BAB 1

Family Completed 6753

mengunyah beras sambil menonton televisyen di ruang tamu.
Dilabuhkan duduk di sebelah si isteri.
“Eh apa pula? Dah baby dalam ni yang nak makan. Sedap, bang beras ni... Aduhhh nikmatnya! Tak sangka sedap rupanya beras ni. Abang nak rasa?”
Makin berkerut dahi Azril. Isteri orang lain pun mengandung jugak tapi
tak adalah macam isterinya. Kunyah beras macam makan keropok. Krup
krap bunyinya! Pelik perangai isterinya ini sepanjang tempoh mengandung. Tempoh hari semasa sedang seronok berdua ‘dating’ tengok TV, tiba-tiba isterinya itu menyuarakan hasrat untuk makan sabun Lux warna putih. Tersembul keluar kopi yang diminumnya! Rasa nak hantukkan kepala kat dinding. Puas dia menegah isterinya jangan buat benda pelik dan jangan ikutkan sangat perasaan. Isterinya menarik muka masam. Lega dia tak juga kerja gila itu diturutkan. Tapi sangkaannya itu meleset! Beberapa jam selepas adengan pujuk-memujuk, tengah bersembang dia asyik terhidu bau sabun yang amat kuat setiap kali isterinya buka mulut. Laju dia menebak dan menyanyakan isterinya kalau-kalau isterinya makan sabun.
‘’Taklah bang, mana ada ayang makan sabun tu, ayang cuma rasa sikit je sabun mandi jenama Dove kat dalam bilik mandi. Takde stok sabun Lux kat rumah kita rupanya.. Nanti abang belikan yee..’’ tersengih-sengih isterinya senyum, makin comel dengan wajahnya yang berisi seiring usia kandungan semakin meningkat.
Lantaklah!
“Abang tolong ambilkan beras sikit lagi.” Mangkuk yang hampir kosong
Halilah hulur kepada Azril sambil tayang muka comel.
“Sudahlah tu... tak kenyang ke makan nasi tadi, Siti Nurhalilah? Jangan
nak ikutkan sangat tekak Eyla tu! Kalau nak nasi, nasi banyak kat dapur
tu. Makan beras bukannya boleh kenyang!”
Halilah mula tercebik-cebik mendengar suara tinggi Azril. Hati rasa
hancur seperti beras yang baru dia kunyah. Memang suaminya tak faham
perasaan dia. Ingat dia suka-suka ke nak makan beras? Dah benda itu saja
yang dia terasa nak makan, nak buat macam mana?
Azril mengerut dahi apabila melihat Halilah tiba-tiba menangis. “Ni
kenapa menangis pulak ni?”
“Abang marah Eyla...” Halilah membiarkan air mata merembes laju.
Azril menggaru kepala. “Laaa... bila masa pulak abang marah? Abang
cuma cakap je adi, tak marah punlah.”
“Tapi abang tinggikan suara. Lepas tu abang tak bagi Eyla makan beras.”
Halilah tersedu-sedan.
Azril mengelap air mata si isteri. “Yalah... lain kali abang tak
tinggikan suara lagi. Abang bukannya marah Eyla makan beras tu tapi
abang takut Eyla sakit perut je nanti. Beras tu dahlah mentah. Kalau
rasa nak mengunyah sangat, biar abang goreng keropok ikan.” Dia bangun
mahu berlalu ke dapur.
“Eyla tak nak keropok. Biar Eyla makan beras sikit je lagi eh? Lepas
tu tak makan dah.”
Langkah Azril terhenti dan berpusing memandang Halilah. Kesian pula dia
tengok muka monyok isterinya. Haih... perangai siapalah anak dalam
perut isterinya ikut ni? Mengidam yang pelik-pelik saja! “Okey, abang
benarkan. Pergilah ambil kat dapur. Abang nak pergi basuh kereta kat
luar. Nanti Eyla tolong buatkan abang green tea ais, bawak kat luar.”
Dia melangkah ke pintu.
“Abang... yang pasal beras tu kan... Eyla cuma janji tak makan untuk
hari ni je tau! Esok dengan hari lain makan balik.”
Terus berpusing Azril memandang Halilah yang tersengih.
“Mak pernah cakap, kalau mengidam mana boleh tahan-tahan. Nanti anak
lahir, air liur dia asyik meleleh je. Lagipun, ni pertama kali Eyla
mengandung lepas empat tahun kita kahwin. Abang mesti tak nak tengok
Eyla kempunan kan... kan... kan...” Halilah buat muka comel.
Azril menggeleng. “Banyak betul alasan isteri abang ni. Pergilah buatkan
green tea. Tadi abang ada kukus pau frozen yang kita beli hari tu.
Lagi lima minit tolong tutupkan api.”
“Baik...” Halilah mengangkat tabik.
Keluar saja dari pintu rumah, Azril terpandang jiran sebelah yang baru
tiga hari berpindah di situ sedang duduk di bangku luar rumah sambil
membaca buku. Kali pertama bertegur sapa, terkejut juga dia apabila
jiran berbangsa Cina itu begitu fasih bercakap bahasa Melayu. Rupanya
pasangan suami isteri itu pernah bersekolah di sekolah Melayu.
Azril mendapatkan keretanya. Honda City hitam itu dimandikan dengan
sabun dan digosok perlahan menghilangkan debu-debu yang melekat di badan
kereta. Selesai mencuci keretanya, giliran Myvi silver isterinya pula
dimandikan. Sejak isterinya disahkan mengandung, dia pernah tak
membenarkan isterinya memandu untuk ke tempat kerja tapi Halilah degil.
Tetap mahu memandu sendiri. Alasannya jalan ke tempat kerja mereka tak sama.
“Abang, meh minum.” Halilah meletakkan dulang di atas meja batu di
luar rumah.
Azril mencuci tangan usai mencuci kereta isterinya. Air green tea yang
sejuk itu diteguk rakus. Lega tekaknya. Sudah dua hari hujan tak turun,
cuaca pula panas semacam. Pau kaya yang panas itu dikunyah perlahan.
Pergh! Memang sedap. Halilah yang sedang menajamkan pandangan ke arah
jiran sebelah langsung tak dihiraukan. Dia mengunyah pau dengan penuh
nikmat.
Halilah berdiri menghampiri pagar yang memisahkan rumahnya dengan jiran
sebelah. “Suk Yin, awak makan apa tu?” Nampak macam beras je. Matanya
dikecilkan.
Suk Yin mengangkat muka. Novel Melayu yang dibacanya diletak di atas
meja. Dia menghampiri Halilah sambil membawa mangkuk beras. “Saya makan
beras. Kenapa ya?”
“Uhuk... uhuk...” Azril yang menyisip air terus tersedak. Hai, takkan
jiran sebelah suka makan beras jugak kot? Habislah bila geng hantu
beras dah bertemu!
Membulat mata Halilah. “Wah, saya pun suka makan beras jugak! Awak
makan beras apa? Nampak macam sedap je. Panjang-panjang pulak /u
berasnya.” Kecur liur melihatnya.
“Ni beras Basmathi. Nak sikit ke?”
“Nakkkkk!!!” Teruja Halilah apabila dipelawa. Air liur ditelan berkali-kali.
“Ehem... ehem...”
Baru saja Suk Yin mahu memberi beras dari mangkuknya kepada Halilah,
kedengaran Azril berdaham. Dia dan Halilah memandang Azril yang
menjegilkan mata. Seperti dapat mengagak sesuatu, Suk Yin mula bersuara.
“Jangan risau, Je. Mangkuk ni baru beli. Belum pernah letak apa-apa
makanan yang tak halal lagi. Dijamin bersih.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience