DIA 02

Romance Completed 131800

Seorang perempuan lingkungan 20-an berlari sepuas hati. Semua mata hairan memandang perempuan tersebut. Tangannya diangkat ke atas sebelum tangannya mendarat ke atas bahu seorang perempuan. Terhinjut bahu Hanis dibuatnya.

Hanis menoleh. Tangannya naik ke dada, terkejut. Perempuan yang bergelar Lara terus menarik kerusi kemudian duduk di atasnya.

"Lara? Kau okay? Nampak macam ada, kecemasan je." Ujar Hanis.

Lara nampak tercungap-cungap. Entah datang dari mana agaknya. Nafas panjang ditarik sebelum memulakan bicara.

"Hanis... Bos suruh kau off  hari ni. Dia... Suruh kau balik berehat." Ujar Lara dengan reaksi muka seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Hanis mengerutkan dahinya. Telapak tangan Hanis naik ke atas dahi sendiri.

"Tak panas pun. Aku sihat je. Tak sakit." Ujar Hanis.

"Memanglah. Orang lain yang sakit. Jomlah. Aku... Ikut sekali. Eh?" Balas Lara.

Hanis cuba mengeluarkan kata-kata lagi tetapi telapak tangan Lara terus menutup mulutnya. Kepala Lara gelengkan. Hanis melepaskan keluhannya. Lara mengenyit mata sebelum beredar menuju ke pejabatnya. Hanis pula masih bingung dengan apa yang sedang terjadi.

"Wei... Ni bukan jalan nak balik rumah kita kan?" Lara menggeleng perlahan.

"Dah tu kita nak pergi ke mana?" Lara mendiamkan diri.

"Tengok jalan yang kau guna ni macam, nak balik kampung je?" Ujarnya.

Lara masih tidak bersuara. Dibiarkannya Hanis membebel seorang diri. Tersedar dirinya tidak dilayan sama sekali, Hanis terus mendiamkan dia juga. Sesekali dia menjeling ke arah Lara.

Dengan tiba-tiba, Lara menampar stereng kereta beberapa kali. Geram hatinya apabila perlu menghadap jalan sesak. Hanis masih belum tahu apa yang sedang berlaku.

"Sabarlah Lara. Tak payahlah marah sangat. Tak lari pun rumah tu." Ujar Hanis tenang.

"Aku tahulah rumah tu tak ke mana. Aku takut orangnya yang ke mana." Balasnya selamba.

Hanis menoleh. Sudahlah dia masih bingung dengan perkara yang tiba-tiba terjadi, tambahan pula dengan ujaran Lara yang semakin memeningkan.

"Orang? Kau ni cakap pasal ape? Pasal siape?" Soal Hanis lagi.

"Hanis... Kau diam jelah. Nanti kau akan tahu jugak apa maksud aku. Sekarang ni aku nak kau tenangkan jiwa, persiapkan hati dan minda okay?" Pintanya dengan nada sayu.

Permintaan Lara membuatkan Hanis tertanya-tanya. Semakin pening kepalanya.

---

Kereta Myvi yang dipandu oleh Lara selamat tiba di perkarangan rumah keluarga Hanis. Hanis melihat sekeliling, hairan. Ramainya orang. Hanis melangkah keluar dari perut kereta dan diikuti oleh Lara. Mata-mata mula memandang keji, mulut-mulut mula berbisik sesama mereka.

"Mama... Buat kenduri ke?" Soal Hanis kepada Lara.

Lara langsung tidak menjawab. Dia hanya menundukkan wajah, tangan di masukkan ke dalam poket. Salah seorang daripada jirannya, mak Temah mendekatinya bersama dengan kawannya, mak Semah.

"Hrumm Semah tengok tu. Bila mak dah masuk kubur baru nak jejak kaki dekat kampung ni. Kalau tak, memang langsung tak nampak jalan nak ke kampung ni." Sindir mak Temah.

Hanis mengerutkan kening. Dada mula naik turun.

"A--Apa yang mak Temah merepek ni!? Bi--Bila masanya mama masuk kubur? Mama masih hiduplah! Kenape nak doakan mama mati?" Soal Hanis dengan nada marah.

"Hrumm biasalah tu kan Temah. Mana ada orang yang nak terima kenyataan. Bila orang dah pergi, tak boleh terima hakikat. Tak baik tahu tak! Terseksa mak kau tu." Ujar mak Semah.

"Mak Temah! Mak Semah! Tahulah korang berdua tu adik beradik. Tapi takkan mulut puaka pun sama jugak." Marah Lara.

Lara melangkah lalu berdiri di hadapan Hanis. Mak Temah dan mak Semah memandangnya geram. Sudah pasti Lara akan mempertahankan Hanis walau apa pun yang terjadi. Tangan Hanis naik ke bahu Lara lalu diusap lembut.

"Eh budak Lara ni. Ada je nak mengacaunya." Marah mak Semah.

"Kalau mak Semah dengan mak Temah nak marah-marah macam ni, baik mak-mak sekalian balik. Mak-mak macam ni tak diundang." Ujar Lara.

"Mak-mak kau panggil kitaorang dua!" Marah mak Semah.

"Takkan nak panggil han-han pulak!" Balas Lara.

Mak Temah dan mak Semah mengerutkan dahi. Lara mengeluh. Kenape banyak sangat orang tak faham dengan apa yang dia cuba sampaikan.

"Hantu-hantu!" Ujarnya lagi.

"Kurang ajar!" Marah mak Semah.

Hanis yang rimas dengan mereka bertiga terus menaiki anak tangga rumahnya. Lara dan yang lain sekadar memandangnya.

Tiada sesiapa di dalam rumah. Hanya beberapa orang tetamu. Hanis langsung tidak bersuara. Mana saudara mara yang lain? Kalau betul mama sudah pergi, mana jenazahnya? Mana van jenazah? Soalan tersebut berlegar-legar di dalam mindanya.

Tiba-tiba dia mendapat idea. Segera dia keluar dari rumah lalu menuruni anak tangga. Selipar miliknya disarung dan kaki diatur berjalan dengan laju. Lama-kelamaan kakinya melangkah dengan lebih laju dan berakhir dengan membuka langkah seribu.

Kalau tiada di rumah, pasti di kubur. Panggilan Lara dihiraukan. Dia mula berlari meninggalkan perkarangan rumah dan menuju ke tanah perkuburan. Lara mendecit lalu masuk ke dalam perut kereta. Enjin  dihidupkan dan kereta berundur keluar dari perkarangan rumah.

Lara sekadar mengikut Hanis. Sudah disuruh untuk masuk ke dalam kereta tetapi Hanis enggan. Lara terpaksa akur dengan kehendak Hanis. Langkah Hanis terhenti apabila sampai di kubur. Dirinya juga sudah tercungap-cungap.

Dia lihat ramai orang yang berada di kubur. Langkah diatur perlahan-lahan mendekati mereka semua. Putih iaitu sepupunya berada disitu, tidak ketinggalan Razif, Nabil dan Thia turut berada di situ. Thia menyiku lengan Razif apabila sedar akan kehadiran Hanis.

Baru Hanis mahu mendekati mereka ada suara yang memanggil namanya.

"Hanis Adawiyah!" Panggil babahnya.

Hanis menoleh perlahan. Mendengar suaranya babahnya sahaja sudah menggerunkan. Wajah babahnya langsung tidak berubah dari dulu sehingga kini. Asyik berkerut saja.

Hanis mengatur langkah menuju ke arah babahnya. Babahnya menunjukkan telapak tangan tanda menyuruhnya berhenti maju ke hadapan.

"Babah?" Seru Hanis. Tiada sahutan.

"Bu--Bukan mama yang meninggal, kan?" Soal Hanis dengan nada sayu.

"Bila mama kau dah masuk kubur baru reti nak balik!? Anak jenis ape kau ni!?" Marah babahnya.

Terhinjut bahu Hanis mendengar semuanya. Dia langsung tidak bersuara atau berganjak dari situ. Hanya telinganya yang mendengar dan matanya memandang wajah babahnya. Tiada sesiapa berani masuk campur.

"Babah... Hanis minta maaf Hanis- "

"Arghh! Aku tak nak dengar apa-apa alasan kau. Semuanya menipu. Apa yang kau buat dekat KL hahh!? Memalukan keluarga! Mama kau meninggalkan sebab kau. Apabila dia tahu siapa kau dengan KL, dia kena serangan jantung. Kau... Kau sendiri yang bunuh mama kau, Hanis Adawiyah."

Nyawa Hanis bagaikan sudah tiada mendengar apa yang babahnya katakan. Tidak mungkin dia penyebab segalanya.

"Apa maksud babah... Siape Hanis dekat KL?" Soal Hanis bingung.

"Tak payahlah nak pura-pura tidak tahu. Kalau kau mahu bincangkan tentang semua ni, bincang dekat rumah. Aku takut mendapat malu di depan orang kampung."

Ujar babahnya lalu melangkah meninggalkan kawasan perkuburan. Hanis pula masih tercegat di situ. Apa yang sudah jadi ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience