaknya di tengah malam , genggaman erat tangan kecil anaknya yang penuh dengan cucukan jarum terasa masih segar di ingatan. Sehingga hari di mana Hana Aishah pulang selepas 10 hari keluar wad , Fakhrul tidak pernah sekali pun tidak pergi melawat Adam. Setiap malam dia akan menemani anaknya sehingga lewat pagi sebelum kakinya melangkah berat pulang.
Suasana petang itu mendung seperti menanti hujan sewaktu Fakhrul memasuki perkarangan rumahnya. Petang itu hatinya sarat dengan rindu. Hampir seminggu masanya dihabiskan merawati luka Hana Aishah. Luka yang dia berikan kepada Hana Aishah sebagai hukuman untuk sesuatu yang Hana Aishah tidak lakukan.
Penyesalan Fakhrul berbuku kerana itu dia berjanji tidak akan menyakiti lagi tubuh itu. Seminggu yang menyebabkan rindunya tidak tertanggung semenjak pagi tadi bekerja. Saat enjin keretanya dimatikan, Fakhrul mencapai jambangan bunga lili berwarna putih itu.
“A clean start for both of us” Fakhrul tersenyum saat kata – kata itu meniti bibirnya. Kaki Fakhrul melangkah tenang menuju ke pintu utama rumahnya. Selalunya Hana Aishah akan menyambutnya di pintu masuk itu.
“Assalamualaikum sayang” suaranya bergema saat dia membuka pintu utama itu.
Kesunyian yang menyambutnya mematikan senyuman Fakhrul tetapi memikirkan Hana Aishah yang masih belum sihat sepenuhnya itu Fakhrul menenangkan hatinya. Jambangan bung aitu diletakkan di meja di sudut kanan pintu masuk utama sebelum kasut dan stokinnnya ditanggal.
“Sayang! I`m back” Fakhrul melaung ceria. Stokin kotornya dilontarkan ke dalam raga kayu yang separa penuh dengan stokin – stokin yang telah digunanya. Selalunya setiap hari raga itu akan kosong dibersihkan Hana Aishah.
Rutin Hana Aishah yang sentiasa memastikan rumah banglo itu bersih tanpa secalit debu lari semenjak seminggu ini. Puncanya kerana Fakhrul. Mengingatkan jalur merah di belakang tubuh Hana Aishah hati Fakhrul terasa sesak kembali.
“Sayang. Are you upstairs?” Fakhrul sempat mengintai di dapur yang gelap itu. Kelihatan bersih seperti tidak digunakan. Kemudian kakinya melangkah menuju ke anak tangga dengan laju.
“Sayang” Fakhrul memanggil lagi. Saat dia sampai di pintu bilik tidur mereka , hati Fakhrul berentak irama lain. Senyuman di bibirnya semakin melebar. Haruman Hana Aishah dapat dihidunya sebelum dia masuk ke bilik tidur mereka lagi.
“Assalamualaikum sayang” senyuman di bibirnya mati saat dia melihat katil yang sudah dikemas rapi itu.
Hati Fakhrul berubah irama lagi. Kali ini degupan itu laju. Tekaknya terasa kering saat haruman isterinya semakin menghilang kerana ditelan bilik yang luas. Matanya Fakhrul meliar mencari Hana Aishah.
Langsir yang ditutup kemas dengan katil yang dikemas rapi itu ditenungnya dengan penuh debaran. Pintu bilik air yang diharapkan bertutup itu kini terbuka luas. Kegelapan yang dapat dilihat menggentarkan lagi hatinya saat itu. Kaki Fakhrul terpaku tidak tahu mahu melangkah ataupun tidak.
Matanya merenung ke bilik persalinan yang juga jelas kelihatan gelapnya. Matanya sedang mencari walaupun sedikit sinar supaya hatinya boleh berentak tenang kembali. Fakhrul tidak mahu melangkah masuk kerana dia takut andaiannya akan menjadi realiti.
“Sa…ermmm… sayang. Abang dah balik ni” suaranya yang sudah hilang ketanangan saat itu bergetar berbicara. Saat berlalu hanya kesunyian menyambut Fakhrul dan sakit yang dia mula rasai di dadanya semakin ketara.
“Hana Aishah” Fakhrul memanggil kuat saat kakinya melangkah. Setiap ruangan bilik itu diteroka dan di saat dia pasti Hana Aishah tiada di dalam kamar mereka , Fakhrul bergegas ke bahagian lagi di rumah banglo dua tingkat itu.
Setiap ceruk dia cub acari sebelum Fakhrul terduduk di sofa di ruangan tamu. Matanya terasa hangat. Saat itu rasa amarah yang sentiasa menjadi peneman Fakhrul setahun kebelakangan ini hilang. Yang ada hanyalah kesakitan yang tidak mampu dia gambarkan.
“You promised me” Fakhrul berbisik sebak. Air matanya hanya menanti untuk gugur saat pandangannya jatuh pada ruangan yang menempatkan meja makan. Kakinya melangkah laju dengan harapan yang mulai menggunung tinggi.
Tudung saji dibuka dan lauk makanan yang tidak hangat seperti selalu menyambutnya. Mata Fakhrul melihat lauk kegemarannya yang terhidang itu. Matanya berkaca kembali.
“Sayang. Its not funny” suara Fakhrul bergema memandang kea rah ruangan dapur yang gelap itu. Matanya meliar mahu mencari bayangan Hana Aishah. Saat tangannya meletakkan tudung saji yang dipegang tadi , Fakhrul melihat sekeping kertas berterbangan sebelum jatuh di lantai mozek.
“No. No” air mata yang Fakhrul tahan gugur akhirnya saat dia melihat kepingan kertas itu kerana tanpa perlu dia teliti pun Fakhrul dapat mengagak isi kandungan kepingan kertas itu.
*******************************************************
“Felish. Hey Felish!” Felisha sedang menyusuri rak - rak yang dipenuhi dengan baju rekaan eksklusif di kedai pereka fesyen ternama.
Matanya yang tadi memandang bosan baju – baju itu terus mencari punca suara tadi. Saat matanya tertacap pada insan itu , badannya menjadi tegang. Mindanya menyuruh kakinya melarikan diri daripada situ tetapi kakinya seperti dirantai di permadani yang dipijaknya.
“Where the hell have you been? I`ve been trying to get a hold of you” Felisha diam membisu melihat amarah Wanita di hadapannya. Seluar pendek berwarna putih yang dipadankan dengan blaus longgar menunjukkan setiap inci tubuh Wanita yang sedang menghembuskan rokok berkepul – kepul itu.
“Damn girl” rengusan kasar Wanita itu kedengaran.
“Why are you quiet now?” saat Felisha disergah , tubuhnya bergerak kebelakang kerana terkejut.
“No..nothing kak Put” suaranya kedengaran gementar. Pertemuan mereka dua bulan lepas masih segar diingatan Felisha. Puteri sedang menyelak gaun di rak bersebelahan mereka sambil sebelah lagi tangannya masih menghisap kepulan asap sebelum menghembus keluar.
“I heard that bitch is back” air muka Puteri berubah. Air muka yang menjadi igauan Felisha semenjak dua bulan lepas. Bibirnya membisu.
“Why you didn’t tell me?” suara itu kedengaran bersahaja tetapi selepas melihat sisi sebenar Puteri , Felisha menjadi gentar.
Lidahnya kelu dan tekaknya terasa kesing dalam setiap saat yang berlalu. Felisha mahu lari jauh daripada Wanita ini tetapi dia sudah terbelit rapi. Bebola matanya meliar mencari sesiapa yang boleh menyelamatkannya.
“You still mad about that thing?” Felisha bertanya lagi apabila persoalannya dibalas dengan kebisuan Felisha. Bau rokok yang semakin kuat itu menyesakkan nafas Felisha.
“Come on girl. I just want you to have fun” tangan Puteri memaut tangan Felisha yang sudah sejuk beku itu. Air matanya ditahan daripada mengalir saat itu. Perasaan takut tadi bertukar menjadi amarah. Semudah itu Puteri mengenepikan masalahnya.
“Remember our aim right. That bitch need to go. So can we just forget about what happen?” Felisha menggelengkan kepalanya perlahan.
“I don’t want to get involve. Don’t contact me anymore” Felisha menarik tangannya daripada pegangan Puteri. Hatinya saat itu benar – benar terluka. Begitu mudah Puteri suruh dia melupakan segalanya.
Kakinya dihalakan keluar saat itu. Air mata yang ditahannya sudah mulai gugur. Felisha mahu lari jauh tetapi dia tidak tahu mahu ke mana. Kakinya melangkah penuh penyesalan saat lengannya ditarik.
“My hand is clean. The dirt is on you. You walk away now you`ll loose whatever is left” Felisha berbisik perlahan sebelum melangkah melintasi yang berdiri Felisha tercengang di pintu masuk butik mewah tersebut.
Matanya memandang tubuh Puteri yang semakin menghilang. Saat itu segalanya seperti gelap dan kelam. Kepalanya terasa berpusing dan sebelum sempat di memberi reaksi, pandangannya menjadi gelap segelap masa hadapannya.
Share this novel
i give up.... delay lama sangat utk chapter yg ada kebahagian hana. i wish hana togather with mika. but semakin lama semakin i rasa macam eve nk satukan kembali with fakhrul yg i sangat2 benciiiii