Bab 46

Romance Series 80702

SENYUMAN penuh kepuasan bila dapat melihat secara berhadapan dengan insan yang hidup penuh puitis itu.

"Finally bisa ketemu juga. Kamu apa khabar?". Di pegang kedua-dua bahu Nurjihan dengan gembira.

"Sihat, Alhamdulillah. Kamu ?"

Bellinda hanya tersenyum dan menggangguk perlahan. "Baik-baik aja...Nama kamu shiapa ?"

"Jihan, Nurjihan." Dia tersenyum.

"Such a cute name."

"Hi, welcome to Malaysia. Saya Hawa. Temannya dia. Kamu nama siapa ?".
Khabar Hawa tangan di hulur tanda perkenalan dan tangan kirinya di terarah kepada Nurjihan.

"Boleh si panggil aku Jasmine."
Jawab Bellinda penuh sopan ada sebabnya dia merahsiakan nama sebenarnya.

"Cantik siak kawan kau ni Jihan." Bisik Hawa sambil mulutnya ternganga kagum melihatkan kecantikkan wanita Indonesia itu.

"Cantik aku lagi kan ?" Balas Nurjihan selamba.

"Jangan nak perasan please." Hawa mencebik.

Ketawa kecil Nurjihan.

"Hello...girls kenapa ada masalah ??" Bellinda memetik jarinya di hadapan mereka yang tidak sedar pada pertanyaan dia itu.

"Err tak...Kawan saya cakap Jasmine cantik." Balas Nurjihan sengaja dan lantas di cubit Hawa.

Ish Jihan ni, Itu pun nak bagitahu ke ?

Bellinda ketawa sedikit menyelak rambutnya yang terurai menutupi telinga itu dan memandang ke arah kedua-dua gadis di hadapannya itu.

"Thanks...kalian juga imut." Matanya di kenyit ke arah mereka.

"Ha... semut ?". Tanya Hawa polos.

Mendengarkan balasan soalan dari Hawa itu membuatkan Bellinda ketawa.

"Bukan semut....imut tu kayak comel sih."

Apa benda la Hawa ni....Jihan menahan ketawanya.

"Itu la....lain kali rajin-rajin sikit maraton tengok sinetron".

"Jasmine kamu kalau cakap Indonesia slow-slow tau. Saya tak faham sangat. Kan Jihan ?"

Lantas Hawa menyiku Nurjihan di sisi.

"Err... Jasmine boleh faham ke bahasa melayu Malaysia ni?". Tanya Nurjihan.

Bellinda mengganguk dan tersenyum.

"Bisa... ngomongnya juga bisa."

Bertahun-tahun dia bermula dari berkawan sehingga bercinta dengan Syed Iqwal menjadikan dia fasih berbahasa melayu malaysia.

"Lah...buat penat je nak hadam. Kalau macam tu cakap macam biasa jelah ye." Balas Hawa.

Amboi straight to the point ye ?

"Eh, ralit pulak bersembang dekat sini. Jom la kita balik rumah dulu."
Celah Nurjihan lalu menolong Bellinda menolak beg bagasinya.

"jom".

*****

KUNCI rumah di letakkan di atas meja makan. Hawa mengambil tempat duduk di hadapan Bellinda.

"tinggal di sini ya ? sorry la rumah saya kecil je. Harap Jasmine selesa". Kata Hawa.

"Ngak(tak) apa-apa..ini sudah cukup nyaman buat aku. Kalian mau bantu aku nginap(tinggal) di sini aku bersyukur kok. Kalau mau nyari(cari) hotel..aku ngak tahu berapa lama aku di sini sehingga selesai urusanku. Mungkin ambil masa yang agak lama."

Hawa terkedip-kedip. Aik tadi kata boleh cakap melayu biasa..ni cakap Indonesia balik ? ah sudah...Jihan !!!

"urusan apa tu Jasmine ? sorry tanya hehe".

Jasmine tersenyum.

"Selain nak jumpa Jihan, Saya cari kawan, lama dah teringin nak jumpa dia." Balas Bellinda.

ha.... elok pun cakap melayu hehe.

"Ouhh i see. Tak apa la kalau macam itu. Hope Jasmine selesa duduk sini."

"Ya.. terima kasih."

Setelah pintu bilik di tutup oleh Hawa, Bellinda mengeluarkan sekeping gambar. Melihat wajah tampan yang tesenyum manis di dalam gambar itu.

"Iq....aku udah ada di Malaysia. Senorita r udah aku ketemu, sekarang giliran kamu...Ngak sabar ketemu kamu."

Lalu gambar itu di tekapkan ke dada memeluk dengan penuh harapan.

Villa Rose

PINTU gerbang besar itu di tutup perlahan, dia berjalan menuju ke tangga dengan melintasi ruang tamu.

Tap ! terasa tangannya di sambar oleh seseorang.

Pantas dia mengalihkan pandangan ke arah tepi di sebelah kirinya. Kelihatan si suami sedang berbaring elok di atas sofa.

"Pergi mana ?. Tengok jam dah pukul berapa ?"

Nurjihan menayangkan 2 baris giginya. Ye dia tahu jam menunjukkan sudah pukul 10 malam. Keadaan sedikit lewat bila dia dan Hawa begitu teruja membawa White Jasmine berjalan-jalan di sekitar bandaraya kuala Lumpur sehinggakan tidak sedar waktu berjalan laju.

"Dari rumah Hawa, pergi jemput kawan saya di KLIA Tuan Syed."

"Kawan awak dari mana ?"

"Err Jakarta."

Tuan Syed terus mengubah posisi dalam keadaan duduk.

"Siapa nama ?" Tuan Syed Iqwal berasa sedikit curiga.

"Err... Jasmine."

"Okay. Next time kalau balik lambat lebih dari pukul 8 malam.. inform saya. Jangan diam je. Saya risau". Fikirannya asyik terbayangkan Zabidi.

"Baik...Tuan Syed. Sorry..." Nurjihan akur.

"Jom tidur...saya mengantuk."

Lantas Tuan Syed Iqwal menarik tangan Nurjihan untuk mengikutinya naik ke atas bilik dan begitu juga Nurjihan hanya menurut tanpa banyak bicara.

CAHAYA pagi sang suria memancar melalui tingkap dan Nurjihan bangun lantas mengeliat untuk meregangkan segala urat sendi. Matanya di gosok perlahan lalu mencari kelibat insan yang menemani tidurnya pada malam hari di sebelahnya.

Eh , tak ada. pergi mana ?

Takkan pergi office kot ? Sabtu kan hari ni ?

Segala persoalan bermain di benaknya.

Di turun ke ruangan bawah terlihat Syifa yang sedang mengemaskan ruang tamu.

"Kak Syifa...ada nampak Tuan Syed tak ?"

Syifa mengerutkan dahi.

"Erm ? Rasanya dia dengan Benjamin pergi ziarah kubur." Balas Syifa.

Kubur siapa ?

"Tuan Syed ada cakap tak dia pergi ziarah kubur siapa ?" Nurjihan sangsi.

"Tak pasti la Cik Jihan. Tuan Syed tak ada cakap pun".

Lantas dia teringatkan kata-kata Tuan Syed Iqwal beberapa bulan yang lepas pasal Mak Eton.

"Kalau awak masih degil lagi nak larikan diri...saya akan pastikan yang awak akan di bawa pergi jauh dari sini dan awak tak akan ada peluang langsung untuk melawat kubur mak awak mahupun berhubung dengan kawan-kawan awak sepanjang hidup selepas ini."

Zap ! bagai halilintar yang memanah jantungnya. Terus kata-kata yang terngiang-giang itu hilang dari lamunan.

Takkan Tuan Syed sanggup nak buat ? Tapi aku tak ingkar apa-apa pun arahan dia setakat ni ?

Nurjihan cemas.

"Tak apa Kak Syifa. Thanks."

Berlari dia naik ke atas untuk membersihkan diri dan bersiap-siap ke kubur.

"Ai ? laju benor..." Tergeleng-geleng Syifa melihat perlakuan Nurjihan itu.

*****

BERLARI dia mendaki anak bukit di mana kawasan menjadi perkuburan Mak Eton di semadikan.
Langkahnya terhenti bila melihat dari jauh kelibat dua orang lelaki yang memakai baju melayu serba hitam sedang dalam keadaan ingin bergerak pulang. Terlihat Benjamin yang sedang menggulung tikar mengkuang.

Nurjihan masih tercungap-cungap mencari nafas tidak jadi melangkah mendekati kubur Mak Eton. Langkahnya terhenti di situ.

"Tuan Syed buat apa dekat kubur mak saya ? Tuan Syed nak pindahkan ke ? jangan Tuan Syed..saya tak nak jauh dari kubur mak saya..saya merayu sangat ! "

Nurjihan terus melutut bila Tuan Syed Iqwal mendekatinya. Jelas lelaki itu juga terkedu melihat kemunculan Nurjihan secara tiba-tiba di situ.

"Tak sangka ingatan awak begitu kuat tentang amaran saya dahulu."
Balas Tuan Syed Iqwal bersahaja memandang Nurjihan yang memeluk kaki kanannya.

"Sesaat pun saya tak pernah lupa Tuan Syed."

Benar, amaran itu menghalangnya dari membuat perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemarahan lelaki ini. Malah ia juga terbawa-bawa ke dalam mimpi.

Tuan Syed Iqwal memegang kedua-dua bahu Nurjihan dan membangunkan gadis itu.

Rambut yang di litupi selendang putih itu di selak lembut dari menutup sepasang mata yang merenung sayu ke arahnya.

"Kenapa awak terlalu prejudis terhadap saya ya ? Saya datang nak ziarah kubur ibu mertua saya. Saya berjanji depan kubur ibu awak untuk jaga awak. Saya akan lindungi awak. Awak ibarat nyawa saya."

Tuan Syed Iqwal tersenyum dan menarik lembut kepala Nurjihan rapat di dadanya.

" Saya tahu saya buat silap dulu tak hiraukan ibu awak..maafkan saya...Tolong buka hati awak untuk saya. Saya akan jadikan awak yang pertama dalam hati saya ni."

Bicara lembut lelaki itu menyentuh kalbunya. Dari jauh matanya memerhati rapat ke arah kubur Mak Eton.

Ni ke putera raja yang mak cakap dulu tu ?

Mata di pejam... membayangkan wajah Mak Eton. Setajam mana mahu di asah sikap ego yang itu ? manusia mana yang tak pernah buat kesilapan ?

Terus di kesat air mata itu. Dia memandang wajah Tuan Syed Iqwal tanpa kata.

Mungkin inilah lelaki yang di kirim Tuhan untuk menemani hidup kau. Buang ego kau Jihan !

"Tuan Syed, saya rasa lebih baik kita balik sekarang. Hari tampak nak hujan."
Celah Benjamin mematikan renungan penuh makna di antara mereka berdua.

Tuan Syed Iqwal mengangguk ke arah Benjamin.

"Jom kita balik."

Lalu tangan yang mulus itu di genggam lembut dan dia menarik Nurjihan mengikuti langkahnya untuk pulang.

Tuan Syed Iqwal ...
kau adalah cuaca panas,
di kala hati aku sedang di landa musim sejuk dan beku, lalu kau mencairkan seluruh kebencian itu.

PAP ! PAP !

Rotan yang di pegang oleh Fuad itu medarat laju di atas papan putih itu pada setiap kali kesalahan yang di lakukan oleh Hakimi dalam pembelajaran bahasa isyarat itu.

"Uishh, hebat kau eh dengan rotan-rotan ni kau guna. Aku ingat mengaji al-quran je ustazah suka pukul pakai rotan. Rupanya belajar bahasa isyarat pun kena rotan jugak ek ?".
Tanya Hakimi yang mengundang gelengan kepala daripada Fuad.

"Kau ni main-main la, kata nak cepat belajar. Fokus !". Balas Fuad.

"Jangan garang sangat..aku ni member kau tau bukan budak-budak nak kena rotan-rotan bagai."

Pap ! lantas Hakimi di diami oleh satu pukulan di Kaki kirinya.

"Aduh ! okey-okey kita sambung."

Hakimi begitu fokus mengikuti gerak tangan yang di lakukan oleh Fuad itu dalam mempelajari bahasa isyarat untuk memudahkan dia berkomunikasi dengan Pia.

****

Murid yang terakhir melambai tangan ke arah Fuad dan kini tinggal mereka berdua.

"Alhamdulillah selesai kelas aku malam ni. Lepak mamak jom kimi ?" kata Fuad yang sedang mengunci pintu kelas itu.

"Lepak mamak jom kimi ? Eleh tadi bukan main garang kau ye dengan aku."
Hakimi mengejek semula kata-kata Fuad tadi.

Tergelak sakan Fuad melihat rajuk Hakimi itu.

"Ala kau ni pun kena la faham. Aku bukan mengajar kau seorang je. Ada budak-budak lain..Kau kena la follow cara aku."

"follow sangat !".

"Eh kira baik aku ajar kau free-free je tau. Aku tak minta bayaran".

Bahasa isyarat Hakimi ; Yela terima kasih.

Lalu dia mengambil beg sandangnya dan di silangkan ke badan.

"Wahh pandai-pandai..sikit hari lagi kau pro dah nak bercakap sakan dengan perempuan tu." Kata Fuad sambil menepuk-nepuk bahu Hakimi.

Hakimi membuat gaya bangga dengan diri sendiri.

"Kenapa kau macam try hard sangat eh dengan perempuan tu. Ada apa-apa ke ?"

"Entahlah Fuad. Kadang aku pun tak pasti apa kena dengan aku. Tapi dalam diri aku ni setiap kali terjumpa dengan dia kan..aku ada satu rasa tak puas dalam diri aku, kalau aku tak boleh faham apa yang dia cuba nak sampaikan tu.... Kau faham tak ?"

Fuad mengangguk. Tersangatlah faham. Sebab itu dia mengambil jurusan pendidikan khas dan menjadi guru hanya untuk memahami insan istimewa iaitu ibu dan bapa saudaranya yang pekak dan bisu. Sungguh mereka itu insan syurga.

"Faham...faham.. nampak gaya jugak macam kau dah jatuh hati je dekat dia tu?" Keningnya di angkat sedikit terarah kepada Hakimi.

"Jangan merepek !". Balas Hakimi lalu di baling helmet ke arah Fuad.

Fuad mencebik. Merepek konon ! tak nak mengaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience